Rate

HFM 59 | | Seeking Forgiveness

Romance Series 110280

Sarah mengintai Lee dari balik bahu Dihya. Dia risau dengan keselamatan teman lelakinya. Pada masa yang sama gentar dengan kemunculan mengejut Zane ke situ.

Bolehnya abang dia balik dengan cepat. Dia baru aje nak dengar jawapan Dihya mengenai permohonan maaf dia. Belum sempat nak suruh Dihya pujuk Zane, dah datang pulak balanya!


"Zane, aku boleh jelaskannya-"


"Aku rasa aku dah beritahu kau cukup jelas hari tu kan? Ke dah tuli sangat sampai takboleh nak dengar kata? Atau otak kau tu dah hilang function sampaikan tak boleh nak brain apa yang aku pesan dekat kau, Sarah?" dengan riak bengis dan menakutkan Zane berarak ke arah Dihya dan Sarah.

Dek ketakutan, Sarah menarik Dihya bersama sewaktu mengundur ke belakang hendak jauhkan diri. Manakala Dihya terpaksa ikut tarikan Sarah itu sambil memandang ke arah Zane.


"Kau ulang balik apa kau cakap tadi Sarah!"arah Zane mendekati Dihya di hadapan katil ketika itu. "Dan kamu Dihya!Jauhkan diri kamu dari budak tak guna tu sekarang!"ujarnya dengan tegas.


"No!Please....jangan bagi dia dekat dengan aku Dihya!"rayu Sarah separa berbisik sambil mencengkam kuat kain lengan baju Dihya sambil bersembunyi lebih lagi di belakang itu. Takutnya sampai menggeletar tulang lutut kaki dia!

Dalam keadaan terkebil-kebil dan bingung, Dihya silih berganti memandang Sarah, Zane serta Lee di situ. Dia tak tahu nak apakan dulu! Semua ni terlalu tiba-tiba. Awal pagi pulak tu. Dia ni baru aje bangun tidur kut, belum hilang mamai lagi dah kena hadap semua ni! Siapa aje yang tak blur.


"Ulang balik apa kau cakap tadi Sarah. Kau cakap apa sampai Astrid sanggup lakukan hal ni pada Dihya?"setibanya Zane di depan Dihya, lelaki itu cuba mendapatkan Sarah, tetapi Sarah malah menggunakan badan Dihya sebagai shield dia.


"Taknak! Aku cuma akan bercakap dengan Dihya aje!"

Bila Zane hulur tangan ke kiri, Sarah bawa badan Dihya ke kiri, bila Zane hulur tangan ke kanan, Sarah bawa badan Dihya ke kanan.


"SARAH!"bentak Zane keberangan sebab tindakan Sarah yang seakan cuba nak menambahkan amarahnya.

Tidak tahan dengan situasi itu, Dihya cepat-cepat mendapatkan Zane. Dia tolak badan gagah itu mengundur kebelakang agar Sarah dapat keluar dari situ. Dia tak boleh nak halang Zane, tapi dia masih boleh cuba lengahkan masa untuk Sarah.


"Dah tuan...jangan macam ni."


"Beritahu aku!Kau dah puas hidup sangat ke? Berapa kali nak aku beritahu jangan dekati Dihya lagi?Apa bebal sangat sampai kau tak boleh nak faham bahasa aku!" marah Zane sambil pegang badan Dihya cuba hendak melepaskan diri pada masa yang sama dia cuba untuk tidak menyakiti Dihya.


"Sayang!!"jerit Sarah yang berlari ke arah Lee lalu memeluk tubuh itu dengan erat selepas Lee bangun dari situ sejak tadi. Wajahnya disebam seketika ke dada itu lalu kembali memandang Zane. "Aku datang cuma nak minta maaf kan. Masa tu aku tak fikir!Jadi aku tak tahu pulak Astrid sanggup cuba nak bunuh Dihya!!" luahnya dengan cemas.


"Mintak maaf?Kau fikir dengan maaf kau tu boleh pulihkan semula keadaan Dihya!Buat apa kau minta maaf tapi end up buat perangai sama jugak!Tak ada gunanya tau tak!"


"Tuan Zane, tolong berhenti. Sini hospital. Jangan mengamuk."rayu Dihya cuba menarik Zane agar tidak maju ke hadapan mendapatkan Sarah lagi.


"Kau nak aku buang kau sangat ke?Kalau nak, cakap!Aku buang kau sekarang jugak! Aku sendiri tak hingin la nak menghadap perangai menyusahkan kau ni lama-lama!"Zane sudah berjalan hendak mendekati Sarah semula tetapi Dihya menarik badan Zane dengan pelukannya ke belakang semula. Pada masa yang sama Lee bawa Sarah ke belakang badan hendak melindungi gadis itu.

Mengalir air mata di pipi Sarah ketika itu.


"Kenapa kau cakap macam tu. Kan aku cakap aku menyesal sebab bahayakan nyawa Dihya. Aku dah janji aku takkan susahkan hidup kau apalagi Dihya....Sebab tu la aku datang sini. Aku nak jelaskan hal sebenar. Kenapa kau tak percayakan aku!"sedunya kesedihan.

Dada Zane berombak kencang di depan muka Dihya ketika itu. Memberitahu bahawa lelaki itu sudah sampai limitnya. Tanpa membuang masa Dihya mengeratkan lagi pelukan di sekeliling tulang rusuk Zane sebagai langkah berjaga-jaga.
Baran Zane ni, mahunya patah riuk Sarah dikerjakan nanti kalau tak dihalang.


"Cukup Cik Sarah. Please keluar sekarang."minta Dihya sebelum mendongak ke atas. Memandang Zane yang hendak meledak ketika itu."Tuan, Cik Sarah tak maksudkannya tuan... lagipun Cik Sarah tak tahu isteri tuan akan lakukan hal ni. Tolong jangan macam ni."

Zane tolak tangan Dihya dari tulang rusuknya tanpa mengalihkan pandangannya dari Sarah. Kalau ikutkan hati dia sekarang memang sudah diterkam adiknya itu lalu dicekik hingga biru muka tu! Bengang betul la dia perhatikan Sarah ni!

Dah la marah dia terhadap Astrid belum hilang!Ditambahkan dengan apa yang baru dia dengar tadi dari Sarah!Makin berangin la jawabnya!


"Hutang apa aku pada kau Sarah!Beritahu aku!" Zane menuding jari dengan marah ke arah Sarah. "Salah apa aku pada kau sampai kau nak bebankan hidup aku tanpa henti?Tak cukup ke apa aku berikan pada kau selama ni?Tak puas lagi kau serabutkan hari aku dengan antic menyusahkan kau tu!"

Sarah menggeleng kepala sambil menangis di belakang badan Lee ketika itu. Tangannya erat memeluk lengan kiri Lee.


"Pernah ke aku susahkan hidup kau?Ganggu kau untuk bercinta apa lagi bersama dengan orang yang kau sukakan!?Tak ada kan!!Dah tu apa masalah kau bila aku nak happy!!!" marah Zane lagi. Suara itu semakin lama semakin tinggi.

Nafas Dihya ikut tercungap-cungap kerana panik setiap kali mendengar Zane meninggikan suara tanpa henti begitu. Selama ini tidak pernah sekali Zane meninggikan suara kepadanya.

Walaupun Zane marah, tak pernah Zane melenting kecuali bercakap seperti biasa dengan dia. Jadi bila Zane marah-marah begini, ianya buatkan dia takut. Yalah, hanya kerana dirinya ini Zane sanggup musuhi adik sendiri.


"Tuan.. sudah la.."halang Dihya lagi mencengkam kuat baju di bahagian dada Zane ketika itu.


Namun Zane tidak menghiraukan Dihya kerana dia terlalu emosi hingga tiada apa-apa yang akan masuk ke dalam kepalanya! "Ke kau nak sangat tengok aku mati baru kau puas hati?Macam tu?"bentak Zane lagi.


"Tak Zane!"Sarah keluar dari belakang Lee lalu berdiri sedikit ke depan sebaik mendengar ucapan itu. "Jangan mati. Aku taknak kau mati. Aku dah tak ada keluarga selain kau Zane...."raung Sarah begitu panik. "Aku betul-betul minta maaf Zane. Aku salah sebab beritahu Astrid siapa mistress kau. Tapi aku tak pernah suruh dia bahayakan nyawa Dihya ke apa..."air mata berjuraian tumpah ke pipi itu. Nangisnya tersedu-sedu kuat.

Lee yang memerhatikan situasi di situ tidak dapat lakukan apa-apa kerana ianya adalah isu keluarga Sarah. Selain melindungi Sarah, dia tak boleh nak masuk campur walaupun dia sendiri sakit hati lihat Sarah menangis begitu.


"Baby....tarik nafas...please."bisik Lee sambil menyeka air mata dari pipi Sarah. Tangannya tidak lepas dari memeluk tubuh itu.


"Dihya, percaya la dekat aku. Aku tak ada niat nak Astrid sakiti kau. Aku cuma ingat dia hanya akan halau kau sama macam mana dia halau Mistress Zane yang sebelum ni... " lafaz Sarah dibalik sedu sedannya.


"Jangan nak buat lawak! Kau dari awal lagi tahu apa yang Astrid mampu buat kalau dia tahu siapa mistress aku! Kau dari awal taknak aku happy! Sebab apa? Sebab kau sedar kalau aku happy, kau takkan happy sebab perhatian aku lebih pada life aku. Bukan pada kau lagi!"tambah Zane lagi dengan berang hingga timbul urat belirat pada lehernya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience