“Hanya kerana itu abang sanggup tak endahkan Zulfa.Nampaknya abang memang tak tahu untuk menghargai sesuatu.”
“Maksud Zulfa?”Dia ingin tahu maksud Zulfa.
“Abang,Zulfa tahu kopi yang selama ni Zulfa buat rasanya sama saja dengan orang lain buat tapi abang sedar tak kenapa hanya rasa kopi Zulfa yang mampu menarik minat abang?Sebabnya rasa kasih sayang dan cinta abang pada Zulfa mampu menghadirkan sesuatu yang pahit dan biasa itu menjadi manis dan istimewa.”Terangnya panjang lebar.Syarif Ilham yang mendengar terdiam dan terkedu.
Kemudian dia tersenyum.Kata-kata sang isteri ada benarnya.Kerana perasaan kasih,sayang dan cinta itu mampu menghadirkan sesuatu rasa yang pahit dan biasa menjadi sesuatu yang manis dan istimewa.Ternyata cinta mereka umpama kopi yang dihirup perlahan terasa manis dilidah.
Ternyata pilihannya tepat.Zulfa adalah pendamping hidupnya selepas Zulaikha.Hanya secebis rasa dalam kopi yang biasa bisa menyatukan hati mereka.Betul kata-kata itu,air tangan seorang isteri terasa istimewa buat sang suami.
Seperti kopi yang tak beerti tanpa gula, begitulah aku tanpa kamu. Kamu adalah perasa yang paling bermakna, pati penting dalam hidupku. Kamu adalah pelengkapku. Dan aku tanpa kamu pasti akan canggung.
Share this novel