BAB 4: Scarecrow Ladang Jagung

Thriller Series 558

BAB 4: Scarecrow Ladang Jagung

ARTIKEL terbaru tulisan wartawan Yeob Maon sampai ke tangan Yana. Selain bertugas sebagai wartawan,Yana juga sesekali terpaksa memangku jawatan selaku pembantu editor pengurusan ketika berkelapangan dalam membantu Puan Husna,iaitu ketua kerani/editor pengurusan utama syarikat dalam mengkaji dan menyunting artikel sebelum di pilih untuk di terbitkan.

"Huu?uhuhu iye bukan sepatutnya artikel ni kena submit pada kak Husna ke haa?sekian"

"Yup! Kak Husna amek MC hari ni. Dia tak sihat. Akak la yang terpaksa galas tugas dia sekejap"kata Yana.

Seperti biasa,hasil kerja wartawan Yeob Maon memang memuaskan. Wartawan muda yang sudah bekerja selama dua tahun itu sememangnya di akui potensi dan bakat kewartawanannya dalam penulisan artikel dan jurnal berbentuk misteri dan aneh oleh wartawan senior seperti Yana dan Harun.

Berkerut dahi Yana membaca artikel berjudul potret berhantu itu. Banyak juga foto-foto yang di ambil oleh Yeob Maon bagi menyokong artikel yang di tulisnya.

"Uhuhu iye tuan rumah banglo besor tu ada bagitau aku jikalau sekiranya potret tu di alihkan,nescaya apabila lewat malam sikit,potret tu akan kembali ke dinding tempat letak dia seperti sediakala ya..sekian"

Yana tertawa.

"Ahaahahaha"

"Huu? Uhuhuhu iye dah kenapa pulak kak Yana nak ketawa cenggitu haa? Uhuhu ini artikel seramlah..bukan cerita kelakor"

"Akak ketawa pasal bahasa yang awak guna pakai tulah Yeob..jikalau lah..nescayalah.. jarang dah orang sekarang pakai perkataan macam tu"

"Buhuhuhu..iya artikel aku ni pass ke haa?"

"Aih mestilah pass. Oh ya hari ni kita ada wartawan baru memohon kerja kat syarikat tabloid BONGKAR. Jadi akak nak bagi tugas kat Yeob untuk iringi dia ke suatu lokasi. Just pergi untuk tunjuk ajarkan dia apa-apa yang patut. Dia tak ada pengalaman. Ini lah first time dia di beri tugasan berkaitan misteri"

WARTAWAN baru pun di perkenalkan kepada setiap staf di pejabat syarikat penerbitan akhbar tabloid BONGKAR. Turut serta ialah Ghani selaku pengarah dan ketua penerbitan syarikat.

"Hai semua..saya Jefri Salleh,wartawan baru. Harap kawan-kawan semua dapatlah tunjuk ajar saya nanti ya"kata Jefri.

"Selamat datang Jefri"ucap para wartawan dan staf.

Wartawan muda berusia sekitar 25 tahun itu pun di terangkan akan setiap tugas,cara kerja dan posisi yang ada di syarikat penerbitan itu.

Belum sempat punggung Jefri nak panas duduk di bangku,Yeob Maon pun datang.

"Uhuhu iye mintak bior le ko bersiap-siap dengan segala peralatan tugasan sekarang ya..iye dah tiba masanya untuk ko jalankan tugasan pertama ko cenggitu..sekian"

"Ouh kalau macam tu baiklah"

Yeob Maon pun mengiringi wartawan baru itu ke sebuah lokasi.

              _____________________

HARUN agak sibuk di meja opisnya dalam sebuah bilik lain. Dia tidak keluar pun ke ruang utama pejabat sewaktu wartawan baru bernama Jefri di perkenalkan kepada staf syarikat tadi.

TUKK! TUKK! TUKK!

Pintu bilik opis Harun di ketuk.

"Masuk!'teriak Harun.

Ghani melangkah masuk.

"Ai Run..kau tak keluar berkenal-kenal dengan wartawan baru kita tadi?"tanya Tuan pengarah dan ketua penerbitan itu. Orangnya gemuk pendek, bercermin mata,berkepala botak tengah. Misainya tebal.

Harun yang sedang sibuk mencari dan mengumpulkan maklumat dekat laptop langsung terus menoleh.

"Engkau tak sepatutnya bagi tugasan dekat apartmen terbiar Haunted Hills tu kat wartawan sambilan bernama Zurin tu Ghani! Kesian budak tu. Tadi aku sama Yana baru pergi lawat dia di hospital. Memang ada sebab kuat untuk dia berhenti kerja. Aku dan Yana dah dengar sendiri dari mulut dia. Ini kes berat kau faham tak?!Macam mana engkau boleh terlepas pandang hal-hal macam ni?!"tinggi suara Harun.

"Eh sabarlah Run. Engkau ni emosi aja memandang"

"Emosi kata kau?! budak tu sampai dah di sahkan menghidap hipertensi dan terlantar kat hospital kau tau tak?"

"Iyalah..nanti aku dan sidang redaksi akan pergi melawat Zurin. Kita pun memang dah berbincang nak beri Zurin sedikit sumbangan dan pampasan sebagai penghargaan di atas susah payah dia menjalankan tugas"

"Engkau sepatutnya buat kaji selidik tentang tempat tu secara lebih terperinci dulu sebelum tugaskan wartawan kita buat tinjauan dan siasatan ke sana. Kes berat macam ni sepatutnya di berikan pada aku atau Yana"

"Aku dah kaji dan kumpulkan banyak maklumat. Saksi dan informer pun ramai. Rumusan dan kaji selidik ke atas semua maklumat yang di perolehi mendapati bahawa tapak Hunted Hills berhantu. Ini prosedur dan tugasan standard bagi setiap wartawan tabloid BONGKAR. Lagipun engkau sendiri yang warning aku supaya jangan bagi tugasan ke tempat-tempat berhantu kan? Kata engkau buang masa lah..pocong bodoh lompat-lompatlah..jadi engkau pun tak bolehlah nak salahkan aku jugak Run"tegas Ghani.

Harun terdiam. Kata-kata Ghani memang ada juga benarnya.

"Hm baiklah..aku mintak maaflah"kata Harun.

"Lagipun kalau bukan sebab kes Zurin ni dah jadi isu,kita pun takkan pernah tahu ada misteri besar menyelubungi tempat tu kan?'

Harun mengangguk.

                   _________________

LANGIT pagi membiru cerah dan damai. Kereta perodua kenari warna hijau muda yang di pandu oleh Yeob Maon tiba di sebuah pondok pos pengawal pintu pagar masuk ke sebuah kawasan ladang jagung luas. Jefri si wartawan baru itu pun ada sekali duduk di sit sebelah.

Krup..krap..krup..krap..

Berderuk-deruk keropok kentang yang di kunyah oleh wartawan Yeob Maon. Pipi tembamnya bergoncang-goncang. Jefri tersenyum saja. Baginya wartawan gemuk berasal dari Muar Johor itu memang agak ramah dan banyak celotehnya di sepanjang perjalanan.

Melihatkan perut Yeob Maon yang buncit dan sendat di tambah dengan stail percakapannya yang mengah-mengah,bersuara parau serta ayat 'huhuhu' serta 'sekian' di hujung ayat itu,Jefri dapat merasakan bahawa wartawan Yeob Maon memang ada kelucuannya tersendiri.

''Uhuhu iye Jefri. Kita dah sampai ya kat lokasi tugasan. Uhuhu..iye untung jugak ya ko di beri tugasan pertama kat ladang jagung cenggini. Uhuhu di samping menjalankan tugas,dapat jugaklah nak petik-petik jagung bagai,untuk di jadikan buah tangan balik rumah agar dapat di rebus buat minum petang nanti..sekian"

"Hahahaha..tak berani lah saya nak buat hal macam tu bang Yeob. Lagipun baru hari pertama kerja kan?"Jefri ketawa sakan.

"Buhuhuhu"Yeob Maon ketawa dengan perut buncit melantun-lantun.

Seorang pengawal keselamatan bangsa india yang berjaga di pondok pos ladang pun menghampiri ke tingkap pemandu dan bercakap dengan Yeob Maon.

"Ya Encik,boleh saya bantu?"

"Uhuhu iya kami wartawan dari syarikat penerbitan akhbar tabloid misteri BONGKAR ya..uhuhu kami datang nak jumpa dengan Encik Syahril pengurus ladang. Uhuhu kami di hubungi oleh beliau yang katanya ada perkara pelik dan misteri berlaku di ladang luas ni ya?sekian"

"Ohh iya..iya..ayoyo itu dalam ladang macam-macam perkara misteri juga ada Encik"

"Huu?uhuhu misteri yang macam mana tu haa?sekian"

"Ada dengar bunyi-bunyi pelik dan macam-macam lagi lah. Encik boleh pandu masuk ikut laluan dalam pagar ni. Dekat hujung nanti Encik akan jumpa bangunan pejabat pihak pengurusan. Encik Syahril ada di situ"

"Uhuhu iya baik..baik..tima kasih ya..sekian"

Ketika tiba di perkarangan bangunan pengurusan ladang,dua orang wartawan itu telah di sambut oleh Encik Syahril lalu di bawa ke suatu ceruk.

Kini mereka berdiri di tepian pagar pemisah dengan lautan ladang jagung luas itu.

"Cuba kamu berdua dekatkan diri pada pagar ladang ni. Kamu boleh dengar dengan jelas bunyi yang saya cakapkan tu"kata pengurus ladang jagung terbabit.

Yeob Maon dan Jefri pun melakukan seperti yang di suruh.

"Huu?uhuhu naya..naya..bunyi apa pulaklah cenggitu sekali ya..sekian"kata wartawan Yeob.

"Ish..iyalah abang Yeob. Adakah kita akan redah masuk ke dalam ladang jagung ni?"tanya Jefri.

"Eh boleh..boleh masuk..saya boleh bukakan pintu pagar kecil ni"Encik Syahril membuka mangga kunci pintu pagar tersebut.

Krekkk...!

Berkeriut bunyi pagar usang tersebut ketika di tolak.

"Silakan.."kata Encik Syahril.

"Buhuhu iye di persilakan untuk ko masuk ya Jefri..jangan segan silu..semoga berjayalah hendaknya ko membuat siasatan,amek foto gambor dan kaji selidik bagai..sekian"Yeob Maon dah tersengih.

Jefri dah garu-garu kepala.

"Err..saya ingatkan kita akan masuk berdua sekali abang Yeob?"

"Huu?uhuhu tidak..tidak..uhuhu tugas aku cuma hantor kan ko ke ladang ni jelah..bukan kena temankan ko redah masuk dalam ladang..uhuhu iya ini tugasan pertama ko ya..sekian"

"Err..tapi.."

"Uhuhuhu sekian..sekian..tak ada tapi-tapi.."

Nak tak nak,dalam langkah yang berat terpaksalah wartawan baru itu masuk sendirian meredah ke dalam lautan pepohon ladang jagung.

"Buhuhu naya..naya..iye ko sememangnya dah dapat naya sedari tugas pertama lagi ya Jefri..huhuhu kebarangkalian besor ini adalah hari pertama dan terakhir ko kerja sebagai wartawan tabloid BONGKAR. Buhuhuhu patut..patut..sekian"melantun-lantun perut buncit Yeob Maon ketawa.

Geli hati memikirkan bagaimana wartawan baru yang tiada pengalaman seperti Jefri bakal melalui kesulitan meredah ladang jagung luas sebegitu.

Wartawan Yeob pun berjalan pergi lalu singgah ke kantin pejabat pengurusan ladang jagung tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience