Pada hujung bulan itu, perkahwinan fatin telah pun dilangsungkan dengan majlis besar-besaran. Majlis itu berjalan dengan lancar dan sempurna sehingga ke penghujung. Tetapi bukanlah penghujung untuk fatin, bagi ia ini baru sebuah permulaan hidupnya bersama lelaki yang tidak dikenali
Selesai majlis itu, fatin telah ke meja untuk makan. Perutnya telah lama berbunyi menandakan perutnya sudah kosong dan minta diisi. Semasa dia tengah khusyuk makan, datanglah suami disisinya
"Hai sayang" sapa suaminya
Aku dah la tengah lapar, boleh pulak dia nak berhai-hai dengan aku?
Fatin hanya senyum dan menjawab "hi"
"Awak tengah makan ke?"
Eh tak la tengah cuci kereta, tak nampak ke? boleh pulak dia tanya soalan bodoh tu
"Ye awak, saya tengah makan ni"
"Sedap ke?"
"Sedap"
Suami aku tu kerja dia satu je, pandang aku je. Dah tak ada kerja lain ke dia? ahhh lantak pi la. Aku tengah kebulur ni
Fatin makan sehingga habis dan menghabiskan airnya
Tiba dirumah, fatin telah masuk ke dalam bilik untuk membersihkan dirinya. Selesai itu, fatin telah dan ternampak suaminya di dalam bilik. Terkejut ia
"Awak buat apa dekat dalam ni?"
"Saya nak mandi"
"Sape suruh awak masuk?"
"Umi yang suruh saya masuk untuk bersihkan diri"
"Kenapa awak tak tanya saya dulu?"
"Kenapa perlu saya tanya dulu?"
Eh jantan ni, kau yang masuk bilik aku. Lepastu nak melawan pulak
"Sebab ini bilik saya encik jpj" kata fatin sambil bercekak pinggang
"Ouhh, saya tahu. Dan saya tak kisah sebab awak isteri saya yang sah dunia akhirat" kata lelaki itu lalu mencapai kain tuala dan menuju ke bilik air
Ishhh dia ni, nak cabar aku eh? aku cabar kau nanti kau. Siap kau
Fatin keluar lalu menuju ke dapur, semasa makan fatin tidak tahu menahu tentang suaminya tidak menyukai makanan yang pedas. Dia terletak sambal belacan banyak di dalam pinggan suaminya
Bermula sesi makan, baihaqi membaca doa makan dan menjamu selera. Semasa baihaqi makan, fatin sengaja meletakkan sambal belacan di atas nasinya. Baihaqi terus memandang fatin, manakala fatin membuat muka tidak tahu
Baihaqi hanya makan sahaja, setelah ditanya oleh umi "haqi, kenapa kamu tak makan. Tak sedap ke?"
"Tak adalah umi, sedap je sedap sangat-sangat"
"Baguslah kalau macam tu, makanlah banyak sikit ye? tambahlah nasi ni"
"Baik umi"
Dilihat mereka hanya melayan pinggan sendiri, manakala muka baihaqi sudah pun merah kerana menahan pedas. Fatin perasan akan perubahan muka baihaqi tidak dia sengaja tidak mengedahkannya
Tetapi umi perasan "eh haqi. Kenapa muka merah tu? pedas ke?"
Eh umi ni, nampak pulak dia muka menantu kesayangan dia merah. Muka aku merah dia tak perasan pulak
"Fatin" panggil umi dengan nada suaranya sedikit tinggi tetapi masih dikawal
"Ye umi?" jawab aku, acah-acah tak tahu apa-apa
"Bagi la suami kamu tu air, kesian dia merah dah muka tu"
"Ouhh, awak nak air ke? kenapa tak bagitahu" kata fatin memerli suaminya
Sambil dia menyuapkan air kepada baihaqi mata mereka menjeling. Selesai memberi air, fatin dan baihaqi menyambung semula sesi makannya sehingga selesai
Pada malam itu, ketika tidur. Haqi tidak dapat melelapkan matanya memandangkan dia tidur dibawah. Itu tidak menjadi masalah. Masalah besarnya ialah kerana perutnya hati berbunyi dan diminta untuk membuang. Cirit agaknya
Fatin yang terdengar itu, terus bangun dan bertanya
"Awak ni dah kenapa? berkali-kali ke bilik air tu?"
Haqi memberi jelingan maut
Hek eleh nak main jeling-jeling pulak, lama-lama terpusing biji mata baru tahu
"Saya tanya betul-betul, kenapa?"
"Orang buat apa dekat tandas?"
"Ye saya tahu, tapi awak dah kenapa?"
"Sakit perut"
"Lahh, kenapa?"
"Saya tak boleh makan pedas, and saya akan cirit-birit kalau makan pedas" kata haqi sambil menahan rasa sakitnya
"Sakit sangat ke?"
"Boleh tanya soalan yang logik tak?" marah haqi
"Okay-okay. Awak nak ubat sapu tak? kalau tak saya pergi ambik dekay bilik umi"
"Tak payah, memang ni pun yang awak nak kan? awak nak saya sakitkan?"
"Manalah saya tahu awak tak boleh makan pedas, kalau saya tahu saya tak letaklah"
Eh dia nak salahkan kita pulak, dah dia yang tak bagitahu. Lepastu dia tunding jari dekat orang pulak. Sendiri buat salah, saje nak cari pasal ni
Aku pun terus keluar menuju ke bilik umi untuk mendapatkan minyak. Semasa di dalam bilik umi, ketika aku mencari-cari. Ibu tersedar dan bertanya
"Fatin cari apa tu?"
"Cari minyak umi, nak bagi dekat menantu umi tu"
"Kenapa?"
"Dia sakit perut, member tu tak boleh makan pedas katanya. Lepastu tadi makan tak bagitahu, fatin letaklah sambal belacan atas nasi dia. Tak sangka dia pergi gaul semua. So sakit perutlah" cerita fatin tanya rasa bersalah
"Eh ya Allah kamu ni. Apa buat suami macam tu. Tak baiklah, dia buat apa sekarang?"
"Ada tu haa dalam bilik, tak larat kott. Duk keluar masuk tandas je kerja dia"
Umi pun mengambil minyak tyt dan dibawa ke bilik fatin. Dilihat haqi sedang baring di bawah beralaskam toto untuk tidur. Umi tidak hairan kenapa begitu, dia tahu anaknya tidak berkenan akan pilihannya
"Lahh, kenapa kamu tidur dekat bawah ni haqi?"
Haqi melihat umi dan fatin bersilih ganti, sebelum menjawab
"Tak, tak ada apa-apalah umi. Haqi okay je, haqi faham dia tak biasa. Haqi tak marahkan dia pun" kata haqi lemah
"Ishh kamu ni, kerap lagi ke tandas?"
"Dah kurang sikit daripada tadi umi, tapi sakit lagi"
"Meh la umi tolong sapukan minyak tyt, nanti kalau tak baik jugak. Esok pergi klinik periksa" kata umi lalu menyelakkan baju baihqi dan menyapukan minyak
Untunglah dia, disayangi lebih. Sedangkan aku yang anak dia ni? hampehhh. Dah la dia tidur sebelah aku, baik aku letak bantal sebagai penghalang diantara aku dengan dia
Share this novel