MALAM itu bilik mereka diterangi cahaya lampu meja yang malap. Tirai putih yang separuh terbuka berayun perlahan, menjemput bayu malam masuk membelai wajah Raisya yang masih termenung di katil. Suasana sunyi, hanya deru kipas siling menemani.
Thaqeef yang baru keluar dari bilik air menatap isterinya. Sudah dua malam mereka tidur dengan jarak dan dia tidak mahu jarak itu berpanjangan. Malam ini dia mahu rapatkan kembali ruang di antara mereka, mahu tunjukkan yang cintanya masih sama, tidak berkurang walau sedikit.
Thaqeef melabuhkan duduk di sisi Raisya, tangan hangatnya meraih jemari isterinya. “Sayang…” suaranya perlahan, penuh kiasan rindu.
Raisya menoleh, cuba menguntum senyum walau jelas matanya masih berbalam. Thaqeef tidak menunggu lama, dia mendekat, menyentuh wajah Raisya dengan penuh hati-hati sebelum bibirnya singgah di bibir isterinya.
Pada awalnya Raisya cuba membalas mesra, biarlah malam itu jadi penawar untuk luka kecil semalam. Namun tiba-tiba tubuhnya terasa lain. Perutnya seolah memulas, wajahnya mendadak pucat. Nafasnya jadi pendek dan peluh dingin mula membasahi dahi. Dia menolak lembut dada suaminya, cuba elakkan.
Thaqeef segera berhenti. Lelaki itu bukan jenis yang membutakan diri dengan nafsu. Keningnya berkerut, renungannya penuh cemas.
“Sayang, you okay? You look pale. Kita stop, alright?”
Raisya cuba senyum nipis, menutup keresahan. “Nothing… maybe penat sikit.”
Namun Thaqeef tidak puas hati. Dia angkat dagu Raisya perlahan, merenung dalam. “You jangan tipu abang, Raisya. Wajah sayang ni… lain. Cuba jujur dengan abang.”
Raisya menggeleng. “Raisya cuma penat je. Jangan risaukan Raisya sangat, okey?”
Thaqeef menarik nafas panjang. “Dah berapa hari Raiysa lewat?” soalnya perlahan, hampir berbisik.
Raisya tersentak, namun cepat-cepat alihkan pandangan. Dia diam. Dia tahu suaminya bijak mengira kitaran haidnya.
Raisya menggenggam hujung selimut, cuba menyembunyikan debaran yang kian hebat. Dia sendiri sedar haidnya sudah lewat,tapi hatinya keras menolak untuk berharap. Luka lama masih segar.
“Sayang…” suara Thaqeef lembut, namun jelas resah. Dia menggenggam tangan isterinya. “Kita pernah ada peluang tu sebelum ni. Allah pernah bagi rasa. Kali ni… maybe Allah nak bagi sekali lagi.”
Air mata Raisya bergenang. Dia geleng kepala perlahan. “Don’t say that, abang. Jangan buat Raisya berharap lagi. Raisya takut…”
“Kenapa nak takut, hm? Kita suami isteri. Kalau Allah bagi rezeki lagi, itu rahmat. Kalau Dia tarik semula, itu ujian. Tapi sayang jangan hukum diri sayang.”
Raisya menggeleng lagi, suaranya serak. “Abang tak rasa apa yang Raisya rasa. Dua kali Raisya kecewakan abang… dua kali Raisya gagal jadi ibu.”
Thaqeef cepat-cepat memeluknya, menundukkan wajah ke bahu isterinya. “Jangan cakap macam tu. You never failed me. Bukan Raisya yang salah. It’s Allah’s plan. Kita kena redha, tapi jangan pernah putus harap.”
Raisya menangis perlahan. “Tapi Raisya dah penat berharap.”
“Kalau sayang penat, biar abang yang terus berharap untuk kita berdua,” pujuk Thaqeef lembut.
KEESOKAN pagi, bunyi muntah dari bilik air mengejutkan Thaqeef. Dia meluru keluar, melihat Raisya terduduk lemah di lantai.
“Ya Allah, sayang…” Thaqeef melutut, memapah isterinya. “Raisya okay tak? Badan sayang panas ni.”
Raisya cuba tersenyum nipis. “Raisya okay… maybe salah makan.”
“No. Enough excuses, Raisya.” Thaqeef angkat wajah isterinya supaya bertentang mata. “You’re not fine. Kita kena pergi klinik sekarang.”
“Tak payah… nanti okaylah ni.”
“Raisya.” Nada suara Thaqeef berubah tegas. “Abang tak nak main-main dengan kesihatan you. We’re going, full stop.”
Akhirnya Raisya akur. Dia tidak larat untuk melawan. Dalam perjalanan, Raisya hanya memandang keluar tingkap, fikirannya hanyut.
Kenangan itu menyapa lagi. Raisya teringat bagaimana Thaqeef memeluknya erat selepas dia disahkan hamil kali pertama.
“Alhamdulillah, Raisya… finally, Allah bagi kita rezeki tu,” suara Thaqeef bergetar menahan sebak.
Keluarga meraikan berita itu. “Alhamdulillah, tahniah!” ucapan itu berulang-ulang, hadiah kecil menimbun di rumah mereka.
Namun sebulan kemudian, darah itu keluar. Panik. Thaqeef memandu laju ke hospital, tangannya dingin memegang jemari isterinya.
Doktor keluar dengan wajah sayu. “I’m sorry, kandungan puan tak dapat diselamatkan.”
Raisya meraung. “Kenapa, Ya Allah? Kenapa ambil balik?”
Malam itu Raisya menangis sampai bengkak mata. Thaqeef hanya duduk di sisinya, mengusap rambutnya. “Sayang, it’s not your fault. Jangan salahkan diri.”
Tapi Raisya tetap menyalahkan diri. “Kalau rahim ni kuat… anak kita masih ada.”
“PUAN RAISYA?” panggilan jururawat mengejutkan Raisya dari lamunan. Dia menggenggam tangan Thaqeef erat.
Dalam bilik pemeriksaan, suasana sepi. Raisya berdebar, peluh dingin di tapak tangan. Thaqeef tidak lepaskan genggaman.
Doktor tersenyum selepas semakan. “Tahniah, puan. You’re pregnant.”
Raisya kaku. Air matanya jatuh tanpa mampu ditahan. Thaqeef menutup mulut dengan tangan, kemudian memeluk isterinya erat-erat.
“Alhamdulillah… thank you, Allah. This is our miracle, sayang.”
Raisya menangis dalam pelukan itu. “Betul ke, abang? Betul ke kali ni Raisya pregnant lagi?”
Thaqeef angguk, matanya merah. “Yes, you are. Allah bagi kita peluang lagi. Kita kena jaga betul-betul kali ni.”
Di parkir kereta, Raisya masih tersedu. Dia genggam tangan Thaqeef erat-erat, seakan takut jika dilepaskan, kebahagiaan itu juga akan hilang.
“Raisya takut, abang… Raisya takut benda sama berulang,” suaranya bergetar, tersekat-sekat antara tangisan.
Thaqeef menyapu air mata isterinya dengan ibu jari, pandangannya lembut tapi tegas. “No, not this time. Abang janji… abang akan jaga sayang, abang akan jaga baby ni. Kita sama-sama kuat, okay?”
“Kalau apa-apa jadi lagi?” Raisya menunduk, suaranya kecil nyaris tak kedengaran.
“Kalau apa-apa jadi, kita hadap sama-sama,” balas Thaqeef, mengangkat wajah isterinya supaya bertentang mata. “Tapi abang yakin Allah bagi kita peluang kali ni untuk bahagia. Raisya jangan seksa diri dengan ketakutan tu.”
Raisya menggeleng perlahan. “Abang tahu tak… setiap kali Raisya tengok abang, Raisya rasa bersalah. Raisya rasa Raisya tak cukup sempurna untuk abang.”
“Raisya,” Thaqeef cepat-cepat memotong, nadanya tegas namun sarat kasih. “Never say that again. You’re more than enough for me. Ada anak atau tidak, Raisya tetap dunia abang. Jangan hukum diri you sebab ujian ni.”
Air mata Raisya jatuh lagi, tapi kali ini dia cuba senyum. “Tapi, please… rahsiakan dulu. Raisya tak nak keluarga kita kecewa lagi kalau apa-apa jadi. Biar kandungan ni kuat dulu. Raisya nak tunggu masa yang sesuai.”
Thaqeef mengusap rambut isterinya, menatap dalam mata Raisya. “Okay. Till then, it’s just between you and me. Kita simpan dulu. Biar masa tentukan bila kita patut kongsi.”
Raisya tersenyum nipis, lalu meletakkan tangannya di perut. “Kali ni… tolonglah bertahan. Raisya nak tengok abang jadi ayah. Raisya nak dengar abang azankan anak kita nanti.”
Thaqeef tersentak sebentar, kemudian ketawa kecil bercampur sebak. “And I’ll do it. Abang janji, sayang. Sampai masa tu tiba, abang akan ada di sisi you setiap detik.”
Share this novel