Bab 4

Mystery & Detective Completed 54758

Esoknya...
Morning

Semasa Fina berjalan di koridor kelas , Fina ternampak Mia sedang memandang sesuatu . Fina terus memandang ke arah yang dipandang oleh Mia. Aku cuma nampak bilik Pj sahaja yang di pandang oleh Mia dari tadi.

Fina ternampak Mia sedang megenggam seutas rantai . Rantai itu sangat cantik. Selepas aku mengalih pandangan aku ke belakang, Mia terus hilang. Aku mencari disekeliling sekolah , tetapi tiada.

"Semua murid , pelajar&guru!Sila turun ke tapak perhimpunan! ." Ketua pengawas menyuruh semua murid & guru turun ke tapak perhimpuan.

Aku terus berlari ke tapak perhimpuanan yang tidak jauh dari jarak aku ke tapak perhimpuanan. Semasa aku sampai di tapak perhimpunan, aku melihat Hani yang berkelakuan pelik. Hani hanya tunduk ke bawah & diam. Aku duduk di tepinya , berasa seram sejuk & takut.

Cikgu Mila naik ke atas pentas untuk memberi ucapan . " Kepada semua pelajar tingkata 4 , pada hari Rabu ini, kamu semua kan tinggal di sekolah selama 2hari 1 malam . "

Tiba tiba Hani berlari ke hadapan , menuju ke Cikgu Mila. Semua guru memandang ke arah Hani yang tiba tiba berdiri di hadapan Cikgu Mila.

Cikgu Mila menghampirinya & tiba tiba Hani mencekik lehernya . Cikgu Mila mula meronta kesakitan & tidak boleh bernafas.

"Saya akan balas dendam, jangan ingat awak boleh hidup senang didunia ini.?Saya tak akan benarkan!" Hani mencekik leher Cikgu Mila sekuat-kuatnya .

Hani tidak seperti yang aku nampak semalam . Matanya merah & suaranya berlainan dengan suaranya. Aku hanya diam & memandang muka Haziq. Tetapi Haziq tidak perasan kerana sibuk menolong ibunya. Selepas 2 minit bergelut untuk Hani melepaskan Cikgu Mila. Tiba-tiba Hani pengsan dihadapan khalayak ramai secara tiba-tiba.

Aku ternampak Mia sedang berdiri di hadapan ,sambil ketawa kecil & tersenyum sinis ke arah Cikgu Mila yang sedang mengah & menahan sakit selepas dicekik.

Fina belari ke arah Mia yang sedang berjalan menuju ke sesuatu tempat. Tiba-tiba Mia pusing ke belakang secara mengejut & membuatkan aku terkejut ,lalu jatuh ke tanah.

Mia berkata sambil memandang tepat ke mata aku. " Aku tak akan maafkan dia! Dialah menyebabkan kematian aku & ibu aku!! Aku tak akan sesekali memaafkan perbuatan dia. Aku tak akan maafkan dia !!!"

Fina hanya mendengar sambil menutup kedua matanya. Dia tidak sanggup melihat muka Mia yang mengerikan itu semasa marah. Tiba-tiba Mia hilang dari pandangan Fina. Fina masih duduk disitu walaupun Mia sudah pergi.

Selepas 5 minit , Fina menenangkan dirinya, dia membuka mata dan ternampak Haziq sedang memandangnya .

"Awak buat apa pandang saya macam orang gila? Sakit ke ? " tanya Fina sambil berdiri .

"Saya yang patut tanya awak. Awak sakit ke ? Awak macam nampak sesuatu. Kenapa awak duduk disini?"

"Saja, nanti kalau saya cerita , awak masuk ICU nanti. Awak itu kan penakut. Saya minta diri dulu. Bye!"

" Aish... suka hati cakap aku penakut. Orang Gila!!!"

Fina terus berlalu pergi meninggalkan Haziq dibelakang yang sedang berkelakuan gedik seperti perempuan . Dia melompat-lompat geram seperti budak perempuan geram dengan budak lelaki.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience