BAB 1

Humor Completed 7194

Joyah Jaclyn menari zapin sambil menggosok baju di hadapan bilik air. Manakala suaminya, Carl hensem sedang bersiap-sedia untuk pergi kerja sebentar lagi. Selepas masak ketupat berperisa kari, Joyah Jaclyn baru tersedar bahawa baju angkasawan suaminya itu belum digosok. Sebagai anak ketua kampung, Carl hensem perlu kelihatan segak sentiasa. Topi keledar gaya pelumba ternama juga telah disediakan di bawah tangga rumah mereka.

“JJ nak pergi mana petang nanti?” soal Carl hensem.

“JJ” jawab Joyah Jaclyn.

“Iyalah .. nama Joyah tu JJ tapi JJ nak pergi mana?” soal Carl Hensem lagi.

“JJ lah.. itu pun tak pepaham “ marah Joyah . Amboi... bukan main garang lagi.

“nak kena cepuk ke?. Kanda tanya nak kemana?”

“JJ.. jaya jusco!” marah Joyah.

“ohhh... cakaplah...” sengih Carl Hensem.

“Kalau abang pulang lewat tak jadi pergilah” sengih Carl hensem. Dengan gaya ala penari ballet, Joyah Jaclyn berpusing ala swan dan memaut lengan suaminya. Kain batiknya diikat hingga ke dada.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience