Bab 72

Romance Series 39746

Pada keesokan paginya, talhah turun ke bawah untuk memberitahu keluarganya tentang lamarannya terhadap tania

"Mummy daddy talhah nak bagitahu sesuatu ni" kata talhah lalu duduk diruang tamu beramai-ramai

"Apa dia?"

"Semalamkan talhah ada lamar tania, and tania terima"

"Ushhh cepat kerja kamu eh?" usik mummynya

"Lepastu kamu nak suruh kami hantar rombongan meminang?"

"Haah, boleh mummy dengan daddy?"

"Boleh, bila kamu nak hantar rombongan tu?"

"Secepat yang mungkin boleh mummy?"

"Emm kalau hujung minggu ni boleh? nanti mummy siapkan apa yang patut dan kamu bawa kami ke rumah keluarga dia"

"Ouhh, boleh-boleh. Nanti talhah bagitahu dengan tania"

"Okay, kalau kamu cakap macam tu. Mummy on je, sebab kami pun berkenan jugak dengan tania untuk dijadikan menantu"

"Ouhh, mummy lupa nak cakap. Majlis perkahwinan ariana tu, mummy tukar jadi majlis persandingan taufiq dengan ariana"

"Datin rozita tak marah ke mummy?" tanya taufiq

"Tak sempat dia nak marah, mummy dah bagitahu perkara yang sebenar. Tak jadi la dia. Mummy yang marah dekat dia, baru diam. Lepastu baru dia cerita sebab apa dia nak satukan talhah dengan ariana"

"Sebab apa mummy?"

"Sebab dia nak rampas company daddy, dia nak jadi lagi kaya lagi tinggi pangkat dia. Tapi dia lupa dekat akhirat nanti sama je semua. Tak ada beza pun"

"Ouhh, macam tu rupanya"

"Iye, and dia pesan. Dia nak kamu pergi ke rumah dia jumpa dengan dia sekali bawak ariana"

"Bila tu mummy?"

"Bila-bila kamu free. Hari minggu la senang dia ada dekat rumah"

"Hemm okay mummy"

"Talhah!" sergah taufiq

"Opocot mak kau hijau" latah talhah

"Ishh apa benda nye kau ni?"

"Kau lah, tersenyum-senyum dari tadi dengan telefon tu. Chat dengan sape?"

"Bakal tunang kenapa?"

"Eceyyy bakal tunang terus, meminang belum lagi"

"Biarlah hidup kita, sibuklah dia"

"Takdelah, aku bagitahu dia. Nanti hujung minggu mummy nak datang meminang. Itu je"

"Ouhh, ingatkan cakap apa"

"Biarlah kita nak cakap apa-apa pun. Kau tu dah kahwin jangan sibuk dengan orang single ni eh. Bye"

"Semenjak nak kahwin tu berlagak eh kau?"

"Biasalah, kompang dipalu pengantin baru"

"Apa-apa je lah. Honey jomm keluar" ajak taufiq

"Kemana? i penatlah"

"Alahh, you ni. I janji sekejap je, i bosanlah. Jom-jom" taufiq terus menarik tangan ariana untuk bangun

Talhah hanya melihat gelagat mereka berdua, ditangannya sedang menaip dengan tania

Talhah : "Family i, nak hantar rombongan meminang dengan bertunang sekali boleh?"

Tania : "Bila tu?"

Talhah : "Hujung minggu ni boleh?"

Tania : "Ouh boleh je. Tak ada masalah"

Talhah : "Jom keluar cari barang hantaran tunang nak?"

Tania : "Bertunang ada hantaran jugak ke? bukan kahwin je yang kena ada hantaran?"

Talhah : "Tak kisah, hantaran untuk pertunangan tu adat tu. Tapi you nak tak? kalau nak jom kita keluar cari"

Tania : "Kejap, i tanya mama dengan papa dulu"

5 minit kemudian

Tania : "Mama cakap on, you datang ambik. Boleh?"

Talhah : "Boleh, lagi 1 jam kita jumpa. Sempat tak nak bersiap?"

Tania : "Sempat je"

Setelah itu, mereka bersiap sebelum berjumpa. Talhah pun pergi mengambil tania dirumahnya lalu terus ke pusat beli-belah

"You nak beli apa untuk jadikan hantaran?"

"Anything, but i ada baca. Al-quran boleh, telekung boleh, coklat, kain, emmm cincin wajib"

"Cincin tu i tahu, jom la kita cari yang lain. After tunang, baru kita cari hantaran kahwin pulak tau"

"Okay"

Mereka pun mencarilah apa yang diingini, sehinggalah petang. Setelah selesai menghantar tania ke rumahnya. Talhah terus memberitahu mummynya

"Mummy, mummy, ooo mummy. Mana mummy niii" rengek talhah

"Iya, apa dia? terjerit-jerit daripada atas"

"Mana ada terjerit-jerit mummy, terkuat suara sikit. Hehehe, eh ni mummy barang hantaran bertunang tu. Tania pilih sendiri"

"Ouhh, eloklah tu. Cincin dah cari?"

"Dah, pun ikut kemahuan dia"

"Okay, so nanti mummy yang selesaikan. Kamu tunggu je"

"Alright mummy, thanks mummy. Ni sayang mummy sangat-sangat"

"Hemm ye lah, sayang bersebab. Pergilah naik atas, ada bau-bau masam lah"

"Ishh mummy, iye lah" talhah pun naiklah ke biliknya untuk bersihkan dirinya

Pada hujung minggu itu, keluarga talhah datang ke rumah keluarga tania untuk melakukan majlis pertunangan

Majlis itu bermula dengan sesi membalas pantun sehingga ke menyarungkan cincin ke jari tania. *saya lajukan jalan cerita ya? penat nak type panjang-panjang*

"Alhamdulillah tania bakal jadi menantu mummy"

"Terima kasih mummy, sebab terima tania sebagai bakal menantu"

"Sama-sama, kami yang sepatutnya beruntung sebab kamu sudi terima talhah"

Tania tersenyum manis, dan ada sedikit sesi bergambar

Setelah selesai sesi menyarungkan cincin didalam bilik, tania dan datin maryam keluar menuju ke ruang tamu semula

Talhah dilihat tersenyum manis sahaja apabila dilihat tania tersenyum

"Eh main pertandingan senyum tak kalah ke apa ni?" tegur taufiq

"Suka tengok tania senyum, sebab senyum dia cantik menawan"

"Eh orang tanya lain, dia jawab lain"

"Haah, main pertandingan senyum"

"Alhamdulillah tamat majlis pertunangan kita pada harini. Bila ye nak tetapkan tarikh perkahwinan tu?"

"Esok" jawab talhah tiba-tiba

"Hahh!!????" terkejut habis orang dalam rumah tu

Share this novel

Nana Hyun
2024-07-25 12:31:16 

hahahahahahaha lelaki kann, tak gatal tak sah. thanks sudi baca sis

Zainabzety
2024-07-24 14:01:10 

silap pula p boh tnda tanya hihihi

Zainabzety
2024-07-24 14:00:37 

Gelojoh talhah ni?


NovelPlus Premium

The best ads free experience