(BAB NI PENING SEBAB IDEA DATANG BILA SUNTUK SANGAT MASA. HUSBAND NAK MASUK KERJA. NAK KENA HANTAR KE HENTIAN BAS. KALAU TAK FAHAM BACA ULANG 2 3 KALI OKAY)
"Dah confirm..."
Dahlan tunjukkan muka telefon pintarnya kepada Faridah. Si isteri mendekat untuk melihat biji butir. Muka si isteri yang sentiasa serius dan tegas beransur lembut dan manis.
Jarang-jarang berlaku wajah Faridah boleh tersenyum manis tapi isi muka telefon pintar Dahlan benar-benar mengembirakan hati Faridah.
Datin Faridah...
Humm... Datin Faridah dan Datuk Dahlan.
Bunyinya macam sesuai benar dengan mereka. Keterujaannya benar-benar tidak dapat dibendung. Serasa tak sabar menunggu hari ketibaan sejarah bakal berlaku.
"Jaga diri baik-baik... jangan sampai ada cerita tak baik yang boleh buat kita jadi tak layak terima pingat."
"Awak tengok amount yang saya bayar pada orang tengah tu."
Dahlan rapatkan lagi muka telefon pintarnya ke muka Faridah. Faridah renung muka Dahlan dengan wajah terperanjat selepas membaca muka telefon.
"Title ni penting untuk bisnes kita. Penting sangat."
Faridah angguk-angguk kepala.
"Semua sekali rm27.50"
Faridah pusing tubuh menghadap kaunter kedai kopi premium itu membelakangkan Dahlan yang kini berdiri di belakangnya.
Menghadap kembali muka tembam budak kaunter yang sebentar tadi menaikkan darahnya. Sekeping kad yang terselit di antara jari telunjuk dan jari tengah dia hulur kepada si muka tembam.
"Pin atau pay wave?"
Faridah naikkan kening sebelah tinggi. Rm27.50 pun nak tanya lagi. Budak itu seakan faham bahasa telepati Faridah kerana segera sahaja jari dengan muka yang cemberut itu menekan-nekan kekunci dan menolak alat peranti untuk Faridah melayangkan kad di jarinya ke situ.
Selesai.
Faridah masukkan kad ke dalam poket kecil di tas tangan LV dan capai dua cawan kopi sejuk di atas kaunter sebelum berlalu pergi.
@@@@@@@
Selepas hampir tiga minggu sangap baru malam tadi dia dapat semula. Agaknya si Yunus pun dah tak tahan juga. Malam tadi elok pun boleh tunggu dia capai titik penting. Kalau tidak lepaskan diri sendiri sahaja.
Masalahnya...
Ingatkan dah sedap malamnya, pagi esok Yunus dah okaylah seperti sebelum kejadian mi bandung Abang Man. Tidak ye! sama saja seperti hari-hari sepanjang tiga minggu. Tak menegur Wati.
Urusan baby Boo pun Yunus tak harapkan Wati. Memang pun sebelum kejadian, bab anak Yunus memang lebih cekap darinya.
Memang pun dia senang bersuamikan Yunus kerana hal anak semua dia pandai. Daripada bunyi anak menangis pun Yunus sudah tahu cara apa penyelesaiannya.
Mujur dengan mama Wati, Yunus tak ada cakap apa-apa. Baik sahaja dia dengan mama Wati seperti selalu.
Tapi geramlah Wati kerana Yunus masih tidak memaafkan dia, jadi dia pun buat tak layan jugalah seperti cara Yunus. Jangan harap dia nak mengalah dulu.
Wati tahu Yunus tak akan tergamak ceraikan dia sebab lelaki tu sayang sangat dengan Baby Boo. Berani la Yunus ceraikan dia, memang Yunus tak akan jumpa lagi anak dia tu.
"Iced coffee latte dua."
Aduh! sibuk la! orang tak ada mood tahu tak!
Bentak Wati dalam hati. Pelanggan di hadapan sudah berubah air muka. Wati bagi 'side eyes' menyampah mahu melayan pelanggan yang berpakaian bergaya di hadapannya. Seorang lelaki pertengahan umur baru sampai dan berdiri di belakang perempuan itu, juga kemas bergaya.
Wati bergerak malas.
"I want to see your manager... Now!"
Itu semua cerita lebih tiga jam yang lepas. Sekarang dia di dalam balai polis sedang memberi keterangan.
Wati sedang menunggu kedatangan Yunus...
Matilah dia! memang menjanda la dia di dalam penjara nanti!.
Wati mengeletar hebat.
@@@@@@@
Masuk ke dalam kereta baru dia perasan telefon pintarnya tiada dalam pegangan atau di dalam tas tangannya.
Dia minta Dahlan jangan memandu pergi dahulu. Beri dia masa mengingat di mana kali terakhir telefon itu dalam genggamannya.
Aaaa! dia letak di kaunter kedai kopi premium ketika bedebat dengan manager kedai tentang perangai kurang sopan budak muka tembam. Faridah dan Dahlan masuk kembali ke dalam kedai untuk mengambil telefonnya.
"Awak... keep cool okay. Don't make any scene. Keep a good name."
"Sure..."
@@@@@@@
"Tak ada!... saya tak ada nampak apa-apa barang pun atas kaunter!"
Besar suara Wati mempertahankan kenyataannya. Si Sotong sudah keluar dari belakang mendengar kekecohan di hadapan. Beberapa pelanggan yang sedang duduk minum dan menikmati makanan mereka juga sudah mula tertoleh-toleh.
Ketiak Wati sudah basah berpeluh. Habislah!.
"Mr. manager...can I see the CCTV footage please?."
Si Sotong tidak bercakap banyak lagi, mengangkat sebelah tangan mempersilakan pelanggan itu mengikutnya ke ruang belakang tidak lupa menarik tangan Wati untuk turut serta.
Tadi pelanggan yang ini juga dia terpaksa berhadapan kerana sikap sambil lewa Wati. Sekarang apa lagi?.
Dia yang berdiri sudah tidak tegak. Basah habis baju uniform yang dipakainya kerana peluh. Pelanggan yang duduk keduanya tidak bercakap sepatah pun ketika CCTV diputarkan tayangan.
Nampak jelas cerita lebih setengah jam yang lepas menunjukkan satu persatu pergerakannya. Bermula dia dibebel si Sotong kerana pelanggan mengadu sikap acuh tak acuh dia menerima pesanan.
Ketika pelanggan sibuk berbual suami isteri, nampak jelas di dalam CCTV dia membancuh minuman yang dia tambahkan perisa kain lap meja ke dalam cawan minuman.
Akhir sekali di dalam tayangan CCTV dia mengelap meja kaunter dan mengambil iphone keluaran terkini yang terselit di celah pasu hiasan di situ kemudian menyimpannya ke dalam beg plastik di bawah kaunter.
Siaran tamat. Riwayat hidupnya juga tamat.
@@@@@@@
Yunus terdiam tak bersuara. Macam tak percaya begitu singkat akal si Wati. Apa kena dengan isterinya ini. Silap dia berfikir jika dia memilih perempuan biasa-biasa sikapnya juga akan biasa-biasa juga.
Rupanya tahap IQ Wati semakin hari semakin mengecil ketika badannya semakin membesar. Mungkinkah kerana dia memilih pasangan tidak menerima pendapat arwah ibunya.
Mungkinkah kerana dia memaksa ibunya menerima Wati walau ibunya sudah menyuarakan pendapat mata tuanya dan Yunus biar bagai angin lalu tidak ditimbang tara langsung.
"Maaf ye encik Yunus kami kena tahan isteri encik."
"Tolonglah encik... baby saya menyusu badan."
"Saya tak boleh buat apa. Pengadu tetap nak buat report dan buka kes."
"Kita dah buka kertas siasatan. Masalah ni memang berat pada pihak isteri encik sebab ada bukti CCTV."
"Malam ni isteri encik tidur lokap dulu sehingga kertas pendakwaan dibaca di hadapan hakim."
"Nanti baru boleh jamin sehingga kes di buka untuk bicara."
"Encik rasa berapa bayaran jaminan?".
"Ada dua kes dibuka pengadu. Satu kes curi dan satu lagi kes aniaya."
"Mungkin lapan mungkin sepuluh... bergantung kepada hakim."
Jatuh bahu Yunus. Mana mahu dicari jumlah sebegitu besar. Hidupnya saja ditolong Yusoff untuk kekal cukup setiap bulan.
Mana Yusoff ni tak sampai-sampai lagi. Dia sudah menelefon Yusoff supaya datang ke balai sini menolongnya.
"Encik Yunus jangan cakap saya yang bagitau... tu yang tengah berjalan tu pengadu."
Pegawai polis tadi datang kepadanya yang sedang kusut dan berbisik perlahan. Matanya memandang mengikut muncung mulut pegawai polis.
Sepasang suami isteri berjalan perlahan keluar daripada kedai makan di seberang jalan menuju ke kereta.
"Cubalah minta tolong tarik aduan..."
Sambung pegawai polis itu lagi.
"Terima kasih encik."
Yunus bergerak pantas berlari keluar dari ruang balai. Mengejar suami isteri tersebut.
"Ayun! ken..."
Bersaing dia berlari keluar Yusoff sampai dan dia terus menarik tangan adiknya untuk turut berlari mengejar pasangan itu.
"Apa cerita Yun?!"
Sambil berlari Yusoff menyoal, Yunus tidak menjawab nafasnya hampir putus kerana gugup dan panik.
"Encik!"
"Encik!"
Pasangan itu terhenti tangannya daripada membuka pintu kereta. Memandang pelik dua orang lelaki yang berlari laju dari arah balai.
"Encik..."
Sampai di hadapan suami isteri itu dia tidak mampu bercakap. Nafasnya termengah-mengah serasa tidak cukup udara di dalam paru-parunya, mungkin kerana berat badannya dan hatinya yang kusut. Yusoff pula tenang sahaja
Nasib baik suami isteri itu menunggu dia dapat bernafas dengan elok. Tidak pula terus bergerak meninggalkan dia.
"Encik nama saya Yunus. Ini adik saya Yusoff. Saya suami perempuan yang encik buat report tu."
Si isteri terus masuk ke dalam kereta. Tidak berminat menunggu ayat dari dia yang seterusnya.
"Maaf encik Yunus. Saya tak boleh tarik report. Cuba encik Yunus minta tengok CCTV perangai isteri encik... seseorang kena ajar dia cara hidup dalam masyarakat."
Dan lelaki itu juga menurut cara isterinya masuk ke dalam kereta dan berlalu pergi.
Baby Boo memang minum susu formula tapi campur juga susu badan. Tak kan dia nak cerita pada si anak emaknya masuk penjara kerana mencuri dan menganiaya orang.
Sambil tertunduk murung Yunus mengadu kepada Yusoff. Si adik hanya mampu menggenggam bahunya erat cuba menyalur semangat.
140624
(BAB NI PENING SEBAB IDEA DATANG BILA SUNTUK SANGAT MASA. HUSBAND NAK MASUK KERJA. NAK KENA HANTAR KE HENTIAN BAS. KALAU TAK FAHAM BACA ULANG 2 3 KALI OKAY) sorry sume. lmbt ye. maaf la cite kali ni tk dpt hari2 update mcm dlu. terima kasih yg baca, Komen dan follow. syg sume. dh bce Komen ye bg Sy smgt jgn biarkan Sy menulis syok sendiri. hahaha
Share this novel