Bab 12

Romance Series 10414

“Tuan Afka, bagaimana anda boleh memastikan anda akan bertindak secara profesional apabila klien anda adalah isteri anda sendiri? Tidakkah ini akan menjejaskan keadilan kes ini?”

Ajana terkedu. Jadi mereka tahu Afka adalah suaminya? Nampak sangat pihak sana ambil tahu semua tentangnya. Sampai suami dia pun mereka kenal.

“Hubungan peribadi saya tidak akan mempengaruhi fakta kes. Saya di sini sebagai peguam Puan Ajana, bukan suami,” balas Afka tenang.

“Tuan Afka, adakah anda sedar ini boleh menjadi isu etika?” soal hakim pula.

“Yang Arif, tugas saya adalah memastikan kebenaran ditegakkan. Sama ada untuk isteri saya atau sesiapa sahaja. Saya yakin hubungan peribadi saya tidak akan mencemarkan integriti saya sebagai seorang peguam.” Wajah Afka kekal tenang seperti biasa.

***
Orked share teaser dulu je kat sini ya. Nak baca sambungan boleh follow/add orked dekat ig dan fb.

ig - orkedungu_14
fb - Orked Ungu
***

AJANA dan Afka beriringan keluar daripada mahkamah. Hati Ajana terasa sedikit lega. Walaupun kes masih belum selesai, sekurang-kurangnya mereka telah berusaha untuk mempertahankan hak Ajana Scarf.

“Awak okey?” soal Afka.

Ajana mengerling sekilas Afka di sisinya seraya mengangguk perlahan. “Awak nampak cool dekat dalam tadi. Rasa macam bukan Afka yang saya kenal selama ni.”
Afka ketawa kecil. “Dekat dalam mahkamah mana boleh bergurau sesuka hati. Saya kenalah serius.”

Ajana tersenyum nipis mendengar jawapan Afka. “Kalau awak macam tu setiap masa kan bagus. Tak adalah sakit hati saya ni.”

Pecah tawa Afka. “Saya memang dilahirkan untuk sakitkan hati awak. Bukan hati je, buah pinggang, paru-paru, ginjal, semuanyalah. Jadi, awak tak boleh lari daripada saya. Seumur hidup awak akan hadap saya.”

Ajana menampar lembut bahu Afka. Dalam mahkamah je Afka boleh jadi serius. Luar mahkamah, terus keluar perangai asal dia tu!

“Terima kasih Afka, tolong saya,” ucap Ajana terharu. Kalau tiada Afka mungkin dia akan mengalah untuk meneruskan perniagaannya.

“Belanja saya makan,” seloroh Afka. Dah banyak kali dia minta Ajana belanja tapi bila giliran Ajana nak bayar, Afka cepat-cepat menolak. Tak pernah lagi dia biarkan Ajana yang bayar makanan mereka.

“Tunggulah saya menang saman dulu. Wagyu pun saya boleh belanja nanti. Sekarang ni, siapa yang lambat sampai dekat kereta dia kena belanja makan.”

Afka tersenyum sambil menggeleng kecil melihat Ajana sudah melangkah pantas ke arah kereta mereka. Afka lega Ajana yang dia kenal selama ini sudah kembali. Dia dapat melihat senyuman Ajana lagi.

Semoga senyuman isterinya itu tidak akan hilang lagi…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience