PEOPLE NEARBY

Horror & Thriller Completed 39857

JUNE,2015

"Weh, kau tengok wechat awek ni." Kata Eman kepada Wafi. 'PSYCHO BI*TCH' nama wechat tertera pada skrin samsung grand primenya.

kau layang people nearby?" tanya Wafi. "Aku nak kenal, profile dia cun" balas Eman.

Malam tersebut, usai Eman menghabiskan tugasannya, dia lantas membuka aplikasi wechat. Lantas mencari gadis yg di 'add' pagi tadi. Dia memulakan perbualan biasa 'hye', tak disangka gadis itu membalas. "nama awak siapa ye?" tanya Eman.

"Panggil Cho je." jawab gadis tersebut. Tanpa disangnka kini sudah hampir 5 bulan mereka berkawan, tidak pernah bersua secara realiti. cukup sahaja bervideo call saban hari.

"Awak ada BF?" tanya Eman pada Cho. Entah mengapa dia hendak tahu benar status Cho. Dia bukannya gadis yang jelek, cukup comel dan cantik, apa yang membuatkan Eman tertarik pada Cho adalah, gadis tersebut penulis novel psiko.Kerana ingin mendapatkan 'feel' lalu dia meletakkan nama wechatnya, blog dan laman-laman sosial yang lain dengan nama 'psychotic Bit*ch'. "Saya? takda lah.. saya takda masa nak bercinta la Man, banyak kerja nak buat." balas Cho pendek.

Aster City, TG Mall

"Suuuu.. maaf abang lambat... ada kerja sikit tadi.. nak habiskan dulu." kata Eman.

"Lama tau Su tunggu.. nasib la tempat ni ada air cond. jom tengok wayang." kata Su, atau lebih dikenali Suhana, TUNANG EMAN.

Usai menonton wayang, Eman menghantar Su pulang kerana takut pulang lewat malam. Selepas mandi, dia lantas login wechat dan ingin bervideo call dengan Cho. Sedang dia leka, membelek telefonnya,

"Man, kau buat apa? Kau chat Cho ke?" soal Wafi.

"Ha'ah kenapa?" soal Eman.

"Kau dah baca Aster News, ada mayat lelaki dijumpai mati kat Taman belakang ni, dengan keadaan lidah dia dipotong. Biji mata dia pun takde, ngeri doe kematian dia." kata Wafi.

"Karang lah aku baca", kata Eman sambil menolak Wafi keluar dari biliknya.

"Hai Choo....awak dah makan?" soal Eman.

"Dah, baru makan. awak sihat?" balas Cho sambil mengikat rambutnya.

"awak ni cantik lah Cho" kata Eman.

"Eh mana ada, saya biasa-biasa sahaja, eh awak ada buat replika mata ke?" soal Eman.

"Ha'ah, saya ada buat replika, saja untuk idea cerita baru. Lagipun cerita ni berkenaan kejujuran." kata Cho sambil mengilap replika mata yang baru sahaja dibuat.

"Apa kena mengena jujur dengan mata?" soal Eman.

"Cerita ni pasal lelaki tu yang sukakan perempuan ni, namun dia dah pun bertunang, dia bagi harapan yang banyak pada perempuan yang baru dikenali tu, sebenarnya perempuan yang dikenali tu, gila.. last sekali dia koek mata lelaki tu, sebab mata dia pandang perempuan lain selain dia, dan lidah dia pun dikerat, sebab berbohong." balas Cho.

"Cerita awak seram pula, ada ke manusia sanggup buat mcam tu kan?" balas Eman.

"Eh, yang terjadi kt Taman belakang tu, bukan disebabkan ada yang sanggup ke?" soal Cho.

"Hahahahaha betul lah.. okay lah skip cerita tu.. Cho saya sayangkan awak, let's be more than friend?" soal Eman.

"If you dare, nevermind." balas Cho.

"Awak ni seksi lah bila cakap macam tu" balas Eman. Lalu video call mereka pun tamat.

Kini sudah hampir 4 bulan mereka berkawan lebih dari kawan biasa, namun Eman kurang berchatting dengan Cho sekarang, kerana dia lebih menghabiskan masa denga Suhana kerana mereka akan bernikah bulan hadapan.

Malam tersebut, sedang Eman menyiapkan tugasannya, dia mendapat panggilan dari Cho, "Awak jom jumpa, saya terinigin nak jumpa, sebab kita kan more than friends sekarang?" pelawa Cho. "kat mana?" balas Eman. "rumah saya, mana tahu kita boleh ada 'aktiviti' ke nanti. kata Cho dengan suara yang nakal. "Okay, sent ur location, i will be there in 5 minutes from now." balas Eman.

Sampai sahaja dirumah Cho, dapat dilihat rekaan rumah Cho tak ubah seperti istana kekejaman, raja segala kekejaman, namun dibiliknya dihiasi bak permaisuri. "Nah, have ur drinks" kata cho sambil menghulurkan segelas air kepada Eman. "Apa ang membuatkan awak nak jumpa saya" kata Eman sambil meneliti tubuh Cho.

"Saya teringin nak jumpa depan-depan nak belai jambang awak nii yang selalu buat saya turns on" kata Cho sambil membelai muka Eman. Suhana sendiri tdak pernah melakukan itu terhadapnya. Cepat-cepat ditolak tubuh mungil cho ke atas katil. Namun tiba-tiba pandangannya kabur dan akhirnya gelap.

*************************

AUGUST, 2015

"Hey, is that real eyes?" Soal Khairul kepada Cho. "Eh tak lah, ini replika lah, saya kan writer... genre thriller/psycho, im just made this for my idea... cerita ni pasal kejujuran, tau.. Cerita ni pasal lelaki tu yang sukakan perempuan ni, namun dia dah pun bertunang, dia bagi harapan yang banyak pada perempuan yang baru dikenali tu, sebenarnya perempuan yang dikenali tu, gila.. last sekali dia korek mata lelaki tu sebab dia berbohong. pandang perempuan lain selain dia dan sebab dia berbohong, lidah dia dikerat." blas cho sambil tersenyum sinis, menggilap 'mata dan lidah' yang sbulan lepas siap.

-END-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience