Ariana Atilia diam tak berkutik. Pipinya yang berona merah bernasib baik dapat dilindungi daripada Adi Ashraf kerana hari sudah gelap. Cuma hatinya yang berdebar-debar seperti mahu keluar dari badannya tak dapat dibendung lagi. Nafasnya bagai terhenti sebaik sahaja kata-kata itu meluncur dari mulut Adi Ashraf.
Itu baru sikit lelaki itu cuba bermain dengan kata-katanya. Belum sepenuhnya lagi. Apa sudah jadi dengan kau ni. Sedarkan diri kau, Ariana Atilia!
"A-ku pergi dulu." kata Ariana Atilia perlahan seperti bisikan angin sepoi-sepoi bahasa. Dia rasa mahu larikan diri sahaja daripada pandangan Adi Ashraf sekarang ini.
Wajahnya ditundukkan agar tidak bertembung mata dengan lelaki itu. Kantuknya tadi sudah hilang serta-merta. Perasaan malu mula menguasai diri Ariana Atilia. Sejak bila kau tahu malu, Ariana?
Sempat hatinya mengutuk dirinya sendiri. Bercakap pun dia tergagap di depan Adi Ashraf sekarang. Tolong jangan cakap dengan aku! Doanya dalam hati.
Pintu kereta dibuka dengan pantas. Adi Ashraf yang sejak dari tadi diam hanya memerhatikan setiap perbuatan gadis itu. Bibirnya mengukir senyuman melihat tingkah gadis itu yang mula menggelabah.
Baru sahaja Ariana Atilia melangkah keluar kereta, Adi Ashraf sempat menahan gadis itu daripada pergi. Lengan bajunya ditarik lembut oleh Adi Ashraf membuatkan Ariana Atilia menoleh semula ke arah lelaki yang dia mahu larikan diri sekarang ini.
Kenapa dia tarik baju aku pulak ni? Apalagi dia nak, ya Allah. Aku tak sanggup nak tahan malu dah ni. Getus hati Ariana Atilia. Namun ditoleh juga ke arah Adi Ashraf. Bibirnya tersenyum kekok.
"Kau n-ak ap-a?" soal Ariana Atilia tersekat-sekat. Mahu saja dia menepuk mulutnya yang tak berfungsi sempurna pada saat ini.
Adi Ashraf mengukir senyuman penuh makna kepada Ariana Atilia. Gadis itu meneguk air liur. Takut dengan perkara yang dilakukan oleh lelaki itu kali ini.
Tanpa amaran, lelaki itu mendekatkan mulutnya ke arah telinga milik Ariana Atilia sekali lagi. Perbuatan mengejut dari lelaki itu membuatkan Ariana Atilia menarik nafas laju. Matanya dibesarkan.
"Nak pergi mana? Barang dekat belakang tu macam mana?" soal Adi Ashraf sambil berbisik ke telinga gadis itu. Dia tersenyum nakal sebelum kembali ke kedudukannya yang sebentar tadi.
Ariana Atilia menarik nafas panjang. Akhirnya dapat juga dia bernafas secara normal. Rasa nak pengsan saja kalau asyik diserang sebegitu. Bakal tunang dia tu pun dah kenapa? Nak berbisik bagai, cakap sajalah macam biasa.
"Nak ambik barang lah ni. Kau kenapa nak bisik-bisik? Jangan buat macam tu lagi. Tak elok orang tengok." kata Ariana Atilia dengan lancar sambil melarikan pandangan daripada anak mata lelaki itu.
Keberanian dia tak dapat dipulihkan sepenuhnya lagi. Terpaksalah dia berpura-pura kuat untuk sementara ini. Dikerling sekilas wajah lelaki itu dari ekor mata. Tubuhnya keluar dari perut kereta lelaki itu sepantas kilat.
Dia beralih untuk mengambil barangan yang dibeli tadi di tempat duduk belakang. Sedaya upaya dia mengelakkan daripada terpandang wajah Adi Ashraf yang sudah jelas tersengih ke arah dirinya.
"Sabar, Ariana. Hari ni hari dia, tak lama lagi hari kau." ucap Ariana Atilia perlahan kepada dirinya sendiri. Tangannya bergerak pantas mengangkat barangan tersebut lalu dibawa keluar dari perut kereta.
Dia mengatur langkah laju tanpa menoleh semula ke belakang. Beberapa saja langkah lagi dia dapat masuk ke dalam rumah. Namun, namanya dilaung oleh lelaki yang dia rasa nak bunuh saja sekarang ini.
"Ariana!" laung Adi Ashraf dengan suara serak basah yang keluar dari kerongkongnya. Terpamer senyuman yang membawa seribu makna di wajahnya. Atau yang lebih tepat lagi, senyuman nakal untuk mengusik gadis itu.
Ariana Atilia mengeluh kuat. Dia memberikan pandangan maut kepada lelaki itu dari jauh. Penumbuknya ditunjukkan ke udara. Adi Ashraf hanya mengangkat bahu tanda tidak kisah.
Kejap, dia seorang je ke yang rasa perwatakan mereka dah berubah sekarang ni? Kenapa dia rasa mereka dah tertukar? Urghhh. Patutlah, dia tertidur lepas asar. Memang gila la jawabnya.
"See you soon, my fiancee! Bye! Don't miss me!"
laung Adi Ashraf kuat tanpa serba salah. Dia melambaikan tangan kepada gadis itu sambil tersenyum nakal.
Ariana Atilia membulatkan mata. Puan Sandra dan Encik Johan hanya mentertawakan pasangan tersebut. Wajah Ariana Atilia merah membahang cuba menahan malu dan amarah. Dasar tak tahu malu! Depan mak ayah dia kot, mamat ni.
"Adi Ashraf!" jerit Ariana Atilia kuat. Dia cuba mendapatkan Adi Ashraf. Malangnya, Adi Ashraf telah pun memecut kereta sebaik namanya dilaung oleh gadis itu. Akhirnya, dia pulang dengan senyuman lebar pada petang itu.
??????
"Wah, wah, wah... Happy nampak? Seronok eh keluar dengan kakak ipar?" sakat Akid Ahnaf sambil tersengih. Dia cuba mengorek rahsia daripada abangnya.
Adi Ashraf yang baru saja tiba menyandarkan badan di sofa ruang tamu. Matanya dipejamkan untuk merehatkan badan. Usikan adiknya tak dipedulikan. Tanpa dia sedari, bibirnya masih mengukir senyuman kecil sejak dari tadi.
"Abang, dengar tak aku cakap ni? Bagitahulah. Kau seronok kan? Tersengih dari tadi macam orang gila. Mengaku cepat." gesa Akid Ahnaf sambil mencucuk jarinya pada tubuh badan Adi Ashraf. Senyuman nakal masih tidak lekang dari bibir lelaki itu.
Keluhan kecil keluar dari mulut Adi Ashraf. Dia membuka sebelah mata melihat wajah Akid Ahnaf yang sedang galak mahu mengenakan dirinya. Mana ada dia seronok. Dia cuma suka je. Suka bila dapat sakat minah tak tahu malu tu tadi.
Tu bukan namanya seronok ke, Adi Ashraf?
"Tak. Mana ada aku seronok. Ada nampak muka aku ni seronok ke?" jawab Adi Ashraf cuba mempertahankan dirinya. Dia menjeling tajam ke arah Akid Ahnaf yang sedang tertawa sakan.
"Kau tipu. Muka kau sendiri yang tunjuk betapa seronoknya kau, abang. Tak payah nak nafikan lagi. Baik kau mengaku. Yang. Kau. Seronok. Keluar. Dengan. Kakak. Ipar." ucap Akid Ahnaf satu demi satu diselangi tawa. Terhibur dengan sifat keras kepala abangnya.
Susah sangat nak mengaku. Padahal dah nampak sangat dah abang dia tu suka. Cuma tu lah. Malangnya, Adi Ashraf seorang yang ego tinggi. Kesian, Ariana Atilia nanti. Akid Ahnaf mula bersimpati terhadap nasib kakak iparnya.
Namun, patutkah dia kasihankan Ariana Atilia dan bukannya Adi Ashraf? Memandangkan mereka dua lebih kurang sekepala sahaja. Akid Ahnaf menjongket bahu tanda tak tahu.
Telefon pintar milik Adi Ashraf berbunyi beberapa kali menandakan ada mesej yang masuk. Getaran telefonnya memecahkan suasana antara mereka berdua. Tangan kanan Adi Ashraf pantas menyeluk poket seluarnya untuk mengeluarkan telefon pintar itu.
Akid Ahnaf mula memanjangkan leher untuk mengetahui siapa yang menghantar mesej tersebut. Belum sempat matanya menangkap apa yang ditulis di skrin telefon tersebut, tubuhnya ditolak oleh Adi Ashraf.
"Ha tak payah nak menyibuk. Ni urusan orang nak kahwin. Nak tahu, pergi cari calon." halau Adi Ashraf sesuka hati. Senyuman sinis menghiasi bibirnya. Keningnya diangkat sebelah.
Akid Ahnaf menjeling abangnya sebelum bangun berdiri. Tangannya disilangkan ke dada tanda protes. Kakinya dihentak kuat cuba menggambarkan ketidakpuasan hatinya pada ketika itu. Dia berlalu pergi dengan perasaan geram. Main kasar eh?
Adi Ashraf menghantar pemergian adiknya dari ekor mata. Matanya kini dialihkan ke arah skrin telefonnya. Dia membaca nama yang tertera di situ. Jarinya pantas membuka peti masuk mesej dalam aplikasi WhatsApp yang telah dimuat turun di dalam telefon pintarnya.
'3 new messages from Arimas??'
Dia menahan senyuman apabila melihat nama yang ditetapkan didalam kenalan telefonnya untuk Ariana Atilia. Tak dinafikan, memang nama itu sesuai untuk gadis itu yang selalu sangat menyusahkan dia.
Mesej yang dihantar oleh gadis itu dibaca sekilas. Hatinya terasa seronok apabila dapat mengenakan gadis itu. Kekosongan yang berada didalam hatinya terasa terisi.
Siap kau!
Kau tunggu!
Tunggu aku balas! ??
Jari jemarinya pantas membalas mesej gadis itu. Sengaja mahu menyakitkan lagi hati Ariana Atilia. Mindanya terbayangkan wajah gadis itu yang menahan marah. Dia hanya mampu tersenyum sendiri.
Oh ya? Bila tu agaknya?
Lagipun, ada aku kisah?
Dalam mimpi mungkin, my fiancee?
Sebaik mesej itu dihantar, telefon pintarnya diseluk kembali ke dalam poket seluar. Lantas, dia bangun berdiri untuk menuju ke bilik tidurnya untuk membersihkan diri terlebih dahulu. Namun perbualan antara adiknya dan Puan Ratna menarik perhatian lelaki itu.
"Mama, Akid nak kahwin jugak." adu Akid Ahnaf kepada Puan Ratna. Adi Ashraf mengeleng kepala melihat kerenah satu-satunya adiknya.
"Akid, jangan nak mengada. Perempuan semua beratur nakkan Akid. Tapi apa Akid buat? Mengorat sini sana macam buaya darat. Lepas tu, mengadu dekat mama nak kahwin. Cari calon sendiri. Mama tak nak terlibat." bebel Puan Ratna sambil memandang tajam ke arah anak bongsunya.
Akid Ahnaf diam membisu. Memang benar apa yang dikatakan oleh ibunya. Tapi takkan nak salahkan dia. Dia muda lagi. Apa salahnya dia nak bersuka-ria kejap kan? Hurm.
Adi Ashraf masih meneruskan mencuri perbualan antara mereka berdua. Seronok apabila melihat Akid Ahnaf dibebel oleh Puan Ratna.
"Tapi Akid pelik. Macam mana Ariana boleh kenal abang? Tu pertama kali dia orang jumpa. Tapi nak setuju nak kahwin. Mama tak pelik ke?" soal Akid Ahnaf menyuarakan persoalan yang selalu berlegar di fikirannya selama ini. Bukan dia tak suka cuma dia tertanya-tanya.
Soalan Akid Ahnaf membuatkan Adi Ashraf terfikir. Persoalan itu jugalah yang selalu bermain-main di fikirannya cuma dia hanya memandang remeh terhadap perkara tersebut.
"Akid, itu namanya jodoh. Hanya Tuhan saja yang tahu. Dah, jangan nak menyibuk dekat sini. Mama nak buat kerja." halau Puan Ratna. Dia menolak lembut tubuh Akid Ahnaf dari situ. Lelaki itu hanya akur sambil masam mencuka. Kenapa semua orang nak halau dia?
Adi Ashraf turut beredar dari situ. Soalan adiknya masih segar di dalam ingatan. Sama ada kata-kata Puan Ratna benar atau memang ada sesuatu yang tidak kena.
Dia akhirnya memilih untuk mengupah semula Alif Zafran untuk menyiasat tentang Ariana Atilia lagi. Kali ini mungkin dengan lebih berhati-hati. Risau sekiranya diketahui oleh gadis itu seperti sebelum ini.
??????
"Eiii, tak guna punya Adi Ashraf!" marah Ariana Atilia penuh geram. Hampir saja telefon pintarnya dicampak ke dinding kerana terlalu geram dengan lelaki itu. Perlahan-lahan, dia cuba menenangkan diri.
Mindanya mula melayar kembali apa yang terjadi pada lewat petang tadi. Pipinya mula memerah kembali. Dia meraup muka. Mamat tu memang! Suka sakitkan hati dia!
Secara tiba-tiba, telefonnya berdering diminta untuk diangkat mengembalikan dia ke alam realiti. Nama yang terpapar di skrin telefonnya membuatkan dia tersenyum lebar. Segala perasaan amarah sebentar tadi hilang sekelip mata.
"Ha, baru reti nak call aku? Ke dah lupa aku siapa?" perli Ariana Atilia sambil tersengih. Lagaknya bagaikan perempuan dilamun cinta.
"Waalaikumusalam, takkanlah aku nak lupa kawan aku yang cantik lagi baik ni." balas suara dihujung talian bersama nada memerli.
Ariana Atilia ketawa kecil. Matanya bersinar-sinar apabila mendengar suara yang dirindukannya selama ini. Sudah menjadi kebiasaan antara mereka untuk bergurau kasar sebegitu.
"Bila kau nak balik? Aku tak rindu cuma tanya je." ucap Ariana Atilia ingin tahu. Tak sabar untuk berjumpa dengan sahabat baiknya lagi.
"Tak lama lagi. Aku pun tak rindu cuma saja nak balik awal." balas suara itu dengan nada mengusik. Tak lama kemudian, tawa mereka pecah. Apa yang lawak pun tak tahu.
"Aku nak tunang tak lama lagi. Jadi baik kau datang." maklum Ariana Atilia teruja. Dia duduk bersila diatas katil sambil bermain dengan rambutnya.
"Kau...dah fikir masak-masak, Riana?" soal suara itu risau. Entah kenapa ada yang tak kena dengan perubahan yang digunakan oleh sahabatnya membuatkan Ariana Atilia tak sedap hati.
"Dah. Aku dah fikir masak-masak. Kenapa? Kau rasa aku tak bersedia lagi ke? Kau...tak percayakan aku?" soal Ariana Atilia perlahan. Dia sendiri takut dengan keputusan yang dia buat. Tapi ini sajalah caranya.
"Aku percayakan kau. Aku cuma takut. Takut kau menyesal di kemudian hari. Tapi kalau dengan cara ni boleh buat kau bahagia, aku sokong kau. Aku bahagia bila kau bahagia." ucap suara itu menenangkan keresahan yang dilanda oleh Ariana Atilia.
Sahabat baiknya itu memang tahu bagaimana untuk menenangkan hatinya. Bibirnya mengukir senyuman. Dia kembali sambung berbual untuk menghilangkan suasana kekok antara mereka berdua.
??????
"Adi, nak breakfast dulu?" soal Puan Ratna kepada Adi Ashraf. Lelaki itu hanya mengganguk tanda mengiyakan. Punggungnya dilabuhkan di salah satu kerusi yang terletak di meja makan.
Tangannya sibuk membetulkan tali leher yang terlalu ketat pada lehernya. Matanya pula tertancap pada hidangan makanan yang membuatkan dia kecur air liur. Tanpa membuang masa, dia mula menjamu selera.
"Adi sibuk tak hari ni?" soal Puan Ratna tiba-tiba. Dia menunggu balasan daripada Adi Ashraf bersama senyuman penuh makna.
Akid Ahnaf dan Adi Ashraf saling bertukar pandangan. Kaki Adi Ashraf disepak perlahan oleh Akid Ahnaf dari bawah meja. Dia meneguk air liur.
"Tak kot mama. Kenapa?" soal Adi Ashraf ingin tahu. Akid Ahnaf sudah mengeleng kepala. Kasihan dengan nasib abangnya.
"Oh. Tak ada apa. Mama saja nak tahu." balas Puan Ratna bersahaja. Adi Ashraf tersenyum kekok.
Hairan dengan ibunya yang tiba-tiba bertanya perkara begini. Selalunya ibunya telah sedia maklum tentang kesibukan dirinya. Suara Encik Marzuki menarik perhatian mereka sekeluarga.
"Adi, macam mana dengan majlis tunang tu nanti? Dah bincang dengan Ariana? Perkara baik jangan ditangguh, tak elok." tanya Encik Marzuki lembut. Sempat dia memberikan nasihat kepada anak lelakinya.
"Kalau boleh, memang nak buat secepat mungkin, papa. Tapi Adi tak bincang lagi dengan Ariana. Nanti kami bincang. Papa jangan risau." terang Adi Ashraf.
Encik Marzuki mengangguk tanda faham. Mereka sekeluarga sambung menjamu selera dengan tenang. Sebaik selesai, Adi Ashraf meminta diri untuk bergerak ke pejabat. Tangan kedua orang tuanya disalam sebelum pergi.
Jam di tangan dikerling sekilas. Dia menjatuhkan pandangan ke arah pejabatnya yang kemas dan bersih. Secawan kopi yang terletak di atas meja dihirup perlahan sambil memeriksa jadualnya pada hari ini. Nampaknya tak lama lagi dia ada pertemuan dengan seseorang yang penting.
Ketukan di pintu menarik perhatiannya. Mulutnya bergerak mengarahkan untuk sesiapa yang berada disebalik pintu itu masuk. Sebaik pandangannya tertancap ke arah gerangan yang berada disebalik pintu itu, dia nyaris terjatuhkan secawan kopi yang dipegang olehnya.
"Surprise?"
-To be continued..-
Hello my lovely readers! Special thanks sebab sudi baca story ni! Enjoy reading! Don't forget to vomment! -ftnfzyyy-
Share this novel