SA 1

Romance Series 93230

“ADA menantu pun tak guna. Duduk je terperap dalam bilik tu. Bukan nak menyenangkan aku, menyusahkan aku adalah!” bebel Jauriah geram. Sakit hatinya bila melihat Rhea hanya bersenang-senang di dalam bilik tanpa membantunya menyiapkan kerja-kerja rumah. Semuanya dia yang kena buat sendiri.

“Mak... Rhea tak sihat. Hayyan yang suruh Rhea berehat je,” ujar Hayyan membela isterinya itu. Kebetulan waktu itu dia masuk ke dapur. Cadangnya mahu memasakkan Rhea nasi goreng daging.
Riak wajah Jauriah terus berubah. Tak sangka Hayyan pula yang terdengar leterannya. Kalau Rhea yang dengar sendiri, lagi bagus!

“Jangan dilayan sangat sakit tu. Tu yang jadi mengada-ngada. Manja! Orang lain pun mengandung juga, elok je,” balas Jauriah tak puas hati. Makin sakit hatinya bila Hayyan tidak sudah-sudah membela Rhea. Sayang sangat dekat bini tu!

“Mak, cukuplah. Janganlah cakap yang bukan-bukan tentang isteri Hayyan. Kalau mak tak suka Rhea sekali pun, jangan layan dia macam tu.” Hayyan sudah letih. Jauriah tak sudah-sudah mencari salah isterinya.

“Kalau Hayyan kahwin dengan Trisha, tak adalah mak sakit hati macam ni.”
“Jangan sebut nama dia lagi mak. Dia yang buang Hayyan. Keluarga kita tak setaraf dengan keluarga dia.”

Jauriah mendengus sebal. “Panggil Rhea tu buat kerja rumah. Jangan nak bersenang-lenang je. Dia tu bukan puteri raja.”

“Macam ni lah mak, kalau mak tak suka kami tinggal dekat sini, biar Hayyan cari rumah lain untuk kami. Mak pun tak sakit hati kan.” Kali ini Hayyan sudah tidak tahan lagi. Daripada hati isterinya terus disakiti, lebih baik mereka pindah ke rumah yang lain.

“Hayyan cakap apa ni? Bila masa pula mak suruh Hayyan keluar? Mak tak nak Hayyan manjakan sangat perempuan tu. Makin mengada-ngada dia nanti.”
“Perempuan yang mak cakap tu isteri Hayyan. Isteri yang tengah mengandungkan zuriat Hayyan. Tak salah pun kalau Hayyan nak manjakan dia. Dia dah berkorban macam-macam untuk Hayyan.”

Jauriah hilang kata-kata. Dia menyumpah Rhea bertubi-tubi dalam hati. Hayyan sudah banyak berubah lepas berkahwin dengan wanita itu.

“Hayyan dah buat keputusan. Hayyan dan Rhea akan pindah keluar daripada rumah ni. Hayyan minta maaf.” Usai itu Hayyan terus berlalu meninggalkan dapur. Terbatal niatnya mahu memasakkan Rhea nasi goreng daging.

Sebaik dia palingkan tubuh, pandangannya matanya jatuh pada figura yang sedang berdiri tegak di hadapannya.

“Sayang...”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience