Bab 3

Romance Completed 327063

"Adik why do you need to sacrifice yourself? We have many ways okay? Plus you're 18." Tanya Haikal Aiman sayu dan lemah. Haikal Aiman kini terlantar di katil hospital dengan keadaan yang lemah.

Akibat dari tumbukan dan pukulan itu, apendix yang dihidapi Haikal Aiman hampir pecah. Kini Haikal Aiman perlu menjalankan pembedahan dengan segera mungkin dan ini melibatkan duit.

Aku baru tahu yang abang aku ada apendix. Mahu cari ke mana lagi duit yang mencecah ribuan tu? Pening aku memikirkan duit, duit, duit dan duit.

"Abang.. It's time for me to sacrifice myself and what's wrong with my age? Don't worry about my future. Mesti ada hikmah di sebalik semua ni dan Ira tau Allah kan sentiasa berada di sisi kita. Abang, don't worry. I'm sure one day, Ira balik ke pangkuan abang although it takes a long time." Balasku panjang lebar.

"I'm proud of you sis. I'm lucky because having little sis like you." Pujinya sebelum senyuman lemah terukir di bibirnya.

Aku sedih melihat keadaan Haikal Aiman yang lemah. Berbanding dahulu, dia seorang yang ceria dan seorang yang peramah serta pemurah senyum. Melihat sekujur tubuhnya yang terlantar di katil hospital membuat lutut kakiku lemah. Ingin sahaja aku bunuh Airil kemudian membakar mayatnya biar dia dan jasadnya tidak wujud lagi di muka bumi ini.

Tapi, aku bukan sekejam macam tu. Bersyukur kepada Allah iman aku masih kalau tak, dah lama kot aku buat benda macam tu.

"Ira, sayang abang tak?"

Mia pantas mengangguk.

"Abang pun say- arghh. Ya Allah Ira, perut abang." Katanya mengerang seketika. Aku panik lalu keluar dari bilik tersebut. Aku memanggil jururawat yang bertugas pada tengahari itu.

Tidak beberapa lama kemudian, doktor bersama beberapa orang jururawat memeriksa Haikal Aiman. Aku pula menunggu di luar mundar-mandir sambil mataku tidak henti-henti mengeluarkan air mata.

Masalahnya sekarang, DI MANA AKU NAK MENCARI DUIT SEBANYAK TU?

"Fazira.." Panggil suara garau yang berada di belakangku. Aku memusingkan badanku memandang gerangan yang memanggil namaku.

Aku terkejut Adam berada di hadapanku sekarang. Sempat lagi aku meniliti penampilannya pada hari ini. Kacak! Lebih kacak dari yang biasa. Aku memberikan senyuman terasa kelat bagiku.

"Why are you here and what's wrong?"Tanyanya sambil merenung dalam mataku. Pipiku merona merah apabila dia memandangiku dengan begitu dalam.

"Actually why am I here cuz my brother. Doktor mengesahkan dia ada Apendix dan hampir sahaja pecah and the doctor said that my brother mesti menjalankan pembedahan dengan segera. Tapi, masalahnya I need money now." Terang ku sedikit.

"Biar saya-"

"Ira! Why are you here?" Panggil seseorang membuatkan aku tersentak. Aku kenal betul dengan suara garau itu tapi mustahil itu dia.

Aku dengan segera menoleh memandang lelaki yang sedang menghampiriku dengan wajah datar dan dinginnya. Aku gerun dan takut melihat ekspresi wajahnya yang begitu dingin itu. Tidakkah lelaki itu mempunyai perasaan? Wajahnya betul-betul tidak dapat aku baca.

"Oh Encik Airil, abang saya sakit akibat TUMBUKAN seseorang hari tu," sindirku sambil tersenyum manis tapi bagiku senyuman palsu.

"Err.. Fazira saya pulang dulu. Jumpa esok.. Assalamu'alaikum."

Aku mengangguk sekilas kemudian mengukir senyuman manis ku. Airil memandang ku tanpa perasaan.

Siapa lelaki tu? Abang dia kah? Atau teman lelaki Fazira? Bermacam-macam soalan yang bermain di kotak minda Adam.

"What do you want Mr Airil? Apa lagi encik tak puas hati?" Tanya ku sebaik sahaja Adam hilang dari pandangan mataku. Aku memandangnya tajam.

"Awak tahu tak? Sebab awak abang saya masuk hospital. Sebab awak abang saya hampir MATI! SAYA BENCI AWAK!" Jeritku dengan suara yang lantang membuat orang yang berada disekeliling kami memandang kami berdua pelik.

Airil hanya tersenyum sinis mendengar perkataan 'benci' dari mulutku. Senyuman itu! Aku benci senyuman itu.

"That's not my fault. Aiman yang tempah maut okay? And you young lady, you should shut your mouth." Katanya sinis. Belum sempat aku membalasnya, doktor yang merawat Haikal Aiman datang menghampiri kami.

"Sorry miss, Haikal Aiman perlu menjalankan pembedahan dengan secepat mungkin kalau tidak nyawa dia yang menjadi taruhan."

Aku terkejut dengan penyataan doktor itu. Dari mana aku nak cari duit?

"Oh Encik Airil, how are you boss?" Tegur doktor itu apabila perasan ada kelibat Airil berada di sebelahku.

Sekejap, doktor tu kenal Airil?

"I'm fine. So how was Haikal Aiman?" Tanya Airil kepada doktor itu.

"Oh dia perlu menjalankan pembedahan dengan segera kerana apendix dia." Terangnya serba sedikit. Aku hanya mampu memandang mereka berdua tetapi otakku masih pening memikirkan duit yang diperlukan.

"Kalau macam tu biar je, saya tanggung." Katanya dengan nada selamba. Mataku mencerlung memandangnya tajam.

"What? Kau nak abang kau mati ke? Btw, this hospital is belong to me. So no need to worry." Bisiknya di telingaku. Aku berdiri kaku apabila di berbisik di telingaku.

"Baiklah, kami akan menjalankan pembedahan sekejap lagi."

Aku mengangguk sekilas.

"Doctor, can I see Haikal Aiman?" Tanyaku takut-takut.

Doktor itu tersenyum lalu mengangguk.

Aku berlalu masuk meninggalkan Airil yang tersenyum sinis sejak tadi lagi. Aku melihat sekujur tubuh Haikal Aiman yang lemah di atas katil. Perlahan-lahan aku menapak menghampirinya. Tanganku mengusap pipinya lembut. Mataku tidak lepas memandang wajahnya yang tidur damai.

Setitik demi setitik air mataku gugur.

Ya Allah, aku tidak sanggup kehilangannya.

Aku melabuhkan punggungku di atas kerusi di sebelah katil Haikal Aiman. Dalam diam aku terisak menangis sendiri. Terasa separuh nyawaku hilang. Melihat banyak alat milik hospital di kesemua badannya.

Tiba-tiba terasa ada tangan yang memegang bahuku. Terus aku memandang ke arah orang itu.

"Awak nak apa?" Tanyaku sambil menangis terisak-isak. Aku tak kisah! Aku sedih okay? Hanya Haikal Aiman satu-satunya keluarga ku.

"I want to inform you that next week kita nikah."

Aku mengeluh berat kemudian merengus geram. Pulak dia ni, orang tengah sedih-sedih boleh pula dia cakap pasal nikah! Aku ulangi sekali lagi, NIKAH! Kalau dia ni 'bukan' orang terhormat, dah lama kepala dia aku penggal.

"Okay." Jawabku sepatah. Airil tidak berpuas hati dengan jawapan yang aku berikan.

"Okay je?"

"Lah habis tu awak nak saya buat apa? Lompat-lompat macam kanak-kanak ribena? Gitu?" Tanya ku dengan selambanya. Airil merengus geram kemudian berlalu begitu sahaja.

"Err cik?" Tegur doktor sebaik sahaja Airil berlalu. Aku mendongakkan kepalaku memandang wajah doktor itu memandangkan aku duduk dan dia berdiri.

"Pembedahan akan dimulakan sekarang." Beritahu doktor itu lembut. Aku mengangguk sambil mengesat air mataku yang tersisa.

Lalu beberapa jururawat mendorong katil Haikal Aiman. Aku hanya mampu memandang Haikal Aiman dari jauh. Aku tidak menahan air mataku apabila berdekatan dengannya.

***

5 jam setelah pembedahan dijalankan..

Aku terbangun apabila terasa ada seseorang yang mencampak kertas ke arahku. Mataku terpandang wajah Haikal Aiman yang sedang tersenyum ke arahku. Badannya disandarkan di kepala katil.

"Abang.." Aku berlari mendapatkan Haikal Aiman lalu memeluknya erat. Tangisku pecah secara tiba-tiba. Tergelak Haikal Aiman dengan sikapku yang manja. Maklumlah adik kesayang dia.

"Adik ni. Don't cry.." Pujuknya sambil membelai lembut rambut panjangku. Aku masih menangis seperti budak kecik.

"Abang jahat! Kenapa abang tidur lama-lama.. Ira rindu abang." Rengek ku. Aku membenamkan wajahku di dada bidangnya. Dia tersenyum mendengar rengekan ku. Dah nasib dia dapat adik macam aku ni. Harap bersabar ye Haikal Aiman.

"Ira ni.."

Tiba-tiba terlintas sesuatu di fikiranku. Aku kena beritahu Haikal Aiman tentang pernikahan ku dengan Airil dan ia akan berlangsung minggu hadapan. Lebih siksa, aku tak kenal sangat dengan lelaki yang bernama Airil. Malahan nama panjang aku pun tak tahu. Apa lagi kerja dia. Mana tahu dia ni perompak.

"Abang.. Next week I'm getting married." Kataku perlahan tetapi masih jelas kedengaran di telinganya. Haikal Aiman diam tidak beriak langsung. Aku jadi serba salah. Marah ke dia?

"Abang.. Sorry. Ira juga nak tanya two questions. Siapa nama panjang encik Airil dan apa kerja dia?"

Haikal Aiman mendengus kuat. Aku sedikit terkejut dengan perubahan drastik Haikal Aiman.

"Ira boleh tak jangan bangkit masalah tu lagi?!" Jerkahnya kuat membuat aku terkejut. Mataku mula berkaca-kaca. Jujur ini pertama kali aku kena jerkah oleh dia. Haikal Aiman jadi tidak keruan apabila melihat air mataku jatuh di tangannya.

Aku bingkas bangun.

"Fine!" Balasku geram kemudian berlalu ke sofa yang tidak jauh dari katil Haikal Aiman. Aku memusingkan badanku membelakangi Aiman. Aku terisak kecil sedih dengan perangai Haikal Aiman yang menjerkah ku.

"Ira.." Panggilnya perlahan. Aku tidak mengendahkannya malahan aku mengeraskan badanku. Tidak ada tanda-tanda aku mahu memusingkan badanku menghadapnya.

"I'm sorry." Katanya lembut. Aku jadi cair mendengarnya. Perlahan aku bangun dan menghampirinya lalu duduk kembali di kerusi sebelah katil dia.

Aku hanya berdiam diri memandangnya.

"Okay. I tell you."

Haikal Aiman menarik nafas panjang kemudian menghembusnya.

"Nama panjang dia Tengku Airil Hazim. Dia berpewatakkan dingin tetapi playboy. Dia kaya juga hospital ni milik dia. Dia ada syarikat sendiri." Terangnya sedikit. Lepas tu, dia membaringkan badannya.

Aku terpinga-pinga memandangnya yang dengan selamba je dia terus membaringkan badan dia. Aku mengeluh kemudian berlalu ke sofa.

Biar jelah, mungkin dia perlu istirehat.

Share this novel

kaksu2
2020-07-24 20:40:40 

ok ..

Suziana Samsi
2020-01-03 10:42:55 

kenapa buku ni tergantug.. mane sambugan nya


NovelPlus Premium

The best ads free experience