Bab 23

Romance Series 80702

"NURSE, saya nak tanya. Puan Nora mana ye? saya cari di katilnya tiada. Tapi nama ada lagi." Tanya Nurjihan di kaunter itu kepada seorang jururawat petugas.

"Wad mana ye dia duduk?." Tanya Jururawat itu.

"Ouh sorry, wad 10."

Jururawat itu memeriksa senarai nama di skrin komputernya. Nurjihan sabar menanti melihat

"Puan Nora dah discharge tengah hari tadi." Kata jururawat itu.

Sayangnya. Sepatutnya dia singgah sebentar pagi tadi sebelum keluar dari wad untuk mengucapkan selamat tinggal pada Puan Nora. Jika tidak.. tidak la dia berasa ralat seperti ini. Bila la agaknya dapat berjumpa lagi. Hmmm
Apa pun yang terjadi, perkenalan mereka semalam melahirkan rasa damai pada Nurjihan bila melayan telatah Puan Nora.

"DATO'....kita nak proceed ke dengan projek kita di Genting Highlands yang tertunda tu?".Tanya Kamil setiausaha kepada Megat Rusydi itu.

Megat Rusydi terdiam. Dia berfikir sejenak. Projek pembangunan yang bertapak di Genting Highlands itu sudah 6 bulan di berhentikan sementara kerana kekangan kos yang terlalu tinggi pada projek ini.

"Boleh tunda lagi sikit masa?". Megat Rusydi mengurut pelapis dahinya.

"Boleh Dato' tapi saya takut pembekal mengeluarkan saman terhadap company kita kerana bayaran pada bahan binaan masih tertunggak."

Tiba-tiba wajah Karlisa terlintas di fikirannya. Mungkin Karlisa dapat membantu?

"Macam ni la kamil. Hold lagi 2 bulan, biar saya bincang dengan Syediq Group jikalau mereka boleh membantu kita untuk siapkan projek ni."

"Alright Dato'." Kamil berlalu keluar dari pejabat Megat Rusydi

"Karlisa....and Syediq Group are definitely !". Guman Megat Rusydi berfikiran sendiri. Pasti Karlisa dapat membantunya kerana status pengukuhan kewangan yang berbilion ringgit setiap tahun di jana oleh syarikat itu. Meminta bantuan mereka adalah cara paling bijak setakat ini.

NURJIHAN hairan melihat begitu banyak makanan yang terbungkus di atas meja dapur itu. Di belek-belek hampir 50 bungkus. Aik Tuan Syed ni buat kenduri ke?

"Kak Syifa..nasi bungkus banyak-banyak ni nak bagi siapa?"

Syifa tersenyum melihat ke arah Nurjihan bila di panggil itu.

"Tuan Syed suruh sedekah pada gelandangan dekat luar sana tu alang-alang nak habiskan stok udang dalam peti ais ni banyak sangat."

Hairan Nurjihan jadinya.

"Kenapa kena habiskan? Bukan ke stok semua tu untuk Tuan Syed?".

"Yelah, Tuan Syed dah tak nak makan masakan berasakan udang lepas ni. So memang nanti kita pun tak payah dah beli udang dah."

Nurjihan semakin hairan. Tuan Syed alahan dengan udang jugak ke?

"Tuan Syed tak nak Cik Jihan termakan udang lepas ni. Alang-alang tu biar semua orang dalam rumah ni tak payah makan udang hehe." Tambah Syifa.

"Tapi Jihan boleh je nak makan udang sebab ada ubat. Tuan Syed ni risau sangat."

"Ish, mahu tak risau Cik Jihan..masa Cik Jihan pengsan hari itu.. Ya Allah Tuan Syed tu tak payah cakap la dia punya susah hati tu. Sampai Benjamin kena marah teruk sebab cuai awasi Cik Jihan. Dah la Cik Jihan. Jangan makan udang dah. Tak apa kalau kita cegah dahulu."

Ben kena marah sebab aku?

Rasa bersalah sangat pada Benjamin sedangkan dia yang tidak maklumkan pada mereka bahawa dia alah dengan udang.

Nurjihan hanya tersengih-sengih rasa bersalah ya amat. Sampai begitu sekali Tuan Syed menjaganya biar adil dan saksama.

***

TUAN Syed Iqwal menoleh sedikit bila pintu biliknya di buka oleh seseorang.
Nurjihan datang menghampirinya dengan segelas air kosong. Dumbbell di letakkan di tepinya untuk rehatkan sebentar otot tangannya dari bekerja.

Tergamam Nurjihan bila dia tersalah timing masuk dalam bilik Tuan Syed Iqwal yang sedang bersenam.

"Tuan Syed, saya bawakan air dan ubat." Kata Nurjihan.

"Thank you. Letak dulu atas meja tu. Lepas saya work out saya makan ubat."

Arahan dari Tuan Syed Iqwal itu di turuti oleh Nurjihan seraya mengganguk.Tidak mahu berlengah lagi di situ menggangu masa Tuan Syed, dia ingin melangkah keluar.

"Jihan, sekejap." Panggil Tuan Syed Iqwal.

Nurjihan menoleh ke belakang semula.

"Ye Tuan Syed ada apa-apa lagi ke nak saya ambilkan?". Laju tutur pertanyaan Nurjihan itu.

"Ambilkan towel kecil untuk saya dalam almari."

Nurjihan pantas membuka almari dan mengambil sehelai tuala kecil yang berwarna biru. Dia menghampiri Tuan Syed yang sedang duduk di lantai itu dan bersandar di kaki sofa lalu menghulurkan tuala kecil tadi.

Namun, huluran tuala dari tangan Nurjihan tidak di sambut oleh Tuan Syed Iqwal malahan lelaki itu memandangnya lama.

Bagai terfaham sendiri Nurjihan akan bicara pandangan mata Tuan Syed Iqwal yang menggerunkan itu lalu dengan perlahan dia mengelap penuh di dahi dan sekeliling leher yang membasahi Tuan Syed Iqwal.

"Kenapa datang kerja kalau masih tak sihat ?".
Matanya tidak lekang dari melihat ruam merah pucat yang sedikit tersisa pada leher Nurjihan.

Pertanyaan itu membuat Nurjihan resah. Di tutup sedikit ruam pada leher itu. Sudah semestinya Tuan Syed sedar akan kesan alahan yang meninggalkan bekas yang terjadi tempoh hari.

"Tak apa Tuan Syed. Saya sihat dah. Cuma ruam ni je ambil masa nak hilang."

Mata Nurjihan di larikan pada sekeliling bilik. Tidak tertahan rasanya di pandang sebegitu namun tangannya masih bergerak mengelap peluh di muka Tuan Syed Iqwal. Malu bila terpandang lengan sasa milik Tuan Syed Iqwal yang terdedah dengan pemakaian sport singlet.

Meskipun lumpuh. Tuan Syed rajin bersenam badan dan tangannya untuk kecergasan dan kesihatan. Banyak berpeluh, maka banyaklah toksik dari dalam badan akan keluar.

"Saya nak minta maaf pasal pengsan hari tu Tuan Syed. Saya tahu itu merisikokan keadaan Karlisa."

Tangan yang mengelap peluh itu di hentikan oleh Tuan Syed Iqwal. Matanya di kunci pada wajah yang berada di hadapannya kini. Matanya tidak mahu berkedip. Terlalu indah ciptaan Tuhan yang satu ini.

"Kesihatan awak tu lebih penting. i don't care about others. Kalau awak sakit siapa nak jaga saya?".

Gulp. Rasa bagai hendak menutup sepasang mata yang merenungnya ketika ini. Keadaan ini membuatkan dirinya tidak betah di hadapan Tuan Syed Iqwal.

"Thanks Jihan, i nak mandi kejap. tolong panggilkan Benjamin. I nak duduk atas kerusi balik."

Tergeleng-geleng kepala Nurjihan yang seakan khayal dengan rasa gementar itu.

"ah..haa okay...okay sekejap saya cari Benjamin."

***

SOFA ruang tamu di Villa Rose itu di hampiri oleh Nurjihan. Kelihatan Benjamin yang sedang khusyuk membaca surat khabar.

"Ben..Tuan Syed panggil awak naik atas."

Benjamin mengangguk lalu melipat semula surat khabar yang di bacanya itu.

"Ar..Ben, sekejap." Benjamin di tahan Nurjihan daripada berlalu.

"Yes Cik Nurjihan?".

"Betul ke Tuan Syed marah awak di sebabkan saya tempoh hari?."
Kedua-dua jari telunjuknya di laga-lagakan risau untuk mengeluarkan soalan remeh seperti itu.

"Betul." Jawab Benjamin.

Fuh jawab macam tak ada perasaan eh !

"Tapi saya tak ambil hati langsung. Memang saya cuai dalam mengawasi Cik Nurjihan. Saya terima kesalahan saya. Prinsip saya bila bekerja dengan Tuan Syed tak perlu terasa hati. Itu yang utama."

Balasan dari Benjamin itu melegakan hati Nurjihan. Lalu Nurjihan menghulurkan coklat cloud 9 kekacang ke arahnya.

Berkerut dahi Benjamin melihatkan. Tapi dia tidak menolak. Upah nak hilangkan rasa bersalah la ni?

"Thank you". Ucap Benjamin menunjukkan kembali coklat itu kepada Nurjihan dan dia berlalu pergi.

Mak Eton berjalan di lorong sempit itu dalam keadaan yang berhati-hati. Dia pulang awal hari ni dan ingin memaklumkan kepada Nurjihan, tetapi budak bertuah itu tidak mengangkat telefon pula.

"Hoi."
Tegur dari seorang lelaki bersuara garau yang menghalang laluan Mak Eton itu.

Terkejut Mak Eton. Siapakah lelaki yang menghalang laluanya saat ini? Hanya berdoa agar ada pertolongan dari sesiapa.

"K....ka..kau nak apa?".
Tanya Mak Eton tergagap-gagap dalam ketakutan memandang manusia yang kepalanya menunduk dan wajahnya terlindung di tutupi jaket berhoodie.

Dia gelak... gelaknya sangat menakutkan.

Terketar lutut mak Eton saat ini..

Lelaki itu membuka hoodienya dan terpancarlah wajah yang menggangu lena Mak Eton setiap malam.

"Kau? ...macam mana kau boleh..." kata-kata Mak Eton yang tidak dapat di habiskan.

"Macam mana aku boleh hidup balik? hahah". Sinis soalannya.

Mustahil...mustahil yang ada di hadapannya kini adalah Zabidi ! Bekas suaminya yang telah mati.

Mak Eton mengangguk laju. Wajahnya,
begitu pucat ketakutan melihat Zabidi.

"Aku memang kena langgar malam tu. Tapi aku tak mati macam apa yang korang sangkakan!".

Terjatuh plastik yang berisi sayur-sayuran yang di pegang itu. Mimpi ngeri kembali menjadi kenyataan bakal menghantui kembali hidup !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience