Bab 9 : HV

Mystery & Detective Series 29168

~When i look at you... I see the one i love. The one i need. The one I'm meant to be with.~

Puas beralasan, puas mengelak dan akhirnya kaki Eshan Maisur dan Adham Sulaiman selamat terpacak di hadapan banglo milik Tengku Eqram. Tengku Eqram yang beria-ria memujuk Eshan supaya turut serta majlis keraian malam ini. Majlis pertunangan anak daranya dengan anak ketua menteri. Nak tak nak, Eshan mengalah jua itu pun selepas campur tangan uminya.

Kata uminya, Eshan perlu berdepan dengan mereka. Benci atau tak, suka atau tak, mereka tetap darah daging walidnya. Darah yang mengalir dalam badannya tetap darah yang sama dengan mereka. Susur galur dari jenis yang sama. Melalui cerita dari uminya, nendanya iaitu Tengku Elmira seorang kerabat diraja yang berkahwin dengan lelaki bangsawan Turki, Enver Muslim dan dikurniakan 4 orang cahayamata yang kesemuanya lelaki. Tengku Eqram,Tengku Eqmal kembar seiras dengan Tengku Eqbal dan si bongsu, Tengku Emran.

Sejak dari kecil lagi, Tengku Eqram selalu sahaja tidak puas hati dengan keakraban antara Tengku Eqmal dan Tengku Iqbal. Semetelah pula mereka berdua itu berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara manakala Tengku Eqram dan Tengku Emran hanya sambung belajar dalam negara sahaja itu pun dengan keputusan yang tidak memuaskan hati bonda dan ayahanda. Lagi malu bila sepupu sepapat mula membandingkan antara mereka adik beradik.

Usai habis studi, Tengku Eqram dan Tengku Emran menguruskan perniagaan keluarga mereka. Manakala Tengku Eqmal dan Tengku Eqbal menubuhkan EN Holdings bersama dengan Tengku Naina. Tengku Eqmal berkenalan dengan Tengku Naina di London dan hubungan mereka berdua mendapat restu dari seluruh keluarga besar kerabat Tengku. Mereka berdua ditunangkan dengan satu majlis yang gilang gemilang di istana Tengku Elmira.

Tidak lama selepas itu, mendapat satu ura-ura yang tidak baik berkenaan hubungan mereka berdua. Tengku Eqmal digosipkan dengan salah seorang model yang selalu berkerjasama dengan EN Holdings. Tengku Naina begitu kecewa dengan Tengku Eqmal lalu bertindak memutuskan hubungan mereka di saat akhir. Kekecewaan diraut muka Tengku Eqmal jelas terpamer apabila orang yang tersayang meragui kasihnya lalu dia membawa diri. Bagi menutup malu keluarga Tengku Elmira, Tengku Eqbal dijadikan galang ganti Tengku Eqmal. Dan mereka dikahwinkan. Itulah kisahnya bagaimana terjadinya perkahwinan antara Tengku Eqbal dengan bekas tunang abangnya, Tengku Naina.

"Daddy!"

Tersentak Eshan. Berteraburan segala cerita berkenaan susur galur keluarganya. Eshan toleh kepada Adham yang sentiasa setia disebelahnya. Mahu bertanya samada Adham ada terdengar seseorang menyebut 'daddy' itu ataupun hanya ilusi dia semata-mata. Entah kenapa tiba-tiba terbayang raut wajah Evan di ruang mata. Silih berganti dengan anak mata Eshal yang dijumpai dua hari lepas. Eshan mengeluh, tidak terluah dan akhirnya dia diam sahaja.

Selesai segala urusan pertunangan di dalam sana, dia dan Adham mengambil tempat berhampiran dengan kolam renang. Tipikal orang kaya-kaya dalam drama melayu, majlis diadakan pada malam hari, di tepi kolam renang. Huh!

Adham mengerut kening bila sedar bossnya menoleh kepadanya tetapi tidak mengeluarkan sepatah kata. Hanya lirikan kosong sahaja. Sejak dari tadi, Eshan begitu. Sepertinya ada sesuatu yang mengganggu fikiran lelaki itu. Keramaian dan suasana bingit langsung tidak menghalang untuk bossnya layan perasaan. Apa yang diberitahu olehnya, tidak mendapat respon yang baik dari bossnya. Sudahnya dia diam juga, malas layan boss yang suka mengelamun ini.

"Daddy!" Sekonyong-konyong, lengan kanan Eshan dipegang lembut oleh seseorang.

Eshan lekas menoleh, Evan! Rupanya telinganya tidak salah dengar tadi. Evan yang memanggilnya. Bibir Eshan terus tersenyuman. Adham yang berada di kiri Eshan turut sama toleh ke arah yang sama. Sedikit ke belakang badannya, mengintai. Seorang anak lelaki kecil sedang memegang lengan Eshan. Adham mengerut kening. Kalau tidak salah telinganya, sebentar tadi dia terdengar budak lelaki itu menyebut, daddy. Siapa daddy?

Eshan lekas pusing tubuhnya, tunduk sedikit bagi menyamai paras ketinggian Evan. Tangan Evan yang pegang lengan kanannya, diambil lalu di genggam. Mata terus menatap wajah itu. Wajah anak kecil itu bercahaya, teruja dengan penemuan mereka yang kali ke dua ini.

"Evan..." seru Eshan perlahan, hatinya juga berbunga. Tak sangka boleh berjumpa dengan Evan disini. Baru sebentar tadi, dia teringatkan anak kecil yang terserempak di mall dua minggu lepas.

Adham yang melihat adegan itu terus sahaja bertaut kening. Apa kena diorang ni? Siapa budak ni? Eshan kenal ke budak ni? Tak habis-habis soalan muncul dibenaknya.

"Daddy... Evan rindu daddy... Kenapa daddy lambat datang jumpa Evan? Hari tu daddy cakap sekejap je daddy fly tapi dekat dua minggu daddy fly. Lama... Evan rindu daddy. Bukan Evan saja, Eman pun rindu daddy." Usai meluahkan kerinduannya, terus Evan peluk Eshan. Erat, seakan tidak mahu lepas.

"Evan rindu... Rindu..." Evan menyambung lagi. Perlahan tapi masih sempat didengari oleh Eshan dan Adham.

Adham sudah jatuh rahang. What? Dia tidak salah dengar kan?

"Daddy juga rindu. Daddy minta maaf," balas Eshan, dari lubuk hatinya yang paling dalam. Dia juga rindukan anak kecil ini. Belakang Evan dielus perlahan.

"Evan rindu daddy. Eman dah lama tunggu daddy datang jumpa dia." Evan menyambung lagi.

"Eman?" tanya Eshan, sejak dari tadi Evan menyebut nama Eman tapi tidak sekali pun dia berjumpa dengan gerangan yang bernama Eman itu.

Evan mengangguk dalam pelukan Eshan. Seketika, dia menguraikan pelukan.

"Daddy datang dengan mummy?" soalnya dengan penuh berharap.

'Mummy pulak? Aduhai.. apa ni?' Adham garu belakang kepala yang tidak gatal. Sungguh, dia tidak faham dengan apa yang dia sedang berlaku ni.

Eshan menguntum senyuman nipis sebaik sahaja dengar soalan Evan, perlahan dia menggeleng. Eshan selalu sahaja jadi mood lain bila dengar Evan meluahkan rasa rindunya kepada 'daddy'nya. Eshan jadi tertanya-tanya, apa sebenarnya yang terjadi? Mahu sahaja dia bertanyakan Evan, kemanakah 'daddynya' pergi? Tapi bila melihat kesungguhan anak kecil itu memeluk dan meluahkan kata-kata rindu, jiwanya jadi tidak sanggup bertanya. Dia lebih rela dianggap 'daddy' kepada Evan kalau itu yang menggembirakan hati anak kecil itu

Wajah Evan berubah keruh dengan gelengan Eshan. Cuma sebentar saja, tiba-tiba Evan terlopong, seakan teringat sesuatu. Pantas dia betulkan badannya, laju dia capai tangan Eshan.

"Sini daddy." Tidak semena-mena terus Evan tarik tangan Eshan.

Eshan yang tidak bersedia itu, terdorong sedikit tubuhnya ke hadapan. Beria sangat cara Evan menariknya, nampak sangat Evan mahu tunjukkan dia 'sesuatu'. Ehsan ditarik ke arah sebuah kerusi roda yang seda ditolak oleh seorang wanita secara membelakanginya. Eshan hanya menurut tanpa membantah mahupun menegah. Adham juga mengikut sama walaupun dia masih tidak tahu hujung pangkal cerita. Tetamu yang memandang pelik ke arah mereka bertiga tidak dihiraukan.

Evan melepaskan tangan Eshan, dia mendekati kerusi roda yang sedang diduduki oleh adik kembarnya, Eman. Winda, pengasuh mereka yang tidak tahu menahu langsung berputar tubuh ke belakang. Terlopong dia, tercengang melihat Eshan di belakangnya, tidak menyangka sekali lagi mereka bertemu.

Eshan perasan perubahan muka Winda tapi tidak dihiraukan. Apa yang lebih menarik, dia mahu tahu siapa yang sedang duduk di atas kerusi roda itu. Hatinya disapa rasa berdebar. Evan mencuit sedikit tangan Winda dan Winda melepaskan pemegang kerusi roda. Sepertinya Winda sangat menghormati Evan, mengikut pada pengamatan Eshan. Perlahan-lahan Evan memusing kerusi roda, menghadap Eshan dan Adham. Sesudah meletakkan kerusi roda adiknya dihadapan Eshan, Evan bertinggung dihadapan adiknya. Tangan adiknya dicapai.

"Eman, ini daddy," ujar Evan sambil meluruskan jari telunjuknya ke arah Eshan.

Tiada respon. Seolah-olah kanak-kanak perempuan itu berada dalam dunianya.

"Eman, daddy datang..." Evan masih mencuba.

Eshan terpaku. Tidak tahu apa yang patut dia respon. Hanya mata melekat kepada Eman. Eman yang cantik dalam persalinan baju gaun putih itu kelihatan tidak menghiraukan kata-kata abangnya walaupun sedetik. Dia seperti berada dalam dunianya sendiri. Leka membelai anak patung bunny yang berwarna kelabu di atas ribanya sambil menyanyi kecil.

Evan Khalish mendengus, dia bangun dan tarik tangan Eshan untuk mendekati adiknya, Eman Khadija. Evan meletakkan tangan Eshan di atas kekura tangan Eman.

"Ini daddy..." Sekali lagi Evan menyebutnya.

Eman senyap. Masih tidak mengendahkan apa yang diberitahu oleh abangnya. Dia tetap membelai bunnynya Eshan tengok Evan dengan tatapan sayu sebelum kembali pandang Evan. Evan angguk perlahan. Eshan memahami apa yang cuba disampaikan oleh Evan lalu duduk di hadapan Eman, melutut. Tangan Eman dicapai lalu dibelai lembut.

"Eman..." Eshan memanggil.

Kali ini, Eman mematikan usapannya, perlahan-lahan dia angkat muka. Tatap muka Eshan, terus sahaja anak mata kecil itu berkaca bening. Ada getaran halus di mata itu. Bibirnya juga bergetar menahan esakkan dari meletus.

"Eman, ini daddy..." Eshan sekali lagi memberitahu Eman. Tangan Eman dielus-elus.

Mulut Eman mencebek-cebek mahu beritahu sesuatu tapi tidak terkeluar. Hanya mata saling bertatapan. Ada kerinduan yang terpendam dalam mata itu.

Bunyi seseorang berdeham menamatkan drama sebabak itu. Eshan toleh ke belakang, begitu juga dengan Winda dan Adham. Winda terngadah begitu juga Adham. Datuk Waazin disitu bersama isterinya, Datin Joanne. Keduanya memandang dengan riak garang.

"What's bring you here Tengku Eshan Maisur bin Tengku Eqbal?"sinis sekali suara itu bertanya. Ada keangkuhan disebalik suara itu.

"Datuk..."

Datuk Waazin mengangkat sebelah tangannya, menghalang dari Adham Sulaiman dari terus berkata-katanya.

Eshan bangkit dari duduknya. Dia pandang Datuk Waazin, musuhnya. Nasib baik Adham sudah bercerita serba sedikit tentang siapa Datuk Waazin. Semerta itu juga jari jemarinya digenggam erat oleh Evan. Eshan toleh ke sebelah, Evan mendongak merenungnya. Perlahan anak kecil itu menggeleng. Tatapan sayu seperti mahu memberitahu jangan tinggalkan dia dan adiknya lagi.

"Winda, bawa Eman masuk kereta."

Winda segera mengangguk. Pantas dia menolak kerusi roda Eman untuk masuk ke dalam banglo Tengku Eqram. Bunyi Eman mendengus, tapi tidak dihiraukan oleh Winda. Evan Khalish gelisah melihat adiknya dibawa pergi, dia memperkemaskan lagi genggaman tangan Eshan.

"What's bring you here?" Sekali lagi Datuk Waazin menyoal anak muda yang sedang berpegangan tangan dengan cucunya itu. Mereka saling merenung dari jauh. Tajam dan penuh bermakna.

"Kau sengaja bawa dia kemari untuk jumpa aku, Eqram?" soal Datuk Waazin pula tapi kali ini bukan untuk Eshan tapi untuk Tengku Eqram disebelahnya, dia tahu Eqram memasang telinga.

Tengku Eqram dan Tengku Emran hanya diam. Memang itu tujuan mereka. Mahu Eshan bersemuka sendiri dengan Datuk Waazin.

"Kejutan apa ini Eqram? After ten years aku baru boleh bersemuka dengan anak saudara kesayangan kau?" Sekali lagi Datuk Waazin menyindir.

"Maaf Datuk. Eshan baru saja balik." Tengku Eqram menjawab perlahan.

Datuk Waazin tersenyum sinis.

"It's okay Eqram. Masih ada banyak masa lagi untuk kami berjumpa, right Eshan?"

Eshan hanya diam. Hanya renungan semata-mata diberikan kepada Datuk waazin. Baru dia faham, ada makna rupanya disebalik Tengku Eqram yang beria-ria memujuknya datang ke sini.

Datuk Waazin membelek jam tangannya.

"I have to go first, Eqram. It's too late now, let's go. Aqil bawa Evan." Datuk Waazin sudah melangkah meninggalkan ruangan itu. Datin Joanne sempat hadiah jelingan kepada Eshan sebelum membuntuti suaminya. Aqil segera mendekati Evan lalu mendukung anak kecil itu. Evan menangis, meraung tidak mahu berpisah dengan Eshan.

"Ham, aku nak kau siasat seluruh keluarga Datuk Waazin. Siapa Evan dan Eman pun aku perlu tahu. Kalau boleh ASAP."

"Baik boss."

"Jom kita balik." Eshan merapati bapa saudaranya terlebih dahulu.

"Pak Long, thanks for this wonderful moment. Han akan ingat. And congratulations on your daughter's engagement. Han minta diri dulu," ujar Eshan dan terus berlalu.

* * *

Selesai membuat satu panggilan, Eshal Maisarah membelek-belek telefon bimbit jenama nokia 3310. Telefon lama tapi ada kenangannya. Masih berfungsi elok walaupun usianya sudah berdekad.

"Eshal, boleh abang masuk sekejap?" Tanpa ketukan di pintu, abangnya menerjah.

Cepat-cepat Eshal menyembunyikan telefon itu di bawah bantal. Tidak mahu abangnya tahu apa yang dia sedang lakukan. Kalau abangnya tahu tentu dia akan dibebel lagi.

"Masuklah abang," ujar Eshal setelah memastikan keadaan sudah 'clear'. Dia betulkan baju t-shirt dan kain batiknya.

Derapan kaki abangnya kian mendekat dan dia singgah di kerusi meja solek, pintu bilik dibiarkan terbuka. Eshal pula duduk di hujung katil, agak berjarak kedudukan mereka.

"Siang tadi mak ada bagitahu abang, Eshal dah berhenti kerja dekat kedai makan tu... betul ke?"

"Ya abang," jawabnya.

"Kenapa? Boleh abang tahu?"

"Eshal tak suka kerja dekat situ. Boss Eshal suka tengok Eshal lain macam, seram."

Abangnya sudah tengok Eshal lain macam. Berdebar dengan kata-kata Eshal sebentar tadi.

"Dia ada kacau Eshal ke?"

"Kacau tu tak ada lah abang. Tapi dengan cara dia tengok Eshal tu, Eshal rasa tak selesa."

Abangnya mengangguk. Faham, itulah Eshal. Dia tidak suka orang perhatikan dia.

"Jadi Eshal dah fikir masak-masak ke nak kerja tadika tu je?"

"Ya abang. Abang pun tahu Eshal suka budak-budak." Eshal menjawab sambil mengukir senyuman nipis.

Abangnya angkat muka, seketika dia pandang Eshal sebelum mengalihkan pandangannya ke arah lain.

"Tapi... Eshal okay ke?" soalnya berbaur kerisauan.

"Insya-Allah Eshal okay, abang jangan risau. Okay ke tak okay, Eshal tetap kena teruskan hidup, kan?"

Abangnya menghela nafas berat, nampak sangat abangnya rasa susah untuk melepaskan dia bekerja di luar sana. Tapi lambat-lambat abangnya mengangguk juga.

"Eshal tahu abang risaukan Eshal tapi abang juga kena tahu yang Eshal perlu teruskan hidup Eshal. Eshal perlu hadapi semua ni. Sudah tiba masanya untuk Eshal berhenti susahkan abang, mak dan Ilah."

"Kenapa cakap macam tu, Eshal?" Ibunya menyampuk.

Eshan dan abangnya pantas toleh ke muka pintu bilik. Ada dua wajah di situ. Ibunya dan Bazilah, satu-satunya adik abangnya. Keduanya merapati Eshal lalu berlabuh di katil single Eshal.

"Mak tak suka Eshal sebut-sebut hal tu. Eshal anak mak. Sama macam abang dan Ilah. Mak dah banyak kali bagitahu Eshal, kan?"

"Eshal minta maaf mak. Eshal terikut-ikut dengan perasaan Eshal. Eshal tak boleh kikis perasaan ni mak. Mak, abang, Ilah... Eshal minta maaf."

"Tak ada apa yang perlu minta maaf dan dimaafkan Eshal. Lain kali jangan cakap macam tu lagi. Kita sudah jadi satu keluarga." Abangnya menyampuk. Eshal mengangguk.

"Boleh abang tahu Eshal kerja dekat tadika mana sekarang?" tanya abangnya pula. Dua hari lepas, dia sibuk di kilang. Tak sempat nak bertanya panjang tentang tempat kerja Eshal yang baru.

"Taska Permata Budi Maryam."

"Taska? Bukan Tadika?"

"Ada dua tempat. Tapi Eshal pergi interview dekat taska. Seronok tengok anak-anak kecil."

Mereka saling berpandangan. Senyuman di bibir Eshal kian melebar teringat telatah penghuni disitu. Tiba-tiba ingatannya disapa dengan seraut wajah tampan yang begitu pegun melihatnya dua hari lepas.

"Abang..."

Abangnya menoleh sambil angkat kening, bertanya tanpa sebarang suara.

"Eshal dah jumpa dia..."

"Siapa?"

"Eshan Maisur."

Eshan pula. Mula2 bab ni sy lebih memberatkan pd plot Eshan utk. pmbaca lebih faham apa. yang Eshan 'cari'. Tq to all the readers. HV.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience