Bab 6

Fantasy Completed 13890

Hampir satu jam kelas berjalan namun batang hidung jane masih tidak muncul. Entah ke mana budak ni pergi.

Kai memandang kerusi di sebelahnya. Mana budak lembik ni?

Dia menoleh memandang paul. Paul yang sedang menulis terasa seperti ada semacam aura tajam yang sedang memerhatikan dirinya. Laju matanya melilau memandang sekeliling.

Mata Paul terhenti apabila terpandang kai yang sedang merenung tajam ke arahnya.
Segera dia mengangkat keningnya. Apa?

Kai menunjukkan kerusi di sisinya dan menggerakkan matanya ke arah pintu. Pergi cari jane!

Paul mengangguk. Dia mengangkat tangan untuk keluar.

"kai!"  lantang suara Cikgu lelaki botak itu memanggil.

Kai mendengus. Apa lagi lelaki botak ni nak?! Segera diangkat kepalanya mendongak memandang cikgu michel.

"mana Jane?" sebaris ayat keluar dari mulut guru lelaki itu dengan nada yang agak tegas.

"tak tahu" ujar kai malas lalu meletakkan kepalanya di atas meja dan menutup mata.

"macam mana kau boleh tak tahu? Dia tu kan duduk dekat sebelah engkau? Entah entah si jane ni dah pandai ponteng" marah guru lelaki itu sambil melibas rotannya di atas meja.

"cikgu.. Cikgu tak boleh marah kai.. Lagi pun dia memang tak tahu apa apa pasal si budak bodo.. Eh si jane tu.." tersengih sengih sarah memandang cikgunya. Nak tersasul pula hehe.

"kai kau bangun sekarang! Berani kau tidur dalam kelas aku?!" laju kaki guru tua itu berjalan mendekati kai.

"hoi! Bangun!" BUM! bunyi meja ditepuk kuat.

Siallah orang tua ni! Kai terus berdiri dan merenung tajam guru lelaki di hadapannya yang hanya setinggi bahunya.

Baru cikgu michel hendak bersuara terasa semacam ada sesuatu yang sedang menahan dirinya. Mati.. Mati.. Mati.. Mati.. Aku bunuh kau... Suara halus berbisik. Matanya terbeliak memandang kai kerana terkejut.

Su... Suara si.. Siapa tu? Serentak itu badannya mula mengigil. "ka.. Kau buat apa?" ujar guru lelaki itu dengan suara ketakutan sambil menunjuk ke arah kai.

"saya buat apa?" kai menyoal kembali.

"cikgu kenapa ni okay tak?" tanya Danny yang pelik melihat gurunya tiba tiba menggigil.

BUP! guru lelaki itu jatuh pengsan. Habis riuh rendah satu kelas kerana panik melihat situasi itu.

Kai hanya menggeleng kepala. Itu baru sikit. Lantak kau la. Dia hanya berdiri dan memerhati tanpa ada sedikit niat pun hendak membantu.

Tiba tiba bahunya ditepuk dari belakang. Segera kai menoleh. Kelihatan paul sedang berdiri di belakang sambil mengangkat kening dan menunjuk ke arah cikgu michel yang masih lagi tidak sedarkan diri. Apa yang berlaku?

"entah"
"mana jane?"

"dia tengah menangis dalam tandas... Saya dah suruh dia keluar tapi dia... Eh!" tuan?! Paul tercengang apabila kai terus berlari keluar dari kelas.  Segera diatur langkahnya mengejar kai.
________________

"jane?" kai menjerit dari depan pintu tandas perempuan. Tiada sahutan yang ada hanya kedengaran bunyi esakan dari dalam tandas.

Kai melangkah masuk setelah dipastikan tiada sesiapa di dalam tandas. Segera dia menolak perlahan satu pintu yang tertutup rapat.

"pergii" jerit Jane yang masih lagi berteleku di atas lantai sambil menangis. Dia tak mahu dirinya dilihat dalam keadaan sebegitu.

Pergerakan kai terus terhenti apabila melihat keadaan jane yang teruk dan basah kuyup. Dia melihat cebisan cebisan rambut gadis itu bertaburan di atas lantai. Baju gadis itu juga koyak rabak. Apa yang jadi?

"bangun" arah kai lalu memegang kedua bahu gadis itu untuk membantunya untuk berdiri.

Kai? Dia buat apa kat sini? Jane memandang tidak percaya. Berani dia masuk dalam tandas perempuan.

Pantas tangan kai membuka bajunya dan  diberikan kepada Jane yang sedang memandangnya.

Mulut gadis itu terlopong melihat badan kai yang selama ini disembunyikan di sebalik baju sekolahnya. Terkebil kebil matanya.

"kau pandang apa? Pakai baju ni.. Aku tunggu kat luar cepat sikit" arah kai lagi lalu menutup pintu tandas.

Jane memandang baju kai yang berada di tangannya. Seriuslah? Tapi aku mana boleh keluar dalam keadaan macam ni..
Ahh tak kisahlah. Segera disalin pakaiannya yang koyak rabak. Semua ni angkara si sarah singa betina!!
________

"kai..." perlahan jane memanggil kai di luar yang sedang berpeluk tubuh.

Dipegang rambutnya yang sudah rosak. Nasib baik rambutnya hanya digunting sedikit sahaja.

Kai menoleh. Dilihatnya jane atas ke bawah. Gadis itu memakai bajunya dengan skirt sekolah. Dia mengangguk puas hati melihat pakaian jane sudah tidak seseksi tadi. Senyum nakal mula terukir di bibirnya.

"ish kenapa senyum!" Jane membesarkan matanya.

Riak wajah kai kembali serius. Kantoi pula.
"dahlah.. Sekarang lebih baik kau balik"

Jane menggeleng kepalanya laju.
"tak boleh.." sekarang ni ayah tirinya sedang berada di rumah. Kalau dia balik.. Konfem maknya akan marah dan dia akan dipukul oleh ayah tirinya. Baru dia teringat yang kai masih lagi tidak berbaju.
"kai.. Awak nak pakai baju apa?"

"Tuan!!" paul menjerit sambil termengah mengah mendekati kai dan jane.
"hish puas saya cari.. Ingatkan dah balik.. Tadi tak nampak pun dekat depan tandas"

"aku masuk dalam.. Eh bukak baju kau" kai menghulurkan tangannya.

Hah? Paul memandang tangan kai. Oh baru dia perasan tuannya tidak memakai baju. Eh?

"tapi nant.."

"bak sini" arah kai lagi. Kalini suaranya agak tegas.

Dengan segera paul membuka bajunya dan diberikan kepada kai.

"aku balik awal.. Tolong uruskan si tua tu"
Arah kai lalu menarik tangan jane supaya mengikuti langkahnya.

Paul hanya mengangguk. Habislah.. Dia nak pakai baju apa ni? Lelaki itu menggaru garu kepalanya yang tidak gatal.

"eh kai.. Kita nak pergi mana?"

"keluar ikut pintu belakang.."

"hah?! Tapi sa.."

"diam kalau kau tak nak balik rumah kau" ujar kai serius. Mereka sudah berada di pagar belakang sekolah.

"tapi kai.. Pagar ni berkunci" ujar jane perlahan. Takut ada yang terlihat. Matanya melilau memandang sekeliling.

Prakk.. Pagar itu terbuka sendiri.

Hah?! Bulat mata gadis itu kerana terkejut. Siapa yang bukak?

"dah jom" ujar kai tanpa memandang gadis di sebelahnya.

"tapi nak kemana?"

"rumah aku" balas kai selamba.

"apa?!" bertambah tambah rasa terkejut jane. Rumah kai? Oh tidak. Nak buat apa? Takkan nak tunggu dekat situ sampai habis waktu sekolah? Gadis itu menelan air liurnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience