Bab 7

Romance Completed 13562

• • • • •

Bunyi sesuatu pecah di luar rumah turut mengejutkan Puan Maisarah dan Aqisha. Kerja menyiang ikan ditangguhkan sebentar oleh Puan Maisarah dan segera mencuci tangan. Begitu juga Aqisha. Mereka berdua berlari keluar rumah untuk melihat apa yang terjadi.

• • • • • • • • • •

"Ya Allah, apa yang dah jadi ni?"

Puan Sabrina cemas melihat pasu bunga kesayangan, retak di atas jalan raya.

"Maafkan saya puan. Semasa saya mengangkatnya, pasu ini terlepas dari tangan saya. Saya minta maaf puan. Tolong jangan adukan kepada bos saya. Saya sendiri akan bayar ganti rugi. Berapa sekalipun, saya akan bayar. Maafkan saya puan.. Maafkan saya.."

Pekerja itu meminta maaf seraya merayu tidak dilaporkan kepada majikannya.

"Kalau kerja tu kerja la betul-betul. Kami bayar upah kau bukan kau kerja tanpa upah. Jadi orang tu jangan cuai sangat.! Habisla pasu mak aku kau kerjakan. Pasu ni tak ternilai tahu tak harganya?!"

Tengku Emran naik minyak bila pasu kesayangan Puan Sabrina dipecahkan. Tak boleh kerja, jangan kerja. Menyusahkan betul!

Pekerja tadi terkejut dek pekikan Tengku Emran. 2 org pekerja lain yg masih berada di atas lori, hanya tunduk memandang jalan,gerun. Pekerja tadi masih merayu memohon maaf. Dia berjanji akan membayar ganti rugi yang disebabkan olehnya.

"Aku tak peduli kau sape! Aku akan tetap laporkan kepada pekerja atasan kau! Biar kau dipecat kerana tidak mahir melakukan kerja.! Angkat pasu pun tak larat.!"

"encik, saya mohon jangan laporkan encik. Hanya pekerjaan ni saya ada untuk biaya makan minum isteri dan anak saya encik. Walaupun saya bukan orang berada, saya akan bayar beransur-ansur kepada Puan. Saya mohon encik, kasihanilah saya."

"Peduli ape aku.!" sergah Emran.

"Emran, sabar nak. Perkara dah jadi, biarlah jadi. Lagipun dia dah minta maaf tadi kan.. Dia bukan sengaja menjatuhkan pasu tu. Encik, takpe. Encik dan encik yang lain angkat dulu barang-barang lain masuk dalam rumah. Tolong berhati-hati ye. Jangan ada lagi barang yang jatuh."

Puan Sabrina lantas menghadiahkan senyuman kepada pekerja2 tersebut.

"Saya akan bayar ganti rugi Puan. Kalau boleh, Puan berilah saya sedikit masa untuk bayar secara ansuran."

"takpe, encik. Saya halalkan. Cuma tolong lebih berhati hati lain kali ye?"

Sekali lagi Puan Sabrina menghadiahkan senyuman.

"tapi, puan..."

"saya ikhlas menghalalkan, encik. Sekarang tolong bawa masuk barang-barang kami dengan lebih cermat."

"terima kasih, Puan. Mulia sekali hati Puan. Semoga Puan sekeluarga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan usia."

"Aamin.."

Pekerja-pekerja tadi segera bekerja secara tangkas dan cermat. Satu-satu barang diangkat dan dibawa masuk ke rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience