Bab 43

Drama Completed 35637

Hari Khamis sudah menjelang tiba. Jikalau Hadirah tidak sabar untuk ke majlis makan malam itu esok, Tiara pula berasa gelisah.

Ini kerana, malam esok adalah kali pertama dia pergi ke majlis makan malam. Apatah lagi, dia perlu memakai gaun merah yang dianggap nya sebagai 'cili api' itu.

"Hadirah, kau tunggu aku dekat luar lah. Aku nak bayar duit dinner esok. Kau dah bayar dah?"

Tiara dan Hadirah baru sahaja tamat kelas. Farhan sudah balik terlebih dahulu kerana katanya perlu pulang awal.

"Dah, aku dah bayar dah semalam. Lain macam berdebar dia nak bagi duit dekat Abang Hadi. Kalau kau lain lah. Kau dah selalu dengan dia"

"Apa kau ni, ke situ pulak dia. Kau tunggu kat luar kejap tau"

"Ye lah. Kau jangan borak lama sangat pulak dengan Abang Hadi. Kau lambat, aku tinggal" Hadirah menyandang beg nya dan melangkah keluar daripada dewan kuliah.

Tiara mengambil begnya yang berada di kerusi dan berjalan ke arah Hadi. Tiara pelik kerana melihat Hadi tidak berganjak daripada kerusinya sedangkan kawan-kawannya sudah tiada.

"Kau tak balik ke Hadi?" sapa Tiara. Dia berdiri di hadapan meja Hadi. Hadi yang sedang bermain telefon pintar nya, mengangkat kepalanya dan memandang Tiara.

"Belum lagi, aku tengah tunggu Hafiz. Dia suruh aku tunggu dia dekat sini. Kau tak balik lagi? Nak balik dengan aku ke?" usik Hadi.

"Tak ada lah. Aku nak bayar duit dinner esok. Kau kan bendahari" kata Tiara sambil tersenyum.

Hadi mengeluarkan satu beg duit kecil daripada beg sandang nya yang dikhaskan untuk menyimpan semua duit yang dikutip nya.

Tiara menghulurkan sekeping duit 20 ringgit kepada Hadi. Hadi mengambil duit itu dan mencari duit 10 ringgit di dalam dompet itu sebagai baki duit untuk diberi pada Tiara.

Semasa Tiara ingin mengambil duit 10 ringgit yang dihulurkan oleh Hadi, Hadi masih lagi memegang duit itu. Ini membuatkan mereka berdua memegang duit yang sama.

Tiara memandang muka Hadi kerana Hadi tidak mahu lepaskan duit itu.

"Kau pergi ke dinner esok?" Hadi bertanya setelah dia melepaskan pegangan duit itu.

"Erm, entah lah. Tengok lah dulu macam mana. Aku pun tak tahu lagi"

Tiara menyimpan duit 10 ringgit itu di dalam dompet nya dan masukkan dompet itu ke dalam begnya.

"Kalau kau tak tahu lagi pergi ke tak, kenapa kau bayar duit tu?" soal Hadi, bingung.

"Saja je" jawab Tiara pendek.

"Kau balik dengan siapa ni? Nak aku hantar kau balik?"

"Oh, tidak mengapa. Aku balik dengan Hadirah. Dia tengah tunggu aku dekat luar. Okey lah, bye! Assalamualaikum"

Tiara melambai tangan nya sebelum dia berlalu pergi meninggalkan Hadi seorang diri di dalam dewan kuliah itu.

"Waalaikumussalam"

Hadi hanya melihat sahaja Tiara keluar daripada dewan itu kemudian dia sambung kembali melihat telefon pintar nya.
//
"Ikhwan dah nak pergi dah ke?"

Puan Balqis yang baru sahaja keluar daripada dapur bertanya apabila melihat anak lelakinya itu sedang turun tangga.

"Haah, majlis tu start pukul 9 tapi Ikhwan nak kena ambik Nia lagi"

Hadi berjalan ke arah sofa di ruang tamu untuk memakai stokin. Puan Balqis juga turut mengikut langkah nya.

"Nia pun pergi jugak?"

"Ya, dia kan anak buah Prof Yusuf tu. Mesti lah dia ada sekali dekat situ. Kenapa umi?" Hadi mengalihkan pandangan nya ke arah ibunya.

"Tak ada apa. Hah, lupa umi nak tanya. Tiara macam mana? Okey ke dia?"

"Tiara. Alhamdulillah, dia okey. Cuma, mula mula tu je lah dia macam lain tapi sekarang dia dah macam dulu. Dia dah tak sedih sedih lagi dah. Dia dah mula bercakap dengan semua orang. Dia okey la"

Tanpa Hadi sedar, dia telah terfikir tentang Tiara.

"Agak agaknya, Tiara datang tak malam ni? Semalam dia cakap tengok dulu" bisik hati kecil Hadi.

"Ouh, alhamdulillah. Senang hati umi dengar. Ini, dia ada ke malam ni? Dia pergi ke dinner tu? Ikhwan kirim salam umi dekat dia boleh?" pinta Puan Balqis

"Insyaallah umi. Nanti Ikhwan cakap dekat dia"

Tiba-tiba, kedengaran satu suara kepunyaan seorang kanak-kanak perempuan menegur Hadi.

"Wahh! Abang handsome handsome ni nak pergi mana?" Hawa teruja bercampur pelik melihat pemakaian abangnya itu.

Dilihatnya penampilan Hadi dari atas kepala hingga ke kaki. Hadi memakai kemeja berwarna hitam dan dipadankan dengan blazer sepasang dengan seluar berwarna merah hati. Sesiapa yang memandang Hadi ketika itu, pasti akan tertarik hati.

"Abang handsome ke?" Hadi sengaja mahu menyakat adik perempuan nya itu.

Terangguk angguk kepala Hawa dengan wajah yang tersenyum manis mahu mengiyakan kata-kata abangnya.

"Abang ni nak pergi jumpa dengan professor dia. Macam Hawa nak pergi jumpa cikgu lah. Mesti lah Hawa nak pakai cantik-cantik jugak" celah Puan Balqis

Satu kerutan muncul di kening Hawa. Dia tidak faham dengan apa yang dikatakan oleh Puan Balqis.

"Kenapa abang jumpa cikgu dia sekarang? Inikan dah malam"

Hadi dan Puan Balqis ketawa mendengar kata-kata Hawa.

"Umi, umi terangkan lah dekat Hawa. Ikhwan dah nak pergi dah ni. Takut nanti terlambat pulak sampai"

Hadi bangun daripada sofa dan menghulurkan tangan untuk menyalam ibunya.

"Ikhwan jangan balik lambat sangat. Nanti Ikhwan hantar Nia balik kan? Lepas habis majlis tu, terus hantar dia balik. Jangan nak pergi mana mana. Lepas dah hantar dia balik tu Ikhwan balik terus. Jangan nak melencong" pesan Puan Balqis

"Iyaaa, Ikhwan tak melencong ke mana mana. Jangan risau"
//
"Jauh lagi ke Farhan dewan tu? Kita ni macam dah sesat je. Kau ni reti ke tidak tengok GPS tu?" Hadirah melihat Farhan yang sedang memandu kereta di sebelah nya.

Tiara yang berada di tempat duduk belakang hanya diam sambil membuang pandangan ke luar tingkap menikmati pemandangan malam.

"Kau cakap cantik sikit. Aku reti lah tengok GPS ni. Dah tak jauh dah dewan tu. Sekejap lagi sampai lah. Mulut kau tu boleh senyap tak? Kau tengok Tiara dekat belakang tu, elok je senyap. Tak macam kau, membebel je daripada tadi. Cukup baik lah aku bawak kau ni" Farhan membalas kata-kata Hadirah.

Penat telinga nya mendengar soalan yang sama daripada Hadirah sama ada jauh lagi atau tidak dewan yang ditempah oleh Prof Yusuf.

Sudahlah Hadirah duduk di sebelahnya. Kalau dia tahu perkara ini terjadi, dia akan suruh Tiara duduk di sebelahnya dan Hadirah duduk di belakang.

"Ewah, kau ingat aku tak ada kereta sendiri? Aku boleh je datang sendiri dengan Tiara tapi engkau yang nak kita bertiga pergi sama-sama. Cakap macam dia je yang ada kereta" Hadirah memandang Farhan dengan pandangan tidak puas hati.

Hadirah bersiap di rumah Tiara kerana Hadirah yang akan menolong Tiara 'make up' kan wajah nya.

Pada mulanya, Hadirah ingin pergi ke majlis itu bersama dengan Tiara dengan kereta nya tetapi Farhan mengajak mereka berdua untuk naik kereta bersama dia.

Alasannya, Farhan mahu mereka bertiga datang bersama sama. Tiara yang tidak mempunyai apa-apa alat pengangkutan hanya menurut sahaja.

"Lantak korang lah nak bergaduh macam mana sekalipun. Yang penting jangan terlepas jalan nak pergi tempat tu sudahlah" kata Tiara dalam hati.

Dalam pada dia melihat ke luar tingkap kereta, tiba-tiba fikirannya menerawang jauh memikirkan tentang Hadi.

"Agak agaknya Hadi dah sampai ke belum? Tak sabar pulak aku nak jumpa dia"
//
Hadi dan Nia bersama melangkah masuk ke dalam Dewan Lestari. Saat mereka berdua masuk, mereka mendapati bahagian dalam dewan itu cantik sekali. Dekorasi dewan itu walaupun ringkas tetapi menarik.

Kira-kira ada 10 buah meja bulat yang yang dilapik dengan kain berwarna hitam dan dilengkapi dengan 5 buah kerusi yang dibalut dengan kain berwarna putih di setiap satu meja.

Ada juga bahagian yang disediakan berbagai bagai jenis kek, muffin, kuih muih dan pelbagai lagi jenis manisan.

Tidak kurang juga ada disediakan pelbagai jenis minuman. Ini semua ehsan daripada Prof Yusuf untuk semua anak murid kesayangan nya.

Mata Hadi melilau mencari kelibat dua orang kawannya, Akmal dan Hafiz.

Dia sudah dimaklumkan bahawa pada malam itu, Akmal ditugaskan oleh Prof Yusuf untuk menjadi pengacara majlis. Prof Yusuf juga berkata pada Akmal untuk menjadi pengacara majlis yang santai dan tidak terlalu serius.

"Tak sampai lagi ke diaorang berdua ni? Sampai bila pulak aku nak kena duduk dengan Nia ni? Cakap nak datang awal, tapi batang hidung pun tak nampak" bisik Hadi perlahan.

Nia yang berada di sebelah Hadi terdengar Hadi mengomel seorang diri.

"Hadi? Awak cakap apa tadi?"

"Hah? Tak ada apa-apa. Awak salah dengar tu. Kawan awak yang Amelia tu datang kan malam ni?" Hadi menukar topik.

"Haah, dia datang hari ni. Tapi tu lah, dia tak sampai lagi lah pulak" Nia melihat-lihat pintu masuk dewan kalau kalau Amelia baru sampai.

"Tiara pun tak sampai lagi. Dia datang ke tak sebenarnya ni?"
//
"Hadirah! Aku takut lah" Tiara berdiri di sebelah Hadirah sebaik sahaja mereka turun daripada kereta.

Mujur mereka selamat sampai di hadapan Dewan Lestari walaupun beberapa kali ada pergaduhan kecil semasa dalam perjalanan.

"Kau takut apa? Ini majlis makan malam, bukan majlis nikah kau. Kenapa kau gelabah sangat ni? Haa, ke kau takut nak jumpa Abang Hadi? Takut kau terpikat tengok dia malam ni? Mesti dia handsome kan?" Sempat lagi Hadirah mengusik Tiara.

Kesan daripada usikan itu, Hadirah mendapat cubitan percuma daripada Tiara.

"Adoi! Sakit lah Tiara" Hadirah mencebik bibir nya tanda sakit.

"Cakap lah lagi macam tu. Cakap lagi. Aku tarik sampai koyak bibir kau nanti"

"Ish, seram lah Tiara ni!"

"Erm, kalau korang nak borak dekat luar ni, cakap awal awal sebab aku nak masuk. Mana tahu kan, kalau korang nak makan dekat luar sambil menikmati keindahan malam" sindir Farhan daripada jauh.

Tanpa menunggu lama, Tiara dan Hadirah berjalan dengan laju untuk mengikut Farhan daripada belakang.

"Korang, korang sedar tak yang kita bertiga ni macam lampu isyarat" kata Hadirah sambil tersenyum selepas dia dan Tiara dapat berjalan di sebelah Farhan.

Lantas, Tiara dan Farhan melihat baju masing-masing lalu ketawa.

Mana tidaknya, Farhan memakai kemeja berwarna hijau, Hadirah memakai blazer berwarna kuning dan Tiara memakai gaun berwarna merah.

Ke kanan ke kiri kepala Hadi berpusing untuk mencari sahabatnya. Dalam hatinya, dia menyumpah nyumpah mereka berdua.

Dia sudah mesej mereka tapi tidak dibalas. Tiada siapa tahu betapa geramnya dia ketika itu.

Dia tidak betah untuk berdiri bersama dengan Nia disebelahnya. Dia tidak mahu orang lain membuat spekulasi sendiri daripada apa yang mereka nampak.

Dia ingin lari tetapi dia tidak punyai alasan untuk lari daripada Nia.

Nia yang berada di sebelahnya seperti tidak ingin mencari atau menunggu kedatangan Amelia. Dia suka untuk berdiri di sebelah Hadi. Nampak seperti mereka sepasang kekasih.

Nia memakai gaun paras lutut berlengan panjang yang berwarna putih. Gaun itu diserikan lagi dengan kilauan kilauan emas yang membuatkan dia nampak lebih anggun.

Semua yang berada di dalam dewan itu terpegun melihat Nia yang membuatkan dia lagi bertambah bangga.

Kini, giliran Hadirah, Tiara dan Farhan pula yang melangkah masuk ke dalam dewan itu. Mereka bertiga terpaku dengan kecantikan dewan itu.

Semasa mereka bertiga melangkah masuk, mata Hadi yang sedang melilau mencari Akmal dan Hafiz terhenti di pintu masuk dewan. Dia ternampak seseorang yang juga ditunggu nya dari tadi.

Matanya terpaku melihat Tiara Adriana yang memakai selendang putih bersama dengan gaun labuh berwarna merah 'berry'.

Jantung nya berdebar secara tiba-tiba. Matanya tidak berkedip memandang Tiara daripada jauh. Tentang kawannya, perkara itu dilupakan seketika.

Pada mulanya, Nia tidak perasan akan kehadiran Tiara dan kawan kawannya. Tetapi, setelah dia melihat Hadi yang berada di sebelahnya sedang melihat sesuatu, dia pun turut melihat apa yang sedang Hadi lihat sehingga Hadi kelihatan terpaku dengan sesuatu itu.

Nia mengetap kuat gigi nya selepas dia melihat punca Hadi kelihatan terpegun. Dia berasa sungguh meluat dan benci dengan Tiara.

Dia yang daripada tadi berada di sebelah Hadi, tidak pernah sekali pun Hadi memujinya. Malahan, Hadi memang tidak pernah langsung memujinya.

Tetapi, Tiara Adriana. Walaupun daripada jarak jauh, Hadi boleh terpegun dan terpaku melihat nya.

Tiba-tiba, timbul satu idea nakal di kotak fikiran nya.

thankyou sebab sudi bace ( ◜‿◝ )♡ sorry atas kekurangan and sorryyyyy for late update :(:(

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience