Bab 38

Vampire Series 4523

Dia mengambil tempat duduk di kerusi panjang yang berada di taman itu . Rambutnya diraup kasar . Serabut otaknya memikirkan keberadaan gadis itu .
Sudah beberapa jam dia mencari kelibat Emelyn , masih juga tak jumpa . Pandai juga pembunuh tu bersembunyi .

Keluhan kecil dilepaskan . Wajahnya diangkat menghadap langit yang mulai mendung . Seolah olah memahami apa yang dirasakannya sekarang .
Sedih ? Sudah pasti.. Kenapa ada saja perkara yang ingin memisahkan dia dengan gadis itu ?
Pembunuh tu.. Walau siapapun kau , aku tak akan sesekali maafkan kau ! Tak akan !

Wajahnya diraup kasar . Sekejap itu juga mindanya mengingati situasi semalam .
Tapak tangannya ditatap . Matanya difokuskan ke arah jari kelingkingnya .

“ Kotakan janji awak . ”

Kata kata gadis itu terngiang semula di telinganya . Sebenarnya dia bukan tertidur pun masa itu . Dia cuma rehatkan tubuhnya yang terasa penat .
Namun entah mengapa dia terbuai dengan kenangan dimana pertama kali mereka bertemu . Tanpa sengaja mulutnya mengeluarkan kata kata yang bermain di dalam hatinya .
Sebab itulah dia kelihatan seperti mengigau . Sedar sedar saja gadis itu sudah duduk mencangkung di hadapannya .

“ Emelyn.. ” panggilnya sayu .

Sepasang mata itu tidak dialihkan dari memandang jari kelingkingnya .
Kalau saja dia dilahirkan sebagai seorang manusia , sudah pasti gadis itu yang akan dicintainya . Dia akan menjaga dan menyayangi gadis itu lebih dari nyawanya sendiri .

“ Saya akan kotakan janji saya . Jadi tolonglah kembali.. ”

••••

Mata yang terpejam rapat itu dipaksa buka . Dia mengangkat wajahnya dan memandang setiap sudut rumah yang usang itu .
Berdenyut kuat kepalanya dirasakan . Apa dah jadi sebenarnya ni ?

Tangannya memicit perlahan dahinya sendiri . Terasa mahu pecah saja kepalanya akibat menahan sakit .
Jap ! Aku dekat mana ?!

Matanya meliar semula memandang sekeliling rumah yang sudah usang itu . Dadanya berombak kencang .
Senyuman sinis yang terukir di bibir itu bermain semula di dalam fikirannya . Air liurnya ditelan .

“ Dah sedar ? ”

Emelyn menoleh ke arah satu sudut apabila satu suara garau menerpa ke pendengarannya .
Mengecil matanya cuba mengenalpasti wajah yang lagi duduk disitu .

“ Cleo ? ” panggil Emelyn . Semakin berombak kencang dadanya apabila melihat Cleo lagi merenungnya tajam . Macam nak telan orang hidup hidup pun ada .
Naik turun nafasnya menahan kemarahan yang semakin memuncak . Apa salahnya sehingga dia diperlakukan sebegini ?!

Dia ketawa sinis dan mula mengorak langkah menuju ke arah gadis itu . Wajah yang lagi marah itu ditatap .
Pelik.. Bukan sepatutnya dia takut kah ?

“ Kenapa sayang ? ” soalnya sinis . Rambut gadis itu dibelai lembut .

Niatnya yang ingin menepis tangan itu terbantut apabila merasakan tubuhnya seperti diikat . Pandangannya dihalakan ke tubuh badannya sendiri .
Bibirnya diketap kuat . Tajam matanya memandang rantai besi yang diikat erat di tubuhnya .
Damn !

“ Kau takkan terlepas . ” sambungnya lagi .

Mencerlung Emelyn memandang wajah Cleo . Namun satu hal yang membuatkan dia tergamam.. Sepasang mata milik lelaki itu ditatap dalam .
Automatik bibir merah gadis itu mengukirkan senyuman sinis . Berkerut terus dahi Cleo memandangnya .

“ Hentikan lakonan murah kau ! ” perlahan namun keras nadanya . Pandangan maha tajam dihadiahkan khas untuk lelaki itu .
Dia tergamam . Semakin berkerut dahinya mendengar kata kata gadis itu . Blur jap .
Emelyn pula sudah membuat muka menyampah disitu . Kalau nak jadi pembunuh , pastikan otak itu berhubung dengan cepat boleh tak ?

“ Kau bukan Cleo ! ” naik melenting suaranya . Kalau saja dia tidak diikat sekarang ni , sudah lama dia hantuk kepala pembunuh ni dekat dinding .
Suasana menjadi hening sejenak sebelum perlahan lahan rumah usang itu dipenuhi dengan tawa kejam .

“ Kau memang bijak Emelyn.. ” katanya sambil menunjal kepala Emelyn dengan kuat sehingga terhantuk belakang kepala gadis itu di dinding .
Argh ! Kenapa kepala aku pula yang terhantuk ?!

“ Tapi kau tak sebijak aku ! ” sambungnya lagi . Puji diri sendiri nampak .

“ Kau bijak ? ” soal Emelyn . Ingin saja dia ketawa berguling guling disitu . Tapi kejap . Tahan dulu...

Tajam matanya memandang Emelyn yang lagi cuba menahan ketawa . Apa yang lawak ?!
Reaksi yang diberikan oleh gadis itu seolah olah mencabar kemarahannya .

“ Kau dah lupa siapa yang bunuh kau dulu ?! Aku ! Aku yang bunuh kau ! Dan keluarga kau mati juga disebabkan aku ! ” katanya kasar .
Sepatutnya gadis ini takut dengannya ! Tapi kenapa pula dia masih boleh ketawa sekarang ?!

Wajahnya kembali serius . Kata kata yang baru terpacul keluar dari mulut pembunuh itu menguatkan perasaan dendam di hatinya .

“ Tsk.. Emelyn . Emelyn.. Kau tau tak betapa sedapnya daging ibu dan ayah kau ? ” katanya sambil ketawa sinis . Memang dia sendiri yang membunuh kedua orang tua gadis itu . Namun tiada satu pun yang tahu disebabkan penyamarannya .

“ Dan , kematian orang tua Cealyn.. juga disebabkan aku . ” sambungnya dengan bangga sekali . Kedua orang tua Cealyn mati kerana dahagakan darah manusia.. Sebenarnya dia sendiri yang mencakar manusia itu sehingga cedera .
Siapa suruh kedua orang tua itu menganggu masa makannya . Nak melindungi manusia konon . Kan dah mendapat !

Kedua tangannya digenggam kuat . Separuh mati dia cuba mengawal emosinya . Namun apakan daya..
Mindanya ligat mengingati kematian orang tuanya dan orang tua Cealyn . Apa salah mereka sehingga mereka dibunuh ?!
Disebabkan pembunuh itulah dia terpaksa melalui hari hari yang terasa amat menyakitkan ! Disebabkan pembunuh itu jugalah dia kehilangan orang yang paling disayanginya !

“ Kau memang layak mati ! ” jeritnya lantang . Mata kirinya mulai bertukar warna .

PANG !

Panas pipinya dirasakan apabila ditampar begitu kuat . Hujung bibirnya dirasakan mulai mengalirkan cecair panas . Argh !

“ Kau yang patut mati ! ” kata pembunuh itu sambil mencengkam kuat dagu Emelyn . Gadis ini memang mencabar kesabarannya !
Tajam mata Emelyn melawan pandangan pembunuh itu . Rasa sakit yang dirasakan tidak diendahkan lagi . Sakit lagi hatinya sekarang ni !

Pembunuh itu ketawa sinis . Jarinya mengelap kasar darah yang dari tadi mengalir di hujung bibir gadis itu .
Perlahan jarinya naik masuk ke dalam mulutnya . Kemanisan darah manusia itu membuatkan dia hampir tidak terkawal .
Mahu saja dia membunuh gadis itu sekarang ! Tapi sabar dulu..
Dia mula berdiri lalu mengorak langkah untuk keluar dari rumah usang itu .

“ Tunjukkan diri kau yang sebenar kalau kau berani ! Dasar pengecut ! ” jerit Emelyn lantang . Tidak terfikir langsung bahawa hidupnya bagai dihujung tanduk sekarang . Perasaan marahnya lebih membuak buak daripada perasaan takutnya .
Yalah.. Dari tadi pembunuh tu guna rupa Cleo . Ingat aku tak kenal ke mata Cleo tu macam mana ? Mata Cleo lagi menawan hokey !

Terhenti terus pembunuh itu dari melangkah . Dia memandang tubuhnya sendiri . Baru dia sedar yang dia masih lagi menyamar .
Baiklah.. Buat apa lagi dia perlu menipu kalau gadis ini sudah tau kebenarannya kan ?

Dia menoleh semula memandang Emelyn yang lagi merenungnya tajam . Senyuman sinisnya terukir .

“ Pengecut huh ? ”

Serentak tubuhnya bertukar menjadi sedia kala . Rambut panjangnya diraup ke belakang . Pandangan tajamnya menikam raut wajah yang lagi terkejut itu .
Sekali lagi dia tersenyum sinis sebelum kedua kakinya melangkah keluar meninggalkan gadis itu .

Emelyn tergamam . Terkejut itu sudah pasti ! Bagai direnjat elektrik saja tubuhnya dirasakan . Tak sangka..

KAU !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience