6

Romance Completed 95763

Anggun Dahlia terpaku dengan adegan itu. Dia memaksa kakinya melangkah ke arah piano yang sedang dimainkan oleh ikram Benjamin. Para penonton yang menyaksikan persembahan itu mula menepuk tangan. Tidak kurang juga ada yang merakamkan detik itu. Anggun Dahlia berdiri disebelah piano. Matanya dari tadi hanya memandang lelaki itu.

Ikram Benjamin tersenyum kepadanya. Dia sedang memainkan lagu Endless Love yang pernah dinyanyikan oleh Lionel Ritchie dan Diana Ross. Sesekali matanya melirik ke arah perempuan yang sudah lama bertapak dihatinya. Jarinya menekan pada kunci C dan A. Saat itu pandangan mata mereka bertembung. Redup pandangan itu memandang ke anak mata Anggun Dahlia sambil tersenyum. Sesekali dia mengerdipkan mata buat perempuan itu. Dia tujukan lagu itu buat perempuannya. Perempuan yang dinikahinya tiga hari lepas. Sesungguhnya dia ingin memberi tahu bahawa rindu, cinta dan kasihnya hanya tersedia untuk perempuan yang bernama Anggun Dahlia.

Jarinya tiba dibahagian korus. Dia menekan kunci piano C dan A. Kemudian, diikuti pula dengan kunci B, C, D dan G. Setiap lirik yang diungkapkan, matanya tidak pernah terlepas dari memandang Anggun Dahlia.

My love
There's only you in my life
The only thing that's right

My first love
You're every breath that I take
You're every step I make

And I
I want to share
All my love with you
No one else will do...

And your eyes
They tell me how much you care
Ooh yes, you will always be
My endless love

Anggun Dahlia menapak ke bangku yang diduduki oleh Ikram Benjamin. Dia duduk bersebelahan lelaki itu. Saat itu, tepukan gemuruh diberikan oleh para penonton. Semakin lama kawasan itu dipenuhi oleh manusia. Ada yang tersenyum. Ada juga yang mengambil gambar mereka berdua. Tidak kurang juga ada yang memberi jambangan bunga pada Anggun Dahlia. Sudah tentu jambangan bunga itu dibeli daripada kedai bunga yang berhampiran.

Tanpa sedar ada butiran jernih sedang mengalir membasahi pipi lembut Anggun Dahlia. Dia menyentuh lembut pipi Ikram Benjamin. Lelaki itu membalas renungannya dengan sebuah senyuman. Nyanyian diteruskan sehingga ke penghujung lagu. Jarinya menekan kunci yang terakhir. Lagu berakhir dengan penuh emosi. Pelbagai perasaan bercampur menjadi satu. Menerpa ruang hati masing-masing.

Habis saja lagu itu dimainkan, sekali lagi tepukan gemuruh diberikan buat mereka berdua. Ikram Benjamin berdiri sambil memberi tunduk hormat pada penontonnya. Kemudian, dia beralih pandang pada perempuan yang sedang duduk disebelah. Bibirnya menarik sengih. Dia memandang perempuan itu. Dengan perlahan pipi yang dibanjiri butir-butir jernih tadi dilap dengan ibu jarinya.
Dia merapati Anggun Dahlia. Dia membisikkan sesuatu ditelinga perempuan itu.

“Jangan menangis. Lagu tadi abang dedikasikan buat bidadari abang yang abang sayangi. My endless love never end for you, sweetheart. I love you. I love you more and more, Anggun Dahlia.” Habis saja bisikan romantik itu, pipi mulus Anggun Dahlia dicium lama. Maka, semakin gamatlah kawasan itu dengan tontonan orang ramai. Adegan romantik percuma dari Ikram Benjamin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience