BAB 15: Penjual Aiskrim

Thriller Series 558

BAB 15: Penjual Aiskrim

LANGIT biru dan cerah. Waktu lebih kurang jam sebelas pagi lebih. Muiz,iaitu anak lelaki bongsu kepada wartawan Yana Maya sudah bersiap-siap mandi dan menyarung baju seragam dan beg sekolahnya. Budak lelaki itu bersekolah petang dalam darjah empat.

Oleh kerana Yana terpaksa pergi bekerja di waktu siang,Muiz terpaksa di tinggalkan dalam jagaan jiran sebelah rumah iaitu Kak Norma. Lagipun anak jirannya iaitu Kefli juga sahabat baik Muiz dan mereka berdua pun sama-sama belajar dalam kelas yang sama malah pergi sekolah pun menaiki bas yang sama.

"Kefli..Muiz..kamu berdua dah siap ke tu?"teriak Puan Norma iaitu ibu si Kefli yang juga jiran sebelah rumah Yana.

Pintu bilik di buka. Kefli dan Muiz pun keluar.

"Dah siap mak"balas Kefli.

"Dah,jom tunggu bas kat luar"kata Puan Norma.

Seperti hari-hari kebiasaannya,dua orang budak lelaki sekolah rendah itu duduk-duduk di batu pembatas di luar pagar rumah sambil menunggu kehadiran bas sekolah yang akan datang menjemput mereka.

Puan Norma pula sedang menjemur pakain di ampaian halaman rumah. Tiba-tiba dari kejauhan muncul sebuah van menjual aiskrim dengan lampu-lampu berwarna-warni dan iringin muzik.

"Wey ada van jual aiskrim lah. Kita beli nak Muiz? Sambil tunggu bas boleh makan aiskrim"kata Kefli.

"Nak..nak.."Muiz bersetuju saja.

Kefli pun meneriak memanggil dengan berdiri dan melambai-lambai ke arah pemandu van aiskrim.

"Mak! kita orang nak beli aiskrim"kata Kefli pada ibunya yang sedang menjemur pakaian.

"Yelah..suruh orang jual aiskrim tu tunggu kejap. Mak nak masuk amek beg duit"balas Puan Norma sebelum melangkah masuk ke dalam rumah.

Muiz dan Kefli pun menghampiri van aiskrim tersebut sambil tersengih-sengih girang melihat begitu banyaknya gambar pilihan pelbagai jenis aiskrim yang terpapar pada van aiskrim.

Pintu di bahagian pemandu van pun terbuka sebelum seorang lelaki dengan jaket jubah kulit hitam panjang separa lutut melompat keluar. Dia di lihat memakai topeng badut aiskrim di wajah dan bersarung tangan.

Muiz tiba-tiba berasa tidak sedap hati dan mengundur beberapa tapak ke belakang. Dia segera teringatkan lelaki misteri yang muncul sewaktu dia sekeluarga pergi berkelah di kawasan rekreasi tempoh hari.

"Eh kau ni kenapa macam pucat je ni Muiz?"tanya Kefli.

"Lebih baik kita lari masuk ke dalam rumah sekarang Kefli!"Muiz menarik tangan sahabatnya.

"Kenapa pulak ni?"

"Cepatlah!"tegas Muiz.

Tiba-tiba lelaki misteri si penjual aiskrim telah merentap kolar baju Muiz dan berjaya menangkap budak lelaki itu.

"Kefli! tolong aku Kefli!"Muiz berteriak sambil meronta-ronta.

"Lepaskan kawan saya!"kata Kefli.

Lelaki misteri itu tiba-tiba membuka sebelah sarung tangannya. Kefli terkejut dengan mata terbeliak bila lihat tangan lelaki itu tidak langsung menyerupai tangan manusia normal biasa. Ia nya kelihatan amat aneh. Kulitnya berkedut. Jarinya panjang. Kukunya pula tajam-tajam.

"Mak tolongg mak!!"

Kefli berlari masuk ke rumah.

Ibunya baru muncul di pintu.

"Kenapa tu Kefli!?"

"Mak..penjual aiskrim tu..dia..dia.."

Puan Norma pun bersegera ke pagar. Namun alangkah malangnya van aiskrim itu telah meluncur pergi. Hanya beg sekolah Muiz sahaja yang di biar tinggal atas jalan bersama sekeping kertas nota bertulis..

"JANGAN BERANI MEMBUAT ADUAN KE BALAI POLIS KALAU TAK NAK BUDAK NI DIAPA-APAKAN"

Puan Norma tersentak.


_________________

WARTAWAN Yeob Maon,Apai dan entiti yang di panggil sebagai raksasa itu duduk di atas suatu tembok dalam pembentung. Setelah mendengar cerita sebenarnya barulah Yeob Maon dan Apai tahu bahawa 'raksasa' itu rupanya hanyalah seorang lelaki dan manusia biasa sepertimana mereka juga.

'Raksasa' atau nama sebenarnya Bobo memberitahu yang dia sebenarnya menghidap penyakit ganjil di mana tubuhnya membesar mendadak secara luar biasa semenjak dia masih kecil.

Hidup Bobo tersisih dari masyarakat.

"Orang ramai takut bila setiap kali terserempak dengan saya. Mereka menyangka saya adalah seekor raksasa yang berbahaya dan harus di nyahkan dari mata masyarakat. Saya bukan saja di halau malah di zalimi. Ada yang memukul atau menyimbah cat ke tubuh dan wajah saya. Akhirnya saya terpaksa bawa diri tinggal dalam sistem pembentung paip bawah tanah. Oleh kerana tak mahu menakut-nakutkan gelandangan lain,jadi saya pun tinggal jauh sikit dari mereka dan memilih untuk tinggal di ceruk terdalam dan gelap"cerita Bobo panjang lebar.

"Uhuhu kesian jugak ya dengan nasib ko..uhuhu tak patut..tak patut..sekian"kata wartawan Yeob Maon.

"Memang tak patut saya di layan sebegini. Sampaikan henfon saya pun di curinya. Terima kasih kerana dah temui semula henfon saya"kata Bobo bila terlihat henfon di tangan Apai.

"Errkkk??"Apai dah tersengih lemau sambil garu-garu kepala.

"Huu?uhuhu naya..naya..kalau dah cenggitu lebih baik aku tulis artikel misteri tentang gelandangan si pencuri henfon raksasa je..sekian"


_______________

YANA yang agak sibuk dengan kerja-kerja di ofis terkejut besar bila di hubungi oleh jirannya dan di maklumkan tentang penculikkan yang berlaku ke atas anaknya Muiz.

"Apa?! betul ke ni Kak Norma?"

"Akak tak sempat nak buat apa-apa pun Yana. Keluar je dari rumah,pemandu van aiskrim tu dah berdesup pergi dengan Muiz di bawak sekali"

Yana di fahamkan tentang situasi yang berlaku dari keterangan Kefli. Tergamam Yana bila anak jirannya terangkan ciri-ciri fizikal luaran si penculik.

"Betul acik Yana. Lelaki tu pakai jaket kulit hitam panjang paras lutut. Dia bersarung tangan. Kefli nampak sendiri dia buka sarung tangan dia. Tangan dia pelik! bukan tangan manusia"

Yana rasa dia sudah dapat meneka siapakah gerangan penculik Muiz itu sebenarnya. Dia juga teringatkan tentang kedegilan dirinya untuk kembali membuat tugasan di apartmen Haunted Hills serta menerbitkan sambungan artikel berkaitannya. Walhal dia sudahpun menerima ugutan dari tetamu misteri lewat malam yang marah dengan artikel pembongkaran misteri berkaitan Haunted Hills yang pernah di tulisnya sebelum ini.

"Aduhh..mampus lah aku kali ni.."getus hati Yana.

"Yana..oh Yana..akak minta maaf sangat sebab dah gagal menjaga keselamatan Muiz"panggil Kak Norma di hujung talian.

"Begini Kak Norma..akak tak usah risau dan susah hati sangat. Hal ni bukan salah Kak Norma. Ia adalah suatu ugutan yang dah saya terima sejak sebelum jadi perkara ni lagi kerana berkaitan dengan kerja selaku wartawan''

Yana juga di beritahu tentang kertas nota yang di tinggalkan oleh si penculik.

Berlaku kekecohan di pejabat syarikat akhbar tabloid mingguan misteri BONGKAR gara-gara apa yang terjadi ke atas anak Yana.

"Habis tu engkau nak cari dia kat mana Yana?"soal Harun. Wartawan lain sudah berkerumun di sekeliling.

"I tahu dia bawak anak i ke Haunted Hills. Biar i ke sana sekarang"Yana mencapai beg dan bergegas pergi.

"Hati-hati Yana"Ghani mengingatkan.

"Yup"

"Biar aku ikut temankan engkau sekali"Harun menawarkan diri.


________________

MUIZ pengsan di sepanjang waktu dia di culik tadi. Baru kini dia terjaga dan mendapati dirinya sedang terbaring di atas padang rumput dan lalang di sekitar tapak kawasan blok-blok bangunan pangsapuri terbiar.

"Eh aku kat mana pulak ni?"

Budak lelaki itu tertoleh-toleh di sekelilingnya.

"Muiz!"teriak suatu suara wanita.

Pantas dia menoleh sebelum mendapati kelibat ibunya Yana sedang berdiri dekat balkoni di salah sebuah tingkat blok F.

"Mama!"

Budak lelaki itu langsung berlari menuju ke blok terbabit lalu mendaki tangga untuk naik ke tingkat atas.

Sewaktu sedang berjalan di balkoni,tiba-tiba pintu salah sebuah apartmen terbuka dengan sendirinya. Muiz pula menyangka ibunya masuk ke pintu terbabit. Lalu dia pun masuklah ke situ.

Sesuatu yang aneh berlaku sehingga budak lelaki itu menggaru-garukan kepalanya. Dia melihat suasana di dalam rumah apartmen itu mirip benar dengan kediaman yang di huni bersama ibu dan adik-beradiknya kini.

"Eh? macam mana boleh jadi macam ni pulak? Hairanlah"

Televisyen di ruang tamu juga sedang bersiaran. Ada iklan aiskrim kegemarannya sedang di tayangkan. Muiz masih ingat tentang iklan itu. Dulu-dulu sewaktu dia masih berusia lima tahun,iklan aiskrim itulah yang sering di tayang dekat televisyen.

"Muiz! marilah makan aiskrim! Semua orang ada kat dapur ni! kalau kau lambat nanti kita orang habiskan semua ni tau!"teriak suara abangnya Mirul.

"Cepatlah Muiz!"suara kakaknya si Hana pula muncul.

Budak lelaki itu pun bergegas ke dapur.

Memang benar di lihatnya abang dan kakaknya sedang duduk di meja makan sambil mengedarkan mangkuk aiskrim dan sudu.

"Duduklah Muiz!"kata Mirul.

"Mama mana?"tanya Muiz.

"Mama nanti muncul lah tu. Dah,duduk dan makanlah"

Muiz pun melabuhkan punggung di atas kerusi. Tiba-tiba suasana dapur bertukar menjadi sejuk. Mirul dan Hana tiba-tiba membeku di kerusi masing-masing.

"Eh? Kak! abang Mirul! Kenapa dengan korang ni?"

BERSAMBUNG...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience