82

Romance Series 93217

Sudah hampir dua jam lamanya pembedahan dijalankan ke atas Yasir bagi menyelamatkan dirinya. Malah sejak tadi seluruh ahli keluarganya dilihat tidak putus - putus berdoa agar semuanya dipermudahkan oleh Allah. Puan Sri Elise juga dilihat tidak henti - henti mengalirkan air mata sambil ditenangkan oleh Datin Hana.

“Sabar banyak - banyak ye, Elise. Banyakkan berdoa kepada Allah agar semuanya baik - baik aje. I yakin Yasir akan selamat. Dia seorang anak yang kuat. You banyakkan berdoa ok? Doa seorang ibu tiada hijabnya, Elise." Pujuk Datin Hana lembut.

“Kenapa banyak sangat dugaan yang menimpa keluarga I ni Hana? Apa dosa I? I tak kuat Hana. I dah tak kuat nak harungi dugaan ni semua." Luah Puan Sri Elise dalam esak tangis.

“Tak baik you cakap macam tu, Elise. Dugaan tu datang tanda Allah sayang kepada kita. You kena ingat. Allah tak akan duga hambaNya dengan sesuatu yang diluar batas kemampuan diri kita sendiri. I yakin you kuat. Sabar ok? Bawa - bawa istighfar dan selawat kepada Allah." Pujuk Datin Hana lagi.

Ezmal yang sejak tadi hanya mendengar setiap butir bicara ibunya bersama Datin Hana, segera melutut di hadapan Puan Sri Elise dan Datin Hana. Kedua - dua kaki ibunya dipeluk erat.

“Mom, ampunkan Ez, mom. Ez tahu Ez abang yang tak berguna. Ez tak mampu nak selamatkan Yasir dari menjadi mangsa keadaan. Ez tahu Ez salah. Semua ni jadi sebab, Ez. Ampunkan Ez, mom." Rayu Ezmal dengan nada yang cukup lirih.

Puan Sri Elise memaut bahu Ezmal kejap. Wajah sayu anak lelakinya itu ditatap dengan penuh rasa kasih. Lama mereka bertatapan sebelum tubuh Ezmal ditarik ke dalam dakapannya. Kedua - duanya dilihat berpelukan erat.

“Mom tak salahkan kamu, sayang. Mom tahu Ez dah cuba buat yang terbaik. Jangan terus menyalahkan diri Ez sendiri dalam hal ni. Apa yang terjadi ni semuanya adalah ketentuan Allah. Cuma mom rasa mom tak kuat untuk hadapi semua ni. Mom takut Ez. Mom takut. Cukuplah mom dah kehilangan Ramona dan Maryam. Mom tak mahu kehilangan Yasir pula selepas ni." Luah Puan Sri Elise teresak - esak.

“Mom, jangan cakap macam tu, mom. Ez yakin Yasir kuat untuk melawan semua ni. Kita sama - sama doa untuk Yasir ok? In shaa Allah, semuanya akan selamat." Pujuk Ezmal positif.

“Betul cakap Ezmal tu, Elise. Kita semua kena kuat dan positif. In shaa Allah, semuanya akan baik - baik aje. Semua orang akan mendoakan yang terbaik untuk Yasir. I yakin Allah akan angkat doa - doa kita semua." Datin Hana terus menyalurkan kekuatan buat teman baiknya yang juga merangkap sepupunya.

Puan Sri Elise dilihat hanya mengangguk. Sisa - sisa air mata yang mengalir di pipi sejak tadi segera dikesat. Pandangannya jatuh kepada Tan Sri Zamir yang duduk tidak jauh darinya. Suaminya dilihat agak tenang berdepan dengan situasi ini. Namun ianya masih tidak mampu untuk menutupi rasa bimbang yang bersarang jauh di sudut hatinya itu. Sebagai seorang isteri, Puan Sri Elise tahu apa yang bermain di fikiran suaminya saat ini. Apatah lagi di saat hubungannya bersama Yasir kini kembali jernih dan mesra seperti dahulu.

Sedang mereka semua hanyut melayani perasaan, tiba - tiba pintu OR terbuka lalu keluar dua orang doktor dan beberapa orang jururawat dari ruang tersebut. Ezmal dan Tan Sri Zamir pantas mendekati mereka. Masing - masing seakan tidak sabar untuk mengetahui apakah perkembangan Yasir setelah hampir dua jam berada di dalam.

“Doktor, macam mana dengan keadaan Yasir? Semuanya baik - baik aje kan? Adik saya selamat kan doktor?" Soal Ezmal gopoh.

Seluruh ahli keluarga Tan Sri Zamir mula menghampiri kedua - dua pakar perubatan tersebut. Masing - masing dilihat begitu cemas menantikan penjelasan dari bibir doktor muda itu.

“Alhamdulillah, keadaan Encik Yasir dilihat sudah kembali stabil. Dia sudah berjaya melepasi zon kritikalnya. Cuma kecedaraan yang dihadapi oleh Encik Yasir membuatkan dia hampir kehilangan banyak darah. Mujur Encik Yasir dibawa ke hospital dengan cepat. Jika tidak, ianya pasti akan membahayakan nyawa Encik Yasir sendiri." Jelas doktor yang bernama Khairi itu dengan tenang.

Semua yang berada di situ dilihat menarik nafas lega dan berpelukan antara satu sama lain. Akhirnya doa mereka telah diangkat oleh Allah. Puan Sri Elise turut dilihat mengesat air matanya dengan laju. Wajahnya dilihat sedikit bercahaya berbanding di awal tadi.

“Jadi boleh kami masuk melihat Yasir sekarang, doktor?" Soal Tan Sri Zamir.

“Maafkan kami, Tan Sri. Buat masa ini, pihak hospital perlu meletakkan Encik Yasir di bawah pemantauan doktor - doktor pakar. Encik Yasir akan dikuarantin untuk tempoh beberapa hari. Jadi semasa tempoh kuarantin ini dijalankan, Encik Yasir tidak boleh menerima sebarang kunjungan dari pihak keluarga mahupun teman - temannya. Hal ini bagi membolehkan proses pemindahan darah yang dilakukan dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Saya harap Tan Sri dan keluarga dapat bersabar untuk tempoh beberapa hari ini. In shaa Allah bila semuanya sudah kembali stabil, pihak kami akan memindahkan Encik Yasir ke wad biasa. Sama - sama kita doakan agar semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan oleh Allah." Jelas Dr Khairi lagi.

Ezmal dan Tan Sri Zamir dilihat mengangguk - anggukkan kepala tanda faham. Jika itu yang terbaik buat Yasir, mereka akur. Namun tidak bagi Puan Sri Elise. Entah mengapa naluri keibuannya seakan tidak tenang selagi tidak dapat melihat wajah anak terunanya itu. Wajahnya jelas kelihatan sugul. Ezmal dan Nadira saling berpandangan sebelum masing - masing mendekati ibu mereka itu. Bahu Puan Sri Elise dipaut erat. Sesekali Ezmal cuba mengusap - usap belakang ibunya.

“In shaa Allah, mom. Yasir pasti akan sembuh. Mom sendiri dengar kan apa yang Dr Khairi bagitahu tadi? So biarlah Yasir berehat seketika. Kita doakan yang terbaik untuk Yasir ok? Lagipun Ez percaya Yasir tu kuat untuk tempuhi semua ni. Dia seorang yang cekal. Even Ez sendiri pun tak sekuat dia." Pujuk Ezmal dengan tenang.

“Betul tu, mom. Mom janganlah risau sangat. Nadira yakin Yasir akan baik - baik je dekat sini. Lagipun ramai doktor yang boleh pantau keadaan dia di sini. Kita biar aje Yasir berehat ye, mom? In shaa Allah, sehari dua lagi sedarlah Yasir tu." Sampuk Nadira pula.

Puan Sri Elise mengangguk lemah. Jauh di sudut hatinya, Puan Sri Elise tidak henti - henti berdoa agar Allah memberikan kesembuhan buat anaknya. Sebelum beredar, Puan Sri Elise sempat berpaling ke arah pintu OR. Lama pandangannya jatuh ke arah pintu tersebut. Tanpa sedar, air matanya jatuh berlinangan.
'Mom balik dulu ya, sayang. Yasir janji dengan mom yang Yasir akan cepat sembuh ya? Mom janji mom akan sentiasa doakan kesejahteraan Yasir. Mom sayang Yasir.'

Share this novel

dhilak angel
2020-03-04 19:04:57 

aku juga gk tau mending cek aja langsung

cinta pelangi
2020-03-04 19:03:54 

emang bener mirip yak?

nathaniel gradyanto
2020-03-04 19:02:12 

wah iy bener pertama aku juga pikir gitu tapi aku ragu dan ternyata ada yang sepimikiran berarti gk salah lagi


NovelPlus Premium

The best ads free experience