“AWAK nib oleh percaya ke ni?” soal Naria selamba.
Wajah Eden tenang. Nampaknya lelaki ini pandai kawal dirinya dengan tenang. Dia tak terus menjawab soalan itu. Sebaliknya dia bertanya, “Bukan ke ini memang profession saya?”
Perkataan ‘profession’ ditekan sedikit oleh Eden.
Mereka berjalan ke lobi hotel dan berjalan seiringan dengan satu sama lain.
Dari belakang, mereka nampak serasi. Langsung tak ada sesiapa yang boleh agak mereka baru kenal beberapa minit yang lepas. Naria berpaling memandangnya dan terus menyoal, “So… betul ke yang awak ni gigolo dekat kelab malam?”
Naria adalah seorang guru. Walaupun masih lagi bergelar guru praktikal, tugasnya tetaplah untuk mendidik generasi akan datang supaya menjadi benteng negara. Dia ada sedikit rasa bersalah sebab bergaul dengan seorang gigolo di kelab malam.
“Tapi mak saya dah meninggal,” tiba-tiba Eden berkata.
Mata Naria terbeliak, “Sorry?”
Sejujurnya, Naria tak pasti kenapa lelaki di sebelahnya beritahu rahsia ini kepadanya.
“Sebab itulah saya setuju dengan permintaan awak. Ini job terakhir saya,” jawab Eden. Dalam erti kata lain, dia mengiyakan soalan Naria berkenaan dengan ‘kerjayanya’ sebagai seorang gigolo.
Naria mengangguk. “Baguslah. Awak memang kacak. Apa-apa kerja lain pun lebih baik daripada terus jadi gigolo. Awak patut cari kerja lain. Bergolek mak awak dalam kubur kalau dia dapat tahu awak kerja macam ni.”
Dalam sedang mereka berbual, muncul seseorang dari belakang Naria.
“Jaga-jaga!” jerit Eden.
Naria berpaling dan ternampak seorang lelaki yang sedang menerpa dengan pisau. Secara refleks, dia melangkah ke belakang, mengelak, kemudian menendang pisau itu dari tangan lelaki itu. Dia kemudian menyerang semula, menendang lelaki itu sehingga tersungkur.
Belum sempat dia faham apa yang sedang terjadi, semakin ramai lelaki yang muncul.
Hotel apa macam ni? Kenapa banyak pula samseng?
Kakitangan hotel di kaunter pula dah hilang entah ke mana. Tinggal hanya Naria dan Eden yang berdiri di situ dengan sekumpulan lelaki yang memenuhi lobi besar hotel.
“Orang-orang ni cari awak ke?” soal Naria. Pergelangan kakinya yang cedera semakin sakit disebabkan tendangan tadi. Dia menahan sakit dengan mengetap gigi dengan ketat.
Eden, macam biasa, tidak menunjukkan sebarang perasaan. Susah untuk sesiapa teka sama ada dia tengah gugup atau tenang.
“Mungkin saya terguris hati client saya sebelum ni sebab layanan saya tak memuaskan, jadi dia suruh orang dia untuk uruskan saya,” jelas Eden.
“Eh, bahaya jugak jadi gigolo ni,” Naria masih menahan sakit. “Saya ni bukannya pro sangat seni pertahan diri. Saya tak boleh nak lawan dengan orang ramai-ramai macam ni. Mungkin awak patut lari atau call polis dulu.”
Bagi Naria, Eden cuma lelaki kacak yang nampak tak mampu untuk buat apa-apa dalam situasi begini. Eden terkejut mendengar arahan Naria.
Adakah dia nampak macam seorang lelaki yang hanya mampu dilindungi dan diberi makan oleh seorang wanita?!
“Tak perlu. Kumpulan ni takkan buat apa-apa dekat saya. Mungkin mereka cuma nak merompak je ni.” Jelas Eden.
Tiba-tiba satu lagi kumpulan lelaki bersut hitam masuk dan mengepung samseng-samseng tadi.
Kejadian itu dah macam pergaduhan dua kumpulan kongsi gelap. Naria hairan, “Sebenarnya apa yang sedang berlaku?”
Eden perasan pergelangan kaki Naria semakin bengkak. Tanpa berkata apa-apa, dia angkat Naria ke dalam dakapan. Dia mengarahkan salah seorang lelaki berbaju hitam yang ada di sana sebelum berpaling dan beredar, membawa Naria dalam pelukan.
“Apa yang jadi dengan diorang semua tu?” tanya Naria.
“Bukan urusan kita. Saya rasa kejap lagi diorang akan bergaduh. Mungkin hotel ni bukan pilihan yang baik,” jawab Eden.
Sebaik sahaja mereka keluar, kereta mewah yang tadi dipandu oleh Eden dah hancur. Tak payah hantar bengkel pun dah tahu yang kereta itu total lost. Kalau dijual ke besi buruk pun mungkin dapat dalam RM 100 ke RM 250, ikut berat sahaja.
“Err… Awak boleh turunkan saya. Kita pun bukannya rapat mana. Mesti awak tak selesa.” Pinta Naria.
“Saya ingat awak cakap yang awak perlukan boyfriend untuk tolong awak selesaikan masalah keluarga?” Eden memandang wanita kecil yang berada di dalam dakapannya. Wajahnya cantik dan matanya bersinar. Cuma pipi kirinya yang merah dan bengkak mengurangkan sedikit kecantikan itu. Namun, tetap tak boleh dinafikan yang Naria adalah seorang yang menarik.
“Jadi, awak setuju dengan perjanjian tu?” soal Naria.
“Macam yang saya cakap, saya perlukan isteri,” ujar Eden dengan wajah yang sugul.
Wajah Naria menjadi pucat. “Tapi saya tetap perlukan mak ayah saya untuk awak kahwin dengan saya. Diorang nak saya kahwin dengan lelaki tua tu jugak.” Sebagai anak sulung, sejak kecil lagi, dia kena dengar semua arahan dan permintaan ibu bapanya. Dia belajar dengan bersungguh-sungguh untuk ibu bapa dan adik-adiknya.
Namun, semua usahanya langsung tak dihargai. Dia dibuat macam orang yang tak wujud dalam keluarga. Dia dibesarkan supaya boleh ‘dijual’ demi duit. Sesiapa sahaja boleh beli dia. Yang pangting, ada duit.
Eden memandang wajahnya dan berkata, “Sebenarnya, arwah mak saya tinggalkan saya RM 100,000 untuk dijadikan hantaran kahwin. Kalau awak setuju untuk kahwin dengan saya, saya akan serahkan duit itu.”
“Hah?” Naria terkejut.
“Bukan senang untuk jadi gigolo sampai tua,” luah Eden.
“Sebenarnya, saya pun cikgu praktikal,” Naria menjawab sambil memandang lelaki kacak di depannya. Dia tak dapat menahan rasa kagum. Sekurang-kurangnya ibunya cukup prihatin untuk tinggalkan sedikit duit untuk anaknya.
“Saya rasa kita sepadan dengan satu sama lain,” Eden mengangguk sendirian.
Naria keluarkan duitnya yang sebanyak RM 250 untuk satu bilik dengan dua katil. Lelaki di sebelahnya mengikut dengan sepaket ais dalam tangan. Sesampai di bilik, dia hulurkan pek ais itu dan berkata, “Letak dekat atas muka awak. Kaki awak pun kena letak ubat.”
Naria terdiam bila dia menerima ketulan ais itu. Rasa pelik pula bila tiba-tiba ada orang yang ambil berat tentangnya.
“Kumpulan tadi tu…” dia mula.
“Bukan ke saya dah kata tadi? Itu bukan urusan kita. Mungkin hotel tu ada berhutang agaknya, atau diorang sebenarnya diorang perompak yang nak jadikan kita sebagai tebusan. Bukannya orang boleh agak yang awak pandai tibai orang.” Ujar Eden sambil menyapu ubat pada kaki Naria.
Disebabkan pergelangan kaki Naria sensitif; dia tarik secara refleks, tapi kemudian terus ditarik semula ke arah Eden.
“Saya lupa nak tanya, tapi apa nama awak?” soal Naria.
“Eden. Eden Raimi.”
“Macam kenallah nama Eden ni. Bukan ke nama Eden ni ada dalam senarai nama orang terkaya dunia yang baru ni?” Naria tiba-tiba teringat, dan kemudian terus bertanya.
Kening Eden terangkat sedikit; mungkin wanita ini taklah sepenuhnya tak tahu banyak benda macam yang dia sangka. “Ya.” jawabnya.
“Well, bukan sorang je yang ada nama Eden.” Naria menambah.
“Nama sama. Tapi dia orang terkaya dekat dunia, saya pula tak ada apa-apa. Dah tak ada kereta, rumah, atau duit,” ujar Eden. Nada lelaki itu kosong, sedikit kedengaran sedih.
Naria menepuk bahunya sambil cuba menaikkan sedikit moodnya, “Jangan risau, muka awak lawa.”
“Muka lawa auto ada tuah ke?” soal Eden.
“Tapi awak pakai kot Balenciaga.” Naria memerhati kot yang terletak di atas katil. Rekaan Balenciaga terbaru itu tak nampak macam tak selesa dipakai kalau nak dibandingkan dengan rekaan yang lain. Pernahlah juga dia terbaca majalah fesyen dan faham sedikit hal begitu.
Eden menoleh, memandang kot yang dikatakan oleh Naria tadi. “Saya tak tahu kot tu ada jenama. Saya ada kot tu pun sebab client saya sebelum-sebelum ni pernah bagi. Saya ambil dan pakai je.”
“Saya tak tahu macam mana awak buat kerja sebelum ni tapi nampaknya awak pandai buat kerja awak.” Ujar Naria dengan bersahaja.
“Jangan cakap lagi pasal kerja tu. Saya tengah dalam usaha untuk cari kerja yang halal. Saya tak nak terus kerja ke jalan yang salah. Malam ni saya akan pergi ambil semua duit peninggalan mak saya. Kalau tak ada apa-apa halangan, esok kita kahwin.” Eden habiskan sapuan ubat dan berdiri.
Dia capai kot yang tercampak di atas katil dan hendak pergi, namun Naria menahannya: “Boleh ke saya percayakan awak? Macam mana kalau awak tak datang balik?”
“Cikgu macam awak pun tak hina pekerjaan saya. Saya tak minta lebih. Saya cuma minta awak kahwin dengan saya je.”
Share this novel