Prolog

Romance Series 9561

     Tangan kekarnya menggengam erat  jemari tua milik sang ibu. Air mata seorang lelaki mulai jatuh setitis demi setitis. Jantungnya mula berdegup hebat. Perasaan takut akan kehilangan seseorang seakan menghantui dirinya kembali. Perasaanya sama seperti kehilangan  arwah ayah dan abang iparnya.

"Umi. Umi kuat. Angah tahu umi kuat. Angah akan ada dengan umi. Umi perlu berjuang untuk hidup. Jangan mengalah. Yang lain pun tengah berjuang. Satu je umi...jangan tinggalkan Angah seorang diri. Angah tak kuat. Angah kuat untuk umi aje."

"Encik."

Seorang jururawat wanita masuk ke dalam ward ICU seketika kemudian. Dia berpaling ke belakang. Melalui riak wajah jururawat itu, dia tidak bisa mengagak apa yang ingin dikatakan oleh jururawat wanita itu. Namun, jika dilihat dari mulutnya yang seakan mengalami kesulitan untuk berbicara. Dia sudah mula tak sedap hati tapi digagahkan juga untuk membalas.

"Iya nurse?"

"Isteri encik panggil encik," tutur jururawat bernama Atikah itu sebelum menyambung, "Puan Humairah...nak jumpa encik secepat mungkin."

DUP DAP DUP DAP!

Jantungnya seakan terhenti mendengarkan itu. Pantas dia bangun dari kerusi. Kaki diangkat mahu melangkah keluar dari ward ICU yang dikawal rapi oleh doktor dan jururawat itu, namun langkahnya terhenti. Dia berpaling di muka pintu.

"Tengokkan umi saya." Penuh pengharapan dan matanya yang sedikit berkaca, dia berkata begitu. Jururawat itu mengangguk pasti.

Usai itu, tanpa membuang masa...kakinya diayun laju menuju ke wad yang menempatkan isteri tercinta.

Isterinya Safiyya Humairah sakit barah otak dan perlu dibedah. Manakala uminya, Datin Kauthar  beserta dengan kakak iparnya baru sahaja terlibat dalam kemalangan jalan raya yang tragis.

Dua ujian Allah beri serentak.

Umi dan kakak iparnya dikala ini sedang tidak sedarkan diri dan keduanya ditempatkan di wad ICU.

Ya tuhan... sungguh dia tidak kuat.

Selamatkanlah mereka Ya Allah. Keluarga adalah segala-segalanya baginya. Tanpa mereka, dia tidak tahu bagaimana dia mahu teruskan hidup.

.

.

.

.

.

SETIBANYA  dia di wad khas. Sekujur tubuh sang isteri yang terlantar di atas katil terus diterpanya.

Ada wajah lain di dalam wad itu. Opah dan Uncle Azmi yang setia di sisi Safiyya Humairah mengukir sedikit senyum kepada Syed Nufail.

Sewaktu Safiyya Humairah dalam bilik pembedahan, waktu itu jugalah Syed Nufail dikhabarkan tentang berita kemalangan ahli keluarganya. Mereka mengalami kemalangan ketika dalam perjalanan hendak ke hospital untuk melawat Humairah.

"Sayang..." Jemari halus si isteri digenggam.

"Abang..." Tubir mata Safiyya Humairah terisi dengan air mata yang kini sudah mengalir membasahi pipi.

"Abang...Maira rasa, Maira dah tak lama. Maira—"

"No. Don't say that. I hated it. Please. I need you more than you think. So please... jangan cakap macam tu. You will be fine. Awak akan sihat macam dulu." Disekanya air mata si isteri. Ubun-ubun Humairah dikucup syahdu. Walaupun pembedahan sudah dibuat namun sel-sel tumor otak tersebut sudah merebak ke hati. Kata doktor peluang untuk isterinya hidup cuma tinggal 50-50.

Humairah cuba ukir senyum buat sang suami tapi jelas kelihatan wajahnya yang pucat tidak ubah seperti mayat hidup. Sebak hati sang suami yang melihatnya.

"Abang ...umi mana? Maira...nak jumpa umi. " Makin lebat air mata Humairah saat menuturkan itu. Di saat dia sedar selepas pembedahan, dia belum sempat melihat wajah ibu mertuanya itu.

"Umi..."

Belum sempat dia meneruskan kata, adik perempuannya, Nazifah menyerbu wad Humairah dengan nafas tercungap-cungap.

"Angah! Kak long Faz...dengan baby dia." Berjuraian air mata Nazifah keluar saat menuturkan itu.

Hampir rebah Syed Nufail tika itu.

Allah. Begitu berat ujian yang kau beri.

****

special letter for you ;

Redha is the greatest thing ever. one time you realized you are utterly hurt and dissappointed. then just second later you (know you will) all fine biiznillah.

because you know ?? ??? ???? ???.
all that comes from Allah are good. and you know, definitely brighter and better things awaits.

It may hurt badly, but who knows Allah have just saved you from something way beyond your expectations. Allah knows best. to him we belong. If Allah meant It to happen, then It will happen.

***

Share this novel

nrhanisahhh
2020-12-26 15:42:47 

nak vote cana ek


NovelPlus Premium

The best ads free experience