BAB 3

Mystery & Detective Completed 36681

Enjin kereta dimatikan, Lisa mengambil kotak donut yang dibelinya untuk Abil dan Bella serta roti sandwich Subway untuk dia dan Benjy dan berjalan masuk ke rumah.

Dari luar rumah dia terdengar riuh rendah suara orang bergelak ketawa dan terdengar suara perempuan yang tidak dikenali. Jangan-jangan Mak Som datang, dia menyedapkan hati walaupun tahu suara itu milik perempuan muda.

Alangkah terkejutnya dia melihat Benjy, Abil dan Bella sedang bergelak ketawa dengan seorang wanita asing. Dia mula refresh memorinya kalau-kalau dia pernah mengenali wanita tersebut tapi gagal. 100% dia yakin dia belum pernah bertemu wanita tersebut atau lebih sesuai gadis, kerana dia memang sangat-sangat muda, gebu dan cantik.

‘Yeay! Mommy dah balik!’ Abil dan Bella meluru memeluk Lisa.

Benjy juga berdiri berjalan ke arah Lisa yang kebingungan seraya mencium pipi Lisa.

Lisa beri kotak donut di tangannya pada Abil dan Bella dan minta dua orang anaknya itu ke dapur.

Sebelum meninggalkan ruang tamu, Abil dan Bella memeluk dan mengucapkan selamat tinggal kepada Leah, malah mereka juga meminta Leah datang selalu ke rumah mereka untuk temankan mereka bermain. Leah Cuma tersenyum dan berkata, ‘I Will dear, kalau mommy dan daddy benarkan.’

Lisa masih tercengang, pandangannya tajam melihat Benjy, dia perlukan penjelasan segera.

‘Sayang, perkenalkan ini Leah, Leah ini isteri saya Lisa. Well sayang, Leah ni.. Leah ni tadi,’ Benjy cuba menyusun ayat cuba menjelaskan situasi sebenar sebaik mungkin pada isterinya, dia tahu isterinya dah salah faham.

‘Hi Puan Lisa, saya Leah dan tinggal sekitar kawasan perumahan ni. Tadi saya lalu di area ni untuk mencari kerja part time sebagai amah dan kebetulan ternampak Abil dan Bella bergaduh. Saya tengok tiada orang dewasa bersama mereka masa tu, takut benda tak elok terjadi saya masuk ke kawasan rumah puan untuk meleraikan pergaduhan, itu saja. Saya harap puan tak kisah,’ jelas Leah dan Benjy angguk tanda setuju.

‘Tadi Encik Benjy bagitahu saya yang puan sedang mencari Amah untuk jaga Abil dan Bella, kalau puan tak kisah saya mahu bekerja di sini dan saya tak kisah berapa pun gajinya, well , asalkan cukup untuk bayar sewa bilik saya dan hantar belanja untuk keluarga saya di Filipina, saya janji saya akan buat yang terbaik untuk menjaga Abil dan Leah, buat kerja rumah mengikut arahan dan akan pastikan tidak melakukan kesalahan seperti mak Som,’ Leah mencuba nasib, dia memang terdesak perlukan kerja sekarang ini.

‘Leah, can you excuse us for a minute?’ Lisa meminta izin dan Leah angguk.

Lisa memandang Benjy dan menarik suaminya itu ke ruang tengah rumah, jauh sedikit dari Leah.

‘What did you do sayang? Kita dan discuss hal ni kan. I tak ready cari amah lagi selepas insiden mak Som dan sekarang you pandai-pandai deal dengan orang lain? Bukan main siap tahu pasal mak Som lagi. I can’t believe you!

‘Okay I tahu kita dah bincang pasal hal ni, I memang tak kisah jaga anak-anak sementara tiada projek kat luar, tapi still I kena bekerja siapkan lukisan pelan bangunan baru TNC Group, I pun kena kejar dateline, I tak expect akan susah jaga diorang since Abil dan Bella dah besar, I mandikan, bagi makan, ambil diorang dari sekolah, make sure buat homework dan bagi diorang bermain while tunggu you balik, sambil-sambil tu I curi masa untuk siapkan kerja I, part mana yang I buat salah?’

‘Look sayang, I know you still trauma selepas apa yang mak Som buat pada Bella, I pun sama, tapi I tengok Leah bagus orangnya dan you patut tengok macam mana dia handle situasi tadi, kalau bukan sebab dia Bella mungkin dah mati dipukul oleh Bella guna kayu hoki tadi, trust me this time okay sayang? I betul-betul perlu siapkan pelan untuk TNC tu, Datuk Yong tiba-tiba minta siapkan cepat.’’ Rayu Benjy, dia betul-betul berharap isterinya bersetuju kali ini, dengan tuntutan kerja yang mendesaknya menyiapkan dalam kadar segera, mana mungkin dia dapat monitor Abil dan Bella setiap masa, jadi alang-alang Leah yang seperti terdesak mencari kerja ni ada, lebih baik mereka mengupahnya saja jadi amah. Sambil jaga anak, sambil kemas rumah yang seminggu sekali dikemas.

Lama Lisa berfikir dan akhirnya dia bersetuju untuk menemuduga Leah terlebih dahulu. Walau hebat macam manapun skil dia menjaga budak atau mengurus rumah, dia perlu juga tahu latar belakang orang yang akan bekerja di rumahnya. Lisa dan Benjy masuk semula ke ruang tamu.

‘Berapa umur awak Leah?’’ Lisa memulakan sesi temuduga.

’24 tahun, ermm Oktober ini baru nak masuk 24 tahun,’ balas Leah.

‘Ok, ini kali pertama awak bekerja? Ada pengalaman bekerja sebagai amah sebelum ni? Paling penting ada pengalaman jaga budak tak sebelum ni?

‘Saya pernah jadi amah sekali saja selama beberapa bulan dengan sebuah keluarga Serani di Bangsar, dengan keluarga tu saya buat semua kerja rumah, mengemas, memasak termasuk menjaga anak sulung pasangan tu yang berumur tiga tahun,’ jawab Leah lagi.

‘Kenapa berhenti?’

‘Sebab Puan Isaac dah jadi suri rumah tangga sepenuhnya, jadi dia tak perlukan saya lagi,’Leah tenang menjawab soalan Lisa, tetap menguntum senyum pada Lisa dan Benjy yang cuma duduk jadi pemerhati.

Leah menghidu rasa curiga dan was-was Lisa terhadapnya lalu dia mengeluarkan pen dan kertas dan mencatat nombor telefon puan Isaac lalu memberikannya kepada Lisa sebagai rujukan.

‘Puan boleh hubungi puan Isaac untuk bertanyakan tentang saya, hanya puan Isaac saja yang saya kenal di sini, makcik saya baru sahaja pulang ke Filipina beberapa minggu yang lalu. Tentang Abil dan Bella, saya yakin saya dapat menjaga mereka dengan baik, ia perkara yang mudah kerana saya bekerja sebagai babysitter dan belajar jurusan Psikologi di Filipina.

Lisa belum berpuas hati dengan jawapan Leah, baginya dia masih mahukan seseorang seperti mak Som, seorang yang boleh dipercayai, matang, pandai memasak dan dapat menjaga kedua orang anaknya, Cuma sejak insiden mak Som terlupa mematikan suis seterika sehingga menyebabkan tangaan kiri Bella melecur teruk, dia menjadi trauma. Sungguhpun tahu malang tidak berbau, dan kemalangan itu tidak disengajakan, baginya kelalaian itu boleh menjadi bencana yang teruk jika dipandang remeh dan dia tiada cara lain melainkan memecat mak Som walau hatinya berat berbuat demikian kerana mereka sekeluarga telah menganggap mak Som yang telah bekerja bersama mereka sejak Abil berusia empat tahun itu seperti keluarga sendiri.

‘Baiklah Leah, bagi saya beberapa hari untuk memikirkannya dulu, apa-apa saya akan hubungi awak,’

‘Saya tahu awak perlukan amah, saya boleh mula bekerja hari ni juga,’ pantas Leah mencelah Lisa.

‘Leah, beri masa untuk saya dan suami mempertimbangkan awak dulu ya, okay?’

Leah perhatikan Lisa dan Benjy di hadapannya, dia mengangguk dan meminta diri untuk pulang.

Leah menutup pintu dan berjalan keluar, sebelum pergi dia berpaling ke belakang dan tersenyum tawar. Hatinya hampa, dia tahu Lisa tidak menyukainya. Memang selalu begitu, untuk permulaan, memang sukar untuk mengambil hati para majikan wanita. Itu dugaan dan rintangan pertamanya, tapi dia yakin dia boleh menghadapinya dengan mudah.

*********

Lisa menjenguk Abil dan Bella di bilik mereka, Bella sudahpun baring di katilnya sambil menguis-nguis hujung bucu bantal busuknya di hidungnya, itu saja cara dia untuk lena makanala Abil pula baru selesai menulis diari. Lisa duduk di atas katil Abil dan bertanyakan apa yang ditulisnya untuk hari ini.

‘Abil buat salah yang besar hari ni mommy,’ luah Abil.

‘ Good girl, mommy tak mahu benda tadi berulang lagi, Abil dan Bella kena saling sayang-menyayang, Abil kena pandai bersabar dan mengalah kerana Abil lagi besar dari Bella, faham tak? Mommy dah nasihatkan Abil dan Bella tadi masa dinner, sila ingat nasihat mommy,’ Lisa memberi arahan dan kedua orang anaknya mengangguk tanda faham.

‘Oh ya, hari ni juga Abil happy sangat sebab jumpa kawan baru, Abil suka sangat dengan kak Leah. Mommy ambillah Kak Leah bekerja di sini, taklah kami sunyi. Daddy memang ada di rumah, tapi macam rasa dia tiada di rumah sebab asyik berkurung dalam bilik studio,please mommy,’ rayu Abil.

‘Yes mommy, we need kakak Leah, kalau kakak Leah ada, Bella dan kakak takkan gaduh-gaduh, I promise mommy,’ Bella mencelah.

‘Dah, korang tidur esok sekolah dan mommy kena hantar Abil dan Bella awal.’ Lisa keluar dari bilik mereka selepas selesai beri ciuman selamat malam kepada kedua orang anaknya.

Benjy baring di katil sambil tangannya ligat memegang telefon bimbit menyemak dan kemaskini jadual kerjanya esok.

Lisa melabuhkan punggungnya duduk di sebelah Benjy, Benjy pandang isterinya, tersenyum lalu meletakkan telefon bimbitnya di meja. Dirangkul tubuh isterinya erat, Lisa cuba menepis tapi dia gagal meloloskan diri dari cengkaman tubuh suaminya yang kekar, dia tahu apa suaminya mahukan.

Benjy membelai lembut rambut Lisa dan mengucup telinga kemudian pipi dan seterusnya leher Lisa. Dia perlukan ‘kuasa’ dari Lisa namun serentak itu Lisa menepis.

‘Look sayang, ermm I’m not in the mood, not tonight I need energy for tomorrow meeting, I bet tomorrow gonna be a tough and hectic one and I kena bangun awal. Before that I nak bincang pasal Leah,’ Lisa menolak Benjy, dia tahu sejak kebelakangan ini mereka jarang melakukan hubungan intim, tidak seperti Benjy, dia tidak punya energy untuk melayan keinginan suaminya. Kalau saja nyawanya boleh dibahagi, dia pasti pasti bahagikan satu bahagian nyawa dan 100% energi hanya untuk bersama Benjy.

Benjy yang tadi mula rakus mengucup isterinya tersentak lalu berhenti. Seperti biasa, kali ini dia gagal lagi. Gagal menjinakkan naga buas dalam tubuh isterinya. Cuba lagi esok keluh Benjy dalam hati.

Benjy memperbetulkan posisi dan duduk menyandarkan tubuhnya di kepala katil seperti Lisa.

‘You rasa patut tak kita hire Leah, anak-anak merayu minta I ambil Leah bekerja dengan kita. Tapi you can tahu I kena buat background check, I sebenarnya masih mempertimbangkan untuk panggil semula mak Som bekerja semula dengan kita,’ jelas Lisa.

‘I tahu you mengharapkan mak Som bekerja semula dengan kita, tapi you pun tahu ia mustahil. First, faktor umur, tahun ni mak dah 55 tahun, dengan Bella yang hiperaktif tu mahu tak mengahnya orang tua tu nanti, kedua, saudara mara mak Som minta dia pulang ke kampung, you pun tahu kan selama ni dia tak ambil cuti, dia tak pernah balik kampung pasal kita. Kalau bukan sebab hari raya atau tiada saudara mara meninggal, jangan haraplah mak Som balik, so I rasa, bagilah dia berehat, kalau kita betul-betul perlukan dia, tahula kita call dia nanti, or else kita boleh bawa anak-anak melawat dia nanti.

Lagipun I dah kena start buat kerja kat office, kalau buat kat rumah kurang material dan I tak boleh fokus sebab fikir anak-anak, ’ pujuk Benjy.

Dia tahu isterinya rasa bersalah. Selepas insiden hari tu, Lisa dalam keadaan marah telah memecat dan menghalau mak Som, yang dianggapnya seperti ibu sendiri.

Semenjak dari hari tu mereka sekeluarga belum berkesempatan bertemu dan meminta maaf dari mak Som. Paling penting dia perlu fokus siapkan projek TNC. Cepat settle, cepat dia dapat payment.Walaupun Lisa tak kisah yang pendapatannya tak tetap, tetapi sebagai seorang lelaki dan ketua keluarga dia juga ada egonya. Dia tidak mahu mengharapkan gaji isterinya untuk menampung mereka sebulan dua. Gaji puluhan ribu ini cukup untuk dijadikan modal dia membina dream house isterinya.

Jam menunjukkan pukul 9.50 malam.

‘Yang, you rasa dah lewat tak kalau I call puan Isaac sekarang ni?’ tanya Lisa, dia takut panggilannya akan mengganggu puan Isaac yang mungkin dah tidur.

‘Try lah call, tak lewat mana pun,’balas Benjy. Dicapainya handphone Lisa lalu diberikan pada Lisa.

Lisa mengeluarkan nota kecil yang diberi oleh Leah tadi dan mula mendail nombor telefon bimbit puan Isaac.

Breepp… Breepp…

Breepp… Breepp…

Breepp… Breepp…

Breepp… Breepp…

Breepp… Breepp…

Panggilan masuk ke peti simpanan suara

‘Cuba sekali lagi,’cadang Benjy dan Lisa cuba mendail nombor itu semula.

Breepp… Breepp…

‘Hello…’ panggilan dijawab

‘Hello, maaf mengganggu Puan Isaac, saya puan Lisa, adakah saya mengganggu puan?’

‘Taklah, saya baru saja lepas tidurkan anak saya, boleh saya tahu awak call saya mengenai apa?’

‘Begini puan, puan kenal dengan Leah Santos? Leah ada datang ke sini untuk memohon kerja sebagai maid, jadi saya nak confirmation daripada puan.’

‘Oh Leah, bagaimana saya boleh lupa, she such a sweet girl, I dah jadi surirumah, so since I tak lagi bekerja kena cut cost upah maid. So far Leah memang the best, you shoud hire her.’

‘Ok terima kasih Puan Isaac, maaf mengganggu dan selamat malam.’

Leah berfikir seketika, ditarik nafasnya dalam-dalam dan jarinya ligat mencari nama Leah dalam contact list telefon bimbitnya.

‘Hello?’

‘Hello Puan Lisa!’

‘Ya, saya ni Leah, lajunya awak jawab panggilan saya, terkejut saya.Saya ganggu awak kah?’

‘Taklah puan, saya tiada buat apa-apa dan memang menantikan panggilan dari puan,’ujar Leah.

‘Okay Leah, selepas berbincang, saya dan suami bersetuju untuk hire you. Boleh tak kalau you datang pukul 7.00 pagi esok? Kita akan discuss tentang gaji awak esok boleh?’

‘Boleh puan tiada masalah, I’ll be right there before 7, thanks so much mam, I promise you won’t regret it!’

‘Okay Leah, thank you, so I’ll see you tomorrow, good night,’ Lisa menamatkan panggilan sambil mengeluh panjang.

Lisa dan Benjy saling berpandangan, dikucupnya pipi suaminya tanda terima kasih dan Benjy memeluk Lisa erat, bersama pelukan itu Lisa lepaskan segala kerisauan membelenggu fikirannya. Hatinya berat dengan keputusan terburu-buru ini tapi dalam masa lega. Dia berharap mereka telah buat keputusan yang betul.

Hari yang panjang, dan mereka berdua mahu mimpi indah.

Sementara itu, Leah mencebikkan bibirnya sinis, digenggamnya telefon bimbit dan ditekap rapat di dadanya. Mujur dia sempat menukar talian telefon ke simkad yang satu lagi.

Terima kasih pada telefon pintaan dual sim, seperti biasa helah kedua berkesan…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience