BAB 18

Romance Completed 13562

Dari pagi tagi Tengku Emran sudah berada di dalam pejabat. Rekaan bangunan yang sudah sedia dilakarkan kembali ditatap. Rakan setugasnya, Matt, dipanggil masuk ke dalam pejabat.

"Yes, Emran? Ada apa-apa yang boleh aku bantu? "

Ucap Matt sebaik sahaja masuk ke pejabat Tengku Emran.

"Kau dah jumpa ke client kita untuk discuss pasal peruntukan yang diberi? Aku tak nak jadi macam client kita yang lepas-lepas. Semua dah settle, pelan bangunan dah lukis, tempat untuk bina bangunan pun dah disediakan, last-last dia cancel last minute. Alasannya, jumpa arkitek yang lagi hebat dari aku. Ishh Aku pantang betul la jumpa client yang jenis macam tu. Hati perut dia letak kat mana? Orang dah bertungkus lumus siapkan pelan bangunan, buat itu ini dia main cancel gitu aje.. Haiii la nasib..."

Tugas seorang arkitek landskap bukan mudah. Memerlukan kesabaran serta kecekalan yang tinggi. Tengku Emran ialah seorang arkitek yang On Time dan jarang mendapat complain dari pekerja-pekerja satu pejabatnya. Kalau dibandingkan dengan pekerja arkitek yang lain, Tengku Emran ialah antara pekerja yang cekap dan berdedikasi. Oleh itu, ramai yang hormat akannya.

"Yang tu kau tak payah risau Emran. Aku dah settle bab yang tu. Cuma tu la.. Kau kena tengok-tengokkan kawasan tempat bangunan tu didirikan nanti.. Kalau boleh, dengan kadar segera sebab client yang ni agak cerewet sikit.. Kalau kau free esok, kau boleh tengokkan kawasan tu esok.."

Keluhan berat dihembus oleh Tengku Emran. Client cerewet memang kadang-kadang susah ditangani. Asyik kena dengar pendapat mereka sahaja. Kadang-kadang, jadi manusia ni kena dengar cadangan orang lain jugak. Walaupun mungkin pendapat seseorang tu tak dipersetujui oleh majoriti, sekurang-kurangnya ada yang mendengar pendapat seseorang tu.
Matt memandang wajah Tengku Emran yang seperti termenung memikirkan sesuatu. Sesuatu yang menganggu konsentrasi lelaki itu.

"Bro, kau okay tak ni?"

Satu sergahan di bahu mengejutkan Tengku Emran. Tengku Emran lantas mengangguk perlahan tanda dia okay kemudian meminta Matt memberikannya ruang untuk bersendiri.
Matt mengangguk dan melangkah keluar.
Tengku Emran yangtadi duduk mengahadap komputer riba lantas berdiri menhadap ke luar jendela.
Pejabatnya berada pada tingkat 7. Pemandangan jalan raya yang sesak boleh dilihat dari jendela kaca jernih milik pejabat Tengku Emran. Bunyi hon disana sini sudah menjadi suatu kebiasaan kala kesesakan lalu lintas. Apatah lagi pada s
waktu kemuncak iaitu pada makan tengahari.

Jam di dinding dipandang sekilas. Sudah hampir menunjukkan pukul 2 petang. Perutnya masih belum diisi sejak tengahari tadi.
Kunci kereta diraih pantas di atas meja lantas dia segera menuju ke arah Lift.
Nombor "basement" ditekan. Kira-kira seminit kemudian,Tengku Emran tiba di parking kereta. Langkah diatur menuju ke arah keretanya kemudian kedengaran bunyi kereta menderum meninggalkan pejabat itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience