Bab 23 : HV

Mystery & Detective Series 29168

~We suffer more often in imagination than in reality.~

"Argh! Argh!" Eshal Maisarah menjerit ketakutan sekuat hati bila teringat peristiwa itu. Matanya terbayang-bayang muka Datuk Waazin yang bengis lagi menakutkan. Berselang seli pula dengan muka Datin Joanne yang garang lagi serius sedang merenungnya bagaikan mahu telan dia hidup-hidup.

Datin Naina, Mak Som, Baariq dan Nafla berpandangan, kaget. Terkejut bukan kepalang mereka mendengar Eshal yang menjerit dengan tiba-tiba itu. Pantas sahaja mata tertumpu kepada Eshal yang sudah menerkup kedua telinganya. Mulutnya tidak berhenti dari menjerit. Sekejap kuat, sekejap perlahan. Jelas dia dalam ketakutan. Gigi Eshal kedengaran berlaga. Terketar-ketar tubuh kecil itu disebalik jubahnya.

Eshal sentuh pipinya yang terasa ngilu tiba-tiba. Rasanya seperti baru sahaja peristiwa malang itu terjadi dalam hidupnya. Rasa seperti baru semalam saja pipi kanannya ditoreh dengan belati tajam lalu membuak-buak darah merah mengalir keluar. Sarah menjerit kesakitan sekuat hati bagaikan mahu pecah peti suaranya tapi sayangnya sedikit pun suaranya tidak berbunyi kerana mulutnya disumbat dengan kain tebal agar jeritannya tidak didengari oleh sesiapa.

Gelak tawa besar dari si pelaku bagaikan masih terngiang-ngiang lagi ditelingan setelah berjaya mencacatkan wajah cantik milik Sarah. Sarah masih ingat lagi, semasa kejadian itu Waeez mengelupur minta dilepaskan tidak sanggup lihat Sarah diperlakukan sebegitu rupa. Sarah dengar bunyi hembusan nafas kasar Waeez marah dengan apa yang berlaku. Marah juga dia dengan diri sendiri kerana tidak berjaya menyelamatkan kekasih hati. Sarah dapat lihat macam mana kuatnya dada Waeez berombak ketika saat itu.

Semuanya bagaikan berulang tayang. Eshal masih dapat rasa, masih dapat ingat segenap inci kejadian itu, hidungnya bagaikan masih terbau-bau lagi bauan hanyir bilik bawah tanah itu. Hanyir dengan darahnya dan bercampur pula dengan darah milik Waeez. Eshal pejam mata, tutup telinga. Dia tidak sanggup lagi lihat semua kesengsaraannya. Cukuplah! Cukup, dia tidak mahu lagi dengar suara itu. Tidak mahu dengar gelak tawa yang menakutkan itu. Kepalanya digelengkan laju.

"Pergi! pergi! pergi kau!" Berulang-ulang Eshal memyebutnya. Tangannya diawang-awangan menepis apa yang ada dihadapannya. Tubuhnya dikengsot ke belakang.

Baariq sudah panik. Sudah lama dia tidak melihat Eshal merasuk seperti ini. Nampaknya Eshal sudah tenggelam dalam memorinya. Eshal sudah lama tidak kembali kepada jiwa 'Sarah'.

"Eshal... Eshal..." Baariq segera merapati Eshal, bahu Eshal dicengkam dan digocang sekuat hati. Dia perlu sedarkan Eshal sebelum 'Sarah' menjelma.

"Eshal, mengucap dik... ingat Allah banyak-banyak..." Dengar sahaja suara Baariq, Eshal angkat muka. Baariq ada di depan matanya tapi dia nampak wajah lain. Dia nampak Datuk Waazin dalam muka Baariq. Semerta api kemarahannya menggelegak.

"Pergi kau binatang! Pergi! Apa lagi yang kau nak dari aku hah?!" jerkah Eshal kuat sehingga terhinjut bahu Baariq. Pipi Baariq ditampar kuat sehingga terasa telapak tangannya pijar.

Tengku Naina juga terkesima.

"Eshal, ini abang. Abang Eshal." Baariq cuba memujuk, enggan mengalah biarpun terasa pipinya perit. Bahu Eshal dicengkam dan digocang lagi.

"Abang aku dah mati! Waeez dah mati! Kau, kau bunuh abang aku! Kau ambil anak-anak aku! Kau... kau memang jahanam!" Eshal menepik lantang. Dia sudah kerasukkan. Eshal bingkas bangun lalu tolak Baariq kuat sehingga Baariq terjatuh ke belakang. Terlentang Baariq. Ini yang Baariq sedia maklum. Bila jiwa Eshal dirasuk oleh 'Sarah' dia akan jadi sekuat tenaga. Eshal akan jadi garang. Eshal akan jadi ganas.

Nafla terkesima. Terus dia bangun mendapatkan Baariq. Tak sempat kedua berdiri tegak, sekali lagi Eshal tolak Baariq. Baariq yang tidak bersedia terus saja jatuh. Nafla pula dijadikan sasaran. Eshal cekak batang leher Nafla lalu dibawakan ke dinding. Berdentum bunyinya bila belakang Nafla bertemu dengan dinding. Nafla menyeringa tapi tak sempat untuk dia berkata apa-apa, lehernya dicekik Eshal. Terbatuk-batuk Nafla jadinya bila kerongkongnya sudah sekat dari terus bernafas. Makin Nafla melawan, makin kuat Eshal mencengkam leher itu.

Baariq peluk Eshal dari belakang. Dia membawa Eshal menjauh dari Nafla sehingga terlepas cengkaman dileher Nafla. Nafla melorot jatuh ke lantai. Tenaganya tidak setanding dengan tenaga Eshal.

Eshal makin berang, dia menyiku perut Baariq lalu terlepas pelukan Baariq di belakangnya. Eshal pusing tubuh pandang Baariq, merah biji matanya. Marah teramat dahsyat kepada Baariq. Sejujurnya Eshal tidak nampak itu Baariq. Dia nampak rupa Datuk Waazin dalam diri Baariq. Eshal menepik sekuat hati.

"Aku akan bunuh kau! Aku bunuh kau! Binatang kau Waazin! Kau orang tua tak sedar diri! Kau gila! Kau orang tua gila!" Eshal tidak henti-henti menyumpah seranah. Kakinya naik menyepak Baariq berkali-kali sehingga mengerekot Baariq dibuatnya.

Bingit rumah Mak Som dengan jerit pekik Sarah. Tengku Naina menangis, tidak dia menyangka kesengsaraan Sarah menjadikan Eshal begitu. Mak Som juga menangis. Nafla cuba menghalang lagi. Dia tarik tangan Eshal, cuba menghalang Eshal dari terus menendang Baariq.

Bazilah segera berlari ke bilik Eshal, mencari botol ubat penenang. Hatinya tidak sanggup lagi lihat kakak angkatnya itu berubah jadi hulk lsgi. Jumpa botol yang dicari lalu dibuka. Namun kosong! Hampa sungguh hatinya.

"Mak, ubat kakak dah habis!" Bazilah melaung kepada ibunya. Mak Som istigfar dalam hati. Kenapa masa ni juga ubat tu nak habis?

"Aku benci kau!" jeritan Eshal sekali lagi menarik perhatian Mak Som lalu dia laju sahaja mengatur tapak ke arah Eshal. Cuba pujuk Eshal sekali lagi.

"Eshal... ini mak sayang. Eshal tak sayang mak ke?"

Eshal toleh ke sisi. Mak Som dipandang sinis.

"Mak? Kau mak aku? Bukan ke Mak aku dah mati? Kau bunuh mak aku kan?"

Baariq menggeleng. Eshal sudah jauh, entah macam mana lagi Baariq mahu sedarkan Eshal.

"Kau jangan nak tipu aku lah! Aku tahu kau bunuh ibu dan ayah aku! Kau bunuh Waeez. Kau ambil anak-anak aku. Kau juga dah bunuh Eshan. Kau bunuh Eshan... Eshan... dia..." Sebut sahaja nama Eshan, tiba-tiba suaranya berubah menjadi sayu.

Semerta itu tubuhnya timbul rasa penat. Tenaga yang gagah tadinya beransur pergi. Eshal tersentak, bagaikan baru tersedar dari mimpi. Dia melilar matanya, pandang wajah kesayuan kesayangannya, sudah dapat mengagak apa yang baru saja terjadi. Eshal lepas keluh, matanya berair. Dia meraup wajahnya dengan kedua telapak tangannya. Sejurus itu dia mendongak dengan matanya dipejam, hidung sedut nafas baru. Cuba menstabilkan kembali fikirannya. Perlahan-lahan bibirnya menyebut kalimah ALLAH.

"ALLAH... ALLAH... Peluklah hatiku Ya Allah. Peluklah hatiku supaya aku jadi kuat. Kuatkan aku. Jangan lemahkan aku, Ya Allah. Aku sakit tanpa-Mu. Aku lemah tanpa perlindungan-Mu," bisik Eshal lalu matanya terasa hangat. Perlahan-lahan matanya mengalir mutiara jernih.

"ALLAH... Sampai bila aku harus macam ni... Sampai bila aku perlu seksa diri aku sendiri dengan ingat kenangan lalu? Sampai bila..." Eshal jatuh terduduk lalu teresak-esak dia menangis menyedari segala khilafnya.

"Eshal..." Eshal bagaikan terdengar suara lelaki yang selama ini ditunggu-tunggukannya. Matanya dibuka sedikit lalu dilontarkan ke arah datangnya suara itu.

"Han?" Tengku Naina terlebih dahulu menyebut. Terkejut dengan kemunculan Eshan yang tiba-tiba. Bukan ke Eshan ada di Terengganu? Macam mana boleh Han ada dekat sini?

Tercengang. Semua yang ada di situ tercengang dengan kedatangan Eshan.

* * *

Sebelum itu. Rumah Perlindungan Raudah.

Pintu utama Rumah Perlindungan Raudah ditolak dari luar. Seorang perempuan berjubah dengan selendang bunga-bunga melilit menutup mahkotanya muncul disebalik pintu. Wajah itu terbias kepenatan. Ada kelesuan yang jelas lagi tidak bermaya. Penat mungkin, kerana berkejaran dari pagi hingga ke petang bagi meluangkan masa dengan melawat bekas-bekas pesakitnya.

Itulah dia. Doktor Juwita. Dia bukanlah seorang doktor perubatan sebaliknya dia seorang pegawai psikologi klinikal yang berkelulusan dalam Ijazah Saujana (Master) Psikologi. Dan seterusnya menyambung pengajiannya ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) yang membawa gelaran Doktor dipangkal namanya.

Juwita melangkah masuk ke ruang tamu perlahan, beratnya kaki mahu melangkah. Entah kenapa, hari ni rasa macam ada sesuatu yang tidak kena. Penat lain macam, berganda dari hari biasa. Terasa ada sesuatu, jantungnya berdetak lain dari biasa, matanya ditalakan ke satu arah bila terasakan ada mata yang memandangnya. Atau lebih tepat lagi sedang merenungnya. Laju saja kepalanya diangkat sedikit. Ya, kini sudah terjawab persoalannya kenapa... rupanya ada empat pasang mata sedang dihalakan kepadanya.

Juwita memperhatikan satu persatu. Andy, antara penghuni yang terawal yang menginap di Rumah Perlindungan Raudah. Tugasnya disini juga bermula dengan Andy. Andy mencarinya dan meminta perkhidmatannya untuk merawat nenek Kesuma. Nenek Kesuma mengalami masalah mental disebabkan tekanan yang dihadapinya. Kini sudah 7 tahun berlalu, Nenek Kesuma sudah semakin pulih. Sudah boleh terima persekitaran baru walaupun memakan masa bertahun lamanya.

Mata Juwita beralih kepada lelaki yang sedang duduk disebelah Andy. Lelaki itu juga melihatnya. Segaris senyuman dilemparkan buatnya. Juwita kekok membalasnya. Nampak seperti biasa-biasa saja lelaki itu. Berbaju tshirt berkolar biru dan santai saja lagaknya.

Lelaki yang sedang duduk bertentang Andy pula dilihat dan diteliti. Kemas dan handsome orangnya. Pakaiannya juga kemas dengan tshirt merah biasa seperti itu. Ditangannya ada sebuah Ipad. Seperti orang kerja pejabat saja.

Anak mata Juwita beralih kepada lelaki disebelah lelaki yang memegang Ipad itu. Juwita diam-diam perhatikan lagi dan tidak semena-mena dia terkaku. Dari jauh mata mereka bertaut. Mata Juwita terbuka luas, ternganga sedikit ulas bibirnya. Terkejut, tapi tidak segera matanya dialihkan. Matanya seolah-olah terpaku disitu. Liurnya ditelan perlahan-lahan, terasa payau. Otaknya memerah satu nama tapi entah kenapa bila dia jumpa jawapan itu, dia rasa takut untuk menyebutnya. Inikah masanya?

Juwita mengundur tapak tanpa sedar tapi anak matanya masih ditempat yang sama. Tidak mampu dialihkan. Dia tidak sangka akhirnya dia berjumpa dengan 'dia'. Dia sebenarnya tidak kuat untuk menghadapi hari ini. Tapi matanya sempat membaca personaliti si dia. Matanya tidak menipu memberitahu otaknya bahawa si dia itu sedang dalam sengsara. Garisan dimuka lelaki itu juga jelas menunjukkan si dia sedang menanggung duka. Mungkin luka kerana kisah lama. Mungkin juga duka kerana perpisahan itu.

"Doktor Jue!" Andy terlebih dahulu memanggil namanya. Mungkin Andy perasankan dia sedang cuba melarikan diri. Andy bingkas bangun dari duduknya. Kakinya dilajukan ke depan. Kini betul-betul dihadapan Juwita, menghalang pandangan Juwita kepada Eshan.

"Doktor Jue, saya banyak kali call Dr. Kenapa tak jawab? Telefon Dr. mana?" tanya Andy. Ada kerisauan di dalam nadanya. Mana tidak risau, sudah berpuluh kali dia call sejak dari semalam tapi satu pun tidak dijawab. Masuk voicemail saja.

Juwita yang baru sedar dari terkejutnya, menggeleng kecil. Matanya dikerdip sekali dua. Minta-minta apa yang dilihat tadi cuma ilusi mata sahaja.

"Doktor Jue okay tak ni? Kenapa tak jawab call saya? Telefon Dr. mana?" Sekali lagi Andy ulang pertanyaannya. Pelik dengan kelakuan Doktor Juwita, mukanya juga berubah pucat macam disampuk hantu saja.

"Call? Telefon saya?" Juwita tergagap-gagap ulang soalan Andy, baru sedar sepenuhnya.

Bila Andy sebut pasal telefon baru dia teringat sudah beberapa hari dia tidak nampak gajetnya itu. Entah-entah sudah mati, habis bateri. Dia memang begitu, kurang gemar bermain gajet. Dia lebih suka menulis jurnal dari memegang gajet. Tangannya segera seluk dalam tas tangannya, menggagau cari telefon. Lama tangannya dalam beg itu, Juwita berkerut kening. Dari biasa jadi kerutan makin berlapis-lapis.

"Kenapa?" Andy bertanya sepatah.

"Telefon saya! Mana telefon saya?" Juwita pusing kepalanya ke kiri kanannya. Segala kocek tas tangan dan beg kerjanya dibuka dan diperiksa. Namun masih tidak diketemui gerangan yang dicari.

"Tak ada?" Andy bertanya lagi. Nampak gelengan Juwita, Andy tepuk dahi.

"Tak apa lah.. Nanti saya tengok dalam kereta." Juwita lepas keluh. Berpusing tubuh mahu ke tempat parking yang terletak di hujung sana. Sudahlah jauh tempat keretanya di parking, dia sudahlah penat.

"Sekejap Dr. Jue!" Andy baru teringat tentang tujuan kedatangan tetamunya.

Doktor Juwita kembali berpusing menghadap Andy.

"Saya lupa. Ni, ada orang nak jumpa Dr. Tadi saya call sebab nak bagitahu ini la."

Ayat Andy membuatkan seluruh bulu roma Juwita berdiri tegak. Matanya sempat mengintai mereka bertiga yang masih memerhatinya.

"Kenapa diorang nak jumpa saya? Siapa diorang tu?"

"Jom lah ke sana dulu. Kesian diorang tunggu Dr. dari tadi lagi," ujar Andy lalu berpusing tubuh menapak ke sana.

Juwita teragak-agak mahu melangkah tapi bila Andy sekali lagi toleh kepadanya, mahu atau tidak Juwita gagahkan jua kakinya menapak ke sana.

"Tuan Eshan ini Doktor Juwita. Dr. Jue, ini Tuan Eshan, Adham dan Munir. Diorang datang dari KL ke mari nak jumpa Dr."

Payau sekali lagi rasanya liur bila ditelan. Juwita angkat mata, bertentangan dengan Eshan. Eshan masih tidak jemu merenungnya. Kenapa Eshan itu? Adakah Eshan sudah tahu sesuatu?Juwita mengambil tempat dihadapan Eshan. Andy, Munir dan Adham sepertinya memahami yang mereka berdua perlukan ruang untuk bercakap dari hati ke hati lalu membawa diri ke ruangan lain.

"Doktor Juwita?" Eshan memulakan. Walaupun tak tahu bagaimana mahu cerita tapi dia cuba. Manalah tahu Juwita memahami ceritanya.

"Ya saya. Tapi rasanya boleh saja kalau Tuan Eshan just call me Jue or Juwita." Juwita cuba meredakan resahnya sendiri. Sekejap-sekejap matanya naik tilik wajah Eshan yang tidak banyak perubah dari dulu.

"Okay. Kalau macam tu, panggil saya Eshan saja. Tak payah panggil Tuan." Kekok tapi Eshan cuba. Bukannya mudah untuk dia bersemuka dengan perempuan lain lebih-lebih lagi setelah dirinya ditinggalkan oleh perempuan yang bernama Sarah itu.

Juwita senyum segaris, cuba berlagak professional.

"Ada apa Eshan cari saya?"

Eshan garu pangkal hidung.. Serba salah mahu bertanya tapi dia mesti bertanyakan juga.

"Let we start... do we know each other?" Lihat dahi Juwita mula bergaris, berkerut. Eshan berdeham, membasah tekak dulu sebelum baiki balik soalannya.

"I don't know how to explain it but I have to tell you that I think we know each other well."

Makin berlapis kening Juwita.

"Okay-okay i explain." Eshan mengangkat kedua belah tangannya. Mengalah.

"I tak tahu you siapa. I cuma kenal you melalui telefon. Your voice. This one." Eshan seluk poket seluarnya lalu dikeluarkan telefon samsung misteri itu dan diletakkan di atas meja, dihadapan Juwita.

Juwita cuma pandang. Menanti penjelasan dari Eshan yang seterusnya.

"First, I got a phone from my driver. He said this is my phone. So, I opened it and I got a lot of voicemail. And because I don't know whose phone it is so I opened it one by one. I heard the voice and I need to know 'who is she'. I hired my PA to investigate the number and he said it belonged to you. The number is under your name. Right?"

Tergemap Juwita seketika. Rasa tersekat nafasnya.

"Macam mana awak boleh yakin suara itu saya?" Juwita resah. Jangan pecah rahsianya.

"I dah siasat siapa you and i tahu banyak yang i dengar dalam tu sepadan dengan you."

Juwita mati akal mahu menakis.

"Pipi you, kenapa merah? You kena serang 3 hari lepas kan?"

"Hah?"

"Telefon you hilang kan?"

Juwita mengangguk. Hilang atau jatuh dalam kereta? Entah...

"Telefon you hilang masa you kena serang kan?"

"How comes you know about it?"

Eshan hanya diam. Dalam hati dia rasa gembira, akhirnya dia jumpa dengan wanita misterinya. Tapi.... bila lihat balik cara dan rupa Juwita, hatinya berbolak balik. Diakah sebenarnya orang itu?

"Boss, we need to go now. Something happened to Eshal."

Tanpa mendengar atau bertanya lebih lanjut, cepat saja tubuh Eshan ditegakkan.

Eshal, perempuan itu dalam bahaya! Itu yang Eshan pasakkan dalam benaknya. Dengan Eshal, dia rasa dia perlu melindungi gadis itu sehabis mungkin. Dia perlu jadi lelaki yang bertanggungjawab. Kisah Eshal diserang beberapa hari lepas masih segar dibenaknya. Dia takut kalau berulang lagi.

"InshaAllah nanti kita jumpa lagi." Eshan terus membawa diri diikuti oleh Adham dan Munir.

Han dh mulakan siasatan. Juwita orgnya kan? Tq to all the readers. HV.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience