BAB 4

Horror & Thriller Completed 2427

Safar selalu mengharapkan agar peluang seperti itu akan sentiasa ada di antara dirinya dan Nora. Doanya semoga ia akan berkekalan sampai bila-bila.

Emosi...

“Safar ! Melamun ya?” tegur Mak Eton, ibu Safar yang berbadan rendang. Safar tersentak. Diraup wajahnya dan keluhan dilepaskan.

“Mostafa mana, bu?”

“Macam biasa...sedang renung gambar Nora. Berbual dengan Nora. Dia kata Nora akan temankan dia setiap malam sebelum Nora ke bilik kamu. Bila pagi macam ni mulalah dia cari gambar Nora. Mama dah balik rumah dia, katanya. Kesian ibu tengok. Dia masih tak faham yang Nora dah meninggal.” Berat suara Mak Eton.

“Ya...hari-hari dia tanya benda yang sama. Bila Safar jelaskan dia macam faham tapi esok-esoknya dia tanya lagi. Hmmm...” sebak hati Safar.

“Mungkin sebab baru sebulan Nora pergi. Sabarlah Safar.” Belakang Safar diusap agar dia bertenang. Mujur masih ada Mak Eton. Dapat juga Safar meluahkan perasaan dan mengadu tentang Mostafa. Telah sebulan dia tinggal di rumah ibunya itu.

Selepas mengusap belakang Safar, Mak Eton menepuk-nepuk pula dengan

agak kuat. Dia mahu anak tunggalnya itu lebih bersemangat untuk meneruskan hidup. Mak Eton dapat merasakan sepertimana Mostafa yang masih menidakkan kematian Nora, begitu juga dengan Safar. Dia belum benar-benar dapat melepaskan kepergian isterinya.

“Bu...ibu ada nampak tak seorang perempuan yang berjalan ke arah perkuburan sana setiap pagi?” Tiba-tiba Safar teringat semula tentang perempuan aneh yang muncul sejak sebulan kebelakangan ini.

“Perempuan? Perempuan Mana? Siapa?” Bertalu-talu soalan Mak Eton. Pelik pula dia apabila Safar berkata begitu. Setiap selepas Subuh dia akan ke halaman untuk melakukan senaman ringan dan mengambil angin segar. Tidak pernah pula dia terlihat perempuan yang lalu-lalang di hadapan banglo mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience