ABMM BAB 3 : HARI YANG MENCABAR!

Romance Series 1950

HOSPITAL PRINCE COURT, KUALA LUMPUR....,

HARI ini merupakan hari untuk aku dan Aisyah melaporkan diri di sini sebagai doktor pakar bedah ortopedik. Hari permulaan kami untuk menabur bakti kepada masyarakat di luar sana.

"Wow...kau nampak so prettylah, Nayla..anggun sangat dengan jubah putih doktor tu."

"Kau pun apa kurangnya, tapi lagi cantik kalau pakai baju kurungkan, macam kau datang kat rumah aku tempoh hari, sejuk je mata buah hati kau tu memandang"

Aisyah senyum malu-malu. Lengan aku dicubitnya agak kasar tanpa disedarinya.

"Nak menyakat aku lah tu, yalah lepas ni setiap hari Jumaat aku akan pakai baju kurung, nanti dating dengan abang Harriz aku suruh dia belikan aku baju kurung banyak-banyak biar penuh satu wardrobe aku"

"Aduh...sakitlah Syah. Erm, okey jugak tu, nanti suruh dia beli dua set setiap satu, satu untuk kau, satu lagi untuk aku"

"Mana boleh, kesian boyfriend aku tu, habis duit dia nanti. Kau carilah boyfriend cepat-cepat, nanti boleh sama-sama naik pelamin."

Aisyah dah senyum mekar. Tengah syoklah tu duk bayangkan pelaminan indah dia dengan abang aku tu.

"Amboi, cik kak dah tak sabar ke nak jadi my sister in law. Erm, baguslah kau ni Syah pandai kawal kewangan abang Harriz aku tu, ada ciri-ciri kakak ipar kesayangan ni."

"Dah lah Nayla, dah jauh kita mengarut ni, jom kejap lagi kan nak jumpa bos kekwat tu. Kang tak pasal-pasal kita kena bahan pula, ada juga bertumbuk aku dengan aso sepet tu kang."

"Ishh, kau ni kan..respect sikit diakan bos kita, tau baik tau. Tapi aku perasan juga dia macam tak puas hati dengan kita tadi"

Dalam sesi memperkenalkan diri tadi kami dikejutkan dengan seorang ketua yang agak tegas. Madam Jeniffer Lee Siaw Fook, merupakan ketua kepala kedua tertinggi di hospital ini selepas Sir Edward Borton yang dikenali sebagai ketua yang menitik beratkan tentang kualiti dan masa. Walau bagaimanapun, ketua di bahagian jabatan kami sangat mesra orangnya dan kebanyakkan kaki tangan di bawah seliaannya betah bekerja dengannya.

Mempunyai wajah yang agak kacak, walaupun sudah menganjak umur lewat 40-an. Berpewatakan agak tegas namun ada 'sence of humor' dalam dirinya membuatkan kami tidaklah agak tertekan, walaupun bahagian di bidang kami tidak kalah juga cabarannya. Sudah berumah tangga dan dikurniakan dengan sepasang cahaya mata. Suri hatinya juga merupakan seorang doktor, tetapi di bahagian obstetrician & gynecologist (o&g).

Maklumat mengenai ketua kami yang diberi nama Encik Muhammad Atiff Aslam itu kami perolehi daripada jururawat senior di jabatan kami. Mulutnya yang agak kepoh itu membuatkan kami lebih mudah untuk mengorek rahsia sesiapa sahaja yang kami inginkan.

***

"Adik, macam mana first time kat hospital hari ni?"

"Not bad lah, abang Riz..so far so good. My bos so responsible and pleasant, tak nak tanya ke pasal buah hati abang Riz, tu?"

Aku betulkan dudukku di sofa empuk di ruang tamu.

"Takpe..dia dah report kat abang Riz siap-siap, one thing je..tolong abang Riz."

Aku dah teruja. Tangan memeluk bantal sofa lembut berbentuk empat segi itu dengan erat.

"Tolong, tolong apa?"

"Tolong pantau Aisyah dengan doktor-doktor lelaki kat hospital tu, jangan nak main-main mata, ingatkan dia tu dah ber 'punya'."

"Amboi, lebih nampak..kalau jelouse cepat jadikan Syah hak mutlak abang Riz."

Aku sudah mentertawakan abang aku sambil menepuk-nepuk lembut bahunya.

"Dalam perancangan, tapi abang Riz nak bagi peluang kat Aisyah dulu dalam dua tahun, biar dia enjoyed dulu dengan kerja dia."

"Okeylah tu, jangan rush sangat, dalam tempoh tu, adik boleh cari calon imam adik kan, abang Riz kan..kan?"

"Suka hatilah, janji jaga diri, jangan malukan family."

Harriz mencuit hujung hidung mancungku dengan jari telunjuknya. Kami berbual santai petang itu di gazebo bersebelahan taman mini mama.

Beberapa minit kemudian, kami membawa diri masing-masing ke ruangan peribadi kami untuk membersihkan diri. Setelah itu, kami bersama-sama menunaikan solat Maghrib dan solat Isyak secara berjemaah. Kemudian, aku membantu mama menyediakan juadah untuk makan malam kami sekeluarga.

"Nayla, how your first day job in hospital, everthing okay?"

Dato' Seri Haiqal membuka bicara menghapuskan kesunyian di meja makan.

"Okeylah, pa..not bad, baru first day so santai-santai dulu kenal dengan staff dengan bos"

"Ooo...yalah, ramai tak calon menantu papa dekat sana?"

"Apalah abang ni, banyak-banyak soalan pasal menantu juga dia tanya," mama memarahi papa dengan soalan yang dianggap tidak wajar untuk ditanyakan kepadaku.

Aku hanya tertawa kecil dan sempat menggelengkan kepala. Namun, soalan daripada papa aku jawab jua.

"Tak ramai sangat doktor lelaki yang bujang kat cawangan kami, pa. Semua dah jadi suami orang, kalu ada pun umur muda sangat lagi.."

"Erm..yalah, Riz how progress projek kat Bangi tu, dari tadi papa tengok tak berenggang langsung dengan iPhone tu, sengih-sengih."

"Hah, so far so good pa, don't worry about 25% lagi nak finished the project, tengah setup lagi apa yang patut."

Harriz masih tersengih-sengih, mujur jawapan yang diberikan tidak jauh melencongnya. Pandangan masih tertumpu pada skrin benda pipih itu.

"Mana tak sengih papa... orang tengah kemaruk in love, kan abang Riz kan?"

"Ya, eh...taklah pa, saja lah adik nak kenakan abang Riz," Harriz mengusap tengkuknya, malu sudah tertangkap oleh papa, sebelah tangannya pula sedang mengacak-ngacak rambut panjangku sehingga kusut dibuatnya.

"Pa...tengok abang Riz ni habis kusut rambut adik, dah ada girlfriend tu tak nak mengaku pulak, benda baik buat apa nak sorok-sorok kan, mama?"

"Betullah tu, tak payah sorok-sorok lah Riz, papa dah tahu pun"

Muka Harriz berubah kemerahan akibat terlalu malu. Fikirnya papa masih tidak mengetahui yang dia telah mempunyai seorang teman istimewa. Lebih malu, gadis yang berjaya mencuri hati lelakinya itu merupakan anak kepada teman baik kepada ibu bapanya sendiri.

"So, bila nak kenalkan papa dengan bakal menantu papa tu, yalah papa kenal dengan ibu bapanya aje, anaknya tu pun papa dengan mama jumpa masa baby lagi, tak silap papa, Riz baru lima tahun masa tu"

"Haah Riz, ajaklah Aisyah datang rumah kita, makan tengah hari kat sini, boleh kenal lebih rapat" cadang mama pula.

"Nantilah, Riz ajak...Riz busy sikit nak siapkan projek kat Bangi tu, nanti Riz dah free Riz ajak Aisyah datang sini ya, papa.. mama."

***

Pejam celik sudah tiga tahun aku dan Aisyah berkhidmat di hospital swasta itu. Pelbagai cabaran dan dugaan kami tempuhi, walaupun mencabar tetapi kami seronok dengan kerjaya yang kami pilih.

"Syah, minggu ni datang rumah aku kan? my mama and papa nak bincang pasal majlis pertunangan korang. Ish, mesti kau dah tak sabarkan?"

"Actually memang aku tak sabar, hahaha..tapi aku seriau ni, nak jadi akak ipar kau. Tak pernah terbayang pun."

"Ish...gatal kau ya, relaks la..aku akan jadi adik ipar yang paling kau sayangi nanti, kau datang dengan umi dan abi nanti kan?"

Aisyah geleng kepala.

"Tak, aku datang sorang je, abi dengan umi ada hal, tapi aku seganlah," Aisyah mengetap bibirnya.

"Oklah, jom balik..shift kita dah habis, aku dah mengantuk sangat ni"

***

Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Kedatangan Aisyah pada hujung minggu itu disambut dengan penuh mesra oleh keluarga aku. Terserlah keanggunan Aisyah dengan mengenakan busana kurung biru lembut bercorak bunga kecil warna putih, lengkap bertudung kuning air sesuai dengan kulitnya yang putih melepak. Harriz terpaku dengan penampilan baru Aisyah, sehingga matanya tidak berkerdip sedikit pun menatap wajah buah hatinya itu.

"Tutup sikit mulut tu, nanti masuk lalat, ish..takkan nak berdiri je kat depan pintu ni, kamu ni Riz, ajaklah Aisyah tu masuk," mama sudah membebel dan sedikit malu dengan perangai anak terunanya yang tidak semenggah itu.

"Eh, masuklah Aisyah..buat macam rumah sendiri."

Harriz menggaru kepalanya yang tidak gatal dan tersengih sendiri apabila dimarahi oleh Datin Seri Najma Alyana akibat salah tingkahnya.

"SYAHHHH...."

Aku berlari mendapatkan Aisyah dan memeluknya erat, terpegun seketika dengan penampilan Aisyah pada petang ini.

"Ni lagi sorang, anak dara awak ni abang, macam tak pernah jumpa pula lagaknya, padahal hari-hari jumpa kat hospital tu. Ish, pening kepala mama dengan you all berdua ni," mama dah bercekak pinggang. Aku dan abang Harriz hanya tersengih macam kerang busuk.

"Eh, abang pun kena juga?"

Dato' Seri Haiqal sudah menggelengkan kepalanya dan mengajak Harriz untuk menyertainya dahulu ke meja makan yang sudah tersedia hidangan untuk minum petang.

"Takdelah mama, Syah cantik sangat ni, ayu sangat-sangat, jomlah Syah, kita minum-minum dulu, aku dah siapkan tadi special for you.."

Kami berbual santai sehinggalah topik pertunangan antara Harriz bersama Aisyah disuarakan oleh Dato' Seri Haiqal. Papa memberitahu rombongan meminang bagi pihak kami akan bertandang ke rumah Aisyah pada hujung bulan hadapan.

"Pihak keluarga uncle akan datang pada hujung bulan depan, nanti Aisyah maklumkan pada orang tua Aisyah okey. Uncle akan bincang semula dengan abi dan umi Aisyah, kalau semua setuju..hujung bulan depan kamu berdua bertunang."

"Syah.. dari tadi diam je, tak nak cakap apa-apa ke? Selalunya kalau diam ni tanda setuju kan mama?," aku cuba berseloroh untuk menyerikan suasana.

Muka Aisyah sudah memerah menahan malu. Tanganku digenggamnya erat.

"Nayla ni, mestilah Aisyah tu malu, nanti tiba giliran awak tu baru tahu macam mana rasanya kawan awak tu rasa."

Aku sudah tersenyum simpul. Harriz sudah memandangku dengan tatapan mata helangnya sebagai amaran jangan membuatkan pujaan hatinya berasa tidak selesa di sini, membuatkan aku auto tertunduk seram melihat wajah abang kandung aku sedemikian rupa.Tajam.
Sinis. Menggerunkan!

"Erm..jemput minum Aisyah, jangan malu-malu, itu ada mi goreng kesukaan kamu, penat tau bakal tunang kamu masak tadi. Special tu untuk kamu, Riz tolong hidangkan untuk Aisyah tu," mama mempelawa Aisyah merasai juadah hasil air tangan satu-satunya anak teruna yang dimilikinya.

"Eh, takpe auntie..Aisyah boleh ambil sendiri, jangan susah-susah."

"Takpe, biar Nayla yang hidangkan..yang ni Nayla buatkan donut special untuk bff Nayla, makan tau Syah."

"Susah-susah je semua, nanti datang rumah Aisyah, Aisyah balas balik okey, segan Aisyah macam ni," Aisyah senyum simpul, wajahnya merona kemerahan.

"Eh, apa pulak macam tu, tak payah balas-balas Aisyah. Kami senang dengan kedatangan Aisyah hari ni. Sayangnya orang tua Aisyah tak dapat join sekali, kalau tak senangkan abang boleh bincang sekali."

"Apalah awak ni, Najma...nak bincang kita kena pergi rumah belah perempuan, anak awak tu lelaki Datin Seri oii."

"Eh, lupa pulak saya, maklumlah excited nak dapat menantu," bicara mama membuatkan Aisyah tersedak. Dia baru sahaja mahu menyuapkan mi goreng ke dalam mulutnya. Nasib baik mi goreng itu tidak tersembur keluar.

"Maaf.. Aisyah tak sengaja, excuse me."

"Aisyah tak apa-apa ke? minum air ni dulu," Harriz menghulurkan jus oren kepunyaannya kepada Aisyah.

Dan Aisyah menyambutnya dengan malu-malu, lalu disisipnya sedikit untuk menghilangkan rasa perit ditekaknya.

Hari yang sudah agak lewat petang itu, membuatkan Aisyah segera meminta diri untuk pulang.

"Aisyah minta diri dulu uncle, auntie.. Nayla, nanti Aisyah datang lagi ya."

"Laa...dah nak balik ke? macam baru kejap sangat je borak-borak dengan kau. Okeylah Syah, hati-hati drive okey."

Aisyah menyalami tangan kedua ibu bapaku dan melangkah ke keretanya yang dihantar oleh Harriz dan tidak lama kemudian, keretanya sudah hilang dari pemandangan kami.

"Erm, apa pendapat mama dengan papa tentang Aisyah," soal Harriz kepada kedua orang tua kami yang sedang duduk santai di sofa ruang tamu sambil menonton rancangan kegemaran mereka.

"Papa tengok Aisyah tu baik budaknya, sopan dan hormat orang tua, paling penting kamu tu kalau kamu sukakan dia, papa ikutkan aje, asalkan kamu bahagia. Papa pun tumpang bahagia kan mama, cantik pun cantik," papa sudah menyeringai apabila dicubit pinggangnya oleh mama.

"Yalah.. Riz, mama pun berkenan sangat dengan Aisyah tu, comel je mama tengok, sopan santun dan tak banyak kerenah."

Aku mula menyampuk.

"Well, she is my bff okey..mestilah perangai baik-baik, anak pak ustaz dan ustazah lah katakan. Tapi dia agak garang dan tegas orangnya, tak gitu abang Harriz?"

Harriz mengangguk laju.

"Ya, itu tak dinafikan, tapi itu yang buat abang sukakan Aisyah tu, tak mengada-ngada macam orang tu," Harriz tertawa sinis.

"Ish, sempat lagi dia kena kan kita, mama..papa, tengok abang Riz ni, kita puji awek dia, kita pulak yang dikenakan balik," aku cubit lengan Harriz yang terdedah itu, sehingga merah lengan kekar putihnya. Menjerit dia kesakitan.

"Hah, Syah call lah tu kan?"

Harriz dah tersengih!

Yey, Harriz dh nk bertunang ngan Aisyah...mama ni buat suspen je...saja nk kenakan Harriz..happy reading gaiss...jemput follow dan komen.

Share this novel

DHIA AMIRA.
2025-04-29 12:39:35 

jealous

DHIA AMIRA.
2025-04-29 12:38:54 

sense of humour erna...maaf tgur


NovelPlus Premium

The best ads free experience