Bab 4

Romance Series 1598

HERA terus ambil Grab untuk pulang ke rumah keluarganya tapi sebaik sahaja dia berada di rumah, bapanya tiada di situ.

Dia bergegas naik ke tingkat atas untuk ambil semua dokumen-dokumen penting. Tapi masa nak turun ke bawah dan lalu di ruang tamu, dia terserempak dengan Rheya yang baru keluar dari bilik kerja di rumah itu dengan setimbun dokumen dalam pelukannya.

Rheya nampak ayu dengan rambut pendeknya yang berwarna hitam dan wajah yang nampak suci, tidak berdosa.

"Hera, balik pun kamu. Kakak risau kamu tak balik semalam…" Nada suara Rheya penuh dengan rasa bersalah. "Tapi Aqeef memang tak suka dengan kamu. Hera, cinta mana boleh nak dipaksa."

Hera jeling tajam. "Dahlah. Tak payah nak berlakon depan aku. Tak ada orang lain pun dekat sini. Silap akulah sebab bagi kepercayaan aku dekat kau."

"Janganlah layan aku macam ni." Rheya mengetap bibir. Air mata dah mula mengalir perlahan-lahan. "Lepas ni apa yang Hera nak, kakak ikutkan je, okay? Kakak takkan masuk campur dalam urusan syarikat daddy. A… ambiklah dokumen-dokumen ni."

Dia hulurkan fail-fail tu ke Hera. Tapi Hera secara automatik terus tolak semuanya. Akhirnya semua dokumen terjatuh dan berselerak ke lantai.

"Apa yang dah jadi ni?"

Tiba-tiba, Humaira Aafiah turun dari tangga dan terus ternampak wajah Rheya yang sedang berlinangan air mata dan juga dokumen yang dah berselerak dekat atas lantai.

"Rheya, bukan ke ni semua dokumen yang daddy kamu suruh semak semalam?"

"Mummy, janganlah salahkan Hera. Ni semua salah Rheya. Hera kata jangan masuk campur dalam urusan syarikat dan suruh serahkan dokumen ni semua dekat dia. Memang Rheya nak bagi dokumen ni dekat dia tapi sebab dia masih marah sebab pertunangan Aqeef dengan Rh-"

"Jangan nak buat ceritalah!" Hera melenting.

"Diam!" Humaira merenung tajam ke arah Hera. "Siapa yang bagi kamu hak untuk ambil alih hal syarikat? Daddy dengan mummy yang suruh Rheya semak semua file tu. Mulai minggu depan, Rheya akan ambil alih jadi manager company. Lebih baik kamu behave, Hera Maira."

Hera ternganga. "Kalau nak ikutkan dari segi kelayakan, pendidikan dan pengalaman, Hera jauh lagi layak daripada Rheya. Hera ada setahun pengalaman daripada Rheya, tapi tak naik tahap atas macam tu lagi. Macam mana dia ni yang tak taulah apa yang dia tau, boleh terus jadi manager?"

"M… mummy, Rhey rasa baik Rhey tak jadi manager lagi. Rheya tak nak rosakkan hubungan antara Rheya dengan Hera..." ujar Rheya sambil menangis tak berhenti-henti.

Humaira terus sebak. "Kamu nampak tak betapa Rheya sayangkan hubungan adik-beradik kamu? Tapi kamu? Dengki, berkira, hati busuk! Memang patut pun Aqeef pilih Rheya."

Setiap perkataan yang keluar dari mulut ibunya mencengkam jantungnya sampai meletup dan berkecai.

Dia dengan Rheya dua-dua anak Humaira. Tapi kenapa Humaira lebih percayakan Rheya secara membabi buta? Rheya belum lama pun balik ke keluarga itu!

Hera pula dari kecil dah ada dengan Humaira. Takkanlah macam tu je dia kena sisihkan?

Sejak kejadian semalam, tak ada sesiapa pun yang tenangkan atau pujuk dia. Semua orang buat macam apa yang jadi semalam tak salah langsung.

Dia pun manusia.

Dada dia mula berombak. Nafasnya semakin pendek. Matanya semakin panas.

Dia mengambil dua langkah ke belakang. "Kalau betul Hera teruk sangat dekat mata mummy dengan daddy... tak apa. Hera keluar. Puas hati?"

Lepas habis cakap begitu, Hera terus naik ke bilik, ambil bagasi, dan sumbat semua pakaian dan barangan penting ke dalamnya.

Suara Rheya kedengaran dari luar pintu. "Mummy, Hera merajuk. Jomlah pujuk dia, jangan bagi dia tinggalkan kita."

"Biarkan dia. Dari dulu lagi dia memang macam tu. Manja sangat. Dua tiga hari lagi baliklah tu. Dah, jom kita keluar beli baju tunang kamu."

Suara mereka semakin sayup dan terus hilang.

Hera angkat bagasinya dengan tangan yang menggigil. Air mata dengan deras terus jatuh ke belakang tangan. Perlahan-lahan dia bawa bagasinya turun ke bawah dan keluar dari rumah. Selepas letak bagasinya ke dalam kereta, dia terus memecut laju.

Dalam hatinya... dia rasa seolah-olah dia dah hilang segalanya.

Kenapa dia dilayan macam dia dah buat salah besar dengan mereka semua?

Dia genggam sterengnya kuat-kuat. Pandangannya makin kelam dan pegangannya semakin tegas dengan apa yang dia putuskan semalam.

Empat puluh minit kemudian, Hera ternampak sosok lelaki yang sedang berdiri di depan pejabat agama. Dengan berpakaian hitam putih yang segak dan berseluar slack hitam. Badannya tegap, dia nampak segak, dan penuh aura.

Dia terus berlari lepas letakkan keretanya. "Awak betul-betul datang..." suara Hera bergetar, penuh degan keterujaan.

Hazriel berpaling, dan hidungnya terus disapa dengan bau hotpot dari semalam. "Cik, awak tak mandi ke?"

Hera terus disergah dengan rasa. "Erm… malam tadi saya kenyang sangat sampai tak larat nak jalan. So balik semalam, saya terus tertidur. Pagi ni ada banyak masalah yang..."

Tapi bila dia ternampak yang pandangan Hazriel nampak makin sinis, dia cepat-cepat bersumpah. "Hari ni je. Saya selalu mandi tiap-tiap hari! Saya jaga kebersihan saya!"

Sambil bercakap begitu, dia perhatikan raut wajah lelaki itu.

Selalunya lelaki nampak kacak bila buat kerja je, tapi bila dekat luar… hauk!

Tapi lelaki ni... lain.

Kekacakkannya bukannya semakin merudum, tapi semakin menyerlah bak bunga pada waktu subuh. Wajahnya bersih, lembap, dan kulitnya halus ibarat porselin.

Hera perasan beberapa kakitangan yang berjalan di sekitar mereka turut mencuri-curi pandang mereka berdua.

"Handsomenya lelaki tu."

"Perempuan tu pun lawa juga."

"Haih… Sepadan sangat. Mesti anak diorang cantik-cantik nanti. Bukan macam kita, bang… Dua tiga kali jugak fikir." Ujar seorang wanita kepada lelaki yang berada dengannya.

Hazriel terdengar bisikan mereka dan pandang ke arah Hera, "Kita takkan ada anak."

Hera terdiam seribu bahasa.

Hazriel sambung lagi, "Lepas tiga tahun, kita cerai. Saya akan bagi awak duit yang cukup untuk pastikan awak hidup dnegan selesa. Saya takkan datang jumpa dengan keluarga awak. Fikirkan baik-baik. Kalau awak tak setuju, baik awak balik."

Hera rasa seolah ditekan dengan setiap kata-kata yang keluar dari mulut lelaki itu.

Dia ingatkan lelaki ni pun dah terjatuh cinta pandang pertama dengan dia malam tadi.

Tapi tak apalah. Bukannya penting pun cinta pandang pertama tu.

Dengan visual dia, dia akan pastikan lelaki itu betul-betul akan jatuh cinta dengan dia nanti.

Yang penting, dia kena dapatkan status sebagai mak cik kepada Aqeef.

"Okay, saya setuju."

Sebaik sahaja sampai di dalam, Hera terkejut melihat bapanya yang dah ada di dalam.

“Daddy? Bukan ke sepatutnya daddy pergi kerja?” soal Hera namun soalannya diabaikan bapanya. Sambil berkerut sedikit, Hera lepaskan satu keluhan perlahan.

“Macam mana awak nak kahwin kalau takde wali?” bisik lelaki itu ke telinga Hera. Bila teringat semula, Hera tidak sempat pun hubungi bapanya. Jadi, macam mana bapanya boleh ada di sini?

“Awak yang panggil daddy saya? Tapi macam mana?” soal Hera kehairanan.

Lelaki itu kemudian turut mengabaikan soalan Hera. Mustahillah dia nak bagitahu wanita itu yang dia dah siasat latar belakangnya.

Tapi sepanjang mereka berurusan di situ, kakitangan yang berkaitan dengan mereka kerap menegur wajah bakal suami Hera yang ketat.

Hera ketawa riang. “Maaflah, dia ni ada masalah putus urat dekat muka. Sebab tulah dia tak boleh nak senyum mana.”

Lelaki itu menjeling tajam ke arah Hera yang bercakap untuk pihaknya. Dia sentuh wajahnya. ‘Betul ke urat muka aku putus? Mungkin sebab tu aku susah nak senyum agaknya…’ fikir lelaki itu dalam hati.

Hera terus berbisik ke telinga lelaki itu sambil berdiri di atas jari kakinya, "Kalau awak nak semua ni selesai cepat, senyum sikit. Nanti diorang tanya lagi." Ujar Hera sambil berjengket. Bau hotpot pada pakaian Hera menyapa hidung Hazriel, mengeluarkan satu riak pada wajah lelaki itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience