BAB 7

Romance Completed 19731

Tiga hari aku tak pergi kerja selepas kejadian bermain hujan malam tu.Aku demam dan demam aku tak mau nak kebah-kebah.Aku rasa aku demam bukan sebab hujan tapi sebab malu yang teramat pada Harris.Setiap kali aku bayangkan kejadian tu aku rasa mengigil seluruh badan.Aku tak mampu nak berdepan dengan Harris lagi.Rasa macam nak lari saja dari kampung ni.Huarghh,.beginilah aku selama tiga hari ni.Jiwa aku tak tenang.Alangkah bagusnya kalau aku hilang ingatan dan kejadian yang memalukan tu aku tak ingat dah.

” Iza!,.Meera dengan Mak Teh datang ni,.” aku menoleh ke arah pintu bilik.Ameera dah tersenyum lebar padaku.Mak dan Mak Teh turut masuk ke bilik.Aku singkap sedikit kain selimut yang menutup tubuhku.

”Amakumu demegarmar kamakaumau temelompatmat demepanmam amabangmang Hamarismis mamacamman kemerama kemenama bemelamacanman.Bemetumul kemekeme?” (Aku dengar kau terlompat depan abang Harris macam kera kena belacan.Betul ke?) Ameera tergelak dengan ayatnya sendiri.Aku bulatkan mata padanya.Ameera pun tau? Habislah aku kena bahan.

”Dah tiga hari aku demam.Hari ni baru nampak batang hidung kau? Kau pergi mana?” sengaja aku tukar topik.Kecil hati pun ada juga.Yalah!,.akukan kawan baik dia.Sampai hati kot,langsung tak jenguk aku.Bukan jauh mana pun rumah dia.

”Alaa,.Za,.kau ni kan demam.Asal aku datang ja mesti kau tidur.Asal kau tidur ja mesti aku datang.Eh,.bukan aku ja yang datang tau.Mak aku,abang Harris,Pak Long dan Mak Long aku pun hari-hari datang tengok kau tau,.” aku tengok mak aku.Mak aku buat selamba ja.Ameera dah duduk di sebelah aku di tepi katil. Mak Teh dan mak aku masih berdiri.

”Mak tak bagitau Iza pun?” aku tanya mak aku.Terkilan sangat-sangat.

”Nak bagitau apanya.Demam tak bangun-bangun.Meracau entah apa-apa,.” aku memuncungkan bibir.Aku langsung tak ingat apa-apa.

”Harris ada di luar tu.Dia nak bercakap dengan Iza.Penting katanya.Boleh masuk ke tidak ni?,.” gulp!!!,.aku telan liur.Dengar ja nama Harris badan aku terus mengigil.

”Tak nakkkkk!!,.” aku menjerit sambil tarik selimut tutup muka.Terdengar suara Ameera,mak dan Mak Teh mengelakkan aku.Dah sah!,.berita kegilaan aku malam tu dah tersebar.

”Za!,.Harris nak cakap sikit dengan Za ni,.” mendengar saja suara itu aku terus kaku dalam selimut.Aku tarik sikit kain selimut dan cuba mengintai.Ameera masih duduk di sebelah aku.Aku tak nampak mak dengan Mak Teh.

”Dah la Iza!,.kau ni dengan abang Harris pun nak malu,.”

”Aku tak pakai tudung la ngok!,.” tu dia,.bunyi dah ayat power aku tu.Ameera bangun dari katil dan mengambil tudung dari rak baju tepi almari solek.Harris berpusing membelakangkan kami.

”Okey!,.nak cakap apa? Cepat sikit!!,.” aku bersuara setelah tudung aku sarung dan aku duduk menyandar pada Ameera yang kembali duduk di sebelah aku.

”Harris nak minta maaf pasal malam tu.Afiq call Harris,dia cakap Iza dah macam orang tak siuman.Terlompat-lompat macam kera kena belacan tengah hujan selepas dengar Harris nak bertunang,..dia yang suruh Harris datang.Afiq kata hanya Harris yang dapat hentikan Iza,.” wajah aku dah rasa berbahang.Aku sorok wajah aku di belakang Ameera.Tubuh Ameera berhingut menahan gelak.Aku piat lengannya kuat.Spontan dia menjerit dan lepaskan tawa.Tak guna punya kawan! Tak guna Afiq dengan Afiqah.Rupanya kerja mereka.

”Harris nak tanya Iza ni,.memandangkan Harris dah tengok semuanya.Harris rasa Harris perlu bertanggungjawab.Nur Zaizaliza binti Saari sudikah awak menjadi isteri kepada Mohd Harris bin Abidin yang tak punya rupa dan harta ni?” spontan aku beralih dari belakang Ameera.Aku panggung kepala dan memandang Ameera.Ameera jatuhkan kepalanya berkali-kali.Aku beranikan diri mendonggak ke wajah Harris.

”Harris ikhlas!,.” Harris turut merenung ke arahku.Tiba-tiba aku teringat apa yang Afiqah bagi tahu aku.

“Ehh,.habis tu kak Rina macam mana? Bukan Harris nak bertunang dengan kak Rina ke?” Harris tayang wajah blurr.Ameera di sebelah aku dah mengekek ketawa.

”Abang Harris tak tau apa-apalah ngok! Aku yang pakat dengan Pikah,dengan Fiq sekali.Tak tau la pulak kau nak buat susprize sampai macam tu sekali.Siap deman-deman lagi,.” Ameera gelak lagi.Harris dah senyum sambil geleng kepala.Aku??,.

”Auww!!,.kau ni beranak tahun ketam ke Iza?” itulah kepakaran aku yang paling terpuji.Faham-faham sendirilah!!!

”Dah habis Harris? Kalau dah habis,..keluarlah!! Tak elok lama-lama dalam bilik anak dara orang ni,.” mak Harris a.ka Mak Long Ameera masuk ke bilik.Aku malu sangat.Agaknya semua orang dah tahu apa yang terjadi antara aku dan Harris.

”Heronya dah tanya Mak Long cuma heroinnya ja yang belum jawab lagi,.” Ameera pula yang sibuk menjawab bagi pihak Harris.Aku terkebil-kebil di sebelah Ameera.Apa kes pulak dengan hero dan heroin bagai ni?

”Yang tu biar orang tua-tua yang jawab!,. Iza dah sihat?” aku semakin bingung tapi aku tetap mengangguk mendengar pertanyaan mak Harris tu.Harris pula sudah mengundur diri dan keluar dari bilik.Mak Harris atau Mak Lijah berjalan mendekati katil.

”Masih panas lagi ni.Dah!,.cepat sikit sihat.Kita selesaikan cepat sikit.Tak payah nak bertunang.Nikah saja terus.Buat yang mana patut ja.Boleh macam tu? Iza dengan Harrris dah sama-sama suka.Tak elok nak tunggu lama-lama.Nanti jadi buah mulut orang kampung pulak,.” walau pun aku masih blurr tapi kata-kata Mak Lijah tetap membuat wajah aku berbahang.Tangan Mak Lijah yang masih melekap di dahi, aku pegang dan aku salam.Macam biasa kalau bersalam dengan orang yang lebih tua ,aku cium tangan Mak Lijah.

”Hai!,.minta restu bakal mak mertua nampak?” sempat pula Ameera ni nak kenakan aku.Aku menjeling geram padanya.Mak Lijah pamerkan senyum sebelum keluar dari bilik.

”Yesss!!,. akhirnya kau akan jadi kakak aku jugak!. Kak Iza!,.Izzuan tu kau pas kat aku sajalah.Lagi pun aku kesian la pulak kat dia,dok tackle kau sejak sekolah lagi,masih tak dapat-dapat.Alang-alang tak dapat jadi isteri dia jadi kakak ipar sepupu pun okeylah tu,.” aku mencebik.Ameera gelak.Ada hati rupanya Ameera ni dekat Izzuan tu.Elok sangatlah tu.Aku tengok mereka pun macam sepadan jer.Sorang handsome,sorang lagi cute.Hmm,.lepas ni bolehlah aku pakat dengan Harris untuk jodohkan mereka.Aku dah mula berangan-angan.Haih!!!!

…………………………………………

Sampai saatnya aku dan Harris bakal disatukan.Asalnya cuma nak buat majlis akad nikah secara kecil -kecilan saja memandangkan keluarga aku dan keluarga Harris tak berkemampuan.Ukur baju dibadan sendiri.Jangan sampai kerana nak kahwin sekali seumur hidup nanti tak pasal-pasal terpaksa membayar hutang sepanjang hayat.

Kami hanya merancang tapi Allah yang menentukan.Mungkin kami miskin harta tapi kami tak miskin adik beradik.Ayah aku anak ke enam dari dua belas beradik.Mak aku anak ke tiga dari sepuluh beradik.Masing-masing ada anak yang ramai dan berkerjaya.

Bila abah aku cakap nak buat kenduri masing-masing pakat nak sponsor.Bumbung rumah kami yang bocor pun Pak Long yang mengarahkan orang memperbaikinya.Abah memang tak mampu nak mengupah orang.Setiap kali aku tanya bila nak ganti bumbung baru,dengan selamba abah akan jawab ”Air terjun free masuk rumah.Biarlah!!,.rumah orang lain mana ada macam ni,.” hai!,.macam tulah abah aku sentiasa selamba dan cool.Nak tengok abah marah memang payah.

” Iza!,.dah siap semuanya? Akad nikah dah nak mula ni,.” aku tersentak dengan teguran Mak Long Saerah yang masuk ke bilik tiba-tiba.Ameera menampar perlahan bahuku.Spontan aku mengangguk.Dalam dada aku dah dupdap dupdap.Dalam sikit masa lagi aku akan jadi isteri Harris.Macam mana aku nak berdepan dengan dia nanti?

” Iza!!!,.Ya Allah,.Mak Long tanya ni,.” suara Mak Long kedengaran lagi.Aku mendonggak.Ameera,Afiqah dan sepupu-sepupu perempuanku yang ada dalam bilik sudah riuh mentertawakan aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience