4

Short Story Completed 49743

Akhirnya...

Sampai juga dekat rumah banglo yang serba mewah di kawasan privasi ini. Memang cantik dan indah. Tak pernah aku terbanyang betul-betul dapat duduk dekat rumah macam ini. Yalah, aku budak kampung yang lari rumah datang ke bandar tanpa berfikir panjang. Mana sangka, ada orang kaya nak kutip aku kan? Tapi aku tak pandang pun harta dia, aku suka 'berkawan' dengan dia ni sebab dia ni baik.

"You, masuklah dulu nanti I masuk." Ucap Farish seraya mematikan enjin kereta.

"Okay kalau awak cakap macam tu." Balasku seraya membuka pintu kereta.

Aku melangkah masuk ke dalam rumah sepantas mungkin sebab lepas mandi aku terus nak tidur. Oh ya, lupa. Hanya ada aku dan Farish sahaja di dalam rumah ini. Orang gaji pun tak ada. Pelik bukan, selalunya rumah orang kaya wajib ada sorang oran gaji dan sorang tukang kebun.

Farish juga tinggal jauh dari keluarganya sebab semua ahli keluarganya tinggal di kota New York. Hanya Farish Mikael sorang sahaja yang masih menetap di Malaysia.

-

Barang-barang aku semua aku campakkan di atas katil dan pendingan hawa aku pasangkan biar segera sejuk. Aku memang suka sejuk-sejuk sebab aku jenis cepat berpeluh.

Terus aku menerjah ke bilik air seraya membuka paip air agar air memenuhi ke dalam tab mandi. Aku titiskan sedikit pewangi terapi ke dalam air agar dapat menenangkan fikiranku.

Aku terus menanggalkan pakaian aku di dalam bilik air. Air mula separuh penuh lalu aku terus memasukkan tubuh aku ke dalam tab mandi. Ahh, air suam yang sangat menenangkan. Aku memejamkan mata seketika sambil menikmati ketenangan pada lewat pagi seperti ini. Dalam otak aku berfikir agaknya sekarang dah pukul dua pagi kot? Erm, entahlah.

Tiba-tiba aku rasa macam ada seseorang masuk ke dalam bilik air ini. Aku membuka kelopak mata aku perlahan-lahan. Alamak, Farish.

Aku merenung sahaja ke arah Farish yang sedang tersenyum-senyum ke arah aku tu. Dia menanggalkan kain tuala putihnya lalu turut masuk ke dalam tub mandi. Kini, aku dan dia berada di dalam tub mandi yang muat untuk dua orang dewasa.

Agak gila bukan, tiada seutas benang pun yang terlekat pada badan kami berdua. Mula-mula memang agak malu bagi aku tapi aku cuba biasakan diri.

Bukan main suka lagi dia dapat mandi dengan aku. Bukan aku tak bagi amaran dekat dia, kalau aku mandi dia dilarang masuk tapi dia masuk juga.

Ah, aku biarkan jelah. Aku bukan ada hak pun sebab ini memang rumah dia. Suka hati dialah nak buat apa pun. Aku ni menumpang je.

Suasana sepi sejenak sebaik sahaja kami berdua tidak bertegur, malah kami masing-masing memejamkan mata.

"Sayang."

Suara Farish menyentakkan aku.

"Ya." Balasku. Siapa lagi kalau bukan aku kesayangan dia. Betul tak?

"Nyanyi." Arahnya kepadaku.

"Nak nyanyi lagu apa? Orang penatlah." Aku cuba menolak dengan alasan penat.

"Please." Merayunya kepadaku sambil datang ke arahku. Jelas kedengaran bunyi kocakkan air semasa Farish bergerak ke arahku.

Kini dia berada di belakang tubuhku dan tangannya erat memegang tanganku. Wajahnya dekat sekali dengan telingaku sampaikan aku boleh rasakan angin yang keluar dari mulut merah cairnya itu.

"Fine, lagu apa?" Soalku apabila berada di dalam pelukkannya. Dia memelukku di dalam air? Wow, romantik tapi sayang aku tak bernafsu dengan dia.

"You're my sunshine."

"Pukul dua pagi dah kot, sunshine apanya?" Bangkang aku padanya. Gila ke apa suruh nyanyi lagu itu pada malam macam ini.

"Dolly Parton - I Will Always Love You?" Soalnya denga lagu berikutnya pula.

"Ermm.. okay." Balasku setelah lirik itu aku ingat semula. Mana tidaknya, lagu itu wajib aku nyanyikan kalau di tempat kerja aku itu.

"If I should stay
I would only be in your way
So I'll go but I know
I'll think of you each step of the way."

Aku memejamkan mata. Pelukkan Farish makin erat.

"And I will always love you
And I will always love you.."

Kini rambutku yang basah diusap oleh Farish pula dengan perlahan-lahan seperti memandikan bayi.

"Bittersweet memories
That's all I have, and all I'm taking with me
So goodbye, please don't you cry
'Cause we both know I'm not what you need."

Tangannya tiba-tiba terhenti apabila aku menyanyikan serangkap tadi.

"And I will always love you
I will always love you.."

I hope life treats you kind
And I hope you have all you've d
I wish you and happiness
But above all, I wish you love

Dirangkap ini, pelukkannya menjadi lebih erat seolah-olah tidak mahu aku pergi dari hidupnya. Dia benar-benar terkesan dengan rangkap tersebut.

"And I will always love you
And I will always love you
I will always love you..."

"Stop it." Ucapnya secara tiba-tiba dengan dingin sekali.

Aku terdiam. Kamar mandi itu menjadi senyap sunyi. Hanya kedengaran titisan air dari paip air menitis ke dalam kolam.

"Sorry, but lagu ni seolah-olah I akan kehilangan you sampai bila-bila." Ucapnya dengan nada gugup.

"Tapi, one day benda tu akan berlaku Farish.. Kita tetap takkan kekal sampai bila-bila. Kita.." Ucapku dengan jujur.

"Cukup, jangan fikir sampai ke situ. Fikir waktu sekarang je." Farish memotong kata-kataku dengan pantas.

Aku hanya mampu terdiam. Tangannya yang memelukku itu, aku pegang dengan erat. Aku terasa kasihan dengan Farish entah kenapa. Aku sendiri tidak tahu apa alasanku. Mungkin kerana aku dari kecil suka membantu orang dan mudah terasa simpati.

"Hadiy, I love you.." Bisiknya perlahan pada cuping telingaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience