Rate

Bahagian Tiga (Akhir)

Short Story Completed 892

"Ok siap pun," Dahlan berbicara sendirian. Dia tersenyum puas.

Sepasang handsock mawar bewarna krim dilipat kemas kemudian dimasukkan ke dalam sebuah kotak hadiah bewarna ungu. Esok merupakan hari ulang tahun kelahiran kakaknya. Seminggu selepas itu pula adalah hari pernikahan kakaknya. Hanya sehelai handsock yang Dahlan mampu hadiahkan buat Nisrina. Hadiah itu diletakkan di atas meja ruang tamu.

Dahlan mengetuk pintu bilik Nisrina beberapa kali. Namun, Nisrina enggan membukanya. Dahlan mengetap bibir. Akalnya meneka bahawa Nisrina masih memarahinya.


"Assalamualaikum Kak Ina. Lan keluar dulu ye. Lan nak balik kampung sekejap. Lan nak ziarah kubur arwah ibu dan ayah. Lan rasa rindu sangat kat kat arwah. Bila Lan dah sampai kampung Lan bagi tahu akak ok," jari-jemari Dahlan laju menghantar whatsapp pada Nisrina. Walaupun tidak sempat bersua muka cukuplah sebaris mesej menjadi pengganti.


Nisrina membaca mesej itu. Hanya 'bluetick' yang diberikan. Sepatah perkataan pun langsung tidak dibalas. Ego yang menggunung membuatkan wanita itu membuat keputusan sebegitu.


"Ahh lantak kaulah nak pergi mana. Ada aku kisah!" ucap Nisrina sambil tersenyum sinis. Kemudian dia sambung bergayut dengan bakal suaminya. Siang malam berbalas mesej, siang malam bertelefon, entah apa sahaja yang mereka bualkan.


Hujan turun dengan lebat selebat rindu pada arwah ibu dan ayahnya. Meskipun hanya pusara yang menjadi penawar malam itu Dahlan nekad pulang ke kampung dengan menaiki bas. Lagi pula hampir setahun dia tidak berpijak di tanah kelahirannya. Sahabat handai dan keluarga terdekat sudah pasti merindui kehadirannya.


Namun, hasrat Dahlan tidak kesampaian. Bas yang dinaikinya terlibat dalam kemalangan. Drebar bas memandu dengan laju. Akibatnya, tiba di satu selekoh bas tersebut bertembung dengan sebuah lori.


"Dahlan," panggil Nisrina dengan sayu.


"Jangan tinggalkan akak," sambungnya lagi. Hari kelahiran yang sepatutnya disambut dengan gembira kini bertukar menjadi hari yang menyedihkan.


"Lan, adik akak bangunlah," rintih Nisrina.


Tangannya menggoncangkan berkali-kali tubuh adiknya yang terbaring di atas katil. Tetapi langsung tiada reaksi kerana sebatang tubuh itu tidak bernyawa lagi. Doktor dan jururawat yang berada di situ turut sama bersedih. Sebak kian menguasai.


"Dahlan!" jerit Nisrina sekuat hati. Sekujur tubuh itu dipeluknya dengan erat seolah tidak mahu dilepaskan.


"Kenapa cepat sangat Lan pergi? Kenapa Lan tak tunggu akak dulu?" rintih Nisrina lagi. Air mata tidak berhenti mengalir membasahi pipi mulusnya.


"Maafkan akak Lan. Akak menyesal sangat. Selama ni akak kejam dengan Lan. Akak tak pernah dengar nasihat Lan. Akak selalu hina Lan. Akak minta maaf. Akak sayangkan Lan," luah wanita itu.


Suasana menjadi lebih pilu. Seorang jururawat mendekati Nisrina lalu mengusap-ngusap bahu wanita itu.


"Cik, sabar ye. Semua ni adalah ketentuan-Nya. Banyakkan berdoa ye," ujar jururawat tersebut.


Tiada kata-kata yang mampu terluah. Hanya linangan air mata menyatakan segala rasa. Penyesalan di dada tingginya tidak terkata. Kini, tiada lagi suara yang menasihati dirinya tanpa henti. Tiada lagi suara lembut yang menyapa telinganya.

Keesokannya, jenazah selamat dikebumikan di sebelah pusara orang tuanya. Bacaan surah yasin dan tahlil sudah pun selesai. Orang ramai mula berangkat pulang. Hanya tinggal Nisrina dan keluarga Ulwan yang berada di situ.

Nisrina menghadap pusara itu dengan pandangan yang sayu. Ibu kepada Ulwan, iaitu Umaidatunnur terus memujuk Nisrina yang sedang dilanda kesedihan maha dahsyat. Hujan turun renyai-renyai seakan memahami siulan duka dalam jiwa Nisrina.


Nisrina melangkah masuk ke dalam rumah dalam keadaan lemah-longlai. Dia ditemani bakal mertuanya.


"Aunty bancuhkan Rina air ye," ujar Udaimatunnnur. Nisrina sekadar mengangguk.


Nisrina melabuhkan punggung ke sebauh sofa di ruang tamu. Matanya tertancap pada sebuah kotak hadiah yang berada di aras meja. Matanya menangkap sebaris tulisan pada kotak itu. "Untuk kakak tersayang." Perlahan-lahan dia mencapai kotak itu lalu membukanya.


Kelihatan sepasang handsock bewarna krim terlipat elok di dalam. Nisrina menyentuh handsock itu. 'Design' handsock itu sangat menarik. Di hujungnya mempunyai dua lapisan ropol cantik. Panjangnya melebihi siku. Kainnya pula lembut sahaja. Nisrina tersenyum. Tetapi senyumannya pahit ibarat kopi tanpa gula.


Di dalam kotak tersebut terdapat sehelai kertas putih mengandungi tulisan. Pantas dibacanya nota itu.


"Assalamualaikum. Selamat hari lahir buat akak tercinta. Lan doakan semoga akak sentiasa sihat, ceria selalu, dikurniakan rezeki yang berkat, panjang umur, dan dimakbulkan segala cita-cita.


Lan harap akak suka dan terima hadiah ni. Cantik kan? Special untuk akak tau. Hehe. Itu je yang Lan mampu bagi untuk akak.


Lan minta maaf sangat-sangat jika Lan pernah menyakiti hati akak. Lan manusia biasa je, yang tak pernah lari daripada kesilapan.


Selama ni Lan tegur akak, Lan nasihat akak bukan bermaksud Lan lebih baik daripada akak. Bukan bermaksud Lan benci kat akak. Tapi sebab Lan sayang akaklah Lan berani tegur akak. Tegas sebab sayang bukan sebab benci.


Lagi seminggu je akak dah nak nikah. Lan doakan semoga akak selalu bahagia. Lan harap Abang Ulwan boleh bimbing akak. Semoga dia boleh jadi suami yang terbaik untuk akak.


Sekali lagi Lan minta maaf. Halalkan makan minum Lan. Jaga diri baik-baik. Jaga aurat, menutup aurat adalah suruhan Allah bukan Lan yang suruh. Semoga akak jadi wanita solehah yang menjadi dambaan syurga. Mudahan Allah juga redha kat akak.

Lan sayang akak dunia akhirat. ^__^"


Kelopak mata Nisrina basah. Sah, dia menangis lagi. Duka yang bertamu semakin menghimpit jiwa.


'Ampunkan aku Ya Allah. Maafkan akak Lan. Moga Lan tenang kat sana,' bisik Nisrina sendirian.

-T A M A T-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience