SHADES Studio. 9.30 pagi. Di sebuah studio reka dalaman.
“Kalau Cik Mustika arahkan untuk robohkan semuanya, buat jelah! Dia tak nak dengar alasan!”
“Tapi Cik Mustika, design ni yang dipersetujui cik awal-awal dulu. Pihak cik yang buat semakan sampai tujuh kali sebelum turunkan tandatangan. Kenapa Cik Mustika nak suruh kami robohkan pulak?”
Mustika menyilangkan tangannya ke dada. Dia biarkan pengurusnya bercakap bagi pihaknya tanpa masuk campur. Malas nak bergaul dengan golongan low class ni!
Dalam kebisingan tu, Nigina baru melangkah masuk ke studio tempatnya bekerja. Hiruk-pikuk dan pelanggan yang menyusahkan bukanlah perkara baharu.
“Awak jangan cabar kesabaran bos saya ya! Awak sedar tak yang awak sedang deal dengan siapa?” Pengurus Mustika mengherdik. Ayat seterusnya buat Nigina putihkan mata. “Ini Mustika ya, mistress kepada Tengku Saif Adam!”
Di hari dia menikahi Tengku Saif Adam, Nigina dah kenal benar dengan lelaki tu. Dia CEO. Dia ada rupa, ada harta dan status. Bahkan namanya sendiri lebih dikenali daripada syarikatnya.
Barisan skandal, jangan ceritalah! Kalau buat list, sampai bulan depan tak habis baca. Dan yang terbaharu, Amber Mustika, hos tv terkenal di serata Asia berjaya masuk dalam list skandal Tengku Saif Adam. Tahniah!
Dengan langkah profesional, Nigina mendekati Mustika.
“Ah, Puan Nigina dah sampai!” Joyce yang dari tadi bertekak dengan pengurus Mustika dah boleh menghela nafas lega. “Puan Nigina adalah interior designer yang bertanggungjawab. Awak boleh bercakap dengan dia.”
Of courselah! Aku adalah designer untuk rumah perempuan simpanan suami aku sendiri! Nigina menyumpah dalam diam.
“Saya terdengar yang awak tak puas hati dengan hasil kerja kami. Ada masalah ke?” Nigina menyoal dengan kesopanan yang dibuat-buat. Dia terfikir, siapa pemilik sebenar kediaman yang sedang direkanya. Adakah Mustika atau, Tengku Saif yang membelinya untuk wanita itu?
Pengurus Mustika kembali bersuara. “Puan Nigina. Apa yang bos saya maksudkan ialah dia nak awak robohkan semua dinding dalam rumah tu dan create open space. Gantikannya dengan kaca dari siling ke lantai.”
“Oh, jadi Cik Mustika nak rumah transparent ya?”
Mustika dan pengurusnya mengangguk kepala dengan senyuman sinis.
Oh, aku dah faham sekarang… Nak rumah transparent. Nanti kalau kau dekat bilik tidur, suami aku dekat dapur, tetap boleh tengok satu sama lain ya? Lepas tu nak tingkap besar, sambil-sambil cuddle dan tidur bersama, boleh tengok pemandangan malam yang indah!
Nak kena ajar ni…
“Tak ada masalah kalau Cik Mustika nak saya robohkan semua semula. Saya boleh berikan gelas kaca macam yang Cik Mustika nak. Lagipun, ini ‘pondok mainan’ Cik Mustika dengan, suami orang, betul? Kenalah transparent, baru menggoda…”
Terbeliak mata Mustika mendengar sindiran pedas Nigina. Dia berdiri mendadak. “Kau panggil apa? Pondok mainan? Kau memang kurang ajarkan?”
Joyce tutup mulutnya ketika melihat Mustika meluru ke arah Nigina. “Puan, jaga-jaga!”
Mustika angkat tangannya tinggi-tinggi nak melempang Nigina di situ jugak.
Pap! Dan macam tu je tapak tangannya melekap di wajah Nigina.
“Sedar diri kau ya perempuan low class!” Mustika menempik. Nigina memegang pipinya yang kemerahan dilempang Mustika. Tapi dia tersenyum. Baru Mustika nak menoleh dan pergi, langkahnya dihentikan.
“Oh, come on, Mustika! That’s not how you slap someone. Put some effort into it!”
Mustika memaling tubuh semula ke arah Nigina, bersedia untuk beri lempangan kedua. Kali ni, Nigina tak akan izinkan. Tangannya tergantung di udara.
“Lepaskan akulah!” Mustika bergelut menarik tangannya yang kini dicengkam Nigina. Dengan lagi sebelah tangan yang masih bebas, Nigina ayunkan ke wajah Mustika sampai perempuan tu terjelepuk ke lantai.
Puas hati aku!
“How… Dare… You!!!” Mustika memandang Nigina dengan mata mencerlung. Dia menjerit lagi. “How dare you!!! Kau tampar aku? Kau berani tampar aku?”
“Yeah, so what?” Nigina mengambil kertas kontrak dan lukisan rekaannya di atas meja. Ditayangkan kertas itu beberapa sata di wajah Mustika. “You know what? I’m out!”
Dan kertas-kertas itu dikoyakkan di depan wajah Mustika. Cebisannya ditabur ke atas kepalanya untuk kesan extra dramatik!
“Mustika, awak boleh call Tengku Saif Adam kesayangan awak tu dan suruh dia sendiri pecat saya. Until then, bye-bye darling…”
Nigina, dengan langkah professional kini melangkah keluar.
Mustika yang masih di lantai, menjerit macam orang gila. “Aaahhh!!! I hate you! I hate you! Kau akan menyesal, Nigina! Kau akan menyesal!”
…
MENYESAL? Sikitlah… Memang puas dapat ajar perempuan tu, tapi kepuasannya cuma sekejap.
Nigina tepuk dahi. Sejak bila dia jadi baran, dia pun tak tahu. Disebabkan hal Mustika tadi, bosnya mengamuk.
‘Bayar semua pampasan dan ganti rugi untuk project yang kau gagalkan tadi Nigina!’
Kata-kata bosnya dalam panggilan kini menghantui Nigina. Mana nak dapat duit lebih? Dahlah mama sedang sakit di hospital, sekarang nak membayar ganti rugi projek ‘pondok mainan’ tu lagi…
Nigina menatal skrin telefonnya, melihat senarai nama dalam log panggilan. Jarinya terhenti pada nama ‘Saif Adam Beruang Kutub’.
Tiba-tiba suara lelaki tu bermain dalam otak.
‘Gina nak abang bayar lebih hari ni?’
Ah! Tak boleh! Kalau aku buat macam tu, seolah-olah aku mengiyakan kata-katanya tentang perkahwinan sebagai pelacuran seumur hidup. Aku bukan pelacur, tapi isteri sahnya…
Scroll lagi... Scroll lagi…
Ah, BFF aku…
‘Atifa babygirl’. Atifa dah jadi selebriti terkenal sekarang. Hm, call jelah.
“Hello, Tifa…”
“Gina!!! Kenapa lama tak call! Aku rindu kau tau! Sampai hati kau!” Belum apa-apa lagi, gegendang telinga Nigina diserang tanpa belas oleh Atifa. Kalau hari-hari begini, dia boleh pekak.
“Gina, jom shopping… Lama tak jumpa kau…”
Nigina tertawa kecil. “Tifa. Aku sebenarnya nak minta tolong something, tapi aku segan dengan kau…”
“Segan? Sejak bila Nigina harimau betina aku ni tahu segan?”
Nigina menggeleng kepala. “Aku nak pinjam duitlah Tifa…”
“Berapa?! Kalau kurang dari RM5K aku tak nak bagi ya! Make sure lebih! Tapi aku sedang kerjalah sekarang. Nanti kau text aku berapa amount kau nak. Aku transfer bila aku free.”
Nigina menghela nafas lega. “Thanks tau Tifa. Sayang kau!”
“Gina. Kalau aku tak jumpa kau dulu, aku takkan ada apa yang aku ada sekarang. Jadi jangan malu untuk minta tolong apa-apa dari aku tau. Janji?”
“Okay Tifa, aku janji,”
Panggilan dua sahabat itu ditamatkan.
HOSPITAL.
Kerana insiden di studio awal tadi, Nigina agak malu nak tunjuk muka. Alang-alang, dia melawat ibunya dahulu. Nigina mendekati kaunter hadapan. “Saya nak melawat pesakit bernama Puan Nadia Rahman.”
Selesai dapatkan pas pelawat, Nigina mencari wad yang menempatkan ibunya.
“Doktor Zul, ibu saya…”
Doktor Zul membetulkan kaca matanya yang berbingkai emas sebelum memandang ke arah Nigina. Dia dapat baca kerisauan yang jelas di wajah wanita itu. “Puan Nigina. Ibu awak belum sedarkan diri hari ni,”
Nigina memandang ibunya yang terbaring di atas katil. Wajahnya semakin sayu. Tangan ibunya disentuh, akhirnya digenggam.
Mama, mama tak nak bangun ke? Lihat wajah anak mama ni… Bisik hatinya.
Doktor Zul cuba bertenang. Dia memandang wajah Nigina seketika.
“Doktor?”
“Saya sebenarnya… Macam ni puan. Puan sendiri tahu keadaan ibu puan. Bukan mudah untuk dia bertahan hingga sekarang. Dia sendiri sedang menderita, dan keluarga juga terpaksa menanggung kesusahan. Kos rawatannya juga sangat tinggi. Kebanyakan orang, setelah mendengar nasihat saya, mungkin memilih untuk…”
“Tak! Saya takkan menyerah! Takkan sekali-kali. Tak kisahlah, walau berapa banyak pun duit saya habiskan untuk rawatan ni, saya takkan putus asa untuk ibu.” ucap Nigina, matanya berkaca-kaca.
Mama, saya takkan putus asa dengan mama. Saya tahu, mama kuat!
Doktor Zul mengangguk kepalanya perlahan dan tersenyum nipis. “Kalau macam tu, kami berbesar hati nak bantu pulihkan Puan Nadia. Kami akan beri yang terbaik.”
SELESAI melawat ibunya, Nigina melangkah longlai melintasi lorong-lorong putih. Dia kini berhadapan dengan beberapa staf hospital wanita yang sedang menonton televisyen sambil bergosip.
“Hei, tengok tu. Si Mustika tu. Hari ni keluar dekat berita, yang dia tidur dengan suami orang!”
Perbualan itu menangkap telinga Nigina. Kaki berhenti melangkah. Paparan televisyen. Temu bual dengan dua orang yang cukup dikenalinya. Tengku Saif Adam.
Tengku Saif?
Eh, itu suami aku dalam tv tu! Bukan main laki aku tersenyum-senyum. Ada perempuan lain dengannya sedang ditemu bual. Perempuan itu nampak malu-malu, tapi menyendeng pada bahu Tengku Saif.
Dan perempuan itu semestinya Mustika.
Share this novel