bacdh 'Premature'

Drama Series 49696

"Apalah dalam kepala agaknya..."

Khaleeda pasang telinga, sambil tangannya berhati-hati menuangkan sirap selasih ke dalam gelas di hadapan majikan dan keluarga.

Dia sedang menunggu ayat seterusnya daripada ibu Miss May Rose. Dari malam tadi tiba, ayat yang dilontarkan semuanya pedas kedengaran.

"Dahlah laki muda... ambil pembantu pun muda. Selalu pulak tak ada kat rumah."

Oh... okay. Faham.

Khaleeda curi-curi menjeling ke wajah Miss May Rose. Selamba sahaja meneruskan suapan lauk ikan bakar kegemaran.

Hebat sungguh mata ibu Miss May Rose. Mengena sungguh dengan apa yang dia dan Yusoff sudah lakukan sepanjang tiga bulan ini.

"Dah ada yang sesuai... nak juga dikejar lelaki muda. Padahal orang tu kejar harta awak aje."

Kali ini Khaleeda jeling pula wajah Yusoff. Mahu melihat reaksi lelaki berlagak itu. Jika dengan dia sudah kembang dada menunjuk garang. Hmm biasa sahaja seolah tidak mendengar langsung.

Kebal telinga. Itulah agaknya yang dimaksudkan Miss May Rose supaya tidak terkesan dengan provokasi.

Ada cerita apa dengan perkahwinan mereka berdua hingga ibu Miss May Rose bersikap sebal begini?.

"Tambah nasi ni."

Miss May Rose sudah mencapai tangkai senduk tapi melepaskan semula apabila ibunya kembali bersuara.

"Kan ada pembantu..."

Khaleeda maju ke hadapan mencedukkan nasi dari dalam mangkuk besar ke dalam pinggan perempuan yang entah berapa umurnya itu. Sesenduk, dua senduk, masuk yang ke tiga dia pula kena...

"Orang yang kena kerja teruk macam buruh tu aje yang makan banyak."

Nada suaranya rendah sahaja tapi tajamnya menghiris. Jika dia tidak tahu mesti dia sangka perempuan cantik ini ibu Yusoff bukan ibu Miss May Rose. Sebijik kata-katanya menyakitkan hati.

"You tau May... Zaril dah ada anak dengan wife baru dia."

"Iya ke? Alhamdulillah. Baguslah untuk dia."

"Buang Zaril, kahwin orang muda tapi tetap tak ada anak... kan tak pasal-pasal orang cakap you yang problem."

Gulp!

Patut ke dia angkat kaki dari ruangan makan ini supaya dia tidak tahu cerita selanjutnya. Atau kekal sahaja di sini.

Selama ini dia tertanya-tanya juga bagaimana Yusoff boleh berjodoh dengan Miss May Rose yang berbeza umur tujuh tahun ini.

Bukan dia pelik kerana Miss May Rose walaupun berbeza umur tujuh tahun dengan Yusoff tapi tidaklah ketara dari segi raut wajah kerana majikannya seorang yang cantik.

Jadi tidaklah mustahil jika mereka sebagai pasangan. Lebih-lebih lagi keduanya bijak pandai lulusan luar negara. Miss May Rose pula seorang perempuan yang mempunyai sikap yang sangat baik hati.

Cuma Khaleeda teringin sangat untuk tahu bagaimana mereka berkenalan kerana perbezaan jarak umur yang agak besar itu tidak menjadikan halangan untuk mereka berjodoh.

"Mommy jadi ke nak holiday ke Semporna?".

"Kenapa? Nak halau I? Tak suka I datang sini?."

"Bukan... Kalau jadi kan Mommy kata nak pergi cuti 1st May. Saing dengan wedding anak Dato' Wee."
"His wife kan your best friend."

"Why do you ask?"

"Just because..."
"I wedding planner dia orang."

"Hmm... hati memang nak pergi tapi..."
"Dah ramai kawan-kawan I kat sana... nanti tanya menantu. Cerita hal cucu..."
"Malaslah I. Lagilah you yang jadi wedding planner."

Tak menjadi nampaknya strategi Miss May Rose. Ibunya kekal berpusing di titik asal mahu mengenakan mereka.

"Tak ada seleralah I. I naik atas berehat."

Tak ada selera? Nasi mintak tambah. Tak habis pun cuma sesudu secoet. Khaleeda hanya berani memandang melalui ekor mata langkah ibu Miss May Rose yang hilang naik ke tangga. Bimbang jika perempuan itu menoleh ketika melangkah.

Pengsan pula dia nanti disindir dan dijeling perempuan yang tidak dapat dia tebak umurnya kerana masih cantik itu. Bagai adik dan kakak sahaja rasanya beza perempuan itu dengan Miss May Rose.

"You, I'm sorry."

Miss May Rose meramas kekura tangan Yusoff di atas meja.

"It's okay. I dah promise kan I akan selalu ready."

Yusoff menjawab sambil tangannya ikut sama meramas jari-jari runcing Miss May Rose.

Memang Yusoff buat Khaleeda bukan sesiapa nampaknya pada mata lelaki itu. Sekadar bibik yang menguruskan rumah dengan kerja tambahan yang diberi upah.

Kerana sikap Yusoff itu pernah sudah dia berfikir untuk angkat kaki dari banglow ini. Tidak kiralah bagaimana cara, melarikan diri di malam hari seperti dulu pun dia sanggup.

Hanya sahaja dia memikirkan kegembiraan Khalisya yang nampak sangat disayangi, dilayan pula oleh Yusoff dan Miss May Rose umpama anak sendiri dan hutang bill baik pulih kereta Miss May Rose yang di timpa dahan serkah akibat ribut tempoh hari.

Gila tak cemburu!

"I rasa my mom tak lama kat sini. You sabar ye."

Ibu jari Yusoff yang masih menggenggam, mengelus-elus kekura tangan Miss May Rose. Kemudian keduanya saling tersenyum.

Sabar Di... Tiada lain yang penting selain Khalisya.

Untuk mencari tempat perlindungan yang selamat, makanan halal dan sihat, tabung pendidikan, kesihatan anak maka sebagai ibu dia memang harus bekorban apa sahaja termasuk perasaan.

@@@@@@@

"She's your maid!?".

May Rose cubit paha Ziela di bawah meja. Kuatnya bercakap!. Ziela membawa tangan ke bawah meja. Agaknya menggosok bekas cubitan jari dia.

Dia sekarang di dalam butiknya. Sedang menyiapkan tempahan pelanggan. Khaleeda di hujung sana sedang menolong menjahit manik pada baju pengantin yang ditempah pelanggan.

"Patutlah I jumpa your mom dia bising."

"You jumpa my mom kat mana?".

"IOI."
"Tapi seriously May... you tak takut ke?".
"Laki muda handsome tinggal dengan maid level dewi remaja."

"Eyy you ni. I trust them okay."

"Baik-baik percaya orang. Nanti you yang kena gigit balik."

"Budak tu baik... I okay je kalau dia jadi madu I... hahaha."

Iya ke May?
May Rose garu puncak hidung dengan soalan hatinya sendiri. Tarik nafas panjang seketika dan lepas perlahan.

"Iyalah tu... cakap tu doa tau".

"Mana you tau husband I muda?".

"Your mom lah cerita."

Hmm... May Rose teruskan kerja dia menyudahkan jahitan pada gaun tempahan. Sedang sangat sibuk begini datang pula teman sejak zaman sekolahnya menyibuk. Kononnya rindu... iyalah tu.

Dia sebenarnya sudah membuang hampir kesemua rakan-rakan sebaya tanpa mereka sendiri ketahui. Terutama sekali perempuan di hadapannya ini. Sangatlah bahaya...

Dia sudah memasuki satu tahap umur mengecilkan gelung sosial dan merasakan sendiri dengan hanya orang-orang terpilih diizinkan mendekat adalah lebih baik.

Dia tidaklah menunjukkan secara terangan mahu jauhkan diri. Dia sebolehnya mahu elak sengketa. Dia tidak sanggup lagi menghadap drama panas perasaan di waktu umur sebegini. Semuanya dia lakukan dengan matikan diri di satu sudut.

Terlebih lagi selepas cerita pedih dia dan Zaril. Ramai kawan hanya akan menyebabkan sesuatu berita tersebar lebih luas dan lebih garam dari cerita sebenar. Sudahnya dia juga yang sakit.

Mujur dia jumpa Yusoff yang menenangkan keadaan. Walaupun kasihan suami itu dituduh yang bukan-bukan oleh ibunya.

Walhal kehadiran lelaki itu dalam hidupnya yang membolehkan dia kembali waras untuk terus melangkah. Menyelamatkan dia dari kegilaan Zaril yang membunuh perasaan dan akal sihatnya umpama barah merebak.

"You dari mana Zie?".

"Dari cafe you sebelah. I tanya staff you, dia orang kata you dekat butik. So I singgahlah. Lama kot tak jumpa you."

May Rose tersenyum.

"Thanks support business I".

"Off courselah. Kita kan kawan."
"Ermm... you ada jumpa Zaril?."

"Nope."

Mudah-mudahan Allah jauhkan dia dari si gila itu. Tidak mahu lagi melalui episod buat drama di tengah jalan atau di mana sahaja bila terjumpa dengan si gila itu.

Kerana itu May Rose terlalu bersyukur dengan sosok Yusoff yang umpama perisai untuknya sejak memperisterikan dia. Segala kisah sedih dia dan Zaril berakhir selepas perkahwinannya dengan Yusoff.

"You tau dia dah ada anak?".

"A'ah. My mom yang bagitau semalam."

"Your mom tau I yang cerita."

"Owh. Well... good for him. Alhamdulillah."

"Dia nikah tujuh bulan dah ada baby."

Sambung Ziela selepas beberapa ketika terdiam.

"Premature kot."

Sambil terus menjahit May Rose masih cuba melayan cerita Ziela walaupun malas. Bercerita tentang kekurangan mahupun kelebihan orang bukan kesukaan May Rose.

"You ni kan baik sangka sangat. Sebab tu dia curang and gunakan you!".

Ziela naik marah dengan jawapan yang dia balas. Apa kena perempuan ni?. Tak kan tidak faham dia mahu lupakan cerita dulu. Antara dia dengan Zaril itu hanya sejarah.

"Assalamualaikum."

Pintu hadapan butik di tolak dari luar. Masuk Yusoff mendukung beg sekolah Khalisya di bahu kiri dan tangan kanan memimpin budak comel itu.

Mematikan perbualan May Rose dan Ziela, dia rasa bersyukur sangat. Hati sudah mula hangat dengan cara Ziela yang terangan memprovokasi dirinya dengan cerita dulu.

"Waalaikummussalam."
"Eyy, dah balik? Sini salam Mommy."

Khalisya segera mendekati dia

"Ibu dekat cafe ke Mommy?".

Anak comel itu bertanya sambil menyalami tangannya. Terasa juga May Rose, tapi nak buat macam mana. Dah memang anak orang lain. Memanglah ditanya tentang ibunya dahulu.

"Tu nampak Ibu dekat celah patung tu. Tengah jahit manik."

Tercokeng jari telunjuk May Rose menunjuk ke arah belakang butik. Khaleeda tidak perasan agaknya anak kesayangan dia sudah balik dari sekolah.

"Sya cari Ibu kenapa, lapar ke?".

"Sikit."

Anak itu ketawa malu. Ini yang dia suka tentang anak ini. Walau dia terang-terangan memanjakan dan layan dengan baik anak ini tetap malu-malu dan tidak mengada-ngada. Terlalu manis, sopan dan cermat sahaja untuk anak seusianya.

"You dah makan?"

May Rose alih wajah menghadap Yusoff yang tinggi dan berdiri pula. Sedang menata skrin telefon. Ada kerja penting agaknya.

"Belum."

Menjawab tapi masih khayal dengan telefon di tangan.

"You bawak Sya makan kat sebelah boleh?".

"Okay."

Yusoff angkat wajah sambil tersenyum menghadap dia lalu memasukkan telefon ke dalam kocek seluar.

"Ermm, ermm..."

Ziela di seberang meja kerjanya berdeham. May Rose menoleh kepada rakan itu.

"Tak nak kenalkan dengan I ke?".

May Rose tercengang dan oooh... faham, faham.

"Zie ni Yusoff husband I, Yusoff ini Zie my classmate masa form five."

Dagu Ziela jatuh dengan mata bulat membesar. Hmm... dah agak. Jangan kau caras suami aku sudah. Aku kenal kau siapa!.

I is happy tk yah msak huhu. tqvm pd yg donate. bonus chapter utk kesygn sume. teruskan teka teka bab seterusnya. mgkn akan jd idea utk sy. syg uoll

Share this novel

cikainlah
2024-09-26 16:25:57 

dah mmg madu kau Pon may oiii

mama lieza
2024-09-26 08:50:13 

aikkk....suka kat usop pulak ke...jangan jadi penyondol udah le yer


NovelPlus Premium

The best ads free experience