Drama Raya

Drama Series 421991

Seminggu aku berpuasa dengan Joy dan Aedy.. hahahaha, puasa la sangat dua orang tu. Siang hari pun dok uh ah uh ah dalam bilik.

Kami sama sama berkemas. Barang barang kami masukkan ke dalam kotak. Manakala barang tuan rumah, kami tinggalkan. Kami menyewa rumah yang dilengkapi perabot.

Joy dan Aedy pun akan berpindah masuk ke rumah baru mereka. Keterujaan Joy terpancar di wajahnya. Satu langkah dah berjaya, menanti ke langkah seterusnya - mendirikan masjid. Apa pun Joy perlu memeluk agama Islam dulu.

"Berapa lama mak Arif kat sini?", soal Aedy ketika menemani aku berbuka. Joy masih di dapur menggoreng ayam. Dia kata dia nak masak untuk aku, jadi aku biarkan. Haaa... sampai dah azan pun masih belum siap. Terpaksa la aku makan buah tamar dan kuih dulu.

"Seminggu rasanya", balasku. Yogurt kosong aku sudukan ke mulut. Arif mengingatkan aku supaya mengambil makanan yang berkhasiat agar tubuh cukup sihat untuk menerima orang baru.

"Lama tu. Banyak betul dia shopping", balas Aedy lucu.

"Ha.. satu KL ni dia beli", aku menambah. Aku tak tahu apa yang nak dibelinya di sini. Mana mana pun sama saja padaku. Tapi jika ikut dari apa yang aku dengari, Maklong Yam memang macam ni dari dulu. Tak mahu apa yang dibelinya sama dengan orang kampung.

Aku tak kesah pun dia nak borong semua kedai kat KL ni. Yang aku kesah, tidur malam aku kesejukan. Ya, aku tau aku over. Tapi betul, aku rindukan belaian hangat Arif. Dah la di pejabat, paling habis peluk dan cium sikit sikit je. Puasa woiii....

Bercerita tentang pejabat, Naimah dan Man dipanggil oleh Arif sebaik aku masuk ke pejabat selepas cuti sakit. Kami berdua menunggu mereka di dalam bilik. Mereka dipelawa duduk di sofa sebelum Arif memberitahu mereka bahawa kami telah bernikah hampir dua tahun lalu dan Arif meminta mereka merahsiakan hal ini. Sama seperti Arif lakukan kepada pihak hospital tempoh hari.

"Tak sangka akak dengan boss dah kawin. Macam mana saya boleh tak perasan langsung ye", ucap Naimah menggaru garu kepalanya yang bertudung. Aku tersenyum.

"Tu la cuma masa kak Nura sakit tu saya dengar boss panggil sayang. Saya ingat tengah bercinta. Ye la, boss single. Kak Nura pun single, tengah hot pula tu", tambah Man, mengerling padaku. 

"Tau tau rupanya dah lama kawin ye. Ini kalau media tau...."

"Eh kak, kenapa rahsiakan?". Soalan Naimah membuatkan aku dan Arif berpandangan.

*******

"Abang....". Aku melontarkan nada suara paling lembut pada Arif yang tekun membaca buku di sudut kegemarannya. Bunyian air terjun mini di kawasan patio menenangkan jiwa pagi sebegini.

Arif menutup buku dan diletakkan ke atas meja. Kacamata yang dipakai tadi turut dibuka.

Aku duduk di kerusi bersebelahan Arif dan menggenggam tangannya. Arif tersenyum, matanya juga turut tersenyum. "Abang balik la ke rumah bonda esok. Kasihan bonda. Tahun ni giliran adik beradik abang beraya di rumah mentua kan?".

"Kita beraya je kat rumah kita dulu. Nanti raya ketiga kita balik sama sama. Sayang kan masih lagi bertugas raya kedua tu", jawab Arif tegas.

"Tak kesian kat bonda ke?", soalku. Aku tau betapa sedihnya hati seorang ibu bila salah seorang anak tak pulang beraya apatah lagi maklong Yam, kesemua anaknya tak pulang. Hanya Arif saja harapannya kerana Arif masih 'bujang'.

"Abang lagi kesian kat isteri abang', pujuk Arif.

"Mama sibuk di stesen tv. Dari tengah hari hingga ke malam. Mama takkan ada di rumah. Abang balik la rumah bonda. Kasihan bonda beraya berdua dengan ayah je".

"Mana berdua, ada saudara dari kampung datang. Dah ada pun kat rumah tu", ujar Arif perlahan, bunyinya seperti kurang senang dengan saudara itu.

"Siapa?", soalku nak tahu sangat siapa yang datang dari kampung bonda. Jika dulu Tok Mamat yang rajin datang. Sejak Tok Mamat meninggal, aku tak tau siapa yang rajin datang menggantikannya. Lagipun kan kami sekeluarga dah berpindah keluar dari kampung makanya, tak tahu cerita la.

"Cucu Tok Mamat", jawab Arif mengambil kembali buku dan menyarungkan semula kacamata seolah tak mahu mengulas lebih lanjut.

"Dia tak kawin lagi?", soalku. Aku ingat lagi susuk tubuh cucu Tok Mamat. Aku pernah bermain dengannya tiap kali dia datang mengikut Tok Mamat ke rumah Arif. Putih mulus orangnya macam bonda, rambut sering diikat dua, kemas. Berbeza dengan aku, budak buas yang mengekor abang ke mana saja. Pasti dia lagi cantik sekarang.

"Kalau ikut hati abang, malas nak balik raya tau. Abang nak pergi jalan jalan. Kita berdua je, honeymoon".

"Hei.. raya la bang. Mama nak jumpa mak, nak cium tangan mak, peluk mak. Nak makan rendang mak. Rindu suasana raya masa dulu. Sekarang dah tak best. Honeymoon tu kan dah ada dalam plan kita", ujarku merangkul pula lengan sasa Arif. Aku melentukkan kepala ke bahunya. Bau Arif aku sedut dalam dalam. Makin kerap kami bersama, makin rindu aku padanya.

"Rendang abang tak rindu?", soal Arif membuka helaian yang ditanda tadi.

"Mmm... rindu juga tapi lebih rindu pada tukang buat rendangnya"

"Sudah berdua macam ni pun rindu lagi?", soalnya lagi.

"Sentiasa rindu dan selamanya. Sampai mati", ucapku sambil ketawa. Kulayangkan ciuman ke pipi Arif. Sempat ditarik hidungku yang tak berapa mancung.

"Terima kasih sayang. Tapi sampai mati je? Tadi kata selamanya".

"Mmmmm... jangan la macam ni. Nanti mama jadi hantu cari abang sebab rindu, baru tau", ugutku bergurau.

Arif ketawa besar, "jadi la. Abang tunggu sayang. Tah tah abang yang jadi hantu cari sayang".

"Eh kenapa nak cari pula? Dah mati tu dah la. Dok diam diam kat dalam tu", balasku mencubit lengan Arif.

"Tak nak. Nanti sayang kawin lain, lupakan abang", balasnya bernada cemburu.

"Karut la. Tak siapa nakkan mama la bang", rajukku.

"Sayang, abang tau ramai kat luar tu cuba mendekati sayang. Sayang tak layan mereka walaupun mereka tu lagi hebat dari abang".

"Abang... ". Aku memegang kedua pipinya, kami saling bertentangan.

"I love you. Only you. Kalau abang mati dulu pun, mama takkan cari lain", lafazku dengan sepenuh hati dengan linangan air mata. Jangan la bengkak mata ni, harapku. Arif mengucup ubun ubunku lama. Aku rasa aman dan tenang dengan adanya Arif.

Pagi raya ketiga, kami hanya menggunakan satu kereta untuk pulang ke kampung. Beg kami hanya ada pakaian untuk dua hari. Kami saling berkorban. Aku menipu mak mengatakan yang aku cuma bercuti dua hari. Manakala Arif menipu keluarganya yang dia bekerja di luar negara padahal dia bakal menginap di hotel daerah bersebelahan. Aku tak tahu kenapa Arif tak mahu menjejakkan kaki ke rumah bonda. Ada saja alasannya bila aku persoalkan hal itu. Bimbang juga Arif naik angin jika aku terus mengasak soalan yang sama.

"Kakak ni dah la puasa balik awal tu je. Raya pun balik dua hari?", rungut mak melabuhkan punggung di kerusi berhadapanku.

"Cukup la. Nak lama lama kenapa?", balasku menyenduk acar nenas bersama timun ke pinggan.

"Ingat tak jiran lama kita, aunty Sally". Aku merenung mak dan mak ketawa besar. Aku yang nak menyuap nasi tomato tadi langsung tak jadi. Aunty Sally tu mak Seth, kenapa pula aku tak kenal. Saja la tu mak ni!

"Dia nak datang sini. Along terserempak dengan dia masa pergi shopping raya kat mana tah hari tu. Siap bertukar nombor telefon. Tu dia call mak, kata nak datang beraya", cerita mak sambil ketawa. Seronok sangat bakal bersua teman lama.

"Bila dia nak datang?", tanyaku menyambung suapan yang tergendala tadi.

"Malam ni. Dengan Seth", jawab mak dengan pandangan penuh makna tapi aku tak hiraukan.

Seth??? Pasti ada Naza bersama. Harapnya Naza tak la buat muka ketat dia dengan aku di hadapan mak kami.

Malam tu aku mengambil tugas memasak, Arif ketawa besar bila aku memberitahunya. Siap berpesan hati hati, jangan sampai terbakar dapur mak. Ish dia ni.

Nasi tomato yang mak masak pagi tadi dah selesai bila sanak saudara aku yang baru nak membesar menyerbu datang saat berita kepulangan aku tersebar. Sibuk la nak bergambar dengan kak Nura yang dulunya comot dan boyish. Aku tahu diorang nak duit raya je sebenarnya.

Bunyi hon kereta buat mak laju berjalan ke depan dan membuka pintu. Aku tetap di dapur, menjaga kuah gulai ayam bersama kentang kegemaran Aunty Sally. Apa jenis masak lemak cili api pun, memang kegemaran dia.

"Nura Lisa". Satu suara yang dah lama aku tak dengar menyebut namaku, begitu hampir sekali.

Aku menutup api dapur dan berpaling. Seth. Ya Seth. Cengkung, lebih kurus berbanding dulu. Tanganku dicapai dan digenggam erat. Pantas aku merentap. Mataku cerlung memandangnya. Kau dah kenapa? Nampak dek Naza nanti, mampus aku.

"Nura". Panggil aunty Sally dan aku terus kepadanya, bersalaman dan berpelukan. Aunty Sally menangis dan tak melepaskan aku lama.

"Rindunya aunty pada Nura. Malam malam aunty buka tv semata mata nak tengok Nura. Seth pun sama", kata Aunty Sally. Dah kenapa dua beranak ni? Kelibat Naza dan anaknya tak kelihatan. Mungkin Naza masih beraya di rumah keluarganya.

Aku menarik kerusi untuk aunty Sally. Seth pun aku pelawa supaya duduk sementara aku dan mak menyiapkan hidangan. Ya, aku rimas sebab mata Seth tetap pada aku. Aku rasa aku tak la seksi pun. Aku memakai kaftan je malam tu.

Mak dan aunty Sally meriah berbual, bercerita tentang hal lalu. Apatah lagi along turut datang singgah menyantuni tetamu jauh, menambahkan kemeriahan.

Usai urusan di dapur, aku berbalas mesej dengan Arif yang sendirian di hotel. Rasa kasihan dan sayu bertandang di hati. Suami berseorangan di hotel, rasanya nak aku terbang dan bermalam di sisinya. Tapi aku bimbang rahsia akan bocor. Ikutkan hati, memang aku bocorkan tapi Arif ni.. geram aku.

Meskipun tv terpasang, mataku pada skrin telefon. Seth melangkah masuk ke dalam setelah along pulang. Mak dan aunty Sally masih berbual walaupun sudah berada di dalam bilik. Boleh dengar hilai tawa mereka.

Seth terus duduk di sebelah aku. Aku yang tadi duduk dah gaya nak kuak lentang terus duduk tegak. Aku betulkan kain kaftan yang terangkat memdedahkan betis.

"Kau sihat?". Aku mengangguk. Aku rasa tak senang dengan Seth. Seperti ada sesuatu.

"Aku rindu kau". Aku yang sedang menaip mesej untuk Arif, terus terhenti. Aku menoleh padanya di sisi. Tak semena mena, Seth memeluk aku erat. Pipiku dicium bertalu talu. Aku menolak kuat tubuhnya dan meregangkan rangkulan. Dah bersedia untuk mengeluarkan aksi.

"Lepas la Seth. Kau gila!", jeritku masih lagi menyimpan skill membelasah orang. Aku kenangkan dia kawan lama aku. Teman rapat.

"Ya aku gila. Aku gilakan kau!", balas Arif bila aku lari jauh darinya setelah berjaya melepaskan diri.

Kekecohan membuatkan mak mak kami keluar dari bilik. Mak sibuk bertanyakan kenapa tapi aku tak menjawab. Aku hormatkan mereka sebagai tetamu.

Aunty Sally terduduk. "Maafkan Seth, Nura. Aunty tak sangka Seth akan buat begini".

"Kenapa Sally? Apa yang terjadi?", soal mak masih terpinga.

"Seth memang gilakan Nura. Rumahtangganya hancur sebab Nura", luah aunty Sally penuh emosi. Aku ternganga.

Aku??? Aku penyebabnya? Apa salah aku?

"Kakak ganggu Seth ke? Mak tau la kakak memang suka kat Seth tapi jangan sampai kacau rumahtangga orang". Mak meninggikan suara, siap menampar nampar lengan aku. Buntang mata aku dengan tuduhan mak. Rasa terjatuh rahang ni.

"Mak.. kakak tahu batas mak. Seth yang pilih Naza. Kakak tak segila tu la nak kacau laki orang", balasku mempertahankan diri dari tuduhan tak berasas.

"Biah. Nura tak buat. Ni salah Seth". Aunty Sally bersuara sambil mengangkat tangan supaya mak tak terus memukul lenganku. Mak pun berhenti.

"Kenapa kau blok nombor aku? Kenapa kau elak dari jumpa aku? Kenapa kau asyik berkepit dengan boss kau sampai aku nak dekat dengan kau pun tak dapat". Seth meluahkan segala terbuku di hati bermula dengan suara sehabis kuat hingga perlahan di penghujung kata.

"Sebab kita dah takde apa. Kau suami orang Seth", jawabku lantang. Aku nak dia sedar status dirinya.

"Aku kawan kau", rayu Seth namun aku dapat rasakan itu bukan maksud sebenar.

"Aku takut aku masih berharap pada kau. Aku tak nak rasa sayang aku pada kau sentiasa bertambah tiap kali kau call atau jumpa aku. Kau suami orang. Aku tak kuat nak halang perasaan tu dari terus datang".

"Tapi tak perlulah sampai boss kau gertak nak pukul aku", jerkah Seth.

Aku tak tau itu. Betul aku tak tau.

"Segala bunga, hadiah harijadi aku hantar kat kau, semuanya kau pulangkan semula. Kenapa?", soal Seth penuh perasaan memandang aku meminta penjelasan.

What?? Aku tak tau apa pun.

"Aku rindukan kau. Aku cuma dapat tengok kau dalam tv je", ujar Seth bangun dan mendekati aku.

"Mak...". Jeritku dan terus berlindung di belakang mak. Kami terhalang dengan adanya mak di tengah tengah.

"Biah, aku datang ni sebenarnya nak merisik Nura buat Seth. Seth dah gilakan Nura sangat sangat". Aunty Sally bersuara dengan mata berkaca.

"Nura, maafkan aku Nura. Aku salah pilih. Aku patut kawin dengan kau Nura. Bukan Naza", kata Seth cuba menyentuh aku. Aku mengelak dan mak pun menolak tangan Seth dari menyentuh aku. Mungkin mak tak sangka akan jadi begini. Aku pun tak sangka.

"Dah terlambat Seth. Aku dah takde hati kat kau. Aku dah ada hidup aku sendiri", jelasku.

"Kita mula semula, macam dulu dulu", rayu Seth lagi.

Aku menggeleng, "Aku tak boleh Seth. Cinta aku pada kau dah berkubur saat kau temukan aku dengan Naza. Lama aku menderita nak lupakan kau. Terseksa hidup aku".

"Seth pun terseksa Nura. Walaupun ada Naza, Nura tetap di hati Seth", celah aunty Sally.

"I am sorry aunty, Seth. Nura tak boleh terima".

Aku berlari lari anak masuk ke dalam bilik kemudian keluar bersama tas tangan dan selendang di kepala. Aku bersalaman dengan mak dan aunty Sally sebelum keluar menggenggam kunci kereta.

Share this novel

UdangGalah
2019-12-19 11:01:28 

Bagus mas arip.. diam² je buat kerja, siapa cuba nak try Nuralisa, terus awal² kena cantas.. Now true rival dah muncul.. Masa Nura tengah gemuk dan takda nama selamba badak kau cari lain, sampai frust menonggeng kawan tu hampir bunuh diri, nasib baik rambut je yang dikeratnya, bila dah slim dan cantik baru terhegeh² nak tackle semula.. Ayo mas arip, kasi flying kick satu..

Hani
2019-12-19 08:46:52 

apa seth ni? aunt sally pun ikut anak ke. adoi. ish, lagi drama klau arif dtg, bgtau nura tu isteri dia

Hana
2019-12-18 22:18:17 

ko apahal seth oiiiiiiiiii


NovelPlus Premium

The best ads free experience