Bab 2

Romance Series 196641

SEBAIK sahaja dia melepaskan topi keledar jenis muka penuh daripada kepalanya, seseorang mencuit pinggangnya dari arah tepi.

"Apasal kau bawa superbike kau pergi kerja? Selalunya kau bawa superbike kau ni untuk ride santai-santai aje, kan?" tegur Azwana bersama dengan sengihan.

"Kereta aku masuk hospital. Kemek bonet depan, bumper dan lampu pecah," jawab Syazleen sambil merapikan ikatan rambutnya sebelum dia turun daripada motosikal berkuasa tingginya.

"Kau accident ke? Bila?"

"Pagi tadi masa balik dari joging. Ada mamat gila berlagak main keluar simpang macam tu je. Dia buat jalan raya tu macam bapa dia punya, tahu tak."

"Kenapa kau tak heret je mamat tu ke sini terus?" soal Azwana sambil menjuihkan bibirnya ke arah bangunan di depan mereka.

"Plan aku memang macam tu, tapi mamat tu tak banyak cakap, dia terus bagi aku cek dua puluh ribu ringgit lepas tu dia blah. Kononnya tak ada masa nak layan aku, tapi aku nak cari juga mamat tu. Dia ingat dia boleh lepas macam tu je ke daripada aku?" balas Syazleen, lalu mereka jalan beriringan menuju ke pintu masuk bangunan.

"Perhhh! Dua puluh ribu terus dia kasi? Kereta orang tu tak kemek ke? Apa brand kereta dia?"

"Kereta dia kemek juga kat tepi. Dia guna kereta Bugatti Chiron."

Langkah Azwana serta-merta terhenti. Matanya langsung terbeliak dengan mulut ternganga. "Kau biar betul, Syaz!"

Syazleen yang turut memberhentikan langkah kakinya terus menolak dagu rakan sekerjanya itu ke atas. "Kut ya pun, tutuplah mulut tu, nanti masuk langau! Ya, aku tahu apa kau fikir," ujarnya seraya meneruskan langkahnya yang terhenti tadi.

"Patutlah dia terus bagi kau cek banyak tu, billionare rupanya! Kau nak tahu tak, road tax setahun kereta tu nak hampir sama gaji basic kita setahun tau!"

"Billionare ke tak, dia kena tahu adab. Dibuatnya orang mati, dia ingat harta yang dia ada tu mampu beli nyawa untuk hidupkan orang yang dah mati ke?"

Azwana tersengih mendengarkan hujah rakan sekerjanya itu. "Ha'ah, kan? Betul juga."

"Weh, korang! Tunggulah aku!"

Laungan suara dari arah kawasan parkir membuatkan dua orang wanita itu serentak menoleh ke belakang.

"Cepatlah, mak cik! Sekejap lagi nak mula meeting ni," gesa Syazleen sambil ketawa kecil.

"Muka cantik awet muda badan seksi macam ni kau mak cikkan? Aku tumbuk karang baru kau tahu!" sembur Misha sebaik sahaja dia tiba di tempat dua orang rakan setugasnya itu sambil tercungap-cungap kerana berlari tadi.

"Itu kulit je, isinya dah tua!" balas Syazleen disusuli dengan tawa besar diikuti oleh Azwana.

"Cis!" Misha lantas mencucuk pinggang Syazleen sambil mencebik.

- - - -

BUNYI bingit lagu rancak di dalam kelab malam mewah yang sudah lali di telinga Syazleen sedikit pun tidak mengganggu lamunannya.

Mesej yang dia terima daripada teman lelakinya sebentar tadi benar-benar mengganggu fikirannya. Bukan itu sahaja, keputusan untuk berhenti kerja yang dia suarakan kepada atasannya siang tadi juga turut sama menyesak dalam fikirannya.

Pelayan bar yang sudah biasa melihatnya di situ sejak beberapa minggu lepas lantas menghampirinya sambil tersenyum. "Tunggu kawan ke?"

Lambat-lambat Syazleen mengangkat wajahnya memandang lelaki yang berdiri di sebalik meja bar itu, lalu dia mengangguk kecil dan mengukir senyuman nipis. "Ya, tunggu kawan."

"Maaflah I menyibuk sikit. You ada masalah ke? I tengok you termenung aje dari tadi. Kalau you nak hilangkan stress you tu, you can order whatever drink you want, I belanja. Jangan risau, kelab malam ni, daddy I punya," tawar lelaki berwajah ala-ala bintang K-pop itu.

"No, thanks, err..." Syazleen mengangkat jari telunjuknya menghala kepada lelaki itu sambil menjongketkan kening.

"Jackson... nama I Jackson. You boleh panggil I Jack je and you?" kata lelaki itu seraya menghulurkan tangannya untuk bersalaman.

"Hmm, okay, okay, Jack. Syazleen, just call me Syaz," balas Syazleen seraya menyambut huluran tangan lelaki itu. "Anyway, thanks for your offer, tapi I sebenarnya tak minum arak. I datang sini just nak chilling dengar muzik dan tengok ragam manusia je. That's how I release my tension."

"Well, I takkan paksa you. So, what drink do you want to drink?"

Syazleen mengangguk. "Any non-alcoholic canned drink you have."

"Alright." Jackson segera mengambil minuman tin daripada peti sejuk yang terletak di bawah meja bar tersebut. "There you go, gorgeous! Enjoy your drink." Minuman tin berperisa lemon tersebut lantas diletakkan di depan wanita yang menarik perhatiannya itu sambil tersenyum, kemudian dia meminta diri untuk melayan pelanggan yang baru duduk selang dua buah kerusi tempat dia berdiri.

"Two glasses of whiskey, please!"

Laju Syazleen menoleh selepas dia terdengar suara yang sangat dikenalinya itu dan pada saat itu juga matanya langsung terbeliak sejurus selepas dia melihat lelaki yang sedang memeluk seorang wanita cantik dan seksi di sebelahnya.

"Yazid!"

"Syaz?" Lelaki itu turut memandang Syazleen dengan mata terbeliak tidak berkedip langsung.

"Wow, tak sangka! Jadi, sebab nak keluar dengan perempuan nilah you cakap you tak dapat keluar jumpa I sekejap malam ni, ya?"

"Yes, eh, no! Syaz, please, you kena dengar penjelasan I dulu," rayu Yazid sambil memegang kedua-dua bahu Syazleen yang sudah berdiri tepat-tepat di depannya dengan muka bengis itu.

"There's nothing to explain, playboy!" bentak Syazleen sambil menepis kasar tangan lelaki itu. "I see, I see... selama ni you cakap you tak ready lagi nak jumpa family I sebab you masih belum puas nak enjoy, kan? Okey, I faham. I faham sangat! Mentang-mentang I selalu tolak ajakan you nak bermalam kat rumah you, you cari 'makan' kat luarlah ya? Okay, fine! Lepas ni, you jangan muncul depan I lagi! I hate you, Yazid! Kita putus!"

Tanpa menunggu balasan daripada lelaki itu, Syazleen segera melangkah pergi dari situ dengan langkah pantas dan dia bertembung dengan Azwana dan Misha sebelum dia tiba di pintu keluar kelab malam tersebut.

"Eh, Syaz! Kau nak pergi ke mana tu?" soal Misha sambil menarik tangan wanita itu ketika dia perasan rakannya itu berjalan laju dengan muka bengis tanpa memandang kiri dan kanan lagi.

"Sorry, Misha, Wana. Aku tak dapat on duty malam ni. Tolong cakap kat Tuan Jazman aku ada emergency," balas Syazleen, lalu dia terus keluar dari tempat berlampu malap dan berkabus itu meninggalkan dua orang wanita itu terpinga-pinga.

"Kenapa dengan dia tu?" soal Misha kepada Azwana dengan kerutan di dahi.

Azwana hanya menjongketkan bahunya sebagai isyarat tidak tahu dan pada ketika itu juga seorang lelaki sedang berlari melepasi mereka.

"Eh! Tu bukan boyfriend Syaz ke?" Kali ini, giliran Azwana pula yang bertanya.

"Hmmm... mesti gaduh ni."

"Kantoi keluar dengan perempuan kut," teka Azwana.

"Yalah kut. Esok je aku korek cerita. Dah, jomlah pergi duduk. Malam ni Tuan Jazman suruh kita perhati je dulu kalau si Mister Ronney tu datang sini dengan konco-konco dia."

- - - -

"SYAZ, wait! Syaz!"

Syazleen mendengus marah, namun dia tidak menoleh langsung walaupun namanya dipanggil berkali-kali. Langkah kakinya malah diayun semakin pantas menuju ke motosikalnya yang diparkirkan agak jauh dari kelab malam tadi.

Belum sempat dia menaiki motosikalnya, bahunya disentuh dari belakang. Kerana dikuasai oleh amarah yang meluap-luap, tindakan refleksnya membuatkan dia dengan pantas berpusing dan menghayun satu tumbukan kuat mengenai bahagian rahang lelaki yang sedang berdiri di belakangnya yang dia yakini adalah lelaki yang telah mengkhianatinya.

"Ouch, shit! Damn it!" bentak lelaki yang terundur selangkah sambil memegang rahangnya itu.

"Alamak! Sorry, sorry! Salah orang!" ucap Syazleen dengan muka risau dan serba salah. Ternyata lelaki yang ditumbuknya itu bukanlah teman lelakinya.

Namun, melihat Yazid yang semakin menghampirinya, Syazleen segera mencapai topi keledar dan menaiki motosikalnya.

"Sorry, awak. Kita settle nanti ya! Jumpa kat kafe tu pukul 12.00 tengah hari esok," kata Syazleen sambil menuding ke arah tempat yang dimaksudkan, lalu dia segera memecut motosikal berkuasa tingginya meninggalkan tempat itu.

Terkebil-kebil mata lelaki itu memandang motosikal yang hanya beberapa kerdipan mata sahaja sudah menghilang daripada pandangannya.

"Crazy woman! Kau blah macam tu je? Kau ingat kau boleh lepas macam tu je ke!" gumam lelaki itu sambil menggerak-gerakkan rahangnya yang terasa kebas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience