DK03-Kenangan silam

Crime Completed 17343

Farid mahu menuntut jenazah Ayla untuk di bawa pulang ke kampung untuk disemadikan.Tetapi permintaan Farid ditolak.

"Kenapa saya tak boleh nak tuntut jenazah bekas isteri saya?"Farid menyoal tidak puas hati.

"Kes kematian cik Ayla di bawah pemantauan pihak polis kerana dipercayai kes kematiannya melibatkan kes bunuh. pihak polis masih menunggu laporan kimia daripada pihak bomba untuk mengesahkan penyiasatan.

"Encik tolong benarkan kami membawa pulang jasad anak saya untuk dikebumikan secepat mungkin.tolong jangan seksa jenazah anak saya."rayu puan Ayma.

"Puan encik tolong faham,saya belum terima kebenaran untuk melepaskan jenazah cik Ayla tapi rasanya cik boleh cuba bercakap dengan doktor.

Farid pergi menemui pengarah hospital itu untuk mendapatkan kebenaran. Setelah pengarah itu berbincang dengan doktor Syuhaida dan laporan bedah siasat atau post mortem telah diperolehi maka pengarah itu telah mengeluarkan surat kebenaran untuk melepaskan jenazah Ayla di bawa pulang ke kampung. puan Ayma kini merasa lega

Dalam perjalanan Puan Ayma bertanya.

"Terima kasih Farid dah bantu mak tadi. sebenarnya "Farid masih marah pada Ayla sebab curang dengan Muiz?

"Mak Farid juga ada salah dengan Ayla,kalau Farid sempurna pasti Ayla tak curang dengan Muiz tu"ujar Farid.

"Mak dah lama syak Muiz dengan Anita tu bercinta.,"kata puan Ayma.

"Mak Muiz tu suami orang dan Yid dengar isteri dia belum beri kebenaran untuk Muiz kahwin lain. Tapi Muiz pula berkeras nak bawa Ayla kahwin di selatan Siam.

"Kenapa Ayla tipu mak kata Muiz tu bujang?"soal puan Ayma.

"itu Farid tak pasti, mak... Farid hantar mak kemudian Farid terus balik KL ya, Farid ada banyak kerja di pejabat."ujar Farid

"Mak lupa nak singgah di kondo Ayla,mesti dia ada simpan duit di dalam bilik dia untuk mak."kata puan Ayma.

"Yid lupa, ini RM10,000.00 yang mak minta tu. dan ini rm5000 untuk belanja mak, setiap bulan Yid akan beri 5000 pada mak ya"kata Farid.

"Terima kasih banyak Farid kaulah menantu kesayangan mak.lagipun mak dah tak ada sesiapa boleh bantu mak, nak bekerja pun dah tak larat."

"Mak tadi doktor Syuhaida kata ada janin dalam kandungan Ayla. mak tahu Ayla mengandung?"soal Farid.
"Dua minggu lepas masa mak datang jumpa Ayla untuk minta duit dia ada cerita pada mak, kandungan dia dah masuk 6minggu."Ujar puan Ayma.

"Mak saya dah lebih tiga bulan ceraikan Ayma mak, sepanjang tempoh itu saya langsung tak jumpa Ayla."kata Farid.

"Mungkin itu anak Muiz tapi Ayla cakap Muiz tak nakengaku itu anak dia dan tuduh Ayla ada hubungan dengan lelaki lain."
Selepas puan Ayma turun dari kereta Farid, Ambulans yang membawa jasad Ayla tiba dihadapan rumah Puan Ayma. beberapa orang kampung datang

melawat"Ayma anak kamu dah mati sekarang kamu sebagai satu satunya pewaris yang tinggal aku nak kamu bayar ganti rugi pada aku, produk muka yang Ayla jual tu buat muka aku ni teruk"bebel Rokiah.

"Kamu semua pergi minta dengan syarikat Double ACosmetics di Kuala Lumpur sana, Cari Boss mereka nama Amira."balas Ayma.

"Senang kamu nak lepas tangan ya Ayma, masa kamu pujuk kami beli produk muka yang Ayla jual tu baik dan manis semuanya ya, sekarang ni busuk betul mulut kau"gumam Rokiah.

"Ayma, sampai juga kamu ke kampung ya. mana hutang aku yang kamu janji nak bayar."sapa Lijah.

Ayma dengan angkuhnya mengeluarkan wang rm5000 dan menyerahkan cheque bernilai RM10,000.
"Aku nak semua cash Ayma kertas sekeping macam ni aku tak nak"marah Lijah.

"Ok, tunggu aku keluarkan duit guna kertas ni tunggu lagi 3hari ya."kata Ayma.

*Jangan nak tipu aku Ayma ."ujar Lijah.

"Aku tak tipulah."Ayma meyakinkan Lijah. selepas kekecohan itu kariah masjid tiba di rumah Ayma untuk melawat arwah dan bacaan Yaasin.
"Esok pagi dalam pukul 10 pagi kami akan datang untuk solat jenazah dan mengebumikan mayat sejurus selepas itu."kata tok Kassim selaku tok ketua kampung dan juga bapa angkat Ayla.Ramai kawan sekampung membantu memasak untuk dijamu kepada kariah masjid. ada beberapa orang sedang menenangkan Puan Ayma.Puan Ayma terharu dengan keprihatinan yang ditunjukkan oleh penduduk kampung Tanjung Kuala itu.Puan Ayma bukan penduduk asal di situ

Ayma binti Aylimin berasal dari kampung Tanjung Hulu, dia melarikan diri bersama kekasihnya Jamil kerana perhubungan yang tidak direstui oleh keluarga. Jamil membawa Ayma ke kampung Tanjung Kuala untuk membina hidup mereka. Awal perkahwinan mereka sangat bahagia dan lebih bermakna bila Ayma disahkan mengandung. 9 bulan berikutnya Ayla dilahirkan, Jamil pula hilang entah ke mana,Ayma menerima pertolongan daripada penduduk kampung Tanjung Kuala sehingga Ayla berusia 7 tahun. kemudian Ayma pula menghilangkan diri. Ayla dipelihara oleh ketua kampung Tanjung Kuala kerana Ayla sebaya dengan anak tok ketua, mereka pergi ke sekolah bersama sama. tok ketua tak pernah membezakan kasih sayang untuk anaknya dan juga Ayla. ketika umur Ayla 17 tahun, Ayma kembali ke kampung untuk menuntut Ayla dari jagaan ketua kampung.

"Banyak cantik muka kamu, pergi meninggalkan anak sendirian, bila budak tu dah besar panjang dan boleh bekerja kamu datang nak ambil dia ya"ujar Asmah, isteri tok ketua.
"Saya pergi Kuala Lumpur sana tu untuk bekerja kak mah, bukan saja saja nak pergi holiday makan angin.

"Sekalipun, kamu tak balik menjenguk Ayla ni kan,tak kirim Duit pun kami tak kisah tapi baliklah tengok dia, masa kamu tinggalkan dia dulu 2hari dia tak keluar rumah tak makan, mujur juga anak aku Suria tu pergi tengok sebab Ayla tak pergi mengaji, lembik dia tanpa makanan dan minuman dalam rumah tu, orang dewasa tak minum air tiga hari pun boleh mati inikan pula budak berumur 7 tahun, sebab tu aku bawa dia ke rumah aku ni Ayma, kamu ni langsung takde rasa tanggungjawab"bebel Tok Kassim.

"Sudah lah tok, saya datang ni nak bawa anak saya pergi ke Kuala Lumpur. Jom Ayla,ikut mak.

"Ayla tak nak pergi, Ayla nak tinggal di sini dengan tok Kassim, mak Asmah dan Suria, mak pergilah tak balik pun takpe.

"ingat sikit Ayla,Aku ni yang mengandung dan melahirkan kau tahu tak, syurga kau di bawah tapak kaki aku ni bukan bawah tapak kaki perempuan tu.tu.Tangan ditunjukkan ke arah Puan Asmah..

"Pergilah Ayla ikut mak, kalau Ayla tak suka tinggal di bandar Ayla balik ke sini, rumah kami sentiasa terbuka untuk Ayla "pujuk puan Asmah, dia sangat sayang kepada Ayla tetapi jika Ayma sudah menggunakan kuasa syurganya Asmah perlu beralah sebagai seorang manusia yang waras dan matang.

Ayla bangun tanpa kata, masuk ke bilik tidurnya bersama Suria lalu melipat beberapa helai baju dan dimasukkan ke dalam beg sekolah. beg itu tidak akan digunakan untuk pergi ke sekolah lagi.

Tiba di Kuala Lumpur Ayla terkejut melihat tempat tinggal ibunya.
"Kenapa kita tinggal di sini?Soal Ayla.
"Oh.. inikah anak gadis kamu tu . Erm.. muda...cantik..."tangannya naik mengelus wajah dan rambut Ayla.
"Janganlah pegang pegang"rayu Ayla.
"PANG" Ayla menekap pipi kirinya dan memandang tajam ke arah puan Ayma.

semoga terhibur.

Share this novel

DHIA AMIRA
2022-10-30 20:28:50 

done bca .. up up


NovelPlus Premium

The best ads free experience