BAB 1

Humor Completed 6307

I love you without knowing how, or when, or from where. I love you simply, without problems or pride: I love you in this way because I do not know any other way of loving but this, in which there is no I or you, so intimate that your hand upon my chest is my hand, so intimate that when I fall asleep your eyes close.

HARI ITU…

“Assalamualaikum… Assalamualaikum,” panggil Asyraf dari luar.

“Nurul, Bie dah balik ni.” Asyraf hairan kenapa tiada sahutan dari isteri tersayang. Selalunya Nurul akan menunggu dia pulang. “Nurul Hanna” kini Asyraf memanggil pula nama penuh isterinya akan tetapi hasilnya tetap seperti tadi. Naashif Asyraf mula cemas, dia bergegas ke kamar mereka. Hatinya lega kerana susuk tubuh isterinya kelihatan di atas katil mereka.

“Sayang, nasib baik jantung Bie ni tak berhenti . Bie risau betul kalau jadi apa-apa dekat isteri Bie yang comel ni.” Bisik Asyraf ketelinga Nurul. Nurul membuka matanya perlahan-lahan, tidurnya sebentar tadi terganggu dek bisikan Asyraf di telinganya.

“Bie dah balik. Sorry, sayang tertidur. Hari ni penat sangat, Encik Razim tu asyik suruh buat kerja si Madiha je. Mentang-mentang la Madiha tu tunang dia, suka hati je suruh sayang buat kerja pompuan tu.” Adu Nurul kepada Asyraf.

Dahi Nurul dikucup Asyraf.

“Sayang buat je apa yang si Razim tu suruh dalam masa dua minggu ni.”

“Bie kenapa two weeks?” soal Nurul

“Sebab lepas dua minggu tu. Bie nak sayang berhenti kerja. Sayang duduk rumah jaga makan pakai Bie sudah. Bie tak suka la orang buli isteri Bie.” Nurul menghadiahkan senyuman manis buat suaminya.

“Erk. Bie, sayang tak solat asar lagi ni. Bie rehat dulu tau, nanti Bie mandi. Lepas solat Maghrib kita makan tau.” Pipi Asyraf menjadi sasaran Nurul.

Asyraf senang sekali mempunyai isteri yang begitu ceria dan memahami dirinya seadanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience