Rate

BLACK ROSE (broken inside) 30

Drama Completed 921511

Seawal pagi dengan menaiki grab, Mawar sudah pun berada di restoran. Dia melangkah laju masuk ke ruangan dapur. Sempat beberapa krew restoran menyapa Mawar sebelum dia masuk ke ruangan itu.

Kelihatan Zara, Siti dan Adam sedang bersarapan pagi sebelum mereka memulakan kerja. Masing-masing terkebil-kebil melihat Mawar sudah kembali bekerja. Tanpa mempedulikan pandangan mereka bertiga, Mawar terus menuju ke work station miliknya.

Bersih. Keadaan di situ sudah bersih dan tersusun rapi. Bola mata Mawar menjilat keseluruhan kawasan. Kepala dianggukkan perlahan. Bibir mengukir senyum nipis.

"Kak Mawar, jom makan!" pelawa Siti sambil meneruskan makan. Mawar menoleh ke arah kumpulan itu. Terus dia berjalan menghampiri mereka.

Mawar berdiri di hujung meja sambil mata melihat makanan yang berada di atas meja itu. Karipap! Dia tersenyum sendiri. Terus tangannya mencapai sebiji kuih karipap dan di suap ke mulut. Di masukkan kesemua ke dalam mulut. Mawar mengunyah dengan mulut yang mengembung penuh sebiji karipap di dalamnya.

Adam geleng kepala melihat gelagat Mawar. Siti dan Zara pula ketawa dengan aksi muka selamba Mawar. Mawar menoleh ke arah Adam sambil mengangkat kedua belah keningnya seolah menyoal. Adam capai segelas air lalu dihulurkan kepada Mawar.

"Minum. Tercekik nanti," kata Adam prihatin. Mawar cuba tersenyum dengan mulut yang masih mengembung itu. Dia menyambut huluran air dari tangan Adam.

Tidak lama selepas itu, muncul Syakir secara tiba-tiba di sebelah Mawar. Dia berdiri mendekati tubuh Mawar. Mawar yang masih mengunyah karipap itu hanya memandang dengan riak wajah yang selamba. Kemudian, Mawar berganjak sedikit memberi ruang kepada Syakir untuk menjamu selera selepas di pelawa Siti dan Zara.

"Apa yang ada dalam mulut you tu?" soal Syakir pelik. Dahinya berkerut. Siti dan Zara ketawa melihat riak muka Syakir. Lebih menggelikan hati apabila melihat muka tidak peduli Mawar itu.

"Karipap. Sebiji dia masukkan dalam mulut dia, boss," celah Adam masih menggelengkan kepala. Mawar buat muka selamba. Syakir ketawa. Dia melabuhkan punggungnya ke sebelah Adam.

"Duduklah. I ada benda nak bincang dengan you all," kata Syakir sambil memandang ke arah Mawar. Mawar akur. Dia duduk di sebelah Zara berhadapan Syakir.

"I nak buat annual dinner untuk you all semua," terang Syakir sambil mencapai sebiji karipap dan di sua ke mulutnya. Adam, Siti dan Zara sangat teruja mendengar kata-kata Syakir itu. Mereka bersorak gembira seolah-olah baru pertama kali majlis seperti itu diadakan untuk mereka. Hanya Mawar sahaja yang diam membisu. Dia gagal untuk fokus pada setiap kata-kata Syakir. Sebaliknya, dia merenung karipap yang tinggal sebiji lagi di dalam pinggan. Fikirannya melayang teringatkan Aydean.

Karipap. Aydean.

Aydean. Karipap.

"Mawar.. Mawar..," Syakir mengetuk meja di hadapan Mawar dengan jari telunjuknya. Mawar tersentak. Tersedar dari lamunan. Mawar terkebil-kebil melihat Syakir dan yang lain-lain. Mereka semua memandang ke arahnya.

"Sorry. Tertidur," selamba Mawar menutur kata. Syakir ketawa. Mawar pamer wajah dingin.

"Akak ni... Mana ada orang tidur mata terbuka!" Siti mencelah sambil ketawa mengekek. Dia merasakan ucap balas dari Mawar itu kelakar. Mawar tersenyum hambar. Adam geleng kepala lagi. Mawar menjeling tajam ke arah Adam. Zara pula hanya tersenyum melihat gelagat Mawar.

"I nak kita raikan di luar pula. Dekat sini boring. I akan survey beberapa hotel yang ada mini ballroom. So, I dengan Dean akan decide tempat," sambung Syakir lagi. Semakin teruja Adam, Siti dan Zara saat mendengar perancangan Syakir itu. Mawar? Masih begitu. Tidak teruja langsung. Syakir yang perasaan dengan reaksi Mawar hanya memandang sekilas ke arah wanita itu. Dia tidak mahu bertanya hal peribadi Mawar di hadapan krew lain.

"Abang Dean join sekali kan??" soal Siti teruja. Syakir angguk kepala. Dia tahu Siti peminat setia Aydean. Pasti gadis itu berharap Aydean ada bersama nanti. Dalam diam, Mawar turut teruja saat mendengar nama Aydean. Dia tersenyum dalam hati. Riak wajah dikawal agar tiada sesiapa yang perasaan.

"So, encik Syakir dah inform krew-krew lain?" soal Zara pula. Syakir menoleh ke arah Zara. Dia menggelengkan kepalanya.

"I akan beritahu yang lain, later," balas Syakir sambil mengangkat punggung dari kerusi. Dia membetulkan kedut dibaju. Rambut dirapikan dengan hujung jari.

"Okay. Thanks for the breakfast," ucap Syakir sambil memandang ke semua orang yang berada di situ.

"Aaa.. Mawar, masuk office I kejap. I have something to talk about," pinta Syakir sambil memandang ke arah Mawar. Adam, Siti dan Zara memandang sesama mereka dengan pandangan penuh tanda tanya. Mawar angguk kepala perlahan.

'Iiiiisshhh.. nak apa lagi dia niii,' rungut Mawar di dalam hati. Kalau ikutkan, dia malas mahu melayan karenah Syakir. Tetapi, di sebabkan dia menghormati lelaki itu sebagai majikan, mahu tidak mahu, dia terpaksa akur dengan kehendak Syakir.

Syakir tersenyum lebar apabila melihat Mawar bersetuju dengan permintaannya. Dia kemudian, berjalan menuju ke pejabat menanti Mawar di sana.

Sebaik sahaja Syakir berlalu pergi, Adam memandang sinis ke arah Mawar. Mawar faham maksud pandangan lelaki itu. Tetapi, dia malas mahu ambil pusing.

"Mawar dah okay ke masuk kerja ni?" soal Zara prihatin dengan keadaan wanita itu. Mawar tersenyum sambil mencapai karipap yang terakhir dan disumbat je mulutnya sebiji seperti tadi. Sekali lagi Adam geleng kepala. Tak sangka gadis secantik Mawar berkelakuan sebegitu. Mawar seperti biasa, buat muka tak peduli.

"Kak Mawar tahu tak, semalamkan, encik Syakir bergaduh dengan Cik Maira," Siti mula membuka rahsia kisah semalam. Mawar tersentak. Dengan mulut yang mengembung, dahi berkerut, dia memandang ke arah Siti. Menanti gadis itu bercerita lebih lanjut.

Zara menepuk lengan Siti seakan tidak mahu gadis itu bercerita tentang hal itu kerana ianya melibatkan Mawar. Tetapi, selamba sahaja Siti meneruskan cerita tanpa mempedulikan amaran Zara.

"Diorang gaduh pasal akak tau," sambung Siti seakan berbisik. Matanya menjengah-jengah sekeliling. Bimbang Syakir muncul sekali lagi di situ. Mawar pula tersentak. Kunyahan yang bersungguh tadi, di perlahankan. Air dicapai. Diteguk. Kemudian, diletakkan semula di atas meja.

"Cik Maira salah faham je tu. Biasalah perempuan, mudah cemburu," Zara cuba meredakan keadaan. Dia tahu Mawar rasa bersalah. Zara tidak tahu apa yang telah berlaku antara Syakir dan Mawar. Tetapi, gosip mula tersebar sejak Syakir memanggil Mawar dengan panggilan sayang. Zara tidak menyalahkan Mawar kerana jelas terpancar ketidakselesaan di wajah Mawar saat Syakir memanggilnya sebegitu.

Tanpa menunggu lebih lama, Mawar bangun dari situ dan terus menuju ke pejabat Syakir. Mereka yang berada di situ terpinga-pinga dengan tindakan spontan Mawar.

"Kau ni Siti!" Zara sedikit marah dengan mulut becok si Siti. Sebolehnya dia tidak mahu Mawar tahu tentang apa yang berlaku semalam. Adam ketawa kecil melihat wajah cemberut Siti yang di marahi Zara.

"Seronok ni. Cinta bersegi-segi. Aydean dengan Syakir rebut Mawar. Maira kejar Syakir. Fuh!! Macam drama mingguan," Adam bersuara sambil ketawa. Siti membulat mata saat mendengar nama Aydean disebut. Zara turut menoleh ke arah Adam.

"Abang Dean suka kak Mawar juga ke??" soal Siti seolah tidak percaya. Adam tidak menjawab. Sebaliknya dia bangun dari duduknya sambil ketawa terbahak-bahak. Sengaja meninggalkan persoalan tersebut tanpa jawapan.

"Abang Adammmm!!!!" jerit Siti sambil bangun mengejar Adam. Adam berlari pantas apabila melihat Siti mengejarnya. Tawanya masih kedengaran. Zara pula, hanya duduk sambil mengemas meja. Fikirannya ligat berputar memikirkan kata-kata Adam itu tadi.

'Dean pun suka Mawar? Patutlah Dean selalu datang sini,' detik hati Zara. Senyuman terukir dibibirnya. Kemudian, dia bangun dan meneruskan kerja.

××××××××××

Cuacanya hari itu agak sejuk berbanding hari biasa. Krew production terpaksa memberhentikan penggambaran untuk hari ini. Aydean mencapai air kopi yang dibawa oleh seorang krew dari hotel. Tudung termos di buka. Air kopi di tuang ke dalam cawan kertas yang berada di atas meja.

Perlahan air kopi dihirup. Hidung Aydean sudah mula terasa sejuk. Kulit wajahnya terasa tegang. Nafasnya juga mula mengeluarkan wap. Krew yang lain sudah mula berkemas. Scene seterusnya ada di sambung keesokkan harinya. Hanya tinggal lagi beberapa scene sahaja perlu di siapkan sebelum mereka pulang ke Malaysia.

"Sejukkan?" tiba-tiba Aurora datang sambil membawa bekas sandwich dan dihulurkan kepada Aydean. Aydean menoleh ke arah gadis itu. Dia mengambil sekeping sandwich dari dalam bekas. Disua ke mulut. Aurora tersenyum lebar. Bukan mudah lelaki itu mahu menerima pemberian darinya. Sudah berkali-kali Aydean menolak pemberian Aurora.

"Thanks. Selalunya you susah nak ambil apa yang I bagi," Aurora bersuara lagi. Aydean tersenyum segaris. Dia tidak menjawab, sebaliknya terus mengunyah sandwich tersebut. Kopi di hirup perlahan.

Aurora diam. Matanya merenung susuk tubuh Aydean. Lelaki yang dingin, tetapi sangat menggoda hatinya. Setiap kali scene romantik di lakonkan, pasti Aurora akan mengambil kesempatan untuk cuba menggoda Aydean sehabis mungkin.

Aydean sangat komited pada lakonannya sehinggakan dia berjaya membawa watak tersebut dengan baik. Cuma sejak akhir-akhir ini, fokus lelaki itu kelihatan agak terganggu. Aurora cuba untuk mengisi kekosongan dihati Aydean. Tetapi, lelaki itu tetap dingin dan tidak mudah untuk di dekati.

"You ada masalah ke dengan Merlinda?" soal Aurora masih tidak berputus asa untuk mengorek rahsia Aydean. Aydean masih tersenyum segaris. Sungguh dia tidak suka menjawab soalan-soalan peribadi walau siapa pun bertanya.

"I dengar gosip pasal you dengan Merlinda dah tak bersama. Sebab tu I tanya," Aurora masih lagi mencuba. Aydean menghirup air kopi sehingga habis. Kurang sikit kesejukan saat air kopi tersebut lalu ditekaknya.

"Actually I tak suka orang tanya pasal personal life I. Sebab benda tu tak mendatangkan manfaat untuk siapa-siapa pun. So, I think you better tanya hal lain. About my carrier ke. Insya' Allah I akan jawab," balas Aydean seakan menyindir. Dia sudah lama rimas dengan wanita itu. Suka mendesak dan memaksa. Namun, dia cuba memaniskan wajahnya saat melihat ke arah Aurora.

"I bukan busy body okay. I just nak make sure yang I boleh tackle you if you dah single. Itu je," Aurora cuba bergurau sambil ketawa manja. Dia sudah tidak peduli lagi apa pandangan Aydean terhadapnya.

"Yess i'm single. But not available," balas Aydean sambil ketawa janggal. Entah mengapa wanita itu masih belum berputus asa dengannya.

"Alaa.. you ni. Jual mahal sangat lah. Tak kan I takde peluang langsung? Kita kan pasangan ideal dalam drama. Ramai peminat you dengan I sokong kita berdua tau. Rugilah kalau kita tak ambil peluang untuk naikkan nama sama-sama," rengek Aurora manja. Aydean tarik nafas dalam sambil ketawa yang dibuat-buat.

'Now, i know why. Sama macam Merlinda,' detik hati Aydean. Namun, pada Aydean itu perkara biasa dalam industri hiburan. Sesiapa pun akan buat apa sahaja untuk meraih populariti.

"I balik hotel dulu. Sejuk sangat dekat luar. I tak tahan," Aydean membuang cawan kertas ke dalam plastik hitam yang disediakan di situ. Lantas dia meninggalkan Aurora sendirian. Malas mahu melayan gadis itu lagi.

Hotel hanya beberapa meter dari tempat penggambaran. Dia berjalan pantas sambil menikmati pemandangan di sekitar kawasan tersebut. Sepanjang perjalanannya, wajah Mawar bermain difikiran. Rindu. Sungguh dia merindui wanita itu.

"You tengah buat apa agaknya? Mawarr... I miss you so much..," ucap Aydean sendiri sambil melepaskan keluhan berat. Penutup dari sweater ditarik menutupi mulutnya dan hidungnya. Dia perlu pulang ke hotel dengan cepat. Sudah tidak tahan dengan kesejukan cuaca di situ.

××××××××××

Mawar melangkah masuk ke dalam pejabat Syakir. Kelihatan Syakir sedang menaip sesuatu di komputer. Sebaik sahaja melihat susuk tubuh Mawar di situ, Syakir memberhentikan kerjanya. Dia mengukir senyum manis ke arah Mawar. Mawar tidak membalas senyuman Syakir. Sebaliknya dia hanya merenung dingin ke arah lelaki itu.

"Have a sit, Mawar," pelawa Syakir. Mawar tidak menurut. Sebaliknya dia terus berdiri di situ. Syakir kerut kening. Dia nampak wanita itu sedang protes tentang sesuatu. Sikap yang masih kekal dari dulu hingga kini.

"Ada benda yang you merajuk atau marah pada I ke ni?" soal Syakir sambil merenung Mawar. Redup mata lelaki itu sangat mengganggu fokus Mawar.

"Encik Syakir.. Boleh tak....," belum sempat Mawar menghabiskan ayatnya, Syakir mencelah pantas.

"How many times I have to tell you, Mawar. You tak suka I panggil you Kie. Tapi, you tetap panggil I encik. Kan I cakap, panggil I Shark macam mana you pernah panggil I dulu," tegas Syakir agak keras nada suaranya. Mawar tarik nafas dalam. Dia geram kerana Syakir tidak boleh membeza waktu bekerja dengan hal peribadi.

"Boleh tak, jangan paksa saya lagi? Kita dah takde apa-apa. Tolonglah jaga hubungan awak dengan Maira. Saya tak nak krew lain bercakap tentang saya. Diorang akan ingat saya rampas awak dari Maira. Awak boleh faham tak?" keras juga nada Mawar saat menutur kata. Dia sudah tidak tahan lagi dengan sikap Syakir yang masih tidak dapat menerima keputusan Mawar.

"Siapa yang cakap you rampas I? Tell me. I akan berhentikan dia kerja," balas Syakir sambil menyandar ke dada kerusi. Kedua belah tangan di letakkan ke lengan kerusi. Kaki disilang. Kening sebelah kanan diangkat. Mawar mendengus geram.

"Tak perlu berhentikan orang lain. Tapi, saya sendiri akan berhenti dan keputusan saya muktamad!" tegas Mawar. Wajahnya langsung tiada senyuman. Syakir tarik nafas dalam. Dia tahu, dia tidak boleh menghalang gadis itu dari berhenti.

"Mawar.. Please.. okay.. If you tak suka I ganggu you di restoran ni. I tak kan buat lagi. I just want you to stay here. Near me. Beside me. I just want you..," gemersik suara Syakir saat ini. Renungannya mula berubah. Mawar ketap bibir. Geram dengan Syakir yang masih tidak faham- faham bahasa.

"Saya tak tahu bahasa apa lagi yang saya perlu cakap dengan awak supaya awak faham. Maira is your future. Dia dah lama tunggu awak. Buka hati awak untuk dia. Lupakan masa lalu kita," tutur Mawar keras. Dadanya mula berombak kencang. Mahu sahaja dia menghadiahkan lelaki di depannya itu penumbuk sebiji. Biar dia tahu rasa.

"And one more thing yang awak kena tahu tentang saya. Saya bekas penagih dadah. Awak tak kan boleh terima saya. Masa lalu saya tak sesuai dengan hidup awak," sambung Mawar lagi. Suaranya bergetar saat dia membongkar kisah hidupnya yang lalu. Syakir terkedu seketika. Wajah Mawar di renung sayu. Hatinya diserbu rasa bersalah. Syakir bangun dari duduknya cuba menghampiri Mawar.

"Just stay there. Jangan dekat dengan saya," Mawar memberi amaran. Dia tidak mahu Syakir memujuknya atau apa sahaja yang lelaki itu mahu lakukan. Dia tidak mahu. Langkah Syakir terhenti saat mendengar amaran itu. Dia meraup wajahnya perlahan. Kedua belah tangan di seluk ke dalam poket seluar. Matanya kembali memandang Mawar.

"I tak kisah apa pun kisah hidup you. I boleh terima you. I boleh cintakan you macam dulu," balas Syakir bersahaja. Mawar geram. Tangan kanan mula mengepal penumbuk. Gigi diketap. Kelihatan rahangnya bergerak-gerak menahan geram.

"Awak boleh terima saya, tapi, saya tak boleh terima awak. Read my lips," ucap Mawar sambil menunjuk ke arah bibirnya dengan geram.

"Saya dah takde hati pada awak. Faham???" satu persatu perkataan itu di sebut dengan harapan lelaki itu faham. Tanpa membuang masa, Mawar terus keluar dari ruangan itu sebelum dia naik gila melayan karenah Syakir. Mulutnya tidak henti-henti membebel sejak keluar dari pejabat Syakir. Dia sudah mula tidak selesa berada di restoran itu. Sungguh, nekadnya mula tiba. Jika Syakir tidak mengizinkan dia berhenti secara baik, dia akan berhenti tanpa izin lelaki itu.

Peduli hape aku!! Pergi mampus sana!!

You took the sun with you, when you left me - Amir Syakir

bersambung....

happy readingg...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience