Bab 1

Romance Series 108646

LAMA matanya memandang sosok lelaki itu, cuma kali ini pandangannya bertukar menjadi lain. Hatinya sudah nekad, terlalu banyak ruang dan peluang dia berikan kepada suaminya ini. Atau suami hanya atas kertas ini.

“Luqman.”

“Hmm…” Hanya gumaman daripada Luqman Ariff tanpa melihat isterinya yang sedang berdiri di hadapan meja kerjanya. Matanya tidak pernah memandang isterinya selama mana dia memandang komputer dan fail-fail yang berada di atas meja.

Ini semua bukanlah pemandangan yang asing baginya untuk tiga tahun tiga bulan ini.

“I ada benda nak bincang dengan you.” Terus saja Sara duduk di kerusi yang bertentangan dengan Luqman. Biar dia dilayani sebagai seorang pekerja. Mungkin itu akan menarik perhatian Luqman Ariff.

“Cakap jelah,” jawab Luqman tanpa mengangkat sedikit pun wajahnya.

Sara menghela nafasnya, macam manalah dia boleh setuju berkahwin dengan lelaki seperti ini. Hanya atas dasar cinta. Semuanya boleh menjadi sampah.

“I nak cakap benda penting ni. Lima minit je, tak luak pun,” balas Sara.

Berdecit mulut Luqman, matanya masih terpaku pada bacaan fail-fail yang sedang dia teliti.

“I nak cerai.”

Terus saja wajah Luqman diangkat dan terus saja dia menatap wajah isterinya. Tidak disangka sepotong ayat itu keluar dari mulut isterinya, Sara Imani.

Entah kenapa Luqman merasakan semua yang ada di mejanya kini tidak penting, dan dia harus fokus pada wanita di hadapannya ini. Wanita yang pernah bekerjasama dengannya dan pernah seiring sibuk bersamanya.

“Kenapa?”

Tergelak kecil Sara. “Sudah gaharu cendana pula. Sudah tahu bertanya pula.”

Berkerut wajah Luqman. Bukan tidak faham maksud peribahasa itu tetapi… adakah benar apa yang Sara katakan kepadanya?

“I penat.”

Luqman hembus nafas lega. Wanita memang seperti ini cakap tidak menggunakan akal fikiran kadang-kadang selalu menggunakan emosi. “Tulah I dah suruh cari babysitter ke, pembantu ke atau carilah kawan yang boleh sama-sama jaga Mia tu.”

“Tu bukan masalahnya. Lagipun I memang sayangkan Mia dari dulu lagi. Tak ada masalah pun. Mia pun sayangkan I, selalu ada dengan I,” balas Sara sambil bersandar pada kerusi itu.

“Habis tu apa masalahnya? Apa yang penatnya?”

“You.”

“I?”

“Apa yang I buat kat you sampai you penat ni? I dah bagi segalanya dekat you. Semua benda. Kebebasan dalam buat keputusan, tak pernah halang you pergi mana-mana. And, I tak pernah nak marah you pun. Cuma satu je yang I harapkan dari you. Tolong jaga Mia. That’s it.” Luqman mula rasa buang masa untuk bercakap tentang hal-hal sebegini.

Sara pandang wajah Luqman dengan pandangan yang sukar Luqman tafsirkan. Apa lagi wanita ini mahukan?

“Sara, please. Mia sayang gila kat you. ,” keluh Luqman dan mula merasakan dia harus selesaikan isu ini terlebih dahulu sebelum dia menyambung kerjanya.

“Habis tu you? ”

Keluhan Luqman membuatkan hati Sara sakit. “Penting ke? Kita baik-baik je kan.”

Dada Sara jadi sakit. Sakit kerana dia bercakap dengan manusia atau tunggul? “Apa yang baik-baik je?”

Sara terus berdiri, dia merasakan dia akan tetap terpenjara dalam rumah ini. Sara mengangguk beberapa kali cuba menyedapkan hatinya sendiri, cuba memujuk hatinya.

Luqman tersentuh hati. Terus dia bangun dan mendapatkan Sara, kedua-dua bahu Sara dipegangnya. Sara cuba mengelak. “Sara.”

Terkejut Luqman mleihat air mata yang jatuh dari mata Sara. Sepanjang dia mengenali Sara, Sara bukanlah seorang wanita yang mudah untuk mengalirkan air mata dan dengan tepat sekali. Dia tidak pernah melihat Sara menangis sekali pun.

“You okey? You menangis ni.”

Tergelak kecil Sara dan terus menolak tangan Luqman. Rasanya ini sentuhan yang ke berapa ya untuk tahun ini?

“I menangis pun bukan you peduli pun. Entah-entah I ni memang dah tak wujud sebab tu I minta you lepaskan je I. I mengalir air mata ni pun you tak tahu yang I tengah menangis. Sadisnya suami I ni,” perli Sara.

Hati Luqman terkesan.

Selama mereka berkahwin Sara sentiasa baik-baik sahaja. Tidak pernah merungut dan tidak pernah mengadu domba. Malah, tidak pernah mangatakan penat walau banyak kerja dan hal yang dia patut uruskan di rumah ini.

Dengan segala layanan yang dia berikan, dia sangka Sara baik-baik saja. Adakah Sara telah banyak makan hati?

Luqman gosok belakang kepalanya. “Kenapa tak cakap? Kenapa tak pernah nak bagitahu I?”

Geli hati pula Sara ketika ini, sedangkan nak bercakap tadi pun perlukan punchline yang tepat untuk buat Luqman mengangkat muka. Ini kan mahu berbincang. Lelaki ni pendek akal agaknya?

“Sedangkan tadi pun nak ajak bincang I kena guna ayat yang tepat nak bercakap supaya you pandang I. Sepanjang kita berkahwin you dengan kerja you dari pagi sampai malam. Lepas mandi apa semua, tengok Mia dan terus tidur. 3 tahun 3 bulan I hanya menatap belakang badan you je. I penat. I bukan penat badan, I penat emosi. Semua ni buat I macam nak gila,” luah Sara sejujurnya.

Selepas meluahkan air matanya kembali menitis, banyak yang dia pendamkan. Dia kesat kasar air mata yang tumpah pada wajah cantik dan mulusnya.

Sara tenung mata Luqmna dengan tajam, biar menikam sampai ke hatinya. “You masih tak boleh move on kan daripada Maria? Layanan you dengan Maria sama macam korang husband and wife dulu. Ada ke orang berkejaran pergi ke ex-wife dia yang sakit sedangkan isteri dia dah tertonggeng terbalik kat tangga sebab terjatuh terkangkang?”

Luqman diam. Dia tahu dia salah.

“Selama 3 tahun 3 bulan kita diakad nikahkan sekali pun, sekali pun you tak pernah sentuh I. Sampai I tertanya-tanya, buruk sangat ke I ni? Sedangkan you sendiri tahu macam mana gilanya orang kat luar tu kalau nampak I. Tak gila I nak fikir jawapan untuk setiap persoalan I ni?” tanya Sara dengan nada yang tertahan-tahan.

Ahhh, dia mahu luahkan semuanya. Biar puas!

Luqman diam.

Ya, hanya itu sahaja yang Luqman pandai lakukan. Diam dan mendengar. Lalu, buat tak tahu.

Sara tarik nafas cuba kawal emosinya. “Teruskan diam Luqman Ariff. I dah biasa uruskan segala dokumen masa I bekerja dengan you dulu. So, jangan risau. I akan minta fasakh. You boleh buat apa saja dengan sesiapa pun.”

Tanpa menunggu Luqman bersuara terus saja Sara mengorak langkah ke bilik. Hatinya berkecai kerana suaminya langsung tidak bersuara dan tidak langsung memenangkannya apatah lagi menenangkannya.

Bodoh punya Luqman!

Semua ini bukanlah mudah untuk Sara Imani harungi. Berpisah dengan lelaki yang dia cintai begitu perit dan sakit hati dan jiwanya. Tapi semua ini lebih sakit bila hidup dengan lelaki yang dia cintai yang langsung menganggapnya hanya seorang manusia yang menantinya di dalam rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience