BAB 10

Romance Series 81452

Malam itu, Inara Adelia duduk diruang tamu, ditemani oleh Hana Aqeela. Rasa berdebar dihati semakin terasai. Dia cuba buang perasaan itu jauh-jauh. Namun semakin laju jantung berdegup.

"Inara!"

Lantas dia menoleh Hana Aqeela di tepi. Terkebil-kebil dia memandang gadis itu.

"Kau ada cakap apa-apa ke tadi?" tanya Inara Adelia.

"Kau okay tak ni, Inara? Aku tengok sejak berjumpa dengan Sir  Izz terus jadi macam ni. Apa hubungan korang?" ujar Hana Aqeela.

"Ak-"

"Sebelum kau balas, aku nak minta maaf pada kau Inara. Aku curi dengar perbualan antara korang tadi. Kenapa kau panggil dia 'abang' dan dia panggil  kau 'Delia'" kata Hana Aqeela.

Jeda.

Inara Adelia menarik nafas dalam-dalam sambil hembuskan secara perlahan. Jari jemarinya berlaga satu sama lain. Mahu beritahu atau tak? Digenggam erat tangan Hana Aqeela.

"Kau janji tak akan beritahu pada sesiapa okay?" laju Hana Aqeela mengangguk.

"Sebenarnya... Sir  Izz tu, sepupu aku. Dia dah rogol aku masa umur 17 tahun. Sebab itu aku mengelak bila dia selalu berada dekat dengan aku" Inara Adelia berterus-terang.

Hana Aqeela tergamam. Dia mula menekup mulut tanda tidak percaya.

"Biar betul kau? Aku tak sangka Sir  Izz macam tu. Teruk betul perangai. Aku janji tak akan beritahu pada sesiapa pun Inara. Aku harap kau bersabar dengan ujian Allah berikan pada kau" Hana Aqeela memeluk Inara Adelia dengan erat. Memberikan kekuatan.

"Kau orang ke 2 tahu pasal ni selain Mia. Mia yang selamatkan aku dari kelar pengelangan aku. Kalau tak, dah lama aku meninggal" ujar Inara Adelia.

TOK!

TOK!

TOK!

Mereka berpaling ke arah pintu. Hati Inara Adelia bertambah resah. Tangan Hana Aqeela dipegang kemas.

"Kau ada panggil sesiapa datang sini ke?" soal Hana Aqeela.

"Tak ada, Hana. Aku takutlah" balas Inara Adelia.

"Kau jangan takut. Biar aku yang buka pintu tu" kata Hana Aqeela sambil berdiri tegak.

Sesekali dia menoleh Inara Adelia menyorok dibelakangnya itu. Ketukkan itu semakin lama, semakin kuat. Dia memulas tombol pintu dan melihat dua figura di hadapan.

"Ss..sir  Izz? Sir  buat apa dekat sini?" soal Hana Aqeela.

Semakin kuat baju Hana Aqeela dicengkam oleh Inara Adelia. Rasa sekarang ini bercampur aduk.

Izz Lutfil hanya menanyangkan riak kosong. Dia merempuh masuk ke dalam bersama Zack. Lantas pintu dikunci. Dia melihat Inara Adelia menyorok dibelakang Hana Aqeela tu tergelak sinis dalam hati.

"Saya tanya apa Sir  buat apa dekat sini kan?" tengking Hana Aqeela bila lelaki itu sesuka hati masuk ke dalam rumahnya.

"Apa aku kisah? Perempuan aku ada dekat sini. Sayang... Datang dekat abang sekarang" Izz Lutfil mengangkat kening ke atas pada Inara Adelia.

"Tak nak. Pergi!" bentak Inara Adelia bersama kepala menggeleng laju.

Izz Lutfil berdecit geram.

"Aku cakap datang sini, datanglah!" lengan Inara Adelia ditarik merapatinya.

"Lebih baik Sir  keluar daripada rumah saya. Kalau tak, saya telefon polis sekarang!" ugut Hana Aqeela.

Izz Lutfil tergelak kuat.

"Hei! Kau ugut aku? Tapi sedikit pun aku tak pernah takut dengan ugutan kau tu!" herdik Izz Lutfil.

Dia membuat isyarat mata pada Zack bila Hana Aqeela cuba mencapai telefon di atas sofa.

Lantas tubuh Hana Aqeela ditolak ke atas kurusi dan mengikat menggunakan tali. Kain disumbat ke dalam mulutnya supaya diam.

"Hmmmphhhh" jerit Hana Aqeela.

Izz Lutfil menarik lengan Inara Adelia ke dalam bilik. Tubuh kecil itu ditolak kasar ke atas katil. Dia menuruni katil dan melulut dihadapan lelaki itu.

"Abang jangan buat Delia macam ni..." rayu Inara Adelia.

Izz Lutfil menggeleng laju. Dia menarik  lengan Inara Adelia supaya berdiri. Dia menyeka air mata menggunakan ibu jari. Bibir menguntum senyuman manis.

PANG!

"Aku dah cakap. Jangan sampai perkara lama terbangkit! Kau sendiri dah cabar kesabaran aku, Delia!" tengking Izz Lutfil.

Inara Adelia menggosok perlahan pipi ditampar tadi. Rasa perit dan sakit ditahan jua.

"Abang nak tampar banyak mana pun, silakan. Tapi Delia merayu sangat pada abang. Jangan buat perkara tu pada Delia lagi" rayu Inara Adelia sambil mencium kaki Izz Lutfil.

Dia tersenyum. Puas hatinya melihat gadis itu merayu mencium kakinya.

"Merayulah lagi Delia sampai aku rasa kesian dekat kau. Lagi! Lagi! Dan lagi! Aku tak akan berhenti selagi kau tak jadi milik aku sepenuhnya!" perut Inara Adelia ditendang beberapa kali sebelum menghentak kepala gadis itu pada lantai.

Selepas puas dihati, baru dia berhenti. Inara Adelia terbaring lemah dilantai sambil menangis. Seluruh tubuh mengigil.

"Abang suka sangat sayang lebam-lebam macam ni. Nak tahu tak kenapa abang suka? Sebab sayang cute sangat! Kita mulakan sekarang okay?" ujar Izz Lutfil lagak psiko.

Dia tergelak kuat tatkala Inara Adelia meronta-ronta tidak mahu.

•••

"Lepaskan perempuan tu. Aku nak beri kau amaran. Kalau kau tak nak hidup kau jadi macam Delia, lebih baik kau tutup mulut. Jangan sesekali nak laporkan pada pihak polis" Izz Lutfil memberi amaran dan terus beredar pergi.

"Lelaki tak guna!" sempat dia teriak sebelum berlari masuk ke dalam bilik Inara Adelia.

"Inara..." sayu sahaja hati Hana Aqeela melihat keadaan kawannya itu.

Dipeluk dan usap kepala Inara Adelia dengan lembut. Dia bersimpati ke atas nasib ditimpa oleh gadis itu.

"Hana... Aku takut... Dia datang lagi" Inara Adelia mencengkam baju Hana Aqeela kerana terlalu takut.

"Jangan takut, Inara. Aku ada. Aku minta maaf tak boleh selamatkan kau dari Sir  Izz gila tu" kata Hana Aqeela.

Berat sungguh ujian diberikan pada gadis itu.

Inara Adelia mengangguk perlahan. Dia hanya mampu mengeluarkan air mata sahaja. Peristiwa itu kembali menghantui hidupnya. Dia mula pejamkan mata secara perlahan. Penat dengan dunia penuh drama.

•••

Hana Aqeela menarik brek dan berpaling kepada Inara Adelia disebelah. Dari tadi gadis itu menunduk sahaja. Dia meraih lembut tangannya.

"Inara, kita dah sampai. Jangan tunjuk lemah pada lelaki seperti tu. Lagi kau tunjuk lemah, lagi berani dia sakitkan kau" Hana Aqeela menggelengkan kepala bila Inara Adelia menitis air mata.

"Tolong jangan bazirkan air mata kau untuk dia. Kau perlu kuat. Kau kuat lalui ujian ni. Dah sekarang kita turun" ujar Hana Aqeela.

Mereka keluar dari perut kereta. Sempat Inara Adelia menutup lebam pada dahi dengan rambut. Dia menarik nafas dalam-dalam lalu menghembuskan secara perlahan.

Seusai sahaja tiba di depan kelas, mereka bertembung dengan Izz Lutfil. Pantas Inara Adelia menyorok belakang Hana Aqeela.

Dia melihat gadis itu sedaya upaya mahu mengelak daripadanya itu hanya tertawa sahaja dalam hati. Mana gadis itu boleh lari daripadanya.

'Kau nak lari mana sayang. Kau akan tetap jadi milik aku selamanya. Aku pastikan kau tinggal dalam sangkar ciptaan aku. Tak lama pun masa tu' getus hati Izz Lutfil. Tanpa membuang masa lagi, terus dia masuk ke dalam kelas.

"Saya nak kamu semua buat assignment  pasal 'Rape victim' boleh?" ujar Izz Lutfil. Matanya hanya tertancap pada Inara Adelia.

Pelajar di dalam kelas itu mula berbisik satu sama lain.

"Ada ke pelajar lain buat assignment pasal 'Rape victim'"

"Mana ada!"

"Entah-entah Sir  Izz tu yang rape orang"

Izz Lutfil melepaskan tawa. Dia menggeleng kepalanya sambil menepuk tangan. Kelakar bila pelajar di situ berbisik.

"Sir  gurau sahajalah. Atau memang ada dalam kalangan kamu semua ini pernah 'Rape'?" bibir sudah melakar senyuman.

Inara Adelia mengenggam kertas dipegangnya itu. Pelbagai rasa sekarang ini. Dia tahu Izz Lutfil sengaja mengejek dirinya.

"Kamu siapkan dulu assignment Sir  Wan bagi tu. Nanti Sir  bagi yang baru" ujar Izz Lutfil.

"Baik Sir!" balas mereka serentak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience