CAMIE cebik bibir, terang-terangan menunjuk rasa hati yang mendongkol geram. Dia bukannya orang suruhan sehingga si gadis seksi ini sesuka hati sahaja mengarah itu dan ini. Pihak atasan Camie sendiri tidak pernah mengambil kesempatan sebegini teruk. Tetapi si gadis yang entah daripada mana munculnya ini, suka hati sahaja mengarah dia itu dan ini.
“Teja! Apa semua ni?”
Akhirnya, Camie bisa lafazkan syukur bila Abang Man yang juga merangkap penyelia di situ mula bersuara.
“What? I cuma minta dia tolong tukar rekaan tu sikit aje. Bukan susah pun kan?”
“Kalau tak susah Cik Teja buatlah sendiri.” cadang Aariz selamba.
Nah, kalau tadi Abang Man yang bersuara, kini giliran Aariz pula membela Camie. Ariz juga merupakan salah seorang pembantu pereka hiasan dalaman, sama seperti Camie tetapi lelaki itu lantang menyuarakan pendapat. Bukan sosok yang bisa dibuli, tidak seperti yang sekadar berani di belakang sahaja.
“Apa Cik Teja ingat senang-senang je nak ubah itu ini? Dahlah datang tangan kosong, dokumen apa semua tak ada nak mengarah itu ini. Macam baru masuk kerja semalam.” Sambung Aariz lagi. Bengang sungguh dia, bersengkang mata dia dan Camie menyiapkan lakaran hiasan dalaman itu, mudah sahaja Teja mengarah tukar itu dan ini. Apa gadis itu ingat lukisan pelan itu bisa diubah mengikut kehendak hatinya sesuka hati?
“Manager you sendiri yang suruh I minta tolong dengan you guys.” Teja kendurkan juga suara apabila sedar kesalahan sendiri.
“Tapi, saya tak ada dengar pulak perkataan tolong keluar daripada mulut Cik Teja? Dahsyat eh Cik Teja mintak tolong, dah serupa bos besar. Saya tahu Cik Teja tu buah hati pengarang jantung Tuan Damien, tapi tak payahlah nak tunjuk kuasa dekat sini. Kami semua ni bukan kuli Cik Teja!” Lagi-lagi Aariz melempias rasa. Camie dalam diam mengagumi sikap berani Aariz. Entah bila dia bisa selantang itu dalam menyatakan perasaan sendiri.
“Aariz, tak apa. Camie buat.”
“Nampak tak? Dia sendiri yang suka dan rela nak tolong. Bukan aku paksa!” Teja masih menyombong, Aariz pula masih mendengus marah.
“Tapi, kalau Cik Teja nak sekarang memang tak dapatlah. Sebab saya masih ada kerja lain lagi...”
“Apa-apa ajelah! Kalau Tuan Damien bising nanti, aku cakap aje kau orang tak dengar arahan.” ugut Teja.
“Tak apa, kalau Tuan Damien tak akan marah Camie. Silap hari bulan Tuan Damien jatuh cinta terus kalau tengok muka comel Camie ni. Cik Teja sendiri tahu kan, kelemahan Tuan Damien tu perempuan dahi licin macam Camie ni...”
“Akak!” Camie cuit pinggang Kak Fiza yang lantang berkata-kata. Tuan Damien pun dia tak pernah jumpa, jatuh cinta apanya? Lainlah kalau Abang Badiman kena marah pun Camie sanggup!
Akak geram dengan Teja tuh. Suka hati dia aje guna nama Tuan Damien. Dah dia reject Tuan Damien ada hati lagi nak tergedik-gedik dengan Tuan Damien. Dia tak jumpa lagi buku dengan ruas. Akak doa biar Tuan Damien jatuh cinta dengan kau, biar putih mata Teja tuh."
HILANG sahaja kelibat Teja tadi, Camie tarik nafas lega seraya bersandar lega di kerusi sendiri. Toleh ke belakang, Camie menyengih lebar. Jaket hitam itu masih di situ. Semenjak bertukar hak milik beberapa bulan yang lalu jaket itu tidak pernah gagal menemani setiap harinya. Di fakulti, di asrama siswi dan sekarang di pejabat pula.
Sudah sebulan lebih Camie bertukar status daripada penanam anggur yang berjaya kepada seorang pembantu pereka hiasan dalaman di ARJ Synergy. Semuanya terima kasih kepada Orkid, sahabat baiknya yang membuka peluang untuk Camie. Meskipun menggunakan kuasa orang tengah, Camie tetap berbangga dengan pencapaian hidupnya saat ini.
Camie tarik jaket yang disidai di kepala kerusi. Hidung automatik mendarat dan menghidu di situ. Meskipun haruman maskulin itu telah lama menghilang tetapi Camie seakan bisa menghidu haruman yang memenangkan itu. Setiap tingkah Si Budiman kembali terlayar di fikiran saat haruman maskulin itu mula menguasai diri.
Degil!
Terngiang-ngiang suara garau si dia menengking. Benar, mulutnya Si Budiman berbisa, menjengkelkan dan menyebalkan. Senang cerita, lelaki itu adalah definisi sebenar mulut longkang!
Tetapi tidak dapat Camie nafikan sikap prihatin yang meninggi dalam diri lelaki itu.
“Dah tahu baju tu putih nak juga pakai bra warna hitam. Lepas tu bijak pula redah hujan! Otak kau tercicir dekat mana? Belajar universiti dah, tapi cerdik tak juga! Sini!” marah Si Budiman kembali menggetarkan Camie. Jaket kulit di tubuh si dia tanggalkan dan di sarungkan ke tubuh Camie, menutup baju yang sudah berubah menjadi see through sekali gus menghalang diri Camie daripada menjadi santapan mata si mata keranjang. Tanpa di suruh sesiapa, lelaki itu mula menolak motosikal berkuasa tingginya mengiringi Camie sehingga ke pintu pengawal Asrama Siswi.
Bukankah semua itu membuktikan sifat melindungi si dia?
All the smallest things you do that melt my heart.
Kata-kata itu sangat sesuai menggambarkan keperibadian si dia.
Pertemuan mereka tak indah, tetapi entah mengapa pertemuan itu juga yang menjadi igauan Camelia saban hari. Meski sudah lama meninggalkan kampus dan hidup sendiri tetap juga fikiran Camie pada si dia, Abang Budiman @ Badiman.
Getaran di poket palazo mengejutkan Camie, sekali gus menghentikan tayangan memori yang sedang berlangsung di fikiran Camie. Sejak malam itu, hanya kenangan itu yang menjadi peneman dia bila rindu menyapa.
ORKID: Camie, cepatlah! Kau berangan apa lagi dekat atas tu? Naik berkulat dah aku tunggu dekat bawah ni!
Mesej daripada Orkid dibaca dengan senyuman yang menyeringai. Hampir sebulan sudah mereka tidak bersua muka, Orkid sibuk dengan pengajian semester terakhirnya sementara Camie pula sibuk dengan jadual kerjanya di sini. Mereka bukan lagi rakan sebilik yang bisa bersua muka hampir setiap hari.
USAI perbincangan, Damien dan Arjuna berjabat tangan dengan semua delegasi yang terlibat dalam usaha sama mereka kali ini. ARJ Synergy menapak setapak ke depan lagi bila berjaya memeterai perjanjian dengan delegasi daripada Singapura.
“Lunch?”
“Kau belanja?” Soalan Arjuna dijawab dengan soalan.
“Kita buat apa dekat sini?”
“Restoran, kan? Lunchlah. Buat apa lagi?”
“Aku tahulah lunch. Tapi, bukan selalu kita lunch dekat mamak aje ke? Tiba-tiba pula lunch dekat hotel, kau ni nak dating ke nak lunch sebenarnya?”
Sengihan Arjuna menjawab persoalan Damien.
“Kenapa tak cakap kau nak dating? Kalau aku tahu, baik aku balik ofis aje. Ajak Teja lunch dekat luar lagi best...” gumam Damien.
“Kau tak suka Orkid ke? Kenapa bila aku ajak jumpa dia kau mengelak?”
Bukan Damien tidak sudi meluangkan waktu dengan sang sahabat tetapi hati sendiri yang dia bimbang tak kuat. Melihat merpati dua sejoli itu pasti terdetik cemburu di hati kecil Damien nanti.
“Lambat lagi ke tunang kau tu?” omel Damien seteah jeda beberapa ketika. Mata masih terfokus pada skrin ipad di tangan sengaja menyibukkan diri dengan urusan yang tak perlu.
“Sabarlah... Dia tunggu kawan dia lunch kan pukul 1. Kau ingat semua orang boleh keluar pejabat ikut suka hati macam kita?”
“Kawan dia? Kau rancang apa ni Juna? Kau jangan macam-macam eh...” Tak sempat habiskan ayat, suara manja seorang gadis menerjah telinga keduanya.
“Habib!” Sapa si gadis manja. Spontan Damien dan Arjuna mendongak mengikut arah suara itu. Saat yang sama mata Damien terbeliak besar.
Itu... Gadis itu... Gadis misteri yang dia cari-cari. Akhirnya takdir memihak juga pada Damien.
Alhamdulillah bersua lg... terima kasih korang.. sayang semua. muaxx2 xoxo
Share this novel