Bab 20

Romance Completed 21373

"Sayang." Rayyan mencuit sedikit bahu Iris. "Siapa sayang? Awak ada girlfriend lain ea? Siap tersasul panggil nama dia. Siapa dia? Berapa girlfriends awak ada? Cakap cepat!" sebagaimana lajunya dia meluncurkan soalan, begitu juga tangannya yang tidak berhenti mencubit Rayyan.
"Aduhh.. Awaklah sayang.. Eee, sakitlah! Apa ni? Bisanya.. errgggghhh.." Rayyan menggosok kedua belah lengannya. Mukanya masam. Dahinya berkerut. Iris berhenti mencubit. 'Apesal aku jadi bengap pulak tiba-tiba ni?'
Resah pula dia melihat Rayyan sudah memalingkan badannya daripada menghadap muka Iris ke pintu sambil menggosok lengan yang masih terasa sakit. 'Orang panggil dia sayang pun kena marah. Eeee.... bini siapa garang sangat ni? Karang aku panggil si Tania or Qeerana tu sayang menangis tak berlagu pula dia.' rungut Rayyan dalam hati.
"Rayyan..." Iris memeluk batang leher Rayyan dari belakang. Suaminya itu masih membatukan diri. "Awak marah ke?" dia mencium pipi kanan Rayyan. Sedaya upaya Rayyan menahan senyum.
"Awak... nanti dah nak balik U. Takkanlah awak nak merajuk dengan saya? Nanti saya dah tak dapat jumpa awak dah. Jomlah, keluar...." Iris cuba membangkitkan suara kesian. "Bagitahu saya dulu siapa boyfriend awak tu. Kalau tak saya tak nak keluar." Rayyan menarik tangan Iris tanda menyuruh duduk di hadapannya.
Iris tersengih. 'Masih ingat rupanya si Rayyan ni dengan boyfiend aku tu.' dia ketawa terbahak-bahak. Tau tak baik. Tapi kelakarlah. "Is that sound funny to you, Iris Lidya?" terus mati senyuman Iris. 'Ok! Laki aku serius.'
"Awak ni... Izhan pun tak merajuk macam awak. Tu walid lah. Awak ni cemburu sangat. Cepatlah siap... Nak keluar." Iris mengelip-ngelipkan matanya beberapa kali. "Yelah... Saya nak tukar baju." ujar Rayyan.
Iris tersenyum. Dia mengendong Rayyan yang sudah bangun itu. Lalu ditukarkan bajunya. Selepas itu, dia pula yang menukar baju.
*****************
Rayyan menolak Izhan di dalam baby stroller bewarna merah itu. Iris juga berada di sebelahnya. Mereka ingin menghabiskan masa bersama sebelum pulang ke universiti. Ikutkan Rayyan, mahu saja dia menyuruh Iris memberhentikan pengajiannya. Izhan masih kecil. Tapi dia tahu, Iris mesti akan tidak puas hati dengan tindakannya itu.
Lagipun prestasi pelajaran Iris itu memang cemerlang. Sayang jika berhenti. Dia tidak mahu terlampau mengongkong Iris. "Saya nak beli baju Iz lah. Baju dia banyak yang dah tak muat. Badan dia dah tembam. Sama macam papanya." sempat Iris mengusik suaminya yang kelihatan leka tadi.
"Saya dulu jelah tembam. Sekarang tak dah. Kalau saya tembam, awak nak ke sayang saya?" Rayyan tersenyum kecil menimbulkan lesung pipitnya. "Sekarang ni saya sayang awak ke, Mr. Head Prefect?" Mereka memasuki butik yang menjual pakaian bayi. Berbual sampai tidak sedar butik sudah di depan mata.
"Tak nak ngaku pula awak sayang saya. Kalau awak tak sayang saya, takde lah awak sedih gila-gila masa saya dengan Tania. Dan awak takkan sanggup lahirkan anak saya kalau awak tak sayang saya. Buktinya ada depan mata awak ni. Kan, Ryan Izhan bin Rayyan Hadif." dia mencuit sedikit pipi anaknya itu.
"Pandai pun. Bersusah payah saya lahirkan your son ni tau... Lepastu papanya pula takde.. Saya jaga diri saya sendiri tau." kata Iris sambil melihat-lihat pakaian bayi yang comel-comel belaka.
"Awak takde alahan ke time pregnant? Masa pantang siapa jaga? And the most important thing is, siapa azankan Izhan?" tanya Rayyan. Tangannya mencuit lagi pipi comel anaknya.
"Hmmm.. takde kut alahan. Cuma rasa letih lah. Ada ibu angkat saya yang jaga. Suami ibu angkat saya tulah yang azankan Iz. Dia mualaf." ujar Iris pula. Teringat pula ketika dia hendak melahirkan Izhan.
****************
Iris membuka peti sejuk untuk mengambil air oren. Sejak mengandung ni, dia suka sangat minum jus oren. Tapi tak selalu lah. Sambil minum, dia mengusap perlahan perutnya yang sudah memboyot itu.
Terkejut dia apabila menyedari air ketubannya sudah pecah. "Mummy! We have to go to the hospital. Argghh.." kelam kabut Mrs Gina memapah Iris ke dalam kereta. Mr Yusoff pula sudah menghidupkan enjin kereta.

"Patient dear. You can do it." Mrs Gina menepuk bahu Iris perlahan. Iris pula sudah berkerut dahi dan berpeluh sakan. Kesakitannya datang sekejap-sekejap. Wajah yang bermain di matanya ialah Rayyan, walid, umi, ibu dan ayah.

Setibanya dihospital, dia diletak dia atas strecher lalu disorong ke bilik bersalin. Selepas beberapa ketika bertarung nyawa, lahirlah Ryan Izhan ke bumi. Buah kasih dia dan suaminya. Badannya letih kerana dia menggunakan seluruh tenanganya tadi.
****************
"Menung apa tu? Ingat siapa?" pelik juga melihat isterinya tersenyum sendiri sambil memegang baju bayi. "Hah! Takde siapa-siapa.. Ingat tentang masa saya mengandungkan Izhan je."
Iris ketawa kecil. Itulah salah satu memori indah yang dia miliki. Tiba-tiba tawanya senyap. Cepat sahaja dia menyorok dia belakang Rayyan. "Awak kenapa ni?" Rayyan ingin berpaling tetapi dihalang Iris.
Rayyan semakin pelik melihat seorang lelaki datang ke arahnya. "Hi, Iris. You taknak jumpa I ke?" jejaka itu tersenyum. Rayyan pula menyabarkan hati. 'Mana dia kenal bini aku ni?'

Iris dibelakang Rayyan menepuk dahinya. 'Dia perasan pula.' perlahan-lahan dia berdiri disebelah Rayyan. "You buat apa sini? Takkan beli barang baby juga?" tanya Iris sedikit gugup.
"I beli barang untuk anak buah I. Oh, nilah suami you tu? Tak sangka you ni kahwin muda."

"Nak buat macam mana? Dah jodoh I datang cepat. Ni suami I, Rayyan. Awak, yang ni Syahir, satu U dengan saya." Iris teragak-agak ingin memperkenalkan mereka berdua. Rayyan tersenyum dan berbpjabat tangan dengan Syahir.

"Korang sama umur ke? Asal tak study sama-sama?" tanya Syahir berpura-pura prihatin. 'Lagi bagus kau tak sama U. At keast aku ada peluang nak dekat dengan Iris.' perghhh... dalam hati busuk gila.

"Dapat tawaran lain-lain." Rayyan menjawab pendek. 'Ek eleh mamat ni. Biaq pi lah aku dengan bini aku nak belajaq mana pun. Yang hang sibuk sangat pasai pa? Don't disturb us!' ngomel dia dalam hati.

"Hmm... aku rasa baik kau jaga bini kau ni elok-elok. Ramai orang nak. Oklah, kan? Perfect! Dapat bini cantik, free anak cute. So, careful." kata Syahir sambil tersenyum sinis ke arah Rayyan.

"Sayang, who's that weird guy? Dia rapat dengan awak ke?"

"Nope. We are not like what you thinking. Saya bercakap dengan dia pun tak selalu. No matter what happen, you need to know that I love you so much. Don't you ever trust sesiapa yang cakap saya ada affair with another guy or I don't love you. Because they are lying. Trust to me." dia meramas tangan suaminya.

Iris takut sangat jika Rayyan menjadi lelaki tipikal yang selalu keluar dalam novel. Menuduh tanpa usul periksa. Urgghhh.... dia benci gila lelaki macam tu.

"I trust you. Don't be so emo ok? Nanti susah saya nak pujuk. I always know that you love. If awak kata yang you don't love me anymore pun, I believe that you love me, sayang. Ok, shopping time again. Izhan pun terkebil-kebil tengok our drama tadi. Auww.. my hero ni terlalu memahami situation papa and mama dia, right mama?" Rayyan mengenyitkan matanya kepada Iris. Suka betul dia apabil Iris meluahkan yang isterinya otu sayang kepadanya. Bahagia!

Iris pula semakin sayang kepada Rayyan. Perasaan itu semakin menggebu di dalam hatinya. Macam manalah dia nak tempuhi dekat U nanti tanpa Rayyan. Ceh! Dulu boleh je.

"Hahaha... mestilah. Iz ikut mama. Comellah baju ni. Sesuai dengan Iz." mereka meneruskan sesi membeli-belah. Syahir pila menjeling tajam ke arah pasangan itu dengan sakit hati. Eeee.... setiap episod cinta mesti ada je parasit-parasit jahat yang menyibuk! Rasa nak spray guna ridsect aje.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience