SESAMPAINYA di kampung, terlihat ibunya sudah menunggu di luar bersama pakciknya, yakini Khal, adik kepada ibunya. Sepanjang dia mengikuti suaminya. Pakciknyalah yang menjaga ibunya. Harapkan adiknya, memang sibuk jelah 24 jam.
"Mak." Lantas di peluknya tubuh ibunya.
"Kalau tak kerana mak sakit. Mana anak mak ni nak balik." Merajuknya.
Kata-kata ibunya, membuatkan Sha pantas memandang wajah ibunya.
"Apa cakap macam tu. Tak sukalah dengar. Sha ni nak sangat balik. Tapi tulah, abang tak benarkan. Katanya takut Sha di goda lelaki lain."
"Siapa yang tak takut Sha oi. Dah isteri dia secantik ni, kalau pakcik pun. Mana pakcik nak lepas isteri secantik Sha ni." Khal menyahut.
"Cantik pun tak guna pakcik, kalau tak boleh mengandung."
Puan Fia pantas memukul-mukul mulut anaknya beberapa kali.
"Sakitlah mak. Apa ni main pukul-pukul. Tak sukalah."
"Tulah. Mulut tak pandai jaga. Dah namanya belum ada rezeki, ya belum. Bukan berarti kamu mandul. Mak percaya yang kamu boleh mengandung. Mungkin, masalahnya ada pada suami kamu?. Dah buat pemeriksaan ke?."
"Dah. Dokter cakap, masalahnya ada pada Sha. So, Sha dah putus asa. But, Sha beruntung sebab di kurniakan suami yang setia macam Ian. Sha nikan mak, pakcik. Kesian dekat dia. Dia mesti nak ada anakkan. Lagi-lagi, mak dia tu. Asyik membebel je memanjang. Stres tau, kepala ni."
"Pakcik sarankan, kamu cerai jelah. Daripada kamu sakit hatikan."
"Apalah kau ni Khal. Ajar yang bukan-bukan. Dah namanya rumahtangga, ya mesti ada kelebihan dan kekurangannya. Lagipun, Ian setia orangnya. Selagi suami kita berpihak pada kita. Semuanya akan baik-baik saja. Percayalah cakap mak."
"Ian sayang Sha. Dia always berpihak pada Sha. Sha harap, dia tetap macam tu sampai bila-bila. Tak jemu pada Sha."
"Mak yakin, dia setia pada yang satu. Oh ya, cerita tentang Ian. Mana dia?."
"Tadi, dia nak ikut Sha balik sini. Tapi tulah, tiba-tiba assistant dia call pulak, suruh dia datang office sebab ada masalah yang harus dia sendiri yang turun tangan. Nilah sendiri."
"Tak takut ke suami di goda orang, bila di tinggal sendiri. Yelah, sekarang ni musim penyondol. Kot-kotlah, dia di godakan dekat sana nanti. Kita mana tahukan." Usik pakciknya
"Mak...,."
Puan Fia lantas mencubit kuat lengan adiknya.
"Argh.., sakitlah Kak. Kita gurau jelah." Rintihnya, sambil di gosok-gosok lengannya yang memerah dek terkena sengatan semut bebisa itu. Cubitan kakaknya benar-benar berbisa sehingga perihnya tidak kunjung reda.
"Gurau ada tempatnya. Jom sayang, kita naik atas. Mesti kamu penatkan. Mak ada masakkan makanan kegemaran kamu." Ajak Puan Fia, sambil menarik tangan anaknya untuk ikut dengannya. Sempat juga Sha menghadiahkan senyuman perli pada pakciknya.
'Anak manja.' Kesalnya.
•
SEMENTARA di sebuah rumah agam mewah yang berada jauh dari orang. Terlihat seorang pemuda duduk termenung menatap luar jendela sambil di peluk erat gambar ibunya.
Pemuda itu yakini Datuk Dr Putra Rayfan Liam, berkacukan cina-melayu, yang berusia 45 tahun. Di usianya sekarang, masih bergelar bujang tua, oleh kerana dia memiliki penyakit langka yang di beri nama dermatographic urticaria, lebih tepatnya lagi alergik akan sentuhan. Liam sangat sensitif akan sentuhan.
Oleh kerana penyakit langkanya, dia susah berinteraksi dengan orang-orang. Membuatnya, susah mendapat jodoh. But itu keinginan seketika. Setelah ibunya meninggal dunia. Kata kahwin, jauh dari lubuk hatinya. Sekarang dunianya gelap, bak tiada cahaya menerangi hidupnya lagi.
"Liam, Liam, Liam. Sampai bila kau nak berkurung diri dalam bilik ni. Kau tak bosan ke?." Soal Dylan sambil melabuhkan punggungnya di hadapan sahabatnya.
Sudah hampir 5 tahun sahabatnya seperti ini. Mengurung diri dari hari ke hari. Ini terjadi sejak dia kehilangan ibunya yang telah meragut segala kebahagiaan, senyuman juga jiwa sahabatnya. Namun setiap luka pasti ada obatnya. Berharap pengobatnya segera tiba dan mengembalikan senyuman juga, jiwa sahabatnya.
"Kau buat apa dekat sini?. Takda kerja ke?." Soal Liam, sambil memusing kerusinya menghadap sahabatnya.
"Aku datang sebab nak tengok kawan aku nilah. Kau tulah, tak datang party hari jadi mama aku. Sampai hati kau ya."
"Kan aku dah bagi hadiah. Tak cukup lagi ke?."
"Hadiah kau tu berjaya buat mama aku tersenyum lebar. Tapi aku nak kau datang. Aku nak sangat kau datang."
"Aku alergik kau tahu. Tak faham lagi ke?."
"Aku tak kira, minggu depan hari jadi aku. Aku nak kau datang. Aku tak kira. Yang aku tahu, aku nak kau datang."
"Tapi...,"
"Keputusan aku muktamad. Aku nak kau datang untuk sekali ni je. Please. Aku janji akan jaga kau nanti. Please, please, please." Mohonnya.
Liam terdiam sejenak.
"Please, please, please. Sekali ni je."
"Ok. Aku datang. Tapi ingat, takda sentuhan. Faham?."
"Aku janji, takda sentuhan. Thanks. Sayang kau."
"Eee. Gelilah."
"Oh ya, aku dengar tempat kau di serbu pihak polis. Betul ke?." Soal Dylan inginkan kepastian.
"Betul, 3 tempat aku di serbu."
"3 tempat?. Seriuslah. Siapa sial tu?. Bagitahu aku, siapa dia. Pandailah aku bantai dia nanti."
"Aku tahu dia. Tapi aku tak nak panjangkan cerita. Kau tahu akukan. Dia buat aku macam tu, aku balas lebih teruk dari tu."
"Aku suka cara kerja kau. Orang macam tu, patut di beri pelajaran."
"Tu tahu."
"So, kita lupakan. Ni, kau dah makan?."
"Dah."
"See. Kau tipu aku lagi."
"Apa yang aku tipu?."
"Sebelum aku jumpa kau, aku jumpa Mak Ja dulu. Tanya tentang keadaan kau macam selalu. Kau tu dah sehari-hari tak makan. Nanti sakit."
"Kau dah kenapa selalu masuk campur dalam hidup aku. Aku dah besar. Aku boleh jaga diri aku sendiri."
"Aku sayang kau sebagai seorang sahabat, sekaligus abang aku. Aku sentiasa risaukan kau. So, jangan larang aku. Aku akan sentiasa macam ni."
"Kau ingat aku terharu. Sorry. Kau tahu akukan. So, kau nak makan apa?. Nanti aku masakkan."
"Nilah yang aku tunggu-tunggu. Tapi aku tak nak susahkan kau. Kita makan dekat luar. Habistu, aku nak ajak kau balik kampung, jemput isteri aku. Sekali makan angin."
"Isteri kau bukan isteri aku. Lagipula, bukan Kyra takda mak ayah dekat kampungkan. Dia pergi sana lawat siapa?."
"Dia cakap, dia nak lawat mak kepada kawan dia."
"Kau percaya dia?."
"Why not. Kepercayaan adalah kunci utama dalam berumahtangga.Tak ke macam tu Tuan Liam. Eh, lupa pulak. Kaukan bujang tua. So, kita lupakan. Ni. kau nak ikut aku tak?."
"Kau pergilah sorang. Aku tak biasa, dengan suasana kampung."
"Sombonglah kau ni. Ok fine. Kalau kau tak nak ikut aku. Aku tak nak kawan dengan kau lagi."
"Kau ni macam perempuanlah. Kuat merajuk. Aku bagi kang, baru tahu. Ok. Aku turuti permintaan kau kalini. Tapi lain kali, jangan harap." Setuju Liam, lalu melangkah pergi.
"Tengoklah. Aku tak boleh janji." Balas Dylan, sambil mengikuti sahabatnya.
•
DI capainya gelas berisi air suam di atas meja, lalu di teguknya perlahan. Mana tidak, hampir 2 jam dia membahas tentang projek barunya, sehingga lupa dengan keinginan tekaknya.
"Abang." Sapa seseorang.
Membuatkan Ian memusingkan kerusinya, untuk memastikan gerangan siapa empunya suara lembut itu.
"Eh. sayang. Duduk. Duduk."
Senyumannya lebar terukir ketika pemilik hati ada di depan mata.
"Thanks." Ucapnya, lantas melabuhkan punggungnya di kerusi berhadapan dengan abang iparnya.
"Sayang buat apa datang sini?. Nak jumpa mama ke?. Tapi setahu abang, mama ke Sarawak harini. Tak tahu juga, jadi ke tak."
"Sayang rindu abanglah. Abang tulah, asyik dengan isteri abang tu je. Abang tak sayang, sayang ke?."
"Sayang, sayang sangat-sangat. Tapi tulah, sayang kena faham. Kakak sayang tu, perlukan abang di sisi dia. Lagipun, abang dah transfer duitkan dekat sayang, untuk enjoy. Tak cukup lagi ke?."
"Duit tak boleh beli masa lah abang. Sayang nak selalu berada di sisi abang." Goda Sarah, sambil berjalan menghampiri Ian, lalu duduk di atas pangkuan pemuda itu.
"Apa ni sayang. Nanti orang nampak, apa kata mereka nanti."
"Sayang dah tak perduli lagi. Yang penting sekarang, bila abang nak ceraikan dia. Sayang cemburu tau, bila abang dekat-dekat dengan dia."
"Abang dah cakap, abang takkan ceraikan dia. Sayang kalau nak terus bersama abang. Please, jangan bahas cerai. Abang takkan ceraikan dia."
"Why?. Dia tu mandul abang. Abang nak tunggu apalagi?. Abang juga dah rasa tubuh ni, sayang tak kira. Sayang nak abang segera halalkan sayang. Sayang tak nak di rugikan. Kalau abang tak berniat kahwin dengan sayang. Sebaiknya, kita putus."
"Apa cakap macam tu sayang. Abang tak suka dengarlah. Abang tanpa sayang, boleh gila. Ok. Kita kahwin. Sayang nak bila?." Pujuk Ian sambil memeluk pinggang ramping gadis itu.
"Secepatnya kalau boleh. But, bukan mudahkan. Takpa, sayang sabar menunggu. Asalkan abang tepati janji abang. Sayang ok."
"Macam nilah sayang abang. Faham abang. Abang janji akan kahwin dengan sayang. Trust me. Ok?."
Sarah mengangguk laju. "Oh ya, sayang dengar. Kak Sha balik kampung. Betul ke?."
"Aa. Mak sakit katanya. Sayang tak lawat mak sayang ke?."
"Dia bukan mak kandung sayang. Jadi, buang masa je lawat dia."
"Jahatlah sayang ni. So, memandangkan isteri abang ke kampung. Bolehlah sayang menginap rumah abang malam ni."
"Nakallah abang ni. Ok. Sayang juga ada banyak kejutan nak tunjuk dekat abang."
"Apa dia?."
"Secret."
"Sayang suka tau buat abang penasaran. Kalau abang minta sekarang. Boleh?." Soal Ian sambil membuka butang seluar kekasihnya.
"Sekarang?. Tak naklah abang. Nanti ada orang nampak."
"Berani sayang bantah cakap abang. Sayang tahukan akibatnya kalau bantah cakap abang." Ugut Ian berbisik di telinga gadis itu.
"Ok. Sayang turuti. But, ada bawa perlindungan tak."
"Abang nak ada anak dengan sayang. Jadi buat apa benda tukan." Jawab Ian, sambil mendukung gadis itu, pergi ke toilet untuk melepaskan nafsunya pada gadis itu.
Share this novel