bacdh 'Ting Tong'

Drama Series 55610

Khaleeda sedang menyediakan bahan untuk menggoreng nasi ketika Papa turun mengheret bagasi sederhana besar dari tingkat atas.

"Di nak goreng nasi. Papa sempat tunggu breakfast?".

"Nope".
"We are running late, must catch a flight"

"Where to?"

"Penang. Ada event dengan ejen"

Lamanya tak pergi berjalan. Dah habis periksa apa salahnya kalau dia ikut kan. Dia okay sahaja jalan berseorangan.

"Nak ikut..."

"Your exam?"

"Yesterday last paper."

"Oh... i thought you still have paper today."

"Yesterday Pa... can I joint?"

"Kenapa?" Faridah yang baru turun dari tingkat atas mahu tahu perbualan dua beranak.

"Dida nak ikut ke Penang." Hamdan menerangkan.

"Exam?"

"Yesterday last paper Ma..."

"Not today. We are already late. Lagipun, my PA booked only two flights."

"Di ambil flight kendian. Pergi sorang."

"No way. Who going to entertain you? We're working."

"Ma... Di dah besar. Di boleh jalan-jalan sendiri."

"No, no, no... anything happens we don't have time to waste."
"It's a three day tight schedule event."

"But..."

"Next time Dida..."
"You! we have to go now. Getting late already."

Tanpa salam dan peluk cium mereka berlalu pergi, macam tu sahaja. Khaleeda terduduk di bangku meja makan. Serasa meluruh segala semangat dirinya.

Bila kali terakhir dia dapat mengikut ibu bapanya pergi berjalan-jalan? Sekolah rendah rasanya...

Tak pernah izinkan dia makan angin ke luar. Tak mahu lagi bawa dia pergi jalan-jalan tapi melarang dia dari pergi ke sana-sini sendirian ataupun berkawan. Peliknya tinggalkan dia seorang diri setiap hari tak mengapa pula.

Di, sedar diri Di. Kau tu siapa!?.

@@@@@@@

"Assalamualaikum..."
"Assalamualaikum..."

"Waalaikummussalam!"

Sosok Hamzah yang membuka pintu rumah. Tersenyum memandang Khaleeda. Si cantik yang memakai t-shirt putih ketat dengan gambar bunga-bunga tulip berwarna merah jambu di hadapan.

Dipadankan dengan skirt kembang warna merah berbunga-bunga putih aras bawah lutut dan berkasut sneakers. Rambut yang bergulung-gulung itu diikat ekor kuda. Cantik amat!.

"Eh! Abang Am tak ada paper ke?".

"Hari ni tak ada. Minggu depan baru Abang ada paper. Masuklah Di."

"Terima kasih Abang."
"Mi mana? Di call tak jawab. Di bawak nasi goreng ni dengan ayam crispy."

"Ada..."

"Kenapa ni?"
"Ada cerita tak best ke?".

Soal Khaleeda kerana senyum Hamzah yang canggung dan tak sampai cerianya seperti selalu.

"Mi ada dalam bilik. Di pergilah jumpa Mi."

Kenapa ni? Janganlah ada cerita tak best. Sudah lama sangat berkawan dengan budak dua beradik ini Khaleeda seperti dapat mengesan ada sesuatu yang tidak enak.

Pertama, panggilan paginya kepada Michan yang tidak berjawab dan senyuman Hamzah yang nampak lain sangat.

Khaleeda tolak pintu bilik Michan. Gadis itu duduk di birai katil yang penuh dengan pakaian dan barangan. Sebuah bagasi besar yang terbuka dan sedikit pakaian sudah terisi di dalamnya.

"Mi?..."

Michan menoleh. Mata merah sembab.

"Di... huhuhu..."

Michan menangis mengongoi-ngongoi sambil mendepangkan tangan meminta Khaleeda masuk ke dalam pelukannya.

"Mi, kenapa ni?"

"Aku tak nak, tapi mama paksa aku balik kampung. Mama suruh aku duduk sana jaga adik-adik sampai keputusan periksa keluar huhuhu... aku tak nak Di... kat sana tak de kau... huhuhu."
"Mama aku kena kerja kat Perak. Boss dia suruh jaga cawangan baru. Aku kena balik kampung jaga adik. Aku dah cakap hantar adik-adik kat sini, aku jaga kat sini, mama aku tak nak. Dia tak bagi huhuhu dia kata nanti susah sekolah... huhuhu..."

Michan kena pergi tiba-tiba macam ni?...

Khaleeda peluk Michan erat-erat. Kalau Michan sedih dia lebih berganda sedihnya. Siapa nak kawan dengan dia?

Mama dan Papa sendiri buang dia dari senarai penting hidup diaorang. Sedihnya hidup dia. Sekarang akan hilang Michan pula.

"Macam mana ni?"
"Aku macam mana Mi?"

"Aku pun tak nak."

"Kau nak balik kampung bila?"

"Bas petang ni."

"Mi..."

Khaleeda turut menangis. Sedihnya. Dia tak ramai kawan. Dia ada Michan sahaja kawan yang rapat, yang lain lebih kepada kenalan sahaja.

Michan juga tiada pilihan dia terpaksa pergi. Kalau dia tak pergi ibu bapa dia akan bergaduh. Kata Michan cerita akan jadi lebih panjang dengan sikap mama dia yang tak mungkin mahu beralah.

Kasihan bapa Michan akan menghadap episod tuntutan mahkamah syariah yang bukan-bukan dari ibunya.

Mereka kemudiannya makan bekalan yang Khaleeda bawa dalam senyap. Hamzah juga senyap. Dia sendiri tidak berdaya menolong si adik.

Nasib dia lebih baik dari Hamizah kerana dia anak lelaki. Ibunya juga kurang mesra dengan dia kerana semakin dewasa wajahnya semakin mirip dengan sang ayah.

Payahnya hidup dalam keluarga yang berpecah belah. Ibu bapa yang gagal, anak-anak jadi mangsa.

"Cepat Mi... bas pukul lima."

Hamzah memujuk Hamizah supaya bersegera. Adiknya seolah tidak mahu melangkah keluar dari rumah. Mahu kekal di dalam rumah flat itu.

Khaleeda peluk Michan erat-erat. Saling memberi kekuatan. Sampai ke bawah grab sudah menunggu mereka untuk ke terminal bas.

Khaleeda sedih sangat ketika Michan sudah menuju ke platform bas untuk ke utara. Menitis-nitis air mata si gadis cantik itu.

Susah hati Hamzah melihat adiknya dan Khaleeda terpaksa berpisah tiba-tiba macam ini kerana dia saksi hidup bertapa rapatnya mereka berdua sedari kecil.

"Di... jom."

Khaleeda hanya menurut. Mengekor sahaja Hamzah yang menarik tangannya.

"Kita balik rumah Abang dulu ambil motor, nanti Abang hantar Di balik rumah."

"Abang Am... kita jalan-jalan boleh tak. Di sedih la. Tak rasa nak tinggal sorang sekarang. Parents Di tak ada, diaorang pergi Penang tiga hari."

"Oh! ok... Di nak pergi mana?"

"Bukit Bintang boleh tak?. Nak tengok gelagat orang, tengok lampu."

"Okay jom."

Apa sahaja untuk Dida...
Hamzah mahu gadis itu tahu jika dia mampu, bulan bintang mahu dia dapatkan untuk Khaleeda.

Mungkin dengan melayan sunyi dan kesedihan Khaleeda, sentiasa ada ketika susah atau senang, gadis itu akan memberi peluang dan ruang dalam hatinya untuk Hamzah.

@@@@@@@

Khaleeda jalan berlenggang sambil makan lolipop. Beg galas dia dan beberapa barang perempuan yang dia beli sepanjang berjalan-jalan semua Hamzah bawa.

Hamzah senyum senang hati. Ini kali kedua dapat jalan berdua dengan Khaleeda. Pertama kali dahulu juga secara tidak sengaja kerana terserempak dengan Khaleeda di sebuah kedai runcit berdekatan kawasan rumah.

Kali ini rasa istimewa sebab jauh dari rumah, dapat pergi makan dan jalan pusing-pusing bandar bawah cahaya lampu.

Rasa bangga apabila banyak mata memandang cemburu dia memimpin tangan Khaleeda yang cantik lawa.

"Hamzah!"
"Hamzah!"

"Abang, diaorang tu panggil Abang ke?".

Hamzah berhenti berjalan apabila tangannya ditarik Khaleeda menunjukkan ke seberang sana jalan. Lebih tepat di hadapan sebuah pusat karaoke keluarga di Bukit Bintang itu.

"Ooo... Kirtikesh la."
"Anak Boss tempat basuh kereta Abang kerja."
"Jom Di..."

Hamzah pimpin tangan Khaleeda menyeberang jalan mendapatkan sekumpulan remaja India dan Cina di hadapan pusat karaoke.

"Ooo... mintak bapak aku cuti nak dating ye."

Soal remaja India yang memanggil Hamzah sebentar tadi apabila dia dan Khaleeda sampai di hadapan mereka.

"Heii, mana ada. Aku hantar Hamizah tadi naik bas balik kampung. Ni Dida kawan baik Hamizah. Dia hantar sekali tadi."

"Ye la tu."

Ketawa-ketawa remaja India bernama Kirtikesh itu membalas.

"Ni semua cousin dan kawan-kawan aku Am. Hari ni birthday aku. Jom joint sekali. Jangan cakap tak nak... aku suruh bapak aku potong gaji kau nanti." Sambung Kirtikesh.

Hamzah memandang Khaleeda bertanya pendapat gadis cantik itu. Jika Khaleeda setuju baru dia terima pelawaan Kirtikesh.

Khaleeda mengangguk. Dia belum mahu balik. Tak pernah dia dapat jalan-jalan sejauh ini dari rumah. Biasa kalau dengan Michan mereka keluar ke pusat membeli belah berdekatan rumah sahaja. Hati yang sedih tadi rasa terubat sedikit kerana dapat berjalan-jalan seperti ini.

Kirtikesh, semua sepupu dan kawan-kawannya memang sangat mesra. Macam berjumpa kawan lama. Langsung Hamzah dan Khaleeda tidak merasa terasing. Mereka berbual dalam bahasa bercampur-campur dengan Tamil, Mandrin, Inggeris dan Melayu.

Siap beritahu makanan semua halal sebab pusat karaoke keluarga itu hanya membenarkan makanan halal sahaja di bawa masuk.

Sedang Khaleeda menyanyi bersama sepupu perempuan Kirtikesh, Hamzah datang kepadanya memberitahu harus menjawab pangilan telefon di luar kerana di dalam bilik itu terlalu bising. Hamzah keluar dan Khaleeda teruskan menyanyi.

"Mi dah sampai ke?"

"Ye, dah sampai rumah. Mama ambik dekat stesen bas tadi."

"O... Alhamdulillah. Mama okay tak? Ada marah-marah tak?".

"Tak de. Mama kirim salam Abang. Mama suruh Mi call Abang ni bagitau dah sampai."

"Okay. Mi kirim salam Mama ye. Jangan gaduh dengan Mama tau. Beralah ajelah. Tak lama Mi. Nanti dah sambung belajar... Okay Mi. Sabar aje ye."

"Okay Abang. Mi dah dulu ye. Nak rehat, penat. Abang dah hantar Dida balik kan."

"Eh! mestilah dah hantar. Mak ayah dia kan garang."

"Ermm... okay. Mi penat sangat. Esok Mi telefon Dida. Nak mandi nak tidur. Bye Abang. Assalamualaikum."

"Okay Mi. Waalaikummussalam."

Hamzah tak mahu beritahu Hamizah dia bawa Khaleeda keluar berjalan-jalan. Adiknya itu suka menyakat. Selalu cakap Khaleeda dengan dia tak padan. Macam langit dengan bumi. Nanti Hamzah rasa rendah diri. Biarlah malam ini dia rasa gembira dapat keluar berduaan dengan dambaan hati.

"Wei Am! kau pergi mana!?"

"Jawab call... kenapa?".

"Aku rasa awek kau terminum air cousin aku la. Dah tingtong ni."

"What!".

tqvm yang sudi bace. pls komen dan follow. tqvm juga yang sudi follow dan Komen. tqvm tqvm tqvm. rasa bersemangat nak berangan cari idea spy tiap2 hari dpt up Bab baru.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience