BAB 1

Romantic Comedy Completed 8105

WOI budak kecik!” Aku terkejut mendengar sergahan itu. Hampir terlucut mug di tanganku. Kulebarkan pandangan ke arah senior yang mengherdikku sebentar tadi. Budak kecik dipanggilnya aku? Memang tak patut sungguh. Aku menggerutu di dalam hati.

“Apa lagi tercegat di situ. Ke sini, cepat,” Aku dah mula rasa nak menangis.

“Kamu nak melawan, ya?” Suara garau itu kian menghampiriku. Aku tersalah abah. Makin panik jadinya. Ya Allah, selamatkanlah hambaMu ini.

“Hana. Di sini rupanya kamu. Puas akak cari serata tempat,” Kak Nabila menggendeng tanganku sambil menjeling abang senior yang kehampaan. Syukur, penyelamatku sudah tiba. Kuturuti langkahan Kak Nabila meninggalkan dewan makan itu.
Sekilas pandangan, dapat kulihat jelingan tajam abang senior. Abang senior yang memaksa aku mencari namanya.

“Kak, siapa nama abang senior tu?” Kesempatan ini kuambil untuk mengetahui namanya. Mungkin setelah nama itu kuperoleh, dia tidak lagi akan menggangguku.

“Samdol,” Sahut Kak Nabila, selamba. Smadol, Samdol…aku menghafal nama itu. Bukan apa, aku takut kerana kegugupanku, aku tersalah sebut pula nanti. Jika itu yang berlaku, mungkin lagi parah aku dikenakan abang senior itu.

Teringat peristiwa tiga hari lalu. Di hadapan kawan-kawannya, dia meminta aku melakukan sesuatu yang amat memalukan hanya semata-mata kerana aku meminta tanda tangannya. Malu betul. Adakah patut, disuruhnya aku menyanyi. Aku? Menyanyi? Dalam bilik air, bolehlah.

Kerana terdesak, kugagahi jua mengeluarkan suaraku yang merdu ini. Merdu? Heh. Manalah tahu, kalau-kalau ada bakat terpendam yang selama ini tidak kuketahui. Namun sebaik sahaja kubukakan mulut, hanya suara itik serati yang keluar. Sah! Reject.

Tanpa menghiraukan keadaan sekeliling, aku buka langkah seribu. Dari jauh, jelas kedengaran suara-suara garau itu menggelekek ketawa. Puas hatilah tu, dapat kenakan aku. Sejak itu, aku sering melarikan diri daripada terserempak dengan kelibat senior itu. Serik aku dimalukan sebegitu.

Daripada menyanyi, syarat diturunkan lebih mudah iaitu mencari namanya. Nama? Semua senior pakai name tag tapi aku tak berani nak menjeling tanda nama di dada lelaki itu. Lagipun, mata aku ni rabun sikit. Cermin mata yang kutempah tidak sempat kuambil di kedai sebelum datang ke sini. Mungkin selepas Minggu Orientasi ini, mama akan datang menghantar cermin mataku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience