Yusoff membaca surat tawaran yang diterima. Peluang melanjutkan pelajaran ke luar negara dengan tajaan kerajaan.
Negara pilihan adalah Perancis dan dia mengambil jurusan bahasa dan bahasa Perancis sebagai bahasa pertama.
Gaya hidup zaman teknologi dengan dunia kini tanpa sempadan, dia merasakan kebolehan bertutur pelbagai bahasa akan ada pasaran tersendiri di dalam beberapa sektor pekerjaan.
Maklumlah dia memang sudah boleh berbahasa Mandarin kerana bersekolah sjk(Cina) sejak tadika hingga darjah enam.
Bahasa Inggeris juga bukan masalah kepadanya kerana sangat menguasai bahasa itu.
Dia juga agak lancar berbahasa Arab memandangkan arwah mama seorang guru Kafa mengajar mata pelajaran bahasa Arab sebelum jatuh sakit.
Dia akan mengikuti kursus persediaan di sebuah universiti tempatan sebelum bertolak ke Perancis.
Sebelum akhir tahun dia akan berlepas ke Perancis untuk mengikuti bridging program di Perancis selama dua bulan dengan seliaan Campus France wakil yang dilantik oleh Kerajaan Perancis.
Prestasi pelajar semasa kursus persediaan akan menentukan sama ada pelajar layak atau tidak untuk meneruskan pengajian peringkat Ijazah Pertama selama tiga hingga empat tahun.
Cuma hatinya masih ada rasa berkira-kira. Jika ke universiti tempatan dengan STPM dia hanya perlu tiga tahun untuk program ijazah. Buang masa tak ya?.
Bermakna dia harus belajar untuk lebih empat tahun lagi. Yusoff harap perkiraannya tentang kursus yang diambil ini akan ada pasaran pekerjaan adalah tepat.
Ini sahaja peluangnya untuk ke luar negara seperti impiannya sejak kecil. Dia sudah menolak peluang itu sekali selepas SPM kerana tahap kesihatan arwah Mama ketika itu.
Boleh tak dia ikut sahaja kata hati. Jika tidak kerana peluang belajar tidak mungkin dia akan ke luar negara.
Argh! cuba sajalah. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Apa ada hal.
@@@@@@@
Khaleeda ralit dengan kerjanya. Menyusun barangan di rak yang memanjang dan bertingkat-tingkat.
Jawatan dia sebagai pembantu kedai di sebuah kedai serbaneka berdekatan bilik sewanya. Hari ni hari ketiga dia di sini.
Tidak dia hiraukan perkara lain di sekeliling kerana sambil tangannya bergerak kerja akalnya melayang entah ke mana.
Duit, tempat tinggal, makanan, bil... itu perkara asas. Campur tolak kira dan kira lagi.
Papa, mama, penjara, tambang, peguam, tarikh-tarikh penting urusan yang tersebut, dia rasa kepalanya mula berat dan pening.
"Hei!"
Tepi kasutnya terasa di sepak seseorang. Khaleeda yang bertinggung mendongak kerana sosok di sebelah berdiri dekat.
Khaleeda bangun dari bertinggung. Menghadap rakan kerjanya seorang gadis berjawatan pengurus cawangan.
"Parents kau drug dealer kan."
Bunyi ketawa membuatkan Khaleeda sedar gadis ini tidak datang seorang. Ada dua orang lagi berdiri berdekatan cuma berjarak oleh satu rak di sebelah.
Dia sudah dapat membaca ke mana ceritanya. Semalam gadis di hujung marahkan dia kerana ada pelanggan lelaki meminta nombor telefon Khaleeda.
"Kes sedang berjalan. Dituduh, belum didakwa bersalah." Dia membela diri.
Pengurus cawangan tersenyum mengejek. Sakitnya rasa hati Khaleeda.
"Kenapa masa kau mohon aritu tak ada cakap?. Padahal muka kau viral masa dia orang kena tahan."
Khaleeda jeda tidak tahu mahu beriaksi bagai mana dimalukan begini.
"Gaji kau dua hari nanti company kredit akaun. Ambil barang kau... sekarang!"
Melihat mereka bertiga seakan puas dengan apa yang berlaku Khaleeda fikir baik dia ikut sahaja.
Bimbang diapa-apakan pula. Dia yakin ini sebenarnya kerana cemburu. Tapi tak mengapalah.
Masalah hidupnya sekarang sudah cukup banyak. Tidak mahu menambah membuak penuh pinggan masalah yang sedia ada. Dia sudah mula ada masalah anxiety sejak bertimpa-timpa diuji masalah besar.
Tapi dia mesti bekerja. Simpanannya yang hanya sedikit sudah semakin susut.
Akhirnya...
Khaleeda memilih untuk bekerja di sebuah restoran sebagai pembantu tukang masak.
Pada perkiraannya lebih baik dia menyorok di dapur restoran ini jangan sampai berjumpa siapa-siapa yang tahu cerita-cerita sadisnya.
Sampai dia mampu bertenang. Nanti dia akan cuba cari pekerjaan lain yang lebih sesuai.
Majikannya seorang wanita tempatan separuh umur, nampak boleh berlebih kurang dengannya. Dia ceritakan serba sedikit kisah hidupnya.
Mungkin kerana kesukaran mendapat pembantu di dapur perempuan bernama Mek Mah ini menerimanya bekerja.
Masalahnya keadaan dapur di restoran ini tidak sempurna. Tiada pengudaraan yang baik benar-benar melemaskan Khaleeda.
Entahlah, mungkin kerana sistem tubuhnya yang sudah manja dengan dapur yang mewah di rumah besar ibu bapanya sebelum ini.
Restoran di bawah blok bilik sewanya ini adalah pilihan paling baik. Dia tidak perlu bingung untuk hal pengangkutan ke tempat kerja dan masanya juga dapat dijimatkan.
Satu yang pasti bekerja di sini akan ada makanan masuk ke perutnya setiap hari.
Masuk kerja pada jam enam pagi dan pulang pada jam tujuh malam benar-benar meletihkan tubuhnya.
Sudah tidak ada istilah keluar berjalan bersantai-santai lagi kerana kewangannya yang ketat dan genting.
Simpanannya hanya tinggal seribu lebih sahaja kerana membayar deposit dan sewa bilik sebelum ini.
Cuti satu hari setiap minggu akan digunakan melawat Papa dan Mama yang sudah di tempatkan di penjara Sungai Buluh.
Untuk ke sana memakan masa dan modal. Dengan kewangannya yang semakin menyusut Khaleeda berasa tertekan.
Setiap kali melawat, Papa pasti mendesak Khaleeda untuk segera mencari Pak Long Hamsan dan anaknya yang merupakan seorang peguam bernama Khairul.
Merayu-rayu dengan wajah sedih membuat Khaleeda rasa amat bersalah.
Bagaimana untuk dia memahamkan Papa yang dia dalam keadaan amat susah sekarang ini.
Mahu cari di mana mereka itu. Sejak dia besar atau lebih tepat sejak Papa dan Mama menjadi berjaya dan kaya mereka seolah sudah membuang saudara mara.
Dia ingat lagi Papa dan Mama langsung tidak mahu menolong saudara mara ketika mereka sudah senang dan kaya.
Pulang ke kampung atau berziarah juga langsung tidak. Putus terus begitu sahaja. Dia sendiri sudah tidak ingat siapa dan siapa sebagai keluarga dekat atau jauh.
Mama pula langsung tidak mahu berjumpa dengannya kerana menyalahkan dia untuk semua yang telah terjadi.
Kata Mama jika tidak kerana dia mengandung anak haram, mereka tidak akan terlibat dengan keluarga Yusoff yang memeras.
Tapi... bukankah Papa dan Mama ditahan atas kes dadah mengapa semuanya menjadi salah dia?.
@@@@@@@
Kakinya yang patah sudah jadi tempang, cara jalan Wati sudah terdengkut-dengkut. Hanya duduk di rumah sejak keluar daripada hospital sebulan lebih yang lalu.
Lebih malang lagi keluar sahaja daripada hospital sikap Yunus terhadap dirinya memang total berubah.
Meletakkan dia di ruang tamu rumah sahaja. Walaupun makan dan keperluan dirinya Yunus sediakan tapi langsung tidak menyapa atau bertanya khabar dirinya.
Wati tahu kali ini Yunus marah besar kepadanya. Cerita ugutan dia sudah sampai pada pengetahuan Yunus.
Dengar cerita, Yusoff sudah dihalau keluar daripada rumah pasangan orang kaya itu. Padan muka!.
Dengan aku tak mahu, tak nak layan tapi di campak duit ke muka sudi pula menerima perempuan yang sudah rosak angkara orang lain sebagai isteri.
Tak ada beza perbuatan dia dengan apa yang telah Yusoff dan Yunus lakukan. Kerana duit juga. Tak kan lah mereka berdua sahaja tahu menggunakan duit dan boleh jadi kaya segera. Dia juga mahu!.
Huh! lantak kaulah Yunus. Kau ingat aku hairan. Kau tak mungkin boleh tinggalkan aku. Wati tersenyum, dia tahu Yunus sangat cintakan dia dan sanggup lakukan apa sahaja untuk dia.
Sejak hari pertama nikah hingga sekarang Yunus buat hampir semua perkara. Daripada menyediakan makanan untuk di suap ke mulut, kebajikan dia, hiburan dia, hingga kesihatannya semua Yunus jaga.
Lelaki itu kan bendul. Kalau Yunus berani tinggalkan dia tahulah dia ugut Yunus dengan Baby Boo. Masa tu boleh mati berdiri lelaki itu.
Eh! ni Wati tau!. Nasib yang baik selalu dapat pada dia.
@@@@@@@
"Mama... abah..."
Yunus cium kepala Baby Boo mencari kekuatan untuk berkata-kata. Seketika kemudian dia mendongak memandang wajah ibu dan bapa mertuanya yang sabar menanti apa yang mahu dia sampaikan.
"Ayun nak minta maaf. Ayun rasa... Ayun dah habis fikir." Yunus menarik nafas panjang.
"Wati dah makin sihat jadi... awal bulan ni Ayun minta maaf... Ayun pulang semula Wati pada mama dengan abah."
Bergetar suara Yunus. Bukan kerana takut tapi dia malu kerana sudah menjadi lelaki yang kalah. Lelaki yang sudah beralah dengan ujian yang datang bertimpa-timpa kerana ulah sang isteri.
"Tak boleh ke Ayun maafkan Wati. Cuba beri dia peluang sekali lagi?."
Yunus tunduk, ibu dan bapa mertuanya memang baik. Dia bersyukur memiliki mereka sebagai mertua. Dia pun hairan datang dari mana Wati mewarisi sikap yang amat buruk.
"Empat tahun abah... keadaan makin teruk. Saya minta maaf saya gagal mendidik Wati."
"Mudah-mudahan ada orang lain yang lebih layak."
"Saya bimbangkan Baby Boo jika saya terus bertahan."
Bapa mertuanya mengangguk lemah. Dia ralat sebenarnya kerana Yunus menantu yang baik. Cuma itulah... anaknya yang bernama Wati itu memang bermasalah dari dulu.
Tidak padan dengan pemegang kad oku lembam pelajaran tapi bab-bab memudaratkan diri sendiri dan orang lain bijak pula.
Dia fikir dulu masalahnya selesai apabila Wati dengan sikap yang sebegitu dipinang anak Ustazah Zaleha dari taman perumahan berhampiran. Malangnya menantunya ini pula yang semakin rosak dikerjakan sikap buruk anaknya.
"Baby Boo macam mana?" soal ibu mertuanya.
"Saya jaga... saya dah buat keputusan nak pindah Perak. Kampung arwah Baba."
"Ikut Pakcik saya kerja kampung."
"Rumah kat sini macam mana?"
"Saya sewakan Ma. Yus dapat sambung belajar ke Perancis bolehlah buat tambah-tambah duit belanja dia nanti."
"Pandainya budak Yusoff tu."
Puji ibu mertuanya tapi dengan suara yang lemah. Sedih memikirkan masalah anak menantu.
Mana mungkin dia tidak pening. Sudah dua kali Wati di tahan polis. Menantunya ini juga yang bertungkus lumus menyelesaikan masalah yang anaknya cari.
Terbaru ini masalah itu selesai kata suaminya kerana kebetulan polis menyabitkan orang yang diugut Wati untuk satu kesalahan lain yang lebih berat.
Berani sungguh Wati berurusan entah dengan siapa-siapa yang boleh memudaratkan keselamatan bukan sahaja dirinya tetapi juga bayinya dan keluarga.
Wati dilepaskan kerana tiada bukti dan dengar cerita suaminya, polis pening dengan sikap Wati yang pelik itu. Bimbang kes akan lebih berpanjangan jika Wati diambil menjadi saksi untuk kes yang besar itu.
(Penulis merapu ye jangan percaya dan tak mungkin berlaku huhu).
Biarlah Yunus pergi. Tak mengapalah Yunus bawa bersama cucu kesayangannya. Itu lebih baik daripada dijaga Wati. Kerana dia pasti jika cucu itu di bawah jagaan Wati, dia dan suaminya yang akan teruk mahu memastikan kebajikan cucu seorang.
Adik-adik Wati ada dua orang lagi yang masih bersekolah. Lebih baik masa tuanya dihabiskan untuk memastikan yang masih boleh dilentur kekal baik.
Wati itu biar sahaja kekal didoakan yang terbaik. Sudah ditegur tidak berjaya diubah, apalagi daya dia ada.
Mudah-mudahan satu hari nanti... siapa tahu.
Maaf sume. yg mne tk terbace pesan Sy dkt Komen Sy cuti sb anak pekse sek agama. mgu dpn sek agama tahap dua plk pekse. Sy Cuba sempatkn ye. terima kasih yg baca, Komen, tanya khabar dan donate. terima kasih sgt. syg uoll
Share this novel
best sangat cerita ni...nak lagi