43

Romance Series 10716

Bunyi derapan sepatu di luar villa mengejutkan mereka.

"Siapa?" Bill bangun menuju ke jendela besar. Dia meninjau disana namun tidak terlihat kelibat sesiapa pun.

Dia melangkah ke muka pintu.

"Pa.." kata-kata Hardin terhenti saat pintu besar telahpun dibuka oleh Bill.

.

Hardin berdiri sambil menundukkan wajah ke lantai. Dirinya seolah-olah sedang dihakimi oleh beberapa orang hakim besar yang menunjukkan betapa berkuasanya mereka sehinggakan dirinya terasa begitu terintimidasi dengan kepala hakim yang kini sedang menatap tajam kearahnya.

"Kamu ada masa 10 minit untuk jelaskan semuanya" suara garau Bill memecahkan suasana.

"Pa.." Hardin memprotes.

"Mr.Bill Mcnelly! Mr.Bill Mcnelly" tekan Bill.

Hardin tersentak. Dia rasa dirinya begitu kerdil saat itu walaupun darah lelaki itu mengalir di dalam tubuhnya saat ini.

Madam Shue menarik nafas berat. Dia tidak tergamak melihat anak tunggalnya diperlakukan sebegitu oleh ayah kandungnya sendiri.

Dia tahu, anaknya itu bersalah dan anaknya juga harus terima konsekuansinya.

"Har tak ada niat nak lakukan semua ni. Tapi..Har juga tak sanggup biarkan orang yang Har cinta jatuh ke tangan orang lain yang Har rasa tak layak" suaranya sambil menatap ke arah Taylor.

"Huh! Kamu rasa kamu layak!?" Bill merengus.
"Jadi, kamu buat semua ni kerana cinta tidak berbalas!?" Bill mencerlung tajam ke arah Hardin.
"Bodoh!" tempik Bill geram.

Hardin tunduk. Dia tidak berani berpapasan mata dengan lelaki separuh usia yang kini sudah berdiri tepat dihadapannya. Terasa aura dingin mencengkam seluruh tubuhnya.

Dia tahu seperti apa lelaki bernama Bill Mcnelly ini.
Dirinya boleh berubah 360 darjah dalam sekelip mata. Dia boleh dijadikan teman dan dia juga mahir dalam dunia permusuhan jika seseorang itu memang berkehendak. Dia akan mengikut alur tujuan yang seseorang itu mahu dia jadi. Dia boleh jadi selembut air, sedingin ais dan sepanas api, itulah Bill Mcnelly.

"Aku malu nak mengaku yang kamu itu adalah keturunanku!"

Ungkapan itu sekaligus membuat semua mata tertumpu tepat kearahnya.

"Bill.." suara Madam Shue sedih.

Hardin masih menunduk. Matanya sudah berkaca. Tapi, dia cuba kuat.

"Har sedar, Har bukan anak yang pa dan ma inginkan. Har bukan pewaris yang layak untuk keluarga Mcnelly. Har tak mampu nak penuhi kemahuan yang pa dan ma mahu. Tapi..Har juga ada hati dan perasaan. Salah ke dengan apa yang Har dah buat?" suaranya bergetar saat mengungkapkan ayat yang terakhir.

"Kamu soal apa tadi, hah!?" Bill sudah mencengkam kuat kolar kemeja Hardin.

"Bill" Madam Shue lantas bangun menghampiri keduanya lalu cuba meleraikan cengkaman tangan Bill yang kukuh pada kolar kemeja anaknya.

Bill sudah hilang sabar dengan sikap anaknya.

"Awak ketepi. Jangan ikut campur. Biar saya yang selesaikan sendiri dengan anak yang tak tahu diuntung ni" Bill bersuara tegas. Wajahnya sudah merah padam. Dia mencerlung tajam ke wajah Hardin.

Mendengar kekecohan yang berlaku, keenam ahli koperat yang tadinya datang bersama Bill, meluru keluar dari ruangan rehat.

"Mr.Bill, ada apa semua ini?" soal Harry, teman bisnes dan juga merupakan rakan baiknya.

Bill terdiam sejenak. Dia malu.
Luluh hatinya bila anak semata wayangnya itu sudah menconteng arang ke mukanya. Dia juga malu dengan Rey sekeluarga.

"Harry, aku rasa lebih baik kamu bawa teman yang lain pulang dulu. Aku ada urusan lain yang lebih penting dari ini" suara Bill lemah.

Ahli koperat yang lain sudah mula berbisik antara satu dengan yang lain.

Melihat suasana yang mungkin terjadi lebih buruk, Harry segera mengajak rakan bisnes yang lain keluar dari villa.

Mata Bill terpejam rapat. Awalnya tadi, semuanya kelihatan baik-baik sahaja. Tapi setelah kemunculan isterinya bersama beberapa anggota polis serta anak kepada Rey, Drake, hatinya mula tidak enak.

Mendengar penjelasan dari salah seorang pegawai polis saat dimuka pintu besar tadi, hatinya seperti dicarik-carik.

"Saya Samuel, pegawai siasatan jenayah. Anak Tuan, Hardin didapati bersalah dalam beberapa kes penculikkan dan cubaan membunuh pembantu peribadi Tuan Rey."

"Apa?" Dengan wajah terkejut, dia menatap Madam Shue seolah-olah menanti jawapan dari isterinya.

Melihat anggukan perlahan dari isterinya, Bill lantas masuk semula ke dalam villa.

Pangggg!!!!! Panggg!!!! Panggggg!!!
Pertama kalinya dia naik tangan kepada putera tunggalnya dan tamparan itu singgah berkali-kali ke wajah tampan Hardin sehingga memar dan terlihat darah pekat mengalir pada hujung bibirnya.

Dada tuanya bergerak naik dan turun dengan kuat kerana marah.

Dia tidak menyangka, anaknya itu sanggup bertindak sejauh itu.

...

"Bawa saja dia ke balai." putus Bill dengan perasaan kecewa, hampa dan beribu rasa penyesalan.

Bill terduduk di sofa satu yang berada tidak jauh dari situ. Dia menyentuh dadanya yang mula terasa sesak.

"Bill" Madam Shue menerpa ke arah suaminya.

Bill dengan pantas mengangkat satu tangannya,
"Aku tak apa-apa" suaranya perlahan.

Samuel bangun. Beberapa anggota yang lain datang lalu menggari tangan Hardin.

"Pa..tolong Har pa.. Mama..tolong ma, Har tak salah" rayunya sambil meraung tangis.

Madam Shue tidak mampu berbuat apa. Wajahnya dibuang kearah lain. Hati ibu mana yang sanggup melihat tangan anaknya digari oleh anggota polis?

"Mama! Please ma, Har tak salah!" raung Hardin sambil meronta. Kedua tangannya cuba mencapai pergelangan tangan Madam Shue, namun usahanya nihil sama sekali.

*

Setahun kemudian,

New York

Tok! Tok!

"Masuk"

"Sayang, jom lunch"
Fea yang tadi leka dengan kerja mendongak saat mendengar suara suaminya.

Dia menilik jam ditangan,
"Sudah jam 1?" keluhnya tanpa sedar masa berlalu begitu pantas.

"Hmm" gumam Taylor yang sudah mencapai tas tangan serta blazer isterinya.

"Ah, tapi..kerja I masih banyak, mana sempat nak lunch" luahnya sambil mencebir manja.

Taylor menarik tangan Fea tanpa menghiraukan rungutan dari isterinya itu.

"Sudah berapa kali saya cakap, jangan jadi hamba kerja. Waktu makan harus makan, waktu rehat harus rehat, waktu bercinta harus..."

"Ah..ah..ah.." jerit Taylor saat satu cubitan hinggap di perutnya.

"Mula la tu" desis Fea sambil menjeling sekilas ke arah suaminya.

"Nak manja dengan isteri sendiri pun tak boleh" gumam Taylor sambil memuncungkan bibirnya pura-pura merajuk.

Fea berhenti melangkah saat tiba di muka pintu pejabatnya. Kedua tangannya meraup pipi Taylor sambil menekan wajah itu geram.

"Hishhh! Waktu kerja harus kerja.. kalau nak bercinta, yah..tunggu saja pulang ke rumah" suara Fea geram.

Sikap manja dan keperihatinan Taylor membuat hati Fea sentiasa senang dan bahagia. Hari demi hari, rasa cintanya semakin hangat dan bercambah seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan. Setiap hari, ada orang yang menjaga dan merawatnya.

"Kalau begitu, mari kita pulang saja" suara Taylor sambil memasang wajah mesum. Tatapan matanya semakin galak.

Taylor mendekatkan wajahnya dengan Fea lalu bersuara perlahan,
"Jika tidak sempat, disini juga tak apa-apa"

Fea menganga.

Taylor mengeram lantas satu tangannya memaut pinggang Fea erat.

Jarak wajah mereka semakin mendekat. Pandangan keduanya bertaut.

Perlahan tatapan Taylor jatuh pada bibir mungil Fea, salah satu bahagian yang menjadi candunya sejak menikah.

Dia merapatkan bibirnya dan segera mahu melumat bibir isterinya dengan rakus.

Tok! Tok!

Suara ketukkan membuat keduanya bergelut, melepaskan pelukkan lalu segera menjarakkan tubuh antara satu sama lain.

"Ehem, ehem" Fea berdehem cuba mengawal emosinya yang tadi sudah hampir meledak.

Pintu terbuka tanpa dia sempat memberi arahan untuk masuk.

"Fea, apa kamu..." ucapan Drake terhenti saat melihat Taylor juga ada disitu, tercegat di muka pintu.

"Ehem! Oh, maaf mengganggu masa kamu berdua" Drake serba salah. Sepertinya, kedatangannya itu salah timing. Dia mahu menutup pintu semula dan mahu segera beranjak dari situ, tidak mahu mengganggu pasangan pengantin yang baru sebulan menikah itu.

Taylor mengangguk. Dia sangat bersetuju dengan keputusan Drake untuk pergi supaya dia boleh tuntaskan hal yang tadinya tertangguh. Dia sudah tidak boleh bersabar lagi. Matanya sering saja menatap ke arah Fea dengan seribu satu rasa yang di rasakan debaran seperti mahu meletus.

"Tak apa-apa." kata-kata Fea melenyapkan rasa yang tadi membuak-buak dalam diri Taylor.

Taylor medengus kesal.

"Ada apa Abang Drake ke sini?" soal Fea tenang. Dia melirik sekilas kearah suaminya.

Wajah Taylor sudah masam mencuka.
Fea mengulum senyum, menahan dirinya dari ketawa saat melihat gelagat manja suaminya.

Tindakkan Drake tadi terhenti. Dia tercegat dimuka pintu.

"Malam nanti jangan lupa pulang ke rumah papa. Ada jamuan makan bersama keluarga."

"Jamuan makan?" Fea nampak seperti berfikir.

"Birthday papa ke?" tanya Fea bingung. Dahinya berkerut.

Drake menggeleng.

"Birthday Abang Drake?"

Drake menggeleng.

"Hishhh" Fea memandang Taylor.
"Birthday sayang baru je lepas. Dah tu, kenapa papa tiba-tiba buat jamuan keluarga?" fikir Fea pulas.

Drake dan Taylor juga ikut berfikir.

Fea kemudian menganga.
"Jangan-jangan..." Taylor dan Drake menanti kata-kata Fea yang seterusnya.

"Apa??" soal Taylor dan Drake serentak.

Fea memandang kedua lelaki dihadapannya.

"Papa mahu menikah lagi" teka Fea cuba serkap jarang.

"Hoih! Takkanlah!" suara Drake bergema, nyaring.

"Kenapa?" soal Fea hairan.

"Kalau pasal ni, abang tak setuju" putus Drake tegas.

"Kenapa? Apa masalahnya kalau papa menikah lagi? Sekurang-kurangnya ada orang yang tolong tengok-tengokkan papa, jaga papa, rawat papa. Fea setuju 200 peratus" ujar Fea sambil tersenyum lebar.

Taylor memandang isterinya lalu tersenyum. Dia suka sikap dan pandangan isterinya itu.

"Betul, saya setuju dengan awak" sokong Taylor lantas satu tangannya melingkar lembut pada pinggang ramping Fea.

"Kalau betul, abang sedikit rasa tercabar" suara Drake separuh bisik.

Fea dan Taylor memandang kearah Drake dengan seribu persoalan.

"Kenapa?" dahi Fea berkerut.

Drake menatap wajah adiknya dengan wajah flat. Satu keluhan keluar dari bibirnya.

Drake tidak menjawab, dia malah sekadar tersengih. Dia malu hendak mengakui hal yang sebenarnya.

Bersambung....

Kenapa Drake harus rasa tercabar dengan Rey? Adakah kerana hal pernikahan Rey yang Fea sebutkan itu? Benarkah Rey mahu menikah lagi?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience